Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO: 42S-12 & 13-2/2017 [MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU NO: SKB(A) 62-04-01/2015) DI ANTARA NISALMA BINTI SAAT …. PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN
42S-12 & 13-2/2017
High Court of Malaysia25 Feb 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(i) Seksyen 96 Penal Code “Nothing is an offence which is done in the exercise of private defence”.”
“.s. 345 dan 346 Mahkamah telah menyenaraikan seperti berikut:- “In Malaysian law the right of private defence under the Penal Code is much wider than that under English law (see Musa bin Yusof v. PP [1953] MLJ 70). The right of private defence commences as soon as there is reasonable apprehension of danger to the body”
“rupakan saksi yang berkepentingan namun tidak terdapat anggapan undang-undang yang menyatakan seorang saksi yang berkepentingan tidak boleh dipercayai. Ini telah diputuskan dalam kes Balasingham v PP [1959] MLJ 193 di mana Ismail Khan J memutuskan: “there is no legal presumption that an interested witness should not be”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO: 42S-12 & 13-2/2017 [MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU NO: SKB(A) 62-04-01/2015) DI ANTARA NISALMA BINTI SAAT …. PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN
1
Tertuduh/Perayu telah dituduh di atas satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen iaitu melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
2
Tertuduh/Perayu tidak mengaku bersalah, justeru satu perbicaraan telah dijalankan. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah bicara telah mendapati Tertuduh bersalah di atas satu kesalahan lain iaitu di bawah Sek. 304(b) Kanun Keseksaan dan telah disabitkan. Tertuduh/Perayu telah dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara daripada tarikh hukum iaitu pada 13/2/2017. 2
3
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Tertuduh/Perayu telah merayu kepada Mahkamah ini terhadap sabitan dan hukuman. Pendakwa Raya pula merayu terhadap hukuman yang tidak setimpal. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Tertuduh/Perayu dan mengenepikan keputusan Hakim bicara dan menggantikan dengan perintah bahawa Tertuduh dilepas dan dibebaskan. Rayuan terhadap hukuman oleh Pendakwa Raya secara otomatik gugur.
4
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan mengenai keputusan tersebut.
5
Ini merupakan alasan-alasan kepada keputusan tersebut. B. PERTUDUHAN Pertuduhan Pindaan adalah seperti berikut:- “Bahawa kamu pada 03.09.2014 jam lebih kurang 9.45 malam, bertempat di dalam Kedai Perabut ST ONE FURNISHING, Lot 1451 Kampung Chica, Jalan Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, di dalam Jajahan Kota Bharu, di dalam Negeri Kelantan, telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian MOHD ZAMANY BIN MD EUSOPE KPT: 760710- 04-5353 dengan niat menyebabkan kematian, dan dengan itu kamu telah 3 melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh dan boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.” C. FAKTA KES SEPERTI YANG DIDAPATI OLEH HAKIM BICARA
6
Fakta Kes sebagaimana didapati oleh Hakim bicara di muka surat 22 hingga 25 Rekod Rayuan adalah seperti berikut:- “Pada 03.09.2014 jam lebih kurang 9.45 malam, menurut SP4, beliau berada di bahagian dapur sedang membersihkan peti ais. Pada ketika ini si mati ada bersama SP4. Kemudian datang Tertuduh dan bertanyakan si mati tentang wang RM100.00. Si mati tidak menjawab. Pada ketika ini menurut SP1 beliau juga berada di kawasan dapur. SP1 dan SP4 kemudian melihat si mati membaling sudu ke arah muka Tertuduh dan mereka mula bergaduh. Pada waktu ini SP1 terus keluar ke bahagian tepi rumah tempat jemur kain dan SP4 keluar ke bahagian hadapan kedai.
Preamble
Menurut SP1 lagi semasa beliau berada di tempat jemur kain, beliau terdengar Tertuduh menjerit minta tolong dan apabila SP1 masuk beliau melihat si mati terbaring dekat pintu dan ada sedikit darah di dagu. SP4 menyatakan tidak lama selepas beliau keluar ke bahagian hadapan kedai, Tertuduh datang memanggil beliau dan SP4 terus ke dapur. Apabila sampai di dapur SP4 melihat si mati terbaring berhampiran pintu dapur. Tertuduh meminta SP4 untuk mengangkat 4 si mati ke kereta untuk di bawa ke hospital. Kereta dipandu oleh Tertuduh ke hospital dan SP4 bersama si mati berada di bahagian tempat duduk belakang.
Preamble
Menurut SP1, beliau kemudiannya menerima panggilan talipon dari Tertuduh bertanyakan sama ada terdapat pisau atau tidak di dapur.
Preamble
Menurut SP1 beliau tidak menjawab dan meletakkan talipon. SP1 kemudian terus ke dapur dan melihat ada sebilah pisau dekat lantai dapur. SP1 mengambil pisau tersebut dan kemudiannya diletak ke dalam sinki. Menurut SP1 lagi, Tertuduh menalipon semula beliau dan menyatakan bahawa pisau tersebut tertikam si mati. SP1 kemudian buang pisau tersebut ke dalam lubang air dekat kawasan dapur. Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 10.15 malam, SP7 yang merupakan abang kepada si mati menerima panggilan talipon dari Tertuduh yang merupakan adik ipar beliau dan menyatakan beliau berada di hospital bersama si mati. Tertuduh memberitahu SP7 bahawa si mati jatuh dan tiba-tiba tidak sedarkan diri. SP7 telah ke Hospital USM dan apabila tiba di hospital SP7 dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa si mati telah meninggal dunia. SP7 kemudian bertanya kepada Tertuduh apa yang berlaku, Tertuduh menjawab si mati terjatuh kerana asthma dan luka di dagu akibat terkena meja semasa si mati jatuh. Pada 04.09.2014 SP6, Pakar Patologi HUSM, telah membuat pemeriksaan secara general terhadap mayat si mati dan beliau perasan terdapat dua kesan luka, satu di bahagian dagu dan satu lagi di bahagian dada. SP6 kemudian memeriksa kedalaman luka di 5 bahagian dada dan dapati kedalamannya melebihi 12 cm. SP6 kemudian berjumpa dengan Tertuduh dan bertanya macam mana boleh berlaku. Tertuduh menjawab si mati mempunyai sejarah asthma tetapi tidak mendapat rawatan berkala, si mati sesak nafas dan jatuh. SP6 mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam kes ini dan SP6 maklum kepada Tertuduh bahawa beliau akan membuat post mortem penuh. SP6 hanya membuat external post mortem sahaja dan diteruskan oleh SP3, pakar forensik HRPZ II untuk internal post mortem. SP3 telah menjalankan post mortem terhadap si mati dan hasilnya adalah sebagaimana laporan post mortem (P12). SP3 mendapati pada mayat si mati dan luka koyak pada dagu si mati. Menurut SP3 lagi, luka tikaman pada bahagian dada panjangnya lebih kurang 14 cm, nipis dan tirus dan apabila dirujuk dengan sebilah pisau (P6), SP3 berpendapat bahawa pisau tersebut boleh mengakibatkan luka sedemikian. SP3 juga sebab kematian adalah luka tikaman yang terkena pada jantung si mati.” D. DAPATAN HAKIM BICARA Prima Facie [7] Di peringkat Prima Facie, Hakim bicara telah memutuskan bahawa dari rangkaian keterangan yang ada, Tertuduh/Perayulah yang menyebabkan kecederaan atas tubuh si mati dan pisau (P6) telah digunakan oleh Tertuduh untuk menyebabkan kecederaan tersebut. Berikut 6 adalah sedutan dapatan beliau di dalam Alasan Penghakimannya di muka surat 36 Rekod Rayuan. “Mahkamah berpendapat bahawa dari keterangan di atas telah berjaya membentuk satu rangkaian yang lengkap dan secara kesimpulannya menunjukkan bahawa Tertuduh adalah orang yang menyebabkan kecederaan atas tubuh si mati. Inferen juga boleh dibuat di sini bahawa pisau (P6) telah digunakan oleh Tertuduh untuk menyebabkan kecederaan tersebut.” [8] Hakim bicara juga telah mengambil maklum bahawa Tertuduh telah menimbulkan pembelaan “private defence” atau pertahanan diri di peringkat Pendakwaan lagi. Namun Hakim bicara tidak menerima pembelaan ini kerana mengikut beliau keterangan ke arah itu yang dikemukakan melalui SP1 dan SP4 adalah tidak mencukupi. Di muka surat 36 Rekod Rayuan Hakim bicara menyatakan:- “Peguambela Tertuduh telah meletakkan pertahanan diri sebagai asas pembelaan Tertuduh sebaik kes pendakwaan bermula. Semasa pemeriksaan balas SP1 dan SP4, peguambela Tertuduh mengajukan soalan-soalan yang berkait dengan perhubungan si mati dengan Tertuduh berdasarkan kepada apa yang mereka lihat semasa bekerja dengan Tertuduh dan si mati. Tidak dinafikan melalui SP1 dan SP4 terdapat keterangan bahawa Tertuduh kerap dipukul oleh si mati sehingga berdarah di kepala namun tidak ada keterangan dari SP1 7 dan SP4 yang menunjukkan bahawa Tertuduh mendapat cedera sehingga terpaksa mendapat rawatan atau dimasukkan ke hospital. Selain dari keterangan lisan dari SP1 dan SP4 tentang perkara ini, tidak ada lain-lain keterangan yang boleh menyokong keterangan SP1 dan SP4 bahawa Tertuduh selalu dipukul oleh si mati. SP1 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau dituduh di Mahkamah kerana kes membuang pisau untuk kes ini, beliau telah mengaku salah dan kes tersebut telahpun selesai. Tidak dinafikan bahawa ikut keterangan SP1 bahawa Tertuduh tidak pernah mengarahkan beliau untuk membuang pisau tersebut. Walaupun begitu terdapat keterangan yang pada mulanya SP1 melatakkan pisau tersebut ke dalam sink tetapi apabila menerima panggilan talipon untuk kali kedua dari Tertuduh dan menyatakan pisau tersebut tertikam si mati, SP1 telah membuang pisau tersebut ke dalam lubang air dekat kawasan dapur.” Berdasarkan kepada apa yang telah saya nyatakan di atas, secara kesimpulannya saya berpendapat bahawa SP1 dan SP4 adalah merupakan saksi yang berkepentingan namun tidak terdapat anggapan undang-undang yang menyatakan seorang saksi yang berkepentingan tidak boleh dipercayai. Ini telah diputuskan dalam kes Balasingham v PP [1959] MLJ 193 di mana Ismail Khan J memutuskan: “there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for 8 disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances”. Berdasarkan kepada keadaan ini saya mengambil ingatan bahawa keterangan SP1 dan SP4 perlu dinilai secara berhati-hati.” [9] Hakim bicara telah mengambil maklum mengenai keterangan pakar iaitu SP3 yang antara lain mengesahkan terdapat 5 jenis dadah di dalam badan si mati yang boleh membuatkan si mati terangsang dan bertindak tidak rasional. Hakim bicara menyatakan di muka surat 39 Rekod Rayuan: “Berbalik kepada keterangan SP3 iaitu Pakar Forensik, tidak dinafikan melalui keterangan SP3 terdapat 7 jenis dadah dalam urine si mati. Dari 7 jenis dadah ini menurut SP3, 5 jenis ianya tidak bahaya iaitu Chlorphenamine, Cetrizine, Metanamic acid, Norephedrine dan Pseudeopherdrine. Secara kesimpulan menurut SP3 akibat dari dadah dalam urine dan bila bercampur dengan alkohol boleh menjadikan seseorang lebih teruja dan terangsang dan tidak rasional dalam tindakan.” [10] Hakim bicara juga membuat dapatan mengenai kedudukan fizikal si mati dan juga Tertuduh sebelum kejadian berdasarkan keterangan SP3 seperti berikut di muka surat yang sama di dalam Rekod Rayuan:- “Apabila diajukan dengan hukum “reflexaction” dan analogi oleh peguambela bahawa Tertuduh memalingkan muka dan badan ke belakang dan pegang pisau ke arah belakang dan tunduk dan mangsa dari belakang masuk dan tertusuk pisau, SP3 menjawab 9 mustahil. SP3 berpendapat bahawa kejadian terjadi dalam keadaan Tertuduh menutup muka dan bila mangsa meluru dia akan menolak dengan pisau slunting dari atas ke bawah. Berdasarkan kepada keterangan SP3 si mati berada secara berhadapan dengan Tertuduh semasa kejadian. Berdasarkan kepada keterangan SP3 juga luka tersebut adalah sedalam 14 cm secara menyerong dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan.” [11] Hakim bicara memberi justifikasi kenapa Tertuduh tidak berada di dalam keadaan mempertahankan diri. Di muka surat 40 Rekod Rayuan, Hakim bicara menyatakan dengan kedua-dua tangan menutup muka dan memegang pisau, Tertuduh tidak mampu untuk mencederakan si mati dengan tikaman sebegitu walaupun pada ketika itu si mati meluru ke arah Tertuduh. Berikut adalah dapatan Hakim bicara:- “Saya berpendapat bahawa kejadian yang berlaku secara berhadapan dan kecederaan yang dialami oleh si mati merupakan satu tikaman terus dan bertenaga dari Tertuduh. Untuk pisau masuk sedalam 14 cm ianya perlu kepada satu tenaga yang kuat memandangkan perbezaan saiz tubuh si mati dan Tertuduh. Dalam keadaan ini juga saya berpendapat bahawa Tertuduh tidak berada dalam keadaan mempertahankan diri kerana pada malam kejadian Tertuduh tidak mengalami sebarang kecederaan dan juga tidak ada kesan pergelutan di tempat kejadian. SP1 dan SP4 juga tidak menemui apa-apa senjata di tempat kejadian selain dari pisau yang digunakan oleh Tertuduh”. 10 [12] Hakim Bicara, di akhir kes pendakwaan telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Di muka surat 40 & 41 Rekod Rayuan, Hakim Bicara menyatakan:- “Berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dibincangkan di atas, Mahkamah berpendapat dan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh, oleh itu Tertuduh dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya”. Peringkat Pembelaan [13] Hakim Bicara telah membuat penganalisaan terhadap kes pembelaan. Di muka surat 45 Rekod Rayuan. Hakim bicara menyatakan: “Dalam menilai kes pihak pembelaan, Mahkamah berpandu kepada keputusan dalam kes Mohammad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 1 CLJ (Rep); [1991] 3CLJ 2073 di mana Mahkamah Agung memutuskan bahawa sungguhpun seorang hakim tidak menerima atau mempercayai versi seseorang Tertuduh, dia tidak boleh disabitkan sehingga Mahkamah berpuashati atas sebab yang cukup bahawa versi Tertuduh itu tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kebenaran kes pendakwaan”. 11 [14] Hakim Bicara telah meneliti keterangan daripada SD3 dan laporan SD3 (Pakar Psikiatrik). Di muka surat 47 Rekod Rayuan, Hakim Bicara menyatakan:- “Pertamanya saya ingin merujuk kepada keterangan SD3 bersama dengan laporan psikiatrik beliau D33. Saya tidak menafikan kepakaran SD3 bersama pasukan beliau yang telah membuat pemerhatian terhadap Tertuduh sebanyak 2 kali iaitu mulai 16.09.2014 hingga 17.10.2014 dan mulai 20.10.2014 hingga 20.11.2014. Malah lawatan ke rumah telah dibuat pada 8.10.2014 di mana Pegawai Perubatan dan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Permai Johor Bahru telah menemuramah kepada ibu, bapa, adik-beradik, pembantu rumah, pekerja kedai perabot Tertuduh dan rakan-rakan baik beliau. Abang dan kakak ipar serta ibu dan bapa saudara si mati juga ditemuramah untuk mendapat maklumat terperinci. D33 juga menyatakan bahawa tidak banyak maklumat diperolehi dari keluarga sebelah si mati.” [15] Hakim Bicara telah membuat rumusan daripada Laporan D33 seperti berikut di muka surat 46 Rekod Rayuan:- “Secara kesimpulan, rumusan yang terdapat pada D33 adalah tiada gejala-gejala yang menunjukkan Tertuduh menghidap sebarang penyakit jiwa yang serius/major. Tertuduh mengalami tekanan perasaan kesan dari keganasan rumahtangga (domestic violence). Tertuduh sering diugut dan didera secara fizikal dan emosi oleh suami (si mati) sejak melahirkan anak mereka”. 12 Pada pendapat mereka ketika kejadian seperti yang didakwa, Tertuduh adalah dalam keadaan fikiran yang siuman dan berupaya untuk mengetahui perbuatan yang dilakukannya adalah bersalahan di sisi undang-undang. Penama (Tertuduh) cuba mempertahankan diri dari terus dipukul mangsa dan tidak pernah berniat untuk membunuh mangsa. Kesimpulan yang boleh dibuat berkait dengan laporan psikiatrik ini adalah dapatan SD3 bersama pasukannya adalah bahawa “penama (Tertuduh) cuba mempertahankan diri dari terus dipukul mangsa dan tidak pernah berniat untuk membunuh mangsa.” Pada pendapat saya itulah sebenarnya yang cuba dibuktikan oleh pembelaan melalui eksibit D33 dan melalui keterangan SD3. Asasnya bergantung kepada pemerhatian, latar belakang Tertuduh dan laporan sosial. Penilaian saya terhadap keseluruhan kandungan D33 dan keterangan SD3 asas sebenar adalah berdasarkan kepada temuramah terhadap Tertuduh dan penyediaan laporan sosial hasil temuramah yang dilakukan terhadap ibu, bapa, adik-beradik, pembantu rumah, pekerja-pekerja kedai perabot Tertuduh dan rakan-rakan baik Tertuduh, manakala ahli keluarga sebelah suami (si mati) juga ditemuramah namun tidak banyak maklumat yang diperolehi.” 13 [16] Hakim Bicara telah merujuk kepada Otoriti dan akhirnya tidak bersetuju dengan dapatan Pakar SD3 dan Laporan D33. Di muka surat 47 Rekod Rayuan, beliau berkata:- “Persoalannya sekarang adakah perkara-perkara yang dijadikan asas dalam D33 sudah cukup untuk memperlihatkan apa yang ada dalam pemikiran Tertuduh pada masa kejadian yang menyebabkan beliau melakukan perbuatan seperti yang didakwa, adakah dapatan dalam D33 sudah cukup untuk menyatakan pada masa tersebut Tertuduh benar-benar dalam keadaan mempertahankan diri. Dalam isu ini saya merujuk kepada apa yang telah diputuskan dalam kes PP v KK [2007] 6 CLJ 367 di mana Yang Arif Hakim Dato’ Ahmad Haji Maarop (pada ketika itu) menyatakan bahawa: “Oleh kerana keterangan SD3 (dan SP23) adalah keterangan saksi pakar, adalah penting dinyatakan beberapa prinsip undang-undang yang berkaitan dalam penghakiman ini mengenai keterangan pakar. Prinsip pertama yang jelas ialah bahawa tugas saksi pakar ialah membantu Mahkamah membuat penghakiman dalam sesuatu kes. Saksi pakar tidak membuat penghakiman. Membuat penghakiman adalah tanggungjawab Mahkamah. Keterangan pakar digunakan oleh Mahkamah untuk membantunya dalam membuat penghakiman. Tidaklah menjadi kemestian bahawa penghakiman Mahkamah mesti mengikuti pandangan yang diberi oleh pakar. Dalam menimbangkan penghakiman yang hendak diberi dalam sesuatu kes, hakim menilai 14 keterangan kesemua saksi termasuk keterangan saksi-saksi pakar itu sendiri.” Seterusnya dalam kes yang sama Yang Arif menyatakan: “Prinsip kedua yang perlu ditegaskan ialah alasan-alasan yang menjadi asas kepada pandangan seseorang pakar itu boleh disiasat dan dinilai oleh Mahkamah. Apabila keterangan pakar itu adalah berdasarkan laporan fakta-fakta, fakta-fakta tersebut, (melainkan berada dalam pengetahuan pakar itu sendiri), hendaklah dibuktikan secara berasingan. Ini dijelaskan oleh Mahkamah Persekutaun dalam kes Pacific Tin Consolidated v. Hoon Wee Thim [1967] 1 LNS 118; [1967] 2 MLJ 35, di ms. 37: “It is argued that, when their evidence stood uncontradicted, it could not be ignored; that, in dealing with the matters of science, the views of the judge himself, as a layman, should yield to those of the expert; and that no alternative view differing from that of the experts could be tenable without cogent evidence in its support. This argument, however, ignores the fact that, in all cases in which opinion evidence is receivable, whether from experts or not, the grounds or reasoning upon which such opinion is based may properly be inquired into. Where the opinion of experts is based on reports of facts, those facts, unless within the experts’ own knowledge must be proved independently: see Phipson on Evidence, 10th Ed, 1280.” 15 Dalam kes Rajagopal v Public Prosecutor [1976] 1 LNS 122 Mahkamah Persekutuan memutuskan: “As we have already said, the learned judge in fact dealt at great length in his summing-up with the evidence of Dr Mahadevan, at the end of which he directed the jury that the doctor was only expressing an opinion which they were not bound to follow as the whole question of whether the accused was sane or insane at the time of the commission of the offence was a question which he alone must decide. In our judgment there was nothing wrong with that part of the learned judge’s summing-up. In this connection we were guided by the decision of the Court of Criminal Appeal in England in the case of James Frank Rivett [1951] 34 Cr App R 87. It was held in that case that the issue is one to be determined by a jury and not by medical men of whatever eminence; and where a jury has found a prisoner guilty in the particular case. The Lord Chief Justice at the conclusion of his judgment of the court said at page 95: “Let it be assumed he suffered from schizophrenia, or whatever doctors may call it; let it be assumed that he killed the girl on a sudden impulse; a jury of his country satisfied that was responsible, and it is not for this court to say that he was not.” Berdasarkan kepada prinsip yang telah dinyatakan dalam kes yang telah saya rujuk di atas, saya berpendapat bahawa SD3 bersama pasukannya tidak berada di posisi untuk menyatakan dapatan beliau bahawa “penama (Tertuduh) cuba mempertahankan diri dari terus dipukul mangsa dan tidak pernah berniat untuk membunuh mangsa.” 16 Oleh itu saya berpendapat rumusan tersebut tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan”. [17] Hakim Bicara juga telah membuat penilaian terhadap keterangan SD2 (Pekerja Tertuduh) yang mengikut Hakim bicara, tidak membantu. Di muka surat 51 Rekod Rayuan, Hakim Bicara menyatakan:- “Saya kini merujuk kepada keterangan SD2. Secara keseluruhannya keterangan SD2 menceritakan tentang Tertuduh dan si mati sentiasa berkelahi, si mati suka mencari masalah, jarang balik ke rumah dan kalau balik ke rumah selalu cari masalah dengan Tertuduh. Sebab utama mereka berkelahi adalah pasal wang. Sebaliknya Tertuduh seorang yang baik dan tidak pernah cari masalah dengan sesiapa. Dapatan saya bahawa keterangan SD2 ini tidak banyak membantu pembelaan Tertuduh tambahan pula SD2 tidak melihat bagaimana kejadian berlaku”. [18] Hakim bicara juga telah membuat penilaian mengenai keterangan Tertuduh khususnya mengenai hubungan Tertuduh/Perayu dengan si mati. Hakim bicara tidak yakin tentang keterangan Tertuduh bahawa si mati selalu memukul Tertuduh/Perayu sejak mereka mula berkahwin lagi. Di muka surat 51Rekod Rayuan, Hakim bicara menyatakan:- 17 “Berbalik kepada keterangan Tertuduh di mana menurut Tertuduh, beliau dan si mati telah berkahwin pada 25.06.2010. Menurut Tertuduh lagi dari mula kahwin sehingga hari kejadian 03.09.2014 sentiasa dipukul terutama di bahagian kepala. Walaupun kerap mendapat kecederaan namun tidak ada sebarang dokumen dari pihak hospital dikemukakan untuk menyokong perkara tersebut. Ianya sekadar kenyataan dari SP1, SP4 dan SD2, di mana saksi-saksi ini adalah merupakan pekerja kepada Tertuduh. Tiada laporan polis dibuat dan tidak ada laporan dibuat di pejabat agama dalam tempoh tersebut. Tempoh 4 tahun lebih adalah satu jangka masa yang lama namun tidak ada sebarang keterangan yang boleh menyokong keterangan Tertuduh selain dari keterangan saksi-saksi sepertimana yang telah saya nyatakan di atas”. [19] Hakim Bicara telah memutuskan bahawa beliau tidak menerima pembelaan mempertahankan diri. Di muka surat 52 Rekod Rayuan, Hakim Bicara memutuskan:- “Sepertimana yang telah saya nyatakan di atas juga, pembelaan Tertuduh sejak dari kes pendakwaan lagi adalah mempertahankan diri. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada keterangan Tertuduh terdapat keadaan yang mana pada pendapat saya Tertuduh tidak berada di keadaan untuk mempertahankan diri”. 18 [20] Hakim Bicara telah memberi justifikasi kenapa beliau tidak percaya dengan pembelaan mempertahankan diri (self defence) Tertuduh. Di muka surat 52 & 53 Rekod Rayuan, Hakim Bicara berkata:- “Pertama sekali saya ingin merujuk kepada demonstrasi yang dilakukan oleh Tertuduh di dalam Mahkamah. Keterangan Tertuduh “Saya angkat pisau dan saya tunduk habis sambil mata pisau menghala ke atas”. Seterusnya Tertuduh berkata, “Saya tidak rasa dia sentuh dan saya tengok dia undur”. Berdasarkan keterangan ini saya berpendapat bahawa si mati tidak mungkin mendapat kecederaan seperti yang beliau alami dalam kes ini. Hakikatnya di sini Tertuduh tidak memberi keterangan yang jujur”. “Kedua, saya merujuk kepada gambar P1E dan F. Pada P1(E) Tertuduh menandakan (Y) tempat beliau berdiri dan pada gambar (F) Tertuduh menandakan (X) tempat si mati berdiri. Jarak (X) dan (Y) jika dilihat pada gambar P1E adalah merupakan satu jarak yang dekat dan jika benar si mati mengambil kerusi dan melontar ke arah Tertuduh, saya percaya ia pasti akan mengenai Tertuduh kerana mereka berdua berada dalam jarak yang dekat. Namun dalam kes ini Tertuduh tidak mengalami sebarang kecederaan. Dakwaan Tertuduh juga meja ditolak oleh si mati ke arah beliau dan si mati menuju ke arah beliau. Tidak ada dalam mana-mana keterangan khusunya keterangan SP1 atau SP4 yang menunjukkan bahawa keadaan kerusi dan meja berselerak selepas kejadian tersebut. Sekali lagi saya berpendapat bahawa Tertuduh tidak memberi keterangan yang jujur. 19 Secara kesimpulannya saya berpendapat pada ketika itu Tertuduh tidak menghadapi apa-apa ancaman bahaya kerana dari keterangan Tertuduh sendiri beliau tidak rasa pun disentuh oleh si mati. Keterangan dari Tertuduh apabila tengok si mati menghala ke arah beliau, beliau telah mencapai pisau yang ada dekat sinki. Oleh itu tidak ada keraguan bahawa Tertuduh telah mencederakan si mati. kecederaan yang dialami si mati iaitu luka tikaman sedalam 14 cm merupakan satu tikaman yang bertenaga.” [21] Di akhir kes pembelaan, Hakim Bicara mendapati bahawa pembelaan mempertahankan diri adalah tidak munasabah dan meminda pertuduhan kepada kesalahan di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan mensabitkannya. Di muka surat 53 & 54 Rekod Rayuan, Hakim bicara berkata:- “Setelah membuat penilaian yang maksima terhadap keterangan yang telah dikemukakan oleh Tertuduh bersama-sama dengan keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan, mahkamah berpendapat bahawa pembelaan Tertuduh adalah tidak munasabah sebagai mempertahankan diri dan merupakan satu rekaan oleh Tertuduh semata-mata. Walaupun begitu Mahkamah berpendapat bahawa Tertuduh telah berjaya membuktikan walaupun mengetahui perbuatan tersebut mungkin akan menyebabkan kematian tetapi 20 Tertuduh tidak mempunyai apa-apa niat hendak menyebabkan kematian atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian, kesalahan di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan. Berdasarkan kepada alasan di atas saya mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.” E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH INI Peringkat Kes Pendakwaan/(Prima Facie) [22] Bagi kesalahan ini, di peringkat kes Pendakwaan (Prima Facie), pihak Pendakwaan perlu membuktikan intipati-intipati pertuduhan seperti berikut:- “(a) the death of human being had occurred
b
such death was caused by the act of the accused
c
the accused intended by such act to cause death or cause such bodily injury as was likely to cause death.” [23] Dari keterangan-keterangan saksi Pendakwaan, SP3 iaitu Pakar Pathologi, intipati Pertama iaitu si mati telah disahkan mati telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwa. Kematian si mati adalah akibat daripada tikaman pada jantung si mati. Bagi intipati kedua, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa kematian si mati adalah disebabkan oleh Tertuduh. Ini adalah berdasarkan kepada keterangan utama yang 21 datangnya daripada saksi SP1 dan SP4, yang merupakan pekerja-pekerja Tertuduh dan merupakan saksi mata pendakwaan yang berada di tempat kejadian, dan melihat dan mendengar apa yang berlaku saat-saat sebelum kecederaan tikaman tersebut berlaku. Keterangan menunjukkan bahawa tidak ada orang lain lagi yang melakukan kecederaan ini melainkan Tertuduh. Dari soal balas pihak pembelaan, keterangan mengenai intipati ini tidak dipertikaikan secara serius. Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa pisau yang digunakan untuk mendatangkan kecederaan yang menyebabkan kematian si mati tersebut adalah P6. [24] Apa yang menjadi pertikaian ialah samada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati ketiga iaitu niat Tertuduh untuk mendatangkan kecederaan tersebut yang boleh menyebabkan kematian. Pembelaan Tertuduh telah dicadangkan oleh pihak pembelaan sejak awal-awal lagi di peringkat kes Pendakwaan. Pembelaan Tertuduh ialah Tertuduh di dalam usaha untuk mempertahankan dirinya dari dicederakan oleh si mati telah memperolehi pisau di tempat kejadian berlaku (bahagian dapur) untuk mempertahankan dirinya dan pisau tersebut telah tertikam si mati. Ringkasnya pembelaan Tertuduh adalah pertahankan diri (self defence). [25] Hakim bicara seterusnya memutuskan bahawa intipati ketiga ini telah turut berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan kerana Hakim bicara memutuskan bahawa pembelaan “self defence” tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pembelaan. Justeru itu Hakim bicara telah memutuskan bahawa Tertuduh mempunyai niat untuk melakukan kecederaan tersebut yang boleh menyebabkan kematian. 22 [26] Ke arah itu penekanan alasan penghakiman ini adalah terhadap pembelaan Tertuduh iaitu “private defence” ataupun mempertahankan diri. [27] Bagi pembelaan “mempertahankan diri ini”, seksyen-seksyen yang berkaitan adalah Seksyen 96, 97, 99, 100 dan Seksyen 102 Kanun Keseksaan. Mahkamah kini merujuk kepada seksyen-seksyen tersebut.
i
Seksyen 96 Penal Code “Nothing is an offence which is done in the exercise of private defence”.
II
(ii) Seksyen 97 Penal Code “Every person has a right, subject to restrictions contained in Section 99, to defend:- a) His own body, and the body of another person, against the offence affecting the human body; b) The property, whether moveable and immovable, of himself or of any person against any act which is an offence falling under the definition of theft, robbery, mischief or criminal trespass, or which is an attempt to commit theft, robbery, mischief or criminal trespass”.
III
(iii) Seksyen 99 Penal Code “(3) There is no right of private defence in cases where there is time to have recourse to the prosecution of the public authorities”.
IV
(iv) Seksyen 100 Penal Code “The right of private defence of the body extends, under the restrictions mentioned in the last preceding section, to the voluntary causing death or 23 of any other harm to the assistant, if the offence which occasions the exercise of the right is of any of the following descriptions:-
a
such an assault as may reasonably cause the apprehension that death will otherwise be the consequence of such assault; b) such an assault as may reasonably cause the apprehension that grievous hurt will otherwise be the consequence of such assault; c) an assault with the intention of committing rape; d) an assault with the intention of gratifying unnatural lust; e) an assault with the intention of kidnapping or abducting;
f
an assault with the intention of wrongfully confining a person, under circumstances which may reasonably cause him to apprehend that he will unable to have recourse to the public authorities for his release”.
v
Seksyen 102 Penal Code “The right of private defence of the body commences as soon as reasonable apprehension of danger to the body arises from any attempt of threat to commit an offence; though the offence may not have been committed; and it continues as long as such apprehension of danger to the body continues”. [28] Di dalam kes PP v Morzuki bin Salleh (2004) 5 MLJ 54 di perenggan 35:- “Fakta kes Ya bin Daud tidak banyak berbeza dengan fakta kes ini. Hak pertahanan persendirian Tertuduh dalam kes ini hanya timbul apabila Tertuduh menghadapi si mati dan SP10 dalam perjalanan balik ke rumahnya. Begitu juga dalam kes ini, hak pertahanan persendirian timbul 24 apabila OKT diserang oleh si mati dan SP11 secara mengejut di kedai Yati dan hak pertahanan persendirian itu terpakai tanpa mengira tempat sama ada tempat itu tempat awam mahupun tempat persendirian. Penggunaan pembelaan hak pertahanan persendirian oleh seseorang tidak membezakan tempat. Apa yang penting dalam menggunakan pembelaan hak pertahanan persendirian ialah perasaan bahaya yang munasabah yang dirasai oleh orang yang serang apabila diserang”. [29] Seterusnya di dalam kes Ya bin Daud v Public Prosecutor (1997) 4 MLJ 322, Yang Arif Nik Hashim menyatakan seperti berikut:- “Having considered the provisions in the Code, as the right of private defence and its principles in the case aforesaid, the court has to decide whether the appellant was acting under a reasonable apprehension that death or grievous hurt would be caused to him by the assailants”. Peringkat Kes Pembelaan [30] Di peringkat Pembelaan, Pembelaan memanggil 3 orang saksi iaitu Tertuduh (SD1), pekerjanya iaitu SD2, dan Pakar Psikiatri iaitu SD3. Kini Mahkamah akan membuat penganalisaan pembelaan Tertuduh secara keseluruhan untuk menentukan sama ada pembelaan pertahankan diri terpakai atau tidak. Keterangan Tertuduh [31] Tertuduh memberi keterangan bahawa si mati adalah suaminya dan mereka berkahwin pada 25/6/2010 dan mendapat seorang anak lelaki yang 25 lahir pada 2011. Perhubungan mereka berdua tidak mesra, dan adalah menjadi kebiasaan si mati “selalu tinggalkan saya. Masalah di rumah tidak ambil kisah. Kalau saya bertanya arwah, arwah tidak endah saja.” [32] Menurut Tertuduh si mati tidak bekerja sejak mereka berkahwin. Tertuduhlah yang menanggung kerana perbelanjaan keluarga (household). Perhubungan di antara mereka berdua adalah tidak baik di mana si mati selalu bergaduh. Di muka surat 120 Rekod Rayuan, si mati berkata: “Perhubungan dalam rumahtangga selalu bergaduh sebab dia (suami) suka berkawan, tidak balik rumah. Tanggungjawab sebagai seorang suami tidak ada. Arwah balik rumah selalu minta duit. Kalau tidak bagi, dia akan marah saya dengan maki dan pukul saya.” [33] Tertuduh juga berkata, target si mati apabila memukul Tertuduh ialah di muka. Kadangkala si mati memukul Tertuduh denga apa-apa benda yang berada berhampiran dengannya. Si mati juga adalah pemabuk kerana minum arak. Di muka surat 120, Rekod Rayuan, Tertuduh berkata:- “- Selain itu, benda yang digunakan ikut ada dia akan guna, benda yang berdekatan dengannya semasa kami bergaduh. Benda-benda tajam pun dia akan baling. Contohnya seperti kerusi dilempar kepada saya, kalau dalam ofis macam speaker pun dia baling kepada saya dan sebagainya. - Kejadian ini pernah ada disaksikan oleh pekerja saya iaitu Aini pernah nampak dan saksi pendakwaan hari itu nama Nasruddin (Kembar) dan pembantu rumah saya iaitu orang gaji (SP1) - - Hubungan saya dengan suami saya, sering bergaduh. - Kadang-kadang dia balik mabuk, saya tengok keadaannya dengan bau badan dia, cara dia bercakap dan fizikal dia. Saya tahu dia minum arak.” [34] Menurut Tertuduh si mati juga adalah seorang penagih dadah. Di muka surat 121 Rekod Rayuan, Tertuduh menyatakan:- “- Dia juga seorang penagih dadah. Saya pernah jumpa peralatan menghisap dadah. Dia letak atas meja. - Pekerja saya iaitu Nasruddin yang cakap yang alat itu, alat penagih dadah. [35] Pada hari kejadian sebelah tengah hari sebelum kejadian berlaku Tertuduh berkata:- - Sebelum kejadian pada 3.09.2014, saya keluar ke pasar pada waktu tengahari sambil ambil anak sekolah. Saya balik nak masak sebab ada salesman minta saya masak untuk dia. Pagi itu, Noraini ada cakap ada salesman nak datang. - Bila balik dari hantar anak sekolah, nampak suami tidur dalam ofis dan ada alat hisap dadah. - Saya pun kejut arwah sebab atas meja ada peralatan dadah dia. Saya tanya dia “kenapa buat macam ini pada saya”, nanti pekerja nampak. Nanti malu lah saya kalau Aini nampak. - Dia bangun dan marah kepada saya dan pukul saya dengan kerusi dan tampar saya dan kerusi tersebut terkena di bahagian belakang saya.” 27 [36] Menurut Tertuduh, walaupun sering dipukul dan dicederai si mati, Tertuduh tidak membuat laporan polis kerana malu, walaupun Tertuduh telah beberapa kali bercadang untuk melaporkannya. Di muka surat 121 Rekod Rayuan, Tertuduh berkata:- “- Saya tidak pernah buat repot, sebab saya rasa malu kepada keluarga, malu kepada polis. Saya malu sebab ada polis-polis Kubang Kerian yang merupakan customer’s saya. - Saya ada berniat untuk repot, tapi tidak buat repot. - Saya pernah talipon direct polis di talian 999 sebab suami saya pukul saya. Saya beritahu hendak buat repot. Saya diberitahu pihak polis bahawa saya kena repot di balai polis berhampiran dengan tempat tinggal iaitu Kubang Kerian. Tidak boleh buat repot di luar daerah tempat tinggal. - Saya tidak buat repot sebab kena pergi ke Balai Polis Kubang Kerian untuk buat repot. - Saya tidak pernah buat aduan di pejabat agama, ada niat tapi tidak pergi. Kadang-kadang saya fikir sebab malu dan kesian kepada dia. Satu sebab lagi sebab masa.” [37] Begitulah keadaan Tertuduh yang mengikut Tertuduh sentiasa dialaminya sepanjang beliau tinggal bersama si mati. [38] Berbalik kepada hari kejadian, di sebelah pagi, Tertuduh dipukul oleh si mati apabila Tertuduh mengejutnya dari tidur. Tertuduh juga mendapati bahawa si mati telah menyalahguna cek syarikat untuk dibayar kepadanya. Di muka surat 121 & 122 Rekod Rayuan, Tertuduh berkata:- 28 “Selepas hantar anak sekolah, saya kejut dia dan dia pukul saya. Saya tengok ada 1 cek yang saya suruh dia bank in. Cek itu sepatutnya atas nama ST One Furnishing tetapi ditulis atas nama suami. Pada hari itu, Bank Maybank ada talipon saya bertanyakan berkaitan cek di mana cek tidak ditulis nama pembayar. Saya tanya arwah sebab apa tulis nama dia. Dia cakap yang cek itu cek lain. Aini cakap cek itu adalah cek yang saya bagi bukan cek dia. Dia kemudian pukul saya dan halau saya. Kemudian Aini masuk ke dapur tempat saya dan dia cakap cek itu bukan cek customer. Saya semak kaki cek dengan Aini dan dapati banyak cek yang hilang. Saya call kawan dia nama Mijan. Mijan cakap arwah lama dah arwah buat macam ini, Mijan cakap jaga cek molek sebab arwah kuat judi. Saya call arwah dan tanya arwah sebab apa buat macam ini kepada saya. Kalau apa-apa jadi pada saya, siapa akan bantu. Dia marah dan terus tidak balik.” ……………………………. “Pukul 6 petang saya masuk dapur. Dalam pukul 7.0 arwah balik …..” [39] Tertuduh juga memberi keterangan bahawa pada malam kejadian, Tertuduh telah mencari duit RM100nya yang diletak di mangkuk di dalam dapur. Selain dari menanya pekerja-pekerjanya, Tertuduh menanya si mati. Si mati yang bengis dan panas baran dan di bawah pengaruh dadah ketika itu telah bertindak ganas dan menyerang Tertuduh dengan membaling sudu ke arah muka Tertuduh dan secara berterusan, benda-benda lain ke atas badan Tertuduh. Berikut adalah keterangan Tertuduh di muka surat 123 Rekod Rayuan:- 29 “- Saya tanya Ratu Nahriah, ada nampak duit RM100.00, Kerry cakap tidak nampak. Kemudian saya tanya arwah ada nampak duit itu. Arwah kemudian baling benda dan kena bahagian kanan pipi muka saya. Dia baling sudu, Ratu Nahriah yang cakap. Saya terkejut. - Dia kemudian baling ke saya dengan penutup peti. Ratu Nahriah yang cakap. Saya tak nampak sebab saya tunduk. - Pada masa itu, Nasruddin sedang cuci peti. Saya cakap pada arwah yang dia “awak tidak boleh ambil duit itu” sebab petang tadi banyak dah awak ambil duit saya. Dia kemudian maki saya dengan perkataan yang kesat seperti “menatang, betina, babi, bengon dan bodoh”. Mahkamah: Gambar “E” dirujuk. - Sambil maki dia ambil kerusi dan lontar kepada saya. Dia kemudian tolak meja arah saya dan tuju ke arah saya. Saya terkejut. - Saya ada dekat sinki dan pisau ada di sinki. Bila tengok dia berlari, saya terkejut dan angkat pisau dan cakap jangan mari dekat saya. Jangan pukul saya. Masa pegang pisau saya tunduk dan saya angkat pisau ke arah atas. - Saya tunduk sebab arwah selalu pukul saya di bahagian muka. Mahkamah: Demontrasi dibuat Saya angkat pisau. Saya angkat dan saya tunduk habis sambil mata pisau hala ke atas. 30 [40] Tertuduh menyatakan tindakan Tertuduh sedemikian adalah untuk pertahankan dirinya dari diserang dan seterusnya dicederakan oleh si mati. Tertuduh tidak berniat untuk membunuh si mati. Ini dapat dilihat dengan tindakan Tertuduh seterusnya di mana Tertuduh membawa si mati ke hospital dengan bantuan pekerjanya untuk menyelamatkan si mati. Di muka surat 124 Rekod Rayuan, Tertuduh berkata:- “ - Bila dengar dentuman pintu kuat, saya berpaling dan saya tengok dia jatuh. Saya melaung nak angkat tapi tidak larat. Saya melaung tolong-tolong. - Saya berlari keluar kedai untuk minta pertolongan tapi tiada orang. - Saya masuk balik untuk cari kunci kereta tapi tak jumpa. Saya panik. Saya tengok Nasruddin tengah angkat tapi jatuh balik. Jatuh 2 kali. Sampai dekat kereta jatuh sekali lagi. - Saya dan Nasruddin papah arwah ke kereta. Saya bawa ke kereta bersama Nasruddin, mereka duduk di bahagian belakang. Ratu Nahriah tidak ikut sebab jaga anak saya yang masih kecil di rumah. - Sampai di HUSM, saya melaung minta tolong dan pihak hospital bagi bantuan. - Kemudian seorang doktor panggil saya masuk, saya masuk. Ketika itu, arwah sudah nazak. Saya menangis dan doktor cakap dia sudah meninggal. [41] Keterangan Tertuduh yang Tertuduh tidak berniat untuk membunuh si mati telah disokong oleh SD3 iaitu Pakar Psikiatri kerajaan di Hospital Permai yang mana beliau bersama-sama pasukannya telah memberi 31 rawatan dan membuat penelitian yang rapi terhadap Tertuduh ketika Tertuduh dimasukkan ke Hospital Permai, Johor. SD3 telah kemukakan Laporan D33 yang mana dinyatakan penilaian dilakukan oleh ramai pihak dan diterangkan modus operandinya seperti berikut:- “PROSES PENILAIAN Laporan ini dibuat setelah penama dinilai dengan rapi mengikut kadar seperti berikut: a. Temuramah dan pemeriksaan mental berkala ke atas penama. b. Penilaian klinikal bersama penama dengan Pakar Psikiatri, Pakar Perunding Psikiatri yang merupakan Pensyarah NewCastle Medicine (NUMed) Nusajaya, Malaysia, pegawai-pegawai perubatan, Pegawai Psikologi Klinikal dan kakitangan kejururawatan Hospital Permai, Johor Bahru. c. Pemerhatian rapi dalam wad dan laporan kejururawatan 24 jam. d. Laporan sosial oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Permai, Johor Bahru. Lawatan ke rumah dilakukan pada 8hb Oktober
2014
Temubual dilakukan oleh Pegawai Perubatan dan Pegawai Kerja Sosial Perubatan kepada ibu, bapa, adik-beradik, pembantu rumah, pekerja-pekerja kedai perabot penama dan rakan-rakan baik penama. Abang dan kakak ipar serta ibu dan bapa saudara sebelah suami juga ditemuramah untuk mendapatkan maklumat terperinci. e. Laporan psikologi oleh Pegawai Psikologi Klinikal, Hospital Permai, Johor Bahru bertarikh 16hb November 2014. 32 f. Pemeriksaan CT (“computerized tomography”) pada 24hb September 2014. g. Ringkasan siasatan Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan (Kubang Kerian Repot: 43410/14).” [42] Keterangan SD3 yang Mahkamah ini berpuashati adalah seorang saksi yang kredibel dan juga Laporan D33 adalah konsisten dengan keterangan Tertuduh di mana keterangan menunjukkan latar belakang Tertuduh yang sering dipukul dan dicederakan si mati. Si mati adalah seorang yang bengis, garang, penghisap dadah, peminum arak dan penjudi. Berikut adalah sedutan daripada laporan tersebut. “2.
Preamble
Menurut pembantu rumah penama, suami penama adalah seorang yang garang tetapi manis mulut di hadapan orang. Suami penama tidak bekerja dan terlibat dalam aktiviti perjudian dan penyalahgunaan dadah terlarang. Suami penama dikatakan menghabiskan masa dengan berjudi dan mengambil dadah dan kerap tidak balik ke rumah. Apabila suami penama balik ke rumah, mereka akan bergaduh dan suami penama akan bergaduh dan suami penama akan memukul penama disebabkan penama tidak mahu memberi wang kepada suaminya.
3
3.
Preamble
Menurut pembantu rumah, setiap kali berlaku pertengkaran, penama akan dipukul tanpa mengira waktu. Punca pertengkaran biasanya berpunca dari masalah kecil dan juga wang. Setiap kali pertengkaran, suaminya akan melempar peralatan rumah seperti kerusi, meja dan lain-lain. Penama kerap mendapat kecederaan di bahagian muka dan kepala. Akibat malu, penama akan mengelak untuk berjumpa pembekal dan meminta pembantu rumahnya 33 memberi alasan penama berada di luar Negara. Penama juga meminta pembantu rumahnya menjadi perantara dengan pekerja pejabat semasa tempoh ini.
4
Penama dikatakan telah mengingatkan pembantu rumahnya agar tidak memberitahu orang lain terutama keluarganya tentang perangai suaminya. Selain itu, suami penama juga telah mengarahkan pembantu rumahnya supaya tidak masuk campur urusan rumah tangga mereka. Biasanya, pembantu rumahnya akan menjauhkan diri semasa berlaku pertengkaran.
5
5.
Preamble
Menurut kedua-dua pekerja kedai perabot penama, mereka seringkali melihat penama dan suaminya bergaduh. Suami penama dikatakan pernah melempar speaker ke arah penama. Selain itu, mereka juga kerap terdengar suami penama menggunakan perkataan kesat seperti ‘babi’, ‘engkau’ terhadap penama. Mereka pernah menjumpai alatan seperti rod dan dapur tabung uji kepunyaan suami penama di dalam pejabat penama. Suami penama banyak menghabiskan masa dengan bermain judi atas talian “online gambling”. Menurut salah seorang pekerja penama, suami penama pernah memintanya mendepositkan wang ke dalam akaun bagi tujuan judi.” [43] D33 juga menyentuh mengenai penilaian psikologi terhadap Tertuduh seperti berikut:- “4. Merujuk kepda laporan psikologi oleh Pegawai Psikologi Klinikal Hospital Permai, Johor Bahru, penama telah menjalani beberapa penilaian psikologi. Hasil dari penilaian psikologi menunjukkan penama mempunyai fungsi kognitif yang normal. 34 Fungsi intelektual di bawah purata dan struktur personaliti yang adaptif. Penama mengalami satu fasa ketegangan bermula dari tahun kedua perkahwinan dengan mangsa. Penama mengalami keganasan yang berulang dan berikutan dari keganasan ini penama dijanjikan dengan penjelasan berbentuk penginsafan dan penyesalan oleh mangsa. Keganasan ini berhenti dalam tempoh yang singkat dan berulang semula. Tingkahlaku dan pola pemikiran penama boleh dijelaskan melalui “Model Tingkahlaku-Kognitif” di mana penama hilang upaya (“loss of will”) yang diiringi oleh halangan secara berulang untuk melepaskan diri dari situasi keganasan yang berulang.” [44] Rumusan yang dibuat oleh SD3 ialah Tertuduh mengalami tekanan perasaan kesan dari keganasan rumahtangga (domestic violence). Pada hari kejadian Tertuduh cuba mempertahankan diri dari terus dipukul mangsa dan tidak pernah berniat untuk membunuh mangsa. [45] Pihak pembelaan turut memanggil SD2 iaitu kerani Tertuduh. Keterangan SD2 adalah konsisten dengan keterangan Tertuduh mengenai keadaan Tertuduh yang sering dipukul oleh si mati. SD2 juga mengesahkan si mati pernah mencuri cek untuk ditunaikan dan pernah menjual perabot di kedai tersebut tanpa diakaunkan. [46] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah seperti dinyatakan di dalam seksyen 173(m) Kanun Prosedur Jenayah bahawa di akhir kes 35 pembelaan Mahkamah perlu mengambil kira semua keterangan yang telah dikemukakan sebelum itu. [47] Justeru Mahkamah perlu mengambil kira keterangan-keterangan di peringkat Pendakwaan juga iaitu saksi Pendakwaan khususnya SP1 dan SP4 yang merupakan pembantu rumah dan pekerja Perayu/Tertuduh. Keterangan SP1 dan SP4 adalah konsisten malahan menyokong keterangan Tertuduh di peringkat Pendakwaan lagi bahawa sepanjang mereka bekerja dan tinggal bersama si mati dan Perayu, Perayu sering dipukul oleh si mati. [48] Berikut adalah keterangan daripada SP1 di Rekod Rayuan Jilid 2 ms 69:- “S : Selama kamu bekerja dengan OKT dan arwah selama 2 tahun. Macamana perhubungan mereka? J : Ka Ma bagus tetapi mereka selalu bergaduh. Kalau suami Kak Ma nak duit dan tidak dapat duit, dia pukul Kak Ma. hingga 3 hari sekali minta duit. Suami Kak Ma selalu pukul Kak Ma. Kadang-kadang pukul dengan tangan. Kadang-kadang pukul dengan gelas kaca. Kadang-kadang pukul dengan kerusi. Ini semua saya nampak. Kak Ma pernah berdarah kepala kena kerusi dipukul suami. Kak Ma kena pukul, dia menangis dan mengadu kepada saya. Kadang-kadang lebam sehinga Kak Ma tidak boleh keluar rumah kerana malu. Saya pernah halang suami Kak Ma pukul Kak Ma tapi dia marah saya dan dia cakap “mu tak payah masuk campur”. 36 [49] Keterangan SP4 juga adalah konsisten dengan keterangan SP1 dan SP9 (IO) dan menyokong keterangan-keterangan pembelaan Tertuduh. [50] Mahkamah telah membuat penilaian secara maksima (judicial appreciation) keterangan-keterangan yang ada. Ini termasuk keterangan Tertuduh dan disokong oleh saksi pembelaan sendiri serta keterangan saksi Pendakwa. Mahkamah berpendapat Tertuduh ketika kejadian telah bertindak menikam si mati dan bukannya si mati tertikam. Namun Tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh tetapi untuk mempertahankan diri kerana Tertuduh mendapati ketika itu wujudnya “reasonable apprehension of danger to her body” (perasaan bahaya yang munasabah terhadap dirinya) memandangkan si mati yang dalam keadaan bengis hendak menyerang dan hendak mencederakannya. Malahan ketika itu, si mati sedang mencederakannya. [51] Malahan dari keterangan-keterangan yang disentuh Mahkamah sebentar tadi Mahkamah berpendapat “reasonable apprehension of danger” ini telah wujud beberapa kali sebelum hari kejadian, tiap-tiap kali si mati berperasaan marah dan bengis ditambah dengan di bawah pengaruh alkohol dan dadah. Dengan pengalaman pahit yang dialami Tertuduh yang seringkali dipukul dan dicederakan sebelum ini, Tertuduh sudah pasti khuatir dan gusar apa akan berlaku seterusnya setiap kali si mati berkeadaan marah dan bertindak menyerangnya. Perasaan ini memuncak pada hari kejadian menyebabkan Tertuduh mengambil tindakan sedemikian untuk mempertahankan dirinya. 37 [52] Apatah lagi, Tertuduh sedia maklum bahawa suaminya/si mati adalah penagih dadah dan pemabuk. SP3 iaitu Pakar Pathologi yang menjalankan pemeriksaan post mortem terhadap si mati di dalam keterangannya mengesahkan bahawa di dalam kandungan perut, darah dan urin si mati terdapat 7 jenis dadah iaitu chlorphenamine, Cetirizine, Mefenamic Acid, Norephedrine, Pseudeophedrine / ephedrine, Methamphetamine dan Amphetamine dan campuran alkohol (RR Jilid 3 ms 156-163). Kombinasi dadah berbahaya dan alkohol ini menurut keterangan SP3, boleh menyebabkan seseorang menjadi terangsang, teruja dan agresif. Tertuduh yang sudah masak dengan sikap sedemikian si mati sudah pasti mengalami “apprehension of danger” setiap kali pergaduhan berlaku yang sentiasa dimulakan oleh si mati. [53] Mahkamah mendapati bahawa “apprehension of danger” yang dialami oleh Perayu adalah munasabah (reasonable). Ianya adalah berterusan kerana selalu berlaku pergaduhan menyebabkan Tertuduh mengalami berbagai kecederaan. Pakar menyifatkan ini sebagai “domestic violence”. Ianya merupakan keadaan berterusan si mati yang berada dalam pengaruh dadah dan alkohol menyebabkan si mati bertindak dalam keadaan agresif, terangsang dan di luar kawalan. [54] Mahkamah berpendapat pada hari kejadian ketakutan ini memuncak dan mengambil kira pengalaman-pengalaman pahit yang dialami Tertuduh/Perayu maka wujudnya “Imminent and real danger” dan “reasonable apprehension of danger” di fikiran Tertuduh sebelum tikaman tersebut. Untuk menentukan sama ada Tertuduh mengalami “apprehension of danger” sebelum kejadian berlaku, kesemua keterangan ini perlu 38 dipertimbangkan secara kumulatif (secara himpunan) dan bukannya keterangan apa yang berlaku pada hari kejadian sahaja. Ringkasnya oleh kerana Tertuduh sering dipukul, didera secara fizikal dan mental sepertimana keterangan Tertuduh/Perayu sendiri dan disokong SP1, SP2 dan SP4 yang merupakan saksi Pendakwa sendiri dan saksi Pembelaan SD2 dan SD3 (Pakar Psikiatri), himpunan dari kesemua keterangan-keterangan ini mewajarkan pembelaan “private defence”/mempertahankan diri Tertuduh. [55] Di dalam erti kata lain, tindakan-tindakan si mati yang sering menyerang dan memukul Tertuduh wajar diambil kira secara kumulatif (himpunan) oleh Hakim bicara. Namun hanya keterangan pada hari kejadian sahaja yang diambil kira oleh Hakim bicara. Jelas Hakim bicara gagal mengambil pendekatan sedemikian dan ini adalah satu salah arahan yang mewajarkan Mahkamah ini mencampurtangan. Mahkamah berpendapat andai kata Hakim bicara mengambil pendekatan sedemikian, Hakim bicara akan pasti mendapati bahawa “apprehension of danger” itu adalah munasabah (reasonable) dan wujudnya “real and imminent danger” ketika kejadian yang mewajarkan pembelaan mempertahankan diri diterima. [56] Mahkamah ingin merujuk kepada rajah kasar tempat kejadian iaitu P11 di RR Jilid 3 ms 181-182 Mahkamah berpendapat bahawa keadaan ruang tempat kejadian adalah agak sempit dan kecil dan ia menghadkan pergerakan Perayu sekiranya Perayu hendak melarikan diri daripada si mati. Perayu juga ketika itu tidak dapat mendapat pertolongan daripada 39 pihak berkuasa dan daripada pekerja-pekerjanya iaitu SP1 dan SP4 yang telah pun keluar. [57] Tambah-tambah lagi tidak ada bukti bahawa mangsa tidak ada senjata ketika itu kerana Pendakwa gagal membuktikan bahawa si mati tidak memegang senjata kerana semasa si mati melempar sudu terhadap Tertuduh, SP1 dan SP4 telah lari keluar. Apa pun yang nyata ialah Tertuduh dan si mati/mangsa ketika pergaduhan sedang berada di sinki bahagian tempat kejadian dan adalah tidak mustahil sekiranya alatan dapur seperti pisau berada di tempat kejadian. Sekali lagi, mengambil kira keadaan ruang tempat kejadian yang sempit dan ketika si mati menolak kerusi dan membaling ke arah Perayu, wujud “reasonable apprehension of danger” yang munasabah, Perayu tidak mempunyai masa untuk berfikir melainkan mempertahankan diri Perayu daripada terus diterkam dan dipukul oleh si mati. Mahkamah berpendapat sekiranya Perayu tidak bertindak sedemikian, kemungkinan Perayu akan mengalami kecederaan parah dan kemungkinan juga kematian akibat serangan ganas, agresif dan di luar kawalan si mati. Justeru Mahkamah ini memutuskan bahawa tindakan Tertuduh adalah wajar dan pembelaan pertahanan diri terpakai kepadanya. [58] Dapatan Mahkamah ini adalah disokong otoriti-otoriti tersohor. [59] Di dalam kes PP vs Ngoi Meng Sean (1982) 1 MLJ 1982, Mahkamah memutuskan walaupun penyerang (si mati) tidak bersenjata tetapi Tertuduh bersenjata contohnya pistol, pembelaan pertahanan diri 40 masih terpakai. Di dalam kes PP vs Yeo Kim Bok (1971), Mahkamah memutuskan ketakutan bahaya yang berpatutan boleh membolehkan penggunaan pembelaan “self defence” ini sehingga membolehkan penyerang dibunuh. Di dalam kes Bhagwan Swarop vs State of MP
1992
Cri LJ 777, Mahkamah memutuskan jika penyerang menggunakan kayu kecil sekalipun untuk menyerang seorang Tertuduh, Tertuduh tersebut boleh menggunakan senapang sebagai pembelaan “self defence”nya. Apa pun, menurut kes Beckford vs R (1987) 3 AllER 42, seseorang Tertuduh yang hendak diserang tidak perlu menunggu si penyerangnya melancarkan serangannya dahulu. Di dalam erti kata lain Tertuduh tidak perlu menunggu sehingga dia diserang. [60] Memandangkan penggunaan pembelaan “self defence” ini terpakai di dalam banyak keadaan, ada baiknya Mahkamah merujuk kepada satu kes yang menyenaraikan contoh-contoh “private defence” yang dibenarkan. [61] Di dalam kes PP vs Dato’ Balwant Singh (No. 2)(2003) 7 VLJ 285 di m.s. 345 dan 346 Mahkamah telah menyenaraikan seperti berikut:- “In Malaysian law the right of private defence under the Penal Code is much wider than that under English law (see Musa bin Yusof v. PP [1953] MLJ 70). The right of private defence commences as soon as there is reasonable apprehension of danger to the body of a person and this right continues for so long as such apprehension of danger to his body or life exists (see PP v. Ngoi Ming Sean [1982] 1 MLJ 24; 41 Ya bin Daud v. PP [1996] 2 CLJ 540). It must, however, be noted that the right has a limitation (see PP v. Lee Poh Chye & Anor [1997] 4 MLJ 578). If a person either has time to have recourse to seek the protection of a public authority (see PP v. Ngoi Ming Sean [1982] 1 MLJ 24) or inflicts more harm than is necessary for the purpose of defending his life and limb then such a right will no longer be available (see Lee Thian Beng v. PP [1972] 1 MLJ 248). In this regard it must be noted that whilst it is true that no man can be expected to assess with scientific accuracy the precise amount of force that is necessary to defend himself from an attack, any retaliation in the exercise of private defence should not exceed what is reasonably necessary to avert the assailant’s attack (see Mallal’s Penal Law, p. 134). Thus an accused person should not be allowed to put his superiority to such use so as to beat up the assailant (see PP v. Lee Twe Jeat [1994] 3 SLR 219) but merely to defend himself. However, it must be noted that a man who is about to be attacked does not have to wait for his assailant to strike the first blow (see Beckford v. R [1987] 3 All ER 425). He need not wait till he is actually attacked or inflicted with injury in order to react (see Govindan v. State of Kerala [1960] 47 AIR 258). He is not obliged to run away; the law does not require a citizen to behave like a coward (see Mohd Khan v. State of Madhiya Pradesh [1972] Cri LJ 661 of 662). If he is unable to escape, he may turn round and attack (see PP v. Yeo Kim Bok [1971] 1 MLJ 204). He need not cooly reflect on his right or measure his blows before defending himself. Thus when a person is attacked by a stick it is impossible to calculate the force of the blow before he can act (see Iman Din v. Emperor [1925] AIR Lahor 514). The law does not require that the person should have exercised a calm and cool judgment and that he should weigh his acts in golden scales (see 42 State of UP v. Ram Swarup [1974] Cri LJ 1035; Jai Dev v. State of Punjab [1963] AIR SC 612; Wassan Singh v. State Punjab [1996] Cri LJ 878). The person does not have to be inflicted with serious injury before the exercise of the right of private defence can begin (see Ya bin Daud v. PP [1997] 4 MLJ 322; Beckford v. R [1987] 3 All ER 425). A person is not bound to modulate his defence step by step before the right to defend himself can begin (see Sitaram v. Emperor [1925] 26 Cri LJ 587 At 589). He can make sure that his defence is effective. Thus a person having reasonable grounds to believe the existence of imminent danger can use a gun in self-defence (see R v. Collin Chisom [1963] 47 Cr App R 130; Bhagwan Swarop v. State of MP [1992] Cri LJ 777). He may a b c d e f g h i 346 [2003] 7 CLJ Current Law Journal Supplementary Series CLJ inflict injuries on his aggressor for the purpose of defence as well as for preventing further aggression. Therefore if there is an apprehension of further violence the right of private defence comes in (see Re Amnu Pujary [1942] 43 Cri LJ 753). It is not only the injuries already inflicted but the injuries the attacker might inflict if the defender does not exercise his right of self-defence that must be taken into consideration (see PP v. Yeo Kim Bok [1971] 1 MLJ 204). Thus a person is not obliged to wait until the attack upon him is repeated (see R v. Conlon [1993] 69 Crim R 92). Even if the aggressor is disarmed but there is a possibility of him wrestling the weapon from the defender the latter has a right to use violence. The fact that the aggressor was unarmed while the accused was armed with a revolver cannot affect the right of private defence (see PP v. Ngoi Ming Sean [1982] 1 MLJ 24). When an injury is inflicted upon a person by a stick he can use his gun to defend himself (see Bhagwan Swarop v. State of MP [1992] Cri LJ 777). In PP v. Yeo Kim Bok [1971] 1 MLJ 204 it was held that a reasonable 43 apprehension of danger and the right of private defence in relation to that fear extended to even the killing of the aggressor. The person who is facing a reasonable apprehension of danger to his body or life is not obliged to retreat but may pursue his adversary till he finds himself out of danger, and if in a conflict between them, he happens to kill, such killing is justifiable (see R v. Mc Innes [1971] 3 All ER 295; Musa bin Yusof v. PP [1953] MLJ 70; Ya bin Daud v. PP [1997] 4 MLJ 322). In any case where a plea of self-defence has been raised the prosecution has to show beyond reasonable doubt that the accused did not act in self-defence and even if the prosecution succeed the other possible issues will remain, including whether there was the necessary intent to constitute the crime of murder (see Palmer v. R [1971] 1 All ER 1077 of 1085; Tony ak Beliang v. PP [2003] 1 CLJ 482; Kesha v. State of Rajasthan [1993] Cri LJ 3674). This means that even if the court is left in reasonable doubt about the existence of the right of private defence there must be an order of acquittal (see Zecevic v. DPP [1987] 162 CLR 645). The test of a reasonable cause of apprehension of death or of grievousness is an objective test (see Ya bin Daud v. PP [1997] 4 MLJ 322; Soosay v. PP [1993] 3 SLR 272). The burden of proving the defence of private defence is upon the accused on a balance of probabilities a (see PP v. Teo Eng Chen & Ors [1988] 1 MLJ 156; Ya bin Daud v. PP [1997] 4 MLJ 322; Mohd Ramzani v. State of Delhi [1980] Cri LJ 1010; State of UP v. Ram Swarup [1974] Cri LJ 1035; Lee Thian Beng v. PP [1972] 1 MLJ 248).” [60] Untuk melengkapkan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah ingin menyentuh mengenai kesilapan-kesilapan yang lain yang dilakukan oleh Hakim bicara. 44 [61] Hakim bicara memutuskan bahawa pembelaan pertahankan diri (self defence) tidak terpakai kerana pada masa kejadian Tertuduh tidak mengalami sebarang kecederaan dan juga tidak ada kesan pergelutan di tempat kejadian selain pisau yang digunakan oleh Tertuduh. Mahkamah mendapati bahawa Hakim bicara terkhilaf di dalam dapatannya kerana dari otoriti-otoriti yang Mahkamah ini rujuk sebelum ini, faktor ini tidak boleh menjadi asas untuk menolak pembelaan pertahan diri (self defence). [62] Seterusnya Hakim bicara telah membuat dapatan seperti berikut:- “Berdasarkan kepada prinsip yang telah dinyatakan dalam kes yang telah saya rujuk di atas, saya berpendapat bahawa SD3 bersama pasukannya tidak berada di posisi untuk menyatakan dapatan beliau bahawa “penama (tertuduh) cuba mempertahankan diri dari terus dipukul mangsa dan tidak berniat untuk membunuh mangsa.” “Oleh itu, saya berpendapat rumusan tersebut tidak boleh diterima sebagai keterangan.” [63] Mahkamah berpendapat dapatan ini adalah tidak tepat. SD3 adalah seorang saksi yang telah ditawarkan oleh pihak Pendakwaan kepada pihak Pembelaan. Pihak Pembelaan telah memanggil SD3 sebagai saksi Tertuduh di peringkat Pembelaan. Hakim bicara tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menerima keterangan SD3 serta laporannya di D33. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa laporan psikiatrik (D33) telah dikemukakan di peringkat pendakwaan lagi dan isu ini 45 tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana saksi pendakwaan. Sebaliknya, pihak pendakwaan langsung tidak memanggil mana-mana saksi pakar psikiatrik lain sebagai saksi “rebuttal” untuk mempertikaikan kandungan yang terdapat di dalam D33. [64] Jelasnya SD3 merupakan seorang pakar psikiatrik dari Hospital Kerajaan dan SD3 tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau hubungan dengan Perayu. Justeru itu, beliau adalah saksi yang neutral dan bebas. Malahan keterangan beliau disokong oleh saksi bebas Pendakwaan sendiri iaitu SP9, Pegawai Penyiasat yang besetuju bahawa Tertuduh bertindak sedemikian adalah untuk mempertahankan dirinya. Kes PP vs KK (supra) dan Rajagopal vs PP (supra) yang digunapakai Hakim bicara perlu dibezakan dengan fakta kes ini. Kesilapan Hakim bicara ini mewajarkan campurtangan Mahkamah ini. [65] Hakim bicara juga telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa pembelaan pertahanan diri gagal dibuktikan kerana tiada keterangan kukuh yang berjaya dibuktikan. Hakim bicara juga menyatakan bahawa tidak ada lain-lain keterangan yang boleh menyokong keterangan SP1 dan SP4 bahawa Tertuduh selalu dipukul. [66] Jelas Hakim bicara adalah terkhilaf kerana selain daripada keterangan SP1 dan SP4, keterangan “neutral” daripada SP9 (Pegawai Penyiasat) D33, dan di peringkat pembelaan keterangan Tertuduh sendiri, SD2 dan SD3 telah memberikan keterangan yang melimpah ruah mengenai perkara ini. Hakim bicara juga telah terkhilaf kerana tidak yakin dengan keterangan SP1 dan SP4 sedangkan mereka adalah saksi 46 Pendakwaan sendiri. SP1 dan SP4 tidak pernah dicabar kredibiliti mereka melalui “impeachment proceedings” ataupun diistihar sebagai “hostile witness”. Malahan, keterangan SP1 dan SP4 ini disokong oleh SP9 (Pegawai Penyiasat), Tertuduh, SD2, SD3 dan D33. KESIMPULAN [67] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, di akhir kes Pembelaan, di atas penilaian maksima Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan oleh kerana pembelaan pertahanan diri terpakai maka Tertuduh berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Justeru itu rayuan Tertuduh dibenarkan. Keputusan Hakim bicara diketepikan dan Tertuduh dilepas dan dibebaskan. Rayuan Pendakwa Raya terhadap hukuman terbatal. Bertarikh: 25 Jun 2018 t.t. (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Kelantan. 47 Pihak-Pihak: Pendakwa Raya/ TPR Norazlinawati Binti Mohd Arshad Responden: TPR Hajarul Falenna binti Abu Bakar Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan Peguamcara Tertuduh/Perayu: Dato’ Ahmad Zaidi bin Zainal bersama Heather Marie Anthony Tetuan Ahmad Zaidi & Partners Peguambela & Peguamcara J-1-10, Block J, Jalan PJU 1A/1 Taipan Damansara 2, Ara Damansara 47301 Petaling Jaya, Selangor. Peguamcara Pemerhati : Ariff Amirul
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.