Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO.: BA-42H-27-11/2025 PENDAKWA RAYA PERAYU LAWAN MUHAMMAD SOFYAN SHAH BIN BUYUNG RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini adalah rayuan oleh Pendakwa Raya terhadap hukuman yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS), bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan, atas pengakuan salah responden, iaitu hukuman penjara selama 2 tahun dari tarikh tangkap (31.10.2025) dan juga dikenakan denda sebanyak RM2,000, jika tidak dibayar, dipenjara selama 1 bulan. [2] Saya telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dengan mengetepikan hukuman tersebut dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 2 kali sebatan. S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA Pertuduhan [3] Pertuduhan terhadap responden adalah seperti berikut:- Bahawa kamu pada 31.10.2025 jam lebih kurang 08.00 pagi di Arena Maju Hardware (M) Sdn Bhd, di dalam Daerah Gombak, di dalam Negeri Selangor, dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah keatas Hadzryirawan Bin Zulamdi (K/P : 950903- 14-5905) dengan menggunakan sebuah tukul berhulu kayu iaitu satu senjata yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan sebagai senjata salah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan. Hukuman: Disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama 20 tahun dan di denda atau disebat Fakta Kes [4] Fakta kes iaitu eksibit P1 yang telah diakui benar oleh responden berbunyi seperti berikut: Pengadu di dalam kes ini merupakan rakan sekerja kepada mangsa dan juga OKT (responden). Tempat kejadian di dalam kes ini merupakan tempat mereka, iaitu di Arena Maju Hardware (M) Sdn Bhd, Gombak, Selangor S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA Pada 31/10/2025 jam lebih kurang 0800hrs, semasa pengadu sedang menghidupkan enjin forklift, OKT telah datang menaiki motosikal dalam keadaan terburu-buru meluru ke arah mangsa. OKT menyatakan "Hadzry mana Hadzry"?. OKT kemudian telah berjumpa mangsa di rak cat berhampiran pintu tempat kejadian dengan menjerit sebanyak 2 kali "Kau buat apa dengan bapak aku?". Mangsa mengalami keretakan pada bahagian tengkorak kepala iaitu depressed left frontoparietal skull fracture with adjacent scalp hematoma. Senjata yang digunakan oleh OKT telah dirampas semasa OKT ditangkap pada 31/10/2025 iaitu jenis tukul besi berhulu kayu bersaiz kecil. Rakaman CCTV turut diperolehi menunjukkan perbuatan OKT yang mengetuk kepada mangsa sehingga mangsa rebah di tempat kejadian. Gambar tempat kejadian turut dirakam menunjukkan pendarahan kepala yang banyak di atas lantai. Hasi siasatan mendapati OKT telah mencederakan mangsa dengan menggunakan tukul besi sehingga menyebabkan kecederaan parah, selaras dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s.326 KK S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA Kuasa Mahkamah Untuk Campur Tangan [5] Telah diputuskan oleh Mahkamah Agung bahawa Mahkamah, dalam menjalankan kuasa rayuannya hendaklah perlahan untuk campur tangan atau mengganggu hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah di bawah, kecuali jika ia jelas salah atau tidak sah atau tidak sesuai dengan fakta dan keadaan yang telah dibuktikan. Public Prosecutor v. Mohamed Nor & Ors [1985] CLJU 25 menyatakan: In this regard, we would observe that it is the established principle that an appellate court should be slow to interfere or disturb with a sentence passed by the court below unless it is manifestly wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to the proved facts and circumstances. And the mere fact that another court might pass a different sentence provides no reason for the appellate court to interfere if the court below applies the correct principles in the assessment of the sentence. [6] Jika hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah di bawah, adalah secara nyata tidak mencukupi atau terlampau berat atau tidak sah atau tidak mengambil kira semua fakta yang didedahkan dalam rekod, maka adalah menjadi tugas mahkamah yang menjalankan kuasa semakannya untuk memberikan hukuman yang betul. Saya S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102 yang memutuskan seperti berikut:- The High Court sitting in exercise of its revisionary powers will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence of the lower Court is either manifestly inadequate or grossly excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed on the record or to all the facts which the Court ought to take judicial notice of, that is to say, that the lower Court clearly has erred in applying the correct principles in the assessment of the sentence. It is a firmly established practice that the Court will not alter a sentence merely because it might have passed a different sentence. Hujahan Perayu [7] Perayu menghujahkan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh HMS adalah tidak mencukupi dan tidak setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan kerana ia tidak mengambil kira sifat kesalahan bawah seksyen 326KK yang membawa kepada hukuman penjara maksimum selama 20 tahun iaitu suatu kesalahan yang serius. HMS juga dikatakan tidak mengambil kira sifat kecederaan yang S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA telah dialami oleh mangsa iaitu suatu kecederaan yang parah dan serius. Hujahan Responden [8] Responden pula menghujahkan bahawa keputusan HMS adalah tepat dan berlandaskan penilaian yang menyeluruh serta seimbang terhadap fakta dan hal keadaan kes serta kepentingan awam. Malah, hukuman yang dijatuhkan terhadap responden adalah memadai dan wajar. Justeru, rayuan ini wajar ditolak. Keputusan Mahkamah [9] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa mahkamah perlu memberikan pertimbangan terhadap kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman berbanding kepentingan tertuduh sendiri. Rujuk kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt (supra) yang memutuskan seperti berikut:- One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr. App. R 164 as follows: In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves to the Court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the Court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. [10] Seksyen yang responden telah dipertuduhkan, adalah di bawah seksyen 326 KK yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara dan denda atau disebat. Hukuman ini menggambarkan betapa seriusnya jenayah yang dilakukan oleh responden. Malah ia adalah termasuk dalam kesalahan serius yang diperuntukkan oleh S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA undang-undang bawah seksyen 52B KK iaitu apa-apa kesalahan yang melebihi dari hukuman 10 tahun penjara. [11] Justeru hukuman yang diberikan, mestilah menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh responden selaras dengan pertimbangan utama terhadap kepentingan awam. Hukuman 2 tahun penjara dan denda yang diberikan oleh HMS adalah sangat ringan dan tidak menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh responden. Jika dilihat kepada fakta kes ini, responden telah menggunakan sebuah tukul besi bagi mencederakan mangsa. Dia telah menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa iaitu keretakan kepada tengkorak kepala mangsa sehingga menyebabkan mangsa rebah dan mengalami pendarahan yang banyak. Kecederaan yang dialami oleh mangsa ini telah turut menyebabkan mangsa dirawat di hospital selama 3 hari dan diberi cuti sakit selama 14 hari dan kini mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja harian. [12] Responden tidak boleh terlepas dengan hanya diberikan hukuman penjara yang ringan dan didenda sahaja, tetapi hendaklah diberikan hukuman yang menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukannya itu. Ia bagi memastikan hukuman tersebut menjadi faktor deteran bukan sahaja kepada responden tetapi juga kepada bakal pesalah-pesalah yang lain. S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA [13] Memang benar, responden telah mengaku salah dan undang-undang telah menetapkan bahawa responden sewajarnya diberikan diskaun terhadap hukuman yang diberikan. Walau bagaimanapun, mahkamah ini boleh, untuk tidak memberikan apa-apa diskaun terhadap hukuman tersebut jika kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah suatu kesalahan yang serius. (Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572 (MR)) Mahkamah ini juga boleh, dengan melihat kepada seriusnya kesalahan yang dilakukannya, memberikan diskaun hanya satu per empat dan bukannya satu per tiga dari hukuman yang akan diberikan. (Public Prosecutor v. Nazarudin Ahmad & Ors. [1993] 2 CLJ 543 (MT)) [14] Timbalan Pendakwa Raya, dalam hujahan bertulisnya, telah menyenaraikan julat hukuman yang telah diberikan terhadap tertuduh yang mengaku salah bawah seksyen 326KK. Hukuman yang diberikan adalah dalam julat pemenjaraan selama 6 hingga 10 tahun dengan sebatan. Saya mendapati, hukuman yang dijatuhkan oleh HMS terpelajar, adalah jauh lebih rendah dari julat hukuman tersebut. Justeru, kes ini adalah suatu kes yang sesuai untuk campur tangan mahkamah ini. [15] Dengan mengambil kira kesemua faktor termasuklah bahawa responden adalah pesalah pertama, saya mengetepikan hukuman yang telah dijatuhkan oleh HMS dan menggantikannya dengan S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA hukuman yang lebih munasabah dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh responden iaitu 5 tahun penjara dari tarikh dia ditangkap dan 2 kali sebatan. BERTARIKH PADA 22 APRIL 2026 ROSZIANAYATI AHMAD Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Perayu Ahmad Zuhaini Mahamad Amin Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bahagian Perbicaraan Dan Rayuan Aras 5 No. 45 Lot 4 G7 Presint 4 Persiaran Perdana 62100 PUTRAJAYA Responden Muhammad Sofyan Shah Bin Buyung d/a: Pegawai Yang Menjaga Penjara Kajang 43000 Kajang, SELANGOR S/N dEkpdKBjw0ede0LjYyagA