Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PUTRAJAYA DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN NO KES: FA 82-04-09/2017 PENDAKWA RAYA PERAYU LAWAN SYED ABDUL RAHMAN BIN PERMAN (NO.K/P: 821212-12-5541) PENENTANG ALASAN PENGHAKIMAN Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes ini dituduh di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan. Kes telah dibicarakan sehingga peringkat kes Pendakwaan dan Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan OKT tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. PERTUDUHAN “Bahawa kamu pada 13/07/2017 jam lebih kurang 01.00 pagi bertempat di dalam kawasan Bangunan Kementerian Pengangkutan Jalan, Presint 4, dalam Daerah Putrajaya, dalam Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya telah melakukan kesalahan pencerobohan jenayah dengan memasuki Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (KP JPJ). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan. PEMBELAAN OKT menafikan Pertuduhan terhadapnya di Mahkamah. 2 KEPUTUSAN Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes pada tahap prima facie terhadap OKT. Oleh itu OKT dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan.