Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: P-05(H)-597-12/2017 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU DAN RICHARD JOSEPH (NO. KP: 700627-12-5657) … RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang Perbicaraan Jenayah No: PA-45B-6-03/2017/2017) Antara Richard Joseph Lawan Pendakwa Raya KORUM: MOHTARUDIN BAKI, HMR ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR RHODZARIAH BINTI BUJANG, HMR 2 PENGHAKIMAN [1] Rayuan terhadap hukuman oleh Pendakwa Raya. Responden telah mengaku bersalah selepas dua orang saksi pendakwaan memberi keterangan. Fakta kes (P7) telah diakui benar. Responden faham sifat dan akibat pengakuannya iaitu Responden boleh dihukum sehingga 30 tahun penjara. Pesuruhjaya Kehakiman (Hakim bicara) telah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkapan. [2] Kami telah mendengar rayuan Perayu dan memutuskan sebulat suara bahawa rayuan ini mempunyai merit. Rayuan dibenarkan, hukuman Hakim bicara diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara selama 18 tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkapan. Berikut adalah alasan-alasan kami. [3] Pertuduhan (Rujuk m.s. 8 RR Jld. 1): “Bahawa kamu pada 7.2.2016, jam lebih kurang 1.18 pagi, di alamat New World Used Auto Parts Sdn Bhd, Lot 1284, MK 15, Jalan Rozhan Alma, 14000 Bukit Mertajam, di dalam daerah Seberang Perai Tengah, di dalam Negeri Pulau Pinang, telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian ke atas Cheah Tien Sang @ Cheah Tien Siang (No. KP: 530125-07-5283) dengan niat hendak menyebabkan kematian, dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh, dan boleh dihukum dibawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.” Hukuman: Penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda. 3 [4] Fakta Kes: