kedua-dua pertuduhan dalam kes ini melibatkan kerugian harta benda dan menyebabkan kesan trauma dan kecederaan ke atas mangsa. [23] Alasan Penghakiman HMS tidak menyentuh mengenai rayuan Responden, yang seperti kebiasaannya, melibatkan faktor-faktor peribadi seperti umur Responden yang muda, 25 tahun, pada masa itu; beristerikan seorang suri rumahtangga; mempunyai dua orang anak tiri berusia 9 dan 15 tahun; dan Responden sebagai pencari 16 nafkah tunggal untuk keluarganya dengan bekerja sebagai despatch di sebuah bengkel dengan pendapatan RM1,300.00 sebulan. [24] Dalam rayuan Responden, dia dikatakan tidak mempunyai sabitan lampau. Walau bagaimanapun, semasa penghujahan oleh TPR, Responden dikatakan telah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan mencuri motorsikal pada tahun 2014 (rujuk Nota Keterangan di muka surat 80 Rekod Rayuan Jilid 2). Memandangkan saya tidak menjumpai sebarang dokumen yang menunjukkan rekod kesalahan lampau Responden dalam Rekod Rayuan, dan TPR Encik Azeezi Nordin juga mendapati tiada rekod tersebut dalam Kertas Siasatan semasa perbicaraan rayuan ini, maka saya telah meminta rekod ini dikemukakan kemudiannya kepada mahkamah. Rekod tersebut diterima oleh Mahkamah ini pada 8.8.2018 dan didapati Responden hanya mempunyai satu sabitan lampau pada 30.7.2013 untuk kesalahan memiliki barang tanpa dapat memberikan keterangan yang memuaskan di bawah subseksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] yang mana Responden telah didenda RM400.00 kalau tidak bayar 30 hari penjara. [25] TPR dalam penghujahannya di hadapan HMS telah memohon agar hukuman dijalankan secara berasingan kerana niat Responden 17 dalam melakukan perbuatan seperti dalam pertuduhan pindaan pertama adalah untuk mendapatkan harta benda manakala niat berhubung dengan kesalahan pertuduhan pindaan kedua adalah untuk melepaskan diri daripada ditangkap. Namun demikian, HMS memutuskan agar hukuman penjara selama 8 tahun untuk kesalahan di bawah seksyen 395 KK dan penjara selama 3 tahun untuk kesalahan di bawah seksyen 324 KK dijalankan secara serentak tanpa memberikan apa-apa alasan dalam penghakiman bertulisnya. [26] Hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 395 KK adalah penjara untuk tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan. Bagi sabitan di bawah seksyen 324 KK pula, tempoh pemenjaraan boleh sampai 10 tahun atau dikenakan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut. Peruntukan-peruntukan statutori tersebut dengan sendirinya jelas menunjukkan betapa kesalahan rompak berkumpul dan menyebabkan kecederaaan dengan alat yang digunakan sebagai senjata untuk melakukan kesalahan yang mungkin menyebabkan kematian kepada seseorang adalah dipandang serius oleh badan perundangan. Tempoh penjara maksimum yang boleh dikenakan selama 20 tahun dan 10 tahun di bawah seksyen-seksyen 395 dan 18 324 KK, masing-masingnya adalah indicators bahawa kesalahan-kesalahan ini bukanlah boleh dipandang ringan oleh mahkamah. [27] Dalam menimbangkan kedua-dua rayuan oleh Perayu dan Responden terhadap hukuman, saya perlu memberikan perhatian kepada prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan melainkan hukuman tersebut ternyata amat tidak memadai atau keterlaluan, atau tidak sah atau bukanlah suatu hukuman yang wajar dengan mengambil kira semua fakta yang telah dibuktikan, atau hakim jelas tersalah dalam mengaplikasikan prinsip yang betul dalam penilaian hukuman (kes-kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 LNS 139; Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457 dan PP lwn. Ramakrishnan Subramaniam & Ors [2012] 9 CJ 443 dirujuk). Sebagaimana yang dinyatakan oleh Hakim Lim Chong Fong dalam kes Azahar Ahmad v Public Prosecutor [2018] 1 LNS 718: “[40] The general principle on sentencing is laid down by Abdul Hamid CJ (Malaya)(later LP) as follows in the Supreme Court case of Public Prosecutor v. Mohamed Nor & Ors [1985] 2 MLJ 200: 19 “In this regard we would observe that it is the established principle that an appellate court should be slow to interfere or disturb with a sentence passed by the court below unless it is manifestly wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to the proved facts and circumstances. And the mere fact that another court might pass a different sentence provides no reason for the appellate court to interfere if the court below applies the correct principles in the assessment of the sentence.”. [28] Bagi maksud rayuan ini, TPR telah mengemukakan trend penghukuman bagi kes-kes di bawah seksyen 395 KK yang mana adalah bersamaan dengan kes-kes yang dinyatakan dalam jadual yang diperturunkan di perenggan 13 penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman Hassan Abdul Ghani dalam kes Pendakwa Raya v Muhammad Norazrin Abu Bakar [2017] 1 LNS 495 iaitu seperti yang berikut: 20 PP v Cheong Kerh Chi & Anor [2011] 1 LNS 560 18 tahun penjara dan 6 sebatan (Mahkamah Rayuan). Muhammad Hanafi Abdullah v PP [2013] 1 LNS 1369 7 tahun penjara dan 2 sebatan. Mahkamah Tinggi (‘MT’) mengekalkan keputusan HMS. PP v Alam Shah Hj. Mohamad [2014] 5 CLJ 255 Hukuman HMS 13 tahun penjara dan dua sebatan. Berikutan rayuan, MT memerintahkan hukuman penjara 16 tahun 5 sebatan. Mohd Ridwan Mohd Yusof v PP: Rayuan Jenayah No. A-09-04/2014 (pertuduhan seksyen 392 KK) Hukuman HMS – 3 tahun penjara dari tarikh tangkap. Berikutan rayuan, MT memerintahkan hukuman 10 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 5 sebatan. Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan MT. Johnny Teo & 1 Lagi v PP [2015] 1 LNS 132 8 tahun penjara dan 4 sebatan. MT mengekalkan keputusan HMS. Mohd Yusof Rubai v PP [2015] 1 LNS 864 10 tahun penjara dan 3 sebatan. MT mengekalkan keputusan HMS. Rosli Othman v PP [2016] 1 LNS 607 8 tahun penjara dan 3 tahun sebatan. MT mengekalkan keputusan HMS. 21 [29] Saya telah memberikan pertimbangan kepada penghujahan Encik Mathavan dan TPR Azeezi; kelima-lima aims of sentencing yang merangkumi aspek deterrence, rehabilitation, prevention, retribution dan just deserts; trend penghukuman seperti di perenggan 28 di atas; ketiadaan faktor mitigasi yang luar biasa atau extenuating circumstances untuk meringankan hukuman; kecederaan serius yang dialami oleh SP2 dalam usahanya untuk menangkap Responden dan rakan penjenayah yang masih bebas; dan aspek kepentingan awam yang perlu diutamakan dan yang menghendaki orang awam dilindungi daripada pelaku kesalahan jenayah berat seperti Responden. Pada pandangan saya, tempoh (8 tahun untuk pertuduhan di bawah seksyen 395 KK dan 3 tahun untuk pertuduhan di bawah seksyen 324 KK) dan jenis hukuman yang telah dikenakan (penjara dan 2 sebatan) oleh HMS adalah selaras dengan prinsip undang-undang berkenaan penghukuman dan tidak terdapat sebarang alasan yang kukuh untuk saya mengenepikan hukuman tersebut dan menggantikannya dengan hukuman yang lain. [30] Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan Perayu bahawa HMS telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara serentak (concurrent). 22 [31] TPR menghujahkan bahawa berdasarkan kes-kes seperti Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 1 LNS 158; Public Prosecutor v Yap Huat Heng [1986] CLJ (Rep) 645; Kanagasuntharam v PP [1992] 1 SLR 81; Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ 572; dan Yit Kean Hong v PP [2005] 4 CLJ 592, hukuman penjara ke atas Responden semestinya berjalan secara berturutan memandangkan terdapat dua kesalahan berlainan yang melibatkan dua mangsa yang berbeza dengan mens rea yang berbeza serta pembuktian elemen-elemen pertuduhan yang juga berbeza. [32] Bagi pihak Responden, penghujahan bertulis Encik Mathavan hanya menyatakan bahawa melihat kepada perenggan 22 Alasan Penghakiman, HMS tidak mempertimbangkan kepentingan Responden dengan kepentingan awam secara mendalam. Tiada penghujahan khusus, sama ada secara bertulis atau lisan, untuk memohon sebarang hukuman penjara, jika dikekalkan oleh Mahkamah ini, dijalankan secara serentak. [33] Prinsip “satu transaksi” seperti yang ditetapkan dalam kes Bachik Abdul Rahman telah dihuraikan dalam kes KS Saravanan Krishnan v Public Prosecutor [2016] 1 LNS 1037 yang mana petikan yang relevan diringkaskan seperti yang berikut: 23 “Concurrent Or Consecutive? The principles governing the imposition of concurrent or consecutive sentences have been succinctly stated in Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572 CA (foll) by Augustine Paul JCA who delivered the judgment of the Court of Appeal and may be enumerated as follows: