[10] Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa rayuan tidak akan mengganggu dapatan Hakim/Majistret yang telah membuat dapatan atas fakta berasaskan keterangan saksi-saksi. Ini adalah kerana beliau mempunyai kelebihan dari segi mendengar dan melihat keterangan saksi-saksi dan jika perlu melihat kepada demeanour saksi-saksi dalam memberi keterangan. Mahkamah ini akan lebih perlahan dalam menganggu dapatan Hakim/Majistret Bicara selagi dapatan atas fakta itu adalah betul dan mematuhi prosedur dan peruntukan undang-undang. [11] Mahkamah ini merujuk kepada prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan berkenaan tugas Mahkamah yang mendengar rayuan jenayah. Ini dapat dilihat dalam kes Tee Hock Seng lawan Pendakwaraya (Rayuan Jenayah No. B-05(M)-575-12/2017) dimana Mahkamah Rayuan memutuskan :- [15] In considering the Petition Of Appeal and in particular the issues raised by the appellant’s counsel in submissions, we were guided by the principle in that a criminal appeal the duty of the appellate court is to consider whether the conviction is right. The correct approach as reiterated by this court in Mohd Johi Said v Public Prosecutor [2005] 5 MLJ 409 is not whether the decision is wrong but whether the conviction is safe.” (penekanan oleh Mahkamah) Majistret telah khilaf apabila mengambil kira laporan pakar (ekshibit P6) dan keterangan yang dikemukakan oleh SP4 (ASP Mohd Iqbal bin Mohammad) tanpa mengambilkira kelayakan kepakaran SP4 sebelum menerima keterangan dan laporan yang disediakan olehnya. [12] Tertuduh menghujahkan bahawa Majistret telah khilaf apabila menerima laporan pakar yang disediakan oleh SP4 (P6) tanpa mengambilkira kelayakan kepakaran SP4. Pihak pendakwaan pula menghujjahkan bagi kes-kes judi, kepakaran seseorang tidak sama seperti pakar di dalam kes dadah iaitu ahli kimia kerana untuk seseorang dikatakan pakar judi ianya bergantung kepada pengalaman kerja yang melibatkan serbuan kedai perjudian. Persoalan di sini adalah apakah mencukupi seorang pegawai polis yang berkhidmat selama 10 tahun dan terlibat dengan banyak serbuan melibatkan rumah perjudian layak diiktiraf sebagai pakar judi. [13] Mahkamah telah merujuk kepada keterangan SP4 dan dia memaklumkan bahawa dia menjadi pakar judi selama 10 tahun dan terlibat dengan serbuan rumah perjudian. Ini kali kedua dia memberi keterangan di Mahkamah sebagai pakar judi dan dia tidak tahu samada keterangannya diterima oleh mahkamah atau tidak. Adakah pengalaman terlibat dengan serbuan rumah perjudian mencukupi untuk menjadikan dia seorang pakar. SP4 tidak memaklumkan kepada Mahkamah samada dia mendapat latihan khusus berkaitan dengan jenis-jenis mesin judi ataupun jenis-jenis permainan yang berbentuk perjudian. Mahkamah menerima pakai otoriti yang dikemukakan oleh Perayu iaitu Wong Chop Saow v Public Prosecutor [1965] 31 MLJ 247 diputuskan: “ May I, with respect, suggest that to avoid confusion the expert witness should give his evidence as follows. He should first state his qualification as an expert. He should then state that he hvidence as given evidence as an expert in such cases and that his evidence has been accepted by the courts. He should then proceed to describe the various documents and give his reasons why in his opinion they relate to characters lottery. The trial magistrate must then come to a finding that he either accepts or rejects the evidence of the expert witness vis-a vis characters lottery. In this case the trial magistrate did not come to any finding but merely stated what the expert evidence was. [14] Adalah jelas, Majistret di dalam alasan penghakimannya menyatakan beliau bergantung kepada keterangan yang diberi oleh SP4 tanpa memberi satu dapatan khusus bahawa berdasarkan keterangan SP4 yang telah menjalankan ujian atas mesin-mesin