apa-apa benda yang didakwa oleh mana-mana orang, atau yang didapati daripada suatu dokumen yang disertakan, pembungkusan, suatu label atau tanda atau daripada apa-apa hal keadaan lain, sebagai mengandungi apa-apa bahagian atau terbitan hidupan liabiliti.” [14] Pada masa yang sama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 juga memberi takrifan tentang hidupan liar seperti berikut: "hidupan liar" ertinya mana-mana spesies haiwan liar atau burung liar, sama ada yang dilindungi sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak. [15] Begitu juga adakah hukuman denda yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen tersebut tidak memenuhi hasrat pindaan Akta ini seperti yang dinyatakan oleh Menteri Tenaga Dan Sumber Asli ketika membentangkan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 pada 26.10.2021 yang menyatakan seperti berikut: “Kelima, hukuman dan denda yang rendah tidak memberikan pengajaran kepada pesalah-pesalah. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 ini adalah lebih responsif kepada keperluan semasa dalam membanteras jenayah hidupan liar. Penguatkuasaan Akta 716 sedia ada tidak dapat menurunkan kadar jenayah hidupan liar yang akan menyebabkan kepupusan hidupan liar. Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan untuk melindungi hidupan liar malah turut juga melindungi habitatnya.” [16] Begitu juga dengan kenyataan Menteri semasa penggulungan Rang Undang-undang tersebut menyatakan seperti berikut: Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Boleh dapat pandangan Yang Berhormat Menteri. Bukankah RM500,000 denda dengan 10 tahun penjara ini sudah merupakan satu hukuman yang berat dari segi undang-undang. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan: Ya. RM500,000 itu... Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Jadi, that is no reason for increase. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan: Sebanyak RM500,000 itu lebih berat daripada RM100,000. Akan tetapi, RM1 juta ini adalah memadai dan mencukupi untuk seriusnya kes-kes terhadap ancaman hidupan liar dalam negara kita. Ini telah dipersetujui oleh 97 peratus responden yang telah diberikan persoalan ini untuk kita libat urus. ■1800 Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Boleh dapat penjelasan. Responden ini, adakah dia pekebun kecil dan orang yang duduk? Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan: Semuanya. Sebagai mana yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beruas, kita sebagai peguam kita tahu ini adalah maksimum penalti kepada kes daripada kecil sehinggalah besar. Jadi itu sahaja jawapan saya. Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Akan tetapi saya hendak beritahu, mesej yang Parlimen hantar kepada mahkamah, menunjukkan bahawa RM500,000 dan 10 tahun itu tidak mencukupi. Jadi mahkamah akan mengenakan denda dan penjara yang sangat tinggi. Kalau RM500,000 dianggap tidak... Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan: Di dalam mahkamah mempunyai isu undang-undang dan isu fakta. Every case based on law and fact. Jadi kalau fakta itu tidak berat, tidaklah tinggi hukumannya. Itu semua kita tahulah. [17] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas dalam memberikan tafsiran kepada undang-undang jenayah untuk lebih ketat dalam pentafsirannya. Ini telah dinyatakan dalam buku Maxwell on The Interpretation of Statutes Twelfth Edition by P. St. J. Langan di halaman 239-240 seperti berikut: “The strict construction of penal statutes seems to manifest itself in four ways: in the requirement of express language for the creation of an offence; in interpreting strictly words setting out the elements of an offence; in requiring the fulfilment to the letter of statutory conditions precedents to the infliction of punishment; and in insisting on the strict observance of technical provisions concerning criminal procedure and jurisdiction.” [18] Dalam hal ini Mahkamah berpendapat dalam mentafsirkan undang-undang berkaitan dengan jenayah adalah wajar untuk Mahkamah meneliti beberapa pandangan Mahkamah berkenaan dengan bagaimanakah tafsiran bagi undang-undang berkaitan jenayah perlu dilakukan. Misalnya dalam kes Tuck & Sons v Priester [1887] 19 Q.B.D 629 di mana pandangan Lord Esher M.R. wajar diberikan perhatian seperti berikut: “But then comes the question whether the plaintiffs are also entitled to recover penalties under s. 6. We must be very careful in construing that section, because it imposes a penalty. If there is a reasonable interpretation which will avoid the penalty in any particular case we must adopt that construction. If there are two reasonable constructions we must give the more lenient one. That is the settled rule for the construction of penal sections.” [19] Ia juga dinyatakan dalam kes Francis Hart Dyke, ESQ., Her Majesty's Procurator-General, on behalf of Our Sovereign Lady The Queen And Henry William Elliott, And The Owners Of The Steam-Tug Or Vessel "Gauntlet" [1872] L.R. 4 P.C. 184 di mana Lord Justice James menyatakan seperti berikut: “It was much pressed in the Court below, and again before their Lordships, that the statute being a penal, or, as it was phrased, a highly penal one, it was to be construed strictly. It appears to their Lordships necessary to say a few words as to this topic, which is so often pressed in argument. No doubt all penal Statutes are to be construed strictly, that is to say, the Court must see that the thing charged as an offence is within the plain meaning of the words used, and must not strain the words on any notion that there has been a slip, that there has been a casus omissus, that the thing is so clearly within the mischief that it must have been intended to be included and would have been included if thought of. On the other hand, the person charged has a right to say that the thing charged, although within the words, is not within the spirit of the enactment. But where the thing is brought within the words and within the spirit, there a penal enactment is to be construed, like any other instrument, according to the fair common-sense meaning of the language used, and the Court is not to find or make any doubt or ambiguity in the language of a penal statute, where such doubt or ambiguity would clearly not be found or made in the same language in any other instrument.” [20] Mahkamah Persekutuan telah memberikan garis panduan yang menarik secara umum tatacara pentafsiran undang-undang bertulis yang telah dinyatakan dalam kes Tebin bin Mostapa (as administrator of the estate of Hj Mostapa bin Asan, deceased) v Hulba-Danyal bin Balia & Anor (as joint administrators of the estate of Balia bin Munir, deceased) [2020] 4 MLJ 721 seperti berikut: “[28] At common law, there are three judicial rules of statutory interpretation. They are: (i) the literal rule; (ii) the golden rule; and