5.6 Ketika itu polis terus menyerbu dan menangkap Responden. Responden telah memberitahu SP3 bahawa dia cuma menerima bungkusan tersebut bagi pihak “Namatovu Hamduh”. Responden juga mengemukakan “Percakapan Beramaran” beliau (D25) dan Laporan Polis (D24). [6] Dapatan Hakim bicara di akhir kes Pembelaan jelas dilihat di m.s. RR Jld. 1 perenggan 41: “[41] Having tested the evidence of the accused against the background of all evidence offered at the trial, I found that her explanation that she merely collected the parcel for Namatovu who lived at the house did not seem incredible or implausible in the light of Exhibit D24. It would be recalled that this was the report lodged by Inspector Zaidi in relation to the persons he arrested at the house. And, according to the report, one of those arrested at the house on the day in question was Namatovu. As Namatovu’s statement was not recorded before she was released, and no effort made to verify if the phone number on the parcel belonged to her, there could very well be some truth in the version of the accused that she was an innocent carrier who has been victimised by Namatovu and could not have known there were drugs in the parcel. Her conduct in informing Inspector Zahidi the moment she was arrested that the parcel was for Namatovu was consistent with her version. In any event, Exhibit D24 afforded corroboration of the accused’s version of the facts.” (emphasis added) [7] Hakim bicara menyatakan bahawa anggapan undang-undang mengenai pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 telah berjaya di akas (rebutted). Hakim bicara telah membuat dapatan bahawa “Namatovu 9 Hamduh” telah ditangkap pada hari dan masa yang sama berdasarkan kepada laporan polis SP3 sendiri (D24) untuk tujuan ujian air kencing. Hakim bicara juga membuat dapatan bahawa “Namatovu Hamduh” telah dilepaskan oleh pihak polis tanpa merekodkan pernyataan saksi. Ini menimbulkan kelompangan dalam kes pendakwaan. [8] Kami bersetuju dengan hujah Timbalan Pendaka Raya yang bijaksana. Hakim bicara telah tersalah arah apabila menyatakan laporan polis D24 menyokong versi pembelaan mengenai “Namatovu Hamduh”. Adalah jelas jika diteliti keterangan SP3 semasa pemeriksaan balas di m.s. 41 hingga 42 RR Jld. 2: “S : Penama Nombor 1 ialah Namatovu Hamduh, setuju? : Setuju : Passport Number dia ialah B0851908, betul? : Betul : Bandingkan nama ini dengan nama dalam laporan polis, adakah sama? : Ya, sama : Semua mereka dilepaskan? : Tidak : Adakah mereka dituduh di bawah seksyen 39B? : Penama 1, 2 dan 3 ditahan manakala penama lain saya tidak pasti : Sekarang mereka ada dimana? : Penama 2 dan 3 diusir dari Malaysia kerana pas lawatan mereka telah tamat tempoh : Bagaimana dengan Penama 1? : Ada dalam Mahkamah, iaitu OKT : Tapi nama OKT bukan Namatovu Hamduh? : Pada siasatan awal didapati nama OKT ini ialah Namatovu Hamduh tetapi setelah siasatan lanjut didapati dia lain. Muka OKT yang diserah semasa tangkapan dan hari ini ialah sama 10 : Sebenarnya Namatovu Hamduh ialah orang yang lain daripada OKT yang bernama Nakamnya Hadijah, betul? : Betul : Kamu tidak tahu dimana Namatovu Hamduh berada? : Ya, tidak tahu : Adakah kamu buat apa-apa pencarian tentang Namatovu Hamduh seperti iklankan di surat khabar atau minta bantuan Interpol untuk mencari dia? : Tidak” [9] Dari keterangan SP3 di atas, adalah jelas “Namatovu Hamduh” yang dikatakan telah dilepaskan tanpa mengambil pernyataan bertulis adalah Responden sendiri. Ini kerana dari siasatan awalan Responden mengakui dirinya sebagai “Namatovu Hamduh” kepada SP1 iaitu penghantar bungkusan Syarikat DHL. Responden juga memegang kad pengenalan diri “Namatovu Hamduh”. Bungkusan berisi bahan yang disyaki dadah berbahaya juga tertera nama “Namatovu Hamduh” didapati dalam pegangan Responden. [10] Pembelaan juga membawa masuk Percakapan Beramaran Responden D25 (rujuk m.s. 69 RR Jld. 3) menyatakan: “Q : What happened on 5.3.2014? : On 5.3.2014 around 1 take taxi and go to the house No.53 SP 10/2 Pusat Bandar Putra Permai, Saujana Puchong just wants to see my friends Q : On 5.3.2014 did take boxes from DHL in the house No. 53 SP 10/2 Saujana Puchong? : No, I never Q : On that time did my Police catch you? 11 : Yes, but do (not) know why Police catch me. I never do any wrong but Police catch (me)..” [11] Percakapan Beramaran D25, Responden menyatakan beliau ke tempat kejadian untuk berjumpa rakan-rakan serta menafikan penerimaan hantaran dari Syarikat DHL. Ini bertentangan dengan keterangan Responden di dalam Mahkamah. Responden juga langsung tidak menyatakan nama “Namatovu Hamduh” di dalam D25. Adalah jelas Percakapan Beramaran D25 tidak konsisten dengan pembelaan dan tidak membantu pembelaan. Perlu diingat, untuk mengakas anggapan undang-undang seksyen 37(d) ADB 1952, beban bukti adalah di atas imbangan kebarangkalian. Ianya lebih berat dari beban untuk menimbulkan keraguan yang munasabah tetapi lebih ringan dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah. [12] Siasatan Pegawai Penyiasat (SP6) mengenai “Namatovu Hamduh” dapat dilihat di m.s. 33 RR Jld. 2: “Saksi dirujuk P21(c), berkenaan paspot ini saya ada membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen. …jawapan daripada Jabatan Imigresen ialah “Namatovu Hamduh” memang diberi pas pelajar dan belajar di Akademi Pelancungan World. Saya ada hubungi kolej tersebut dan diberitahu pelajar itu sekarang tidak lagi belajar di kolej tersebut…” [13] Dari pengamatan kami, adalah jelas D24 (laporan polis SP3 mengenai ujian urin) tidak dapat membantu pembelaan kerana “Namatovu Hamduh” adalah Responden sendiri, bukan pihak ketiga yang telah dilepaskan. 12 Seterusnya Percakapan Beramaran (D25) bukan sahaja tidak konsisten dengan pembelaan malah bertentangan dengan keterangan Responden di dalam Pernyataan Saksi (m.s. 68-74 RR Jld. 2) yang telah difailkan oleh Peguam Bela Responden dan juga keterangan lisan di dalam Mahkamah. [14] Seterusnya kami meneliti dari sudut undang-undang mantap mengenai pembelaan menyalahkan pihak ketiga iaitu “Namatovu Hamduh”. Kami merujuk nas undang-undang yang digariskan oleh Mahkamah Persekutuan terutamanya dalam kes Teng Howe Sing v PP [2009] 3 CLJ: “[30] …on this point we would like to refer to the case of PP v Badrulsham bin Baharom [1998] 2 MLJ 585 wherein Lim Beng Choon J at page 592 said: …so we are left with nothing more than the bare assertion of the accused that it was Noor Azlan who asked him to collect the bag on behalf of the former and that the accused himself had no knowledge of the contents of P3… [32] Applying the principle in Badrulsham’s case to the facts of the instant case, the Learned judge was correct to conclude that the appellant has two opportunities to provide information about Ho Seng, i.e. at the time of his arrest and five days later during the recording of his cautioned statement but he failed to do so.” [15] Adalah diakui oleh SP3 bahawa Responden ada memberitahu SP3 bahawa Responden menerima hantaran tersebut bagi pihak “Namatovu Hamduh” tanpa memberi apa-apa maklumat lanjut mengenai “Namatovu Hamduh”. Seterusnya semasa percakapan beramaran Responden direkodkan, Responden tidak langsung memberi nama dan butiran “Namatovu Hamduh”. Malah Responden menafikan segala-galanya iaitu Responden pergi ke rumah tersebut untuk berjumpa rakan-rakan bukan 13 untuk menerima bungkusan yang dihantar melalui Syarikat DHL. Responden juga menafikan ada menerima bungkusan tersebut. Ini bertentangan dengan keterangan bertulis dan lisan di Mahkamah. [16] Mengenai isu pihak ketiga “Namatovu Hamduh”, kami meneliti keterangan SP3 sendiri di m.s. 23 RR Jld. 2 menyatakan di baris 52: “…setelah selesai membuat tandaan dan borang search list sementara menunggu bantuan daripada Inspektor Azrin untuk sampai ke tempat kejadian, saya lihat satu teksi berhenti di (hadapan) rumah tersebut dan telah turun 4 perempuan warga Afrika dan saya arahkan untuk tangkapan…” [17] Sekiranya “Namatovu Hamduh” salah seorang dari 4 wanita Afrika tersebut, seharusnya ditunjukkan oleh Responden kepada SP3 individu “Namatovu Hamduh” tersebut (Responden masih lagi berada di tempat kejadian bersama SP3 dan barang-barang kes menunggu Inspektor Azrin). [18] Mengenai tangkapan dua wanita Afrika di dalam rumah berkenaan selepas Responden ditangkap dan dibawa ke dalam rumah, sekiranya “Namatovu Hamduh” adalah salah seorang dari dua wanita tersebut, seharusnya Responden menunjukkan “Namatovu Hamduh” tersebut kepada SP3. Ini juga tidak dilakukan, malah tidak dicadangkan semasa pemeriksaan balas SP3 bahawa “Namatovu Hamduh” adalah salah seorang dari 4 wanita yang tiba dengan teksi ataupun salah seorang dari 2 tangkapan dalam rumah tersebut. [19] Atas alasan-alasan di atas, kami bersependapat bahawa rayuan Pendakwa Raya mempunyai merit. Hakim bicara telah khilaf dari segi fakta 14 dan undang-undang. Kekhilafan tersebut adalah satu salah arah yang serius. Justeru kami membenarkan rayuan. Perintah lepas dan bebas oleh Hakim bicara diketepikan dan digantikan dengan perintah bahawa Responden didapati bersalah serta disabitkan dengan kesalahan seperti pertuduhan. Mengenai hukuman, Responden dihukum dengan hukum mati mandatori. t.t. MOHTARUDIN BIN BAKI Hakim Mahkamah Rayuan Tarikh : 22 April 2019 Bagi pihak Perayu: Tuan Wong Poi Yoke Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Responden: Encik Surjan Singh Sidhu Advocates & Solicitors No. 54-A Jalan Kemuja Bangsar Utama 59100 Kuala Lumpur