warganegara Myanmar migran yang diseludup seperti dalam Lampiran B dan dengan yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum 2 di bawah Seksyen 26D Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.” Kes Pendakwaan [2] Pada 12.11.2019 seorang yang bernama En. Wong Mou Sing iaitu SP2 telah menerima panggilan telefon dari Tertuduh Nicolas. En. Wong adalah daripada Bertam Valley. SP3 dalam keterangannya menyatakan bahawa “En. Nicolas telah call bagitahu jumpa dekat Shell Ringlet, kita datang dari Bertam Valley naik Land Cruiser untuk mengambil Myanmar.” Ketika ditanya soalan oleh pihak pendakwaan berapakah wang yang diminta, SP2 menyatakan RM5,000. [3] En. Wong juga dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau memberikan wang kepada Tertuduh RM5,000 tidak tahu sama ada untuk untung atau apa. Namun SP2 mengesahkan beliau telah menyerahkan wang tersebut kepada Tertuduh. En. Wong menyatakan beliau datang untuk mengambil dua orang warga Myanmar namun tidak dapat disempurnakan kerana pihak polis telah membuat serbuan dan tangkapan pada tarikh tersebut. SP2 telah camkan Tertuduh sebagai orang yang dimaksudkan sebagai Nicolas. [4] Semasa pemeriksaan balas SP2 menyatakan dan mengesahkan bahawa beliau tidak tahu wang RM5,000 itu untuk siapa tetapi dapat mengesahkan bahawa beliau melihat wang tersebut telah diserahkan oleh Tertuduh kepada seorang lelaki melayu. Semasa dikemukakan soalan sama ada En. Wong ada melihat Nicolas ambil wang daripada duit tersebut, SP2 menyatakan 3 beliau ada nampak dan juga nampak bahawa wang tersebut telah diberikan kepada lelaki Melayu tersebut. SP2 juga mengesahkan bahawa pada hari kejadian dua orang lelaki Myanmar yang patut diberikan kepada beliau telah turun daripada bas. Beliau bersetuju bahawa pada hari tersebut hanya Nicolas sahaja yang boleh berbahasa Melayu. Semasa pemeriksaan semula SP2 menegaskan bahawa bayaran RM5,000 yang dibayar kepada Nicolas adalah tujuan mendapatkan pekerja warga asing. Wang tersebut diminta oleh Nicolas, menurut SP2. [5] Seterusnya saksi pendakwaan SP6 menyatakan berkenaan peranan Tertuduh di dalam kejadian tersebut. Beliau menyatakan seperti berikut: 13) S : Rujuk kepada perenggan 6 penyataan saksi kamu di baris keempat yang terakhir, “Setelah berbincang dengan Nico saya memberitahu Nico bahawa saya hendak turunkan 8 orang Myanmar di kawasan Tringkap dan saya meminta Nico supaya tunggu saya di Shell Ringlets.” Soalan saya, siapa Nico? Apa peranan dia? : Peranan dia seorang runner. Dia macam agen juga. 14) S : Agen lah? : Agen kepada pembeli pekerja asing. 15) S : Apa balasan yang Nico dapat menjadi agen pekerja asing ini? : Dapatan dia itu antara dia dengan pembeli. Nico dengan pembeli, dengan agen satu lagi. 16) S : Apa yang dia dapat? : Keuntungan. 4 17) S : Siapa yang bayar upah kepada Nico ini? : Yang membeli. 18) S : Yang membeli apa? : Membeli warga asing, PATI. [6] SP6 dapat camkan Tertuduh sebagai Nicolas yang dimaksudkan. SP6 menyatakan bahawa urusan beliau dengan Tertuduh ialah apabila sampai di tempat itu Nicolas akan menguruskan berkenaan dengan lelaki-lelaki Myanmar tersebut. Semasa pemeriksaan balas SP6 mengesahkan bahawa SP2 ada menyerahkan wang RM5,000 dan Nicolas telah serahkan kesemuanya kepada SP6. 19) S : Bila keuntungan ini dibayar kepada Nico, tahu? : Itu saya tidak tahu, itu belakang… itu urusan niaga dia dengan pembeli. 20) S : Berapa upah yang dia bayar kepada Nico untuk kes kita pada hari ini tahu? : Tak tahu, tak pasti. 21) S : Seterusnya rujuk kepada perenggan 7 dan 8, masih boleh camkan tempat kejadian di simpang tiga Ringlets berhampiran Shell? : Boleh. 22) S : P5(A-C) dirujuk. Tengok gambar-gambar tersebut, boleh camkan? : Betul tempat parking bas di simpang Ringlets ini, berdekatan dengan Shell. 5 Mahkamah: P5(A-C) dicamkan oleh saksi. 23) S : Rujuk kepada 5, 7 dan 8, penyataan saksi kamu. Masih boleh camkan bas nombor kenderaan NBE 1048? : Boleh. [7] Seterusnya SP6 memperihalkan bagaimana keadaan pembayaran tersebut iaitu SP2 sampai di Ringlet dan berurusan dan berjumpa Nicolas, Nicolas naik ke atas bas dan membawa turun dua orang PATI warga Myanmar tersebut dan serahkan kepada SP2 dan SP2 serahkan wang kepada Nicolas dan Nicolas menyerahkan wang kepada SP6. [8] Ketika dikemukakan soalan berkenaan sama ada Nicolas ada menerima apa-apa bayaran atau keuntungan SP6 semasa pemeriksaan balas menyatakan seperti berikut: 36) : Jadi saya cadangkan kepada En. Norhan yang Nicolas tidak menerima apa-apa keuntungan daripada jumlah RM5000 bagi pembayaran dua warga asing tersebut? Senang cerita Nicolas tidak ada terima apa-apa keuntungan pun dalam RM5000 yang dibayar itu? : Saya bagitahu, kalau kita buat sesuatu kerja kalau kita ada.. 37) : Tunggu, awak tak payah jawab itu. Sekarang ini saya tanya yang RM5000 Wong bayar untuk dua warga asing tersebut Nicolas tidak dapat apa-apa keuntungan? : Itu memang, macam ini.. 6 38) : Tak-tak kamu jawab macam ini sahaja. Dalam RM5000 yang Wong bayar kepada kamu Nicolas tak ambil apa-apa bahagian pun? : Ya memang tak adalah. [9] Semasa pemeriksaan semula SP6 telah memberikan penjelasan tentang bagaimana pembayaran tersebut dibuat seperti berikut: 12) : Memang Nicolas tak ada terima habuan tapi ada En. Norhan nak bagi penjelasan. Boleh bagi sekarang? : Penjelasannya pada RM 5000 itu untuk dibagi dua orang. Ada balance lagi, dalam bas itu lebih kurang ada lagi 8 orang. 8 orang lagi itu dekat situ ada lagi, belum dibayar oleh ejen diaorang. Itu saya tak tahulah ada berapa lagi keuntungan saya tak tahu. 13) : Berapa keuntungan siapa? : Yang inipun saya tak tahu. [10] Seterusnya SP3 iaitu pegawai serbuan telah menyatakan bahawa pada hari kejadian beliau telah menjalankan serbuan di tempat kejadian dan mendapati Tertuduh, SP2 dan SP6 berada di tempat kejadian. Sementara itu 15 orang PATI warga Myanmar berada di dalam bas. Rampasan barang-barang kes terdiri daripada kenderaan, wang tunai dan telefon bimbit telah dilakukan oleh SP3. [11] Sementara itu SP4 iaitu pegawai penyiasat mengesahkan bahawa semasa tangkapan dilakukan hanya wang RM5,000 sahaja yang digunakan untuk membayar dua orang warga Myanmar. 7 38) : Bagaimana Inspektor? : Betul. 39) : Kita cam? : Cam. 40) : Bagaimana kita cam? : Tandatangan saya dan juga Tuan Taufiq. 41) : Boleh kita tunjukkan kepada mahkamah tandatangan kita? : Boleh, ini Yang Arif. (Saksi menunjukkan kepada mahkamah) Mahkamah: P13B dicamkan. TPR: Seterusnya saya pohon saksi dirujuk kepada para 5.10, sejumlah wang tunai pelbagai denominasi berjumlah RM2100. [12] Begitu juga semasa pemeriksaan balas isu berkenaan sama ada wang yang dirampas daripada Tertuduh adalah wang berasal daripada RM5,000 yang diberikan oleh SP2 kepada Tertuduh telah disahkan bahawa tidak dapat dinyatakan ia adalah berpunca daripada wang RM5,000 tersebut. Wang yang dirampas daripada SP6 adalah RM17,000. SP4 mengesahkan bahawa duit RM2,100 adalah duit Norhan. Di akhir pemeriksaan semula SP4 telah memberikan penjelasan berkenaan wang RM5,000 tersebut seperti berikut: 8 19) : Tadi peguam cadangkan Nicolas ini dia tidak terima apa-apa keuntungan dari aktiviti penyeludupan ini, kita tidak setuju. Boleh kita jelaskan? : Dalam keadaan yang sama keadaan itu bermakna Wong Mou Sing bagi RM5000 kepada Nicolas, Nicolas bagi pada Norhan. Pada masa yang sama pasukan polis tiba-tiba tangkap. Makna urusan itu belum lagi penghabisan. Analisa Pertuduhan [13] Peguam Tertuduh yang bijaksana telah membangkitkan isu berkenaan dengan pertuduhan yang cacat. Ia adalah ekoran daripada maklumat yang terdapat di dalam pertuduhan yang menyatakan bahawa mendapat keuntungan daripada penyeludupan migran yang diseludup iaitu 15 orang warga Myanmar. Di dalam pertuduhan tersebut menurut peguam Tertuduh tidak menyatakan adanya kesalahan penyeludupan migran sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta tersebut). [14] Ia adalah diasaskan atas hujahan bahawa Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan sama ada 15 orang migran warga Myanmar yang dibawa masuk oleh SP6 ke negara ini secara sah atau sebaliknya. Peguam Tertuduh menegaskan bahawa kehadiran Tertuduh di tempat kejadian hanyalah sebagai penterjemah bagi warga Myanmar yang ingin diserahkan kepada SP2. Ini disebabkan warga Myanmar tersebut tidak boleh berbahasa Melayu dan hanya Tertuduh sahaja yang boleh berbahasa Melayu. 9 [15] Adalah prinsip asas undang-undang bahawa tujuan pertuduhan ialah untuk memberi maklumat awal terhadap kesalahan yang dilakukan terhadap Tertuduh bagi membolehkan pihak Tertuduh untuk menyediakan keterangan-keterangan bagi menyanggah keterangan-keterangan yang dikemukakan bagi kesalahan yang telah diperihalkan di dalam pertuduhan tersebut. Seksyen 152, 153, 154, 155, 156 Kanun Prosedur Jenayah telah menerangkan perkara-perkara yang perlu ada di dalam sesuatu pertuduhan. 152 Form of charge