(ii) Bagi membuktikan elemen-elemen ini, pihak pendakwaan telah memanggil 3 orang saksi dan mengemukakan 16 ekshibit. Kes pendakwaan adalah pada 23.5.2019 jam lebih kurang 3.30 petang, Tertuduh memandu motokar WXY 2970 dari Jalan Landasan menuju ke Kampung Jawa. Semasa Tertuduh cuba untuk keluar simpang, tiba-tiba motosikal BPA 9502 yang ditunggang oleh si mati yang datang dari arah Kampung Jawa menuju ke Sungai Rasau telah merempuh sebelah kanan hadapan kereta Tertuduh. Akibat dari pelanggaran itu, si mati telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan dan motokar WXY 2970 mengalami kerosakan. Pendakwaan menghujahkan bahawa kesemua elemen dibawah s.41(1) APJ berjaya dibuktikan, maka satu kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap Tertuduh. [3] Di akhir kes pendakwaan, setelah Majistret meneliti nota keterangan dan ekshibit yang dikemukakan, Mahkamah mendapati S/N q9iMtt0z3UW7tfJig2O1Vw pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen bagi pertuduhan di bawah s.41(1) APJ. [4] Pendakwaan menghujahkan bahawa Tertuduh telah memandu secara melulu dengan keluar dari simpang dan membelok ke kanan yang kemudiannya telah menyebabkan kenderaan yang dipandu Tertuduh berlanggar dengan motosikal yang ditunggang si mati. Pendakwaan bergantung kepada keterangan SP2 (pegawai penyiasat) dan rajah kasar (P8). Menurut SP2 dengan berpandukan rajah kasar, pertembungan berlaku di petak kuning. Pendakwaan menghujahkan bahawa Tertuduh sepatutnya dapat melihat motosikal yang ditunggang si mati dalam jarak pandangan mata yang rasional dan sepatutnya memberikan laluan kepada si mati. Walaubagaimanapun ketika pemeriksaan balas, SP2 memaklumkan Mahkamah bahawa dia tidak tahu bagaimana Tertuduh memandu pada hari kejadian dan tiada saksi mata yang melihat kejadian kemalangan itu. [5] Pihak pembelaan pula menimbulkan isu rupa bentuk tempat kejadian. Ketika pemeriksaan balas SP2, adalah dicadangkan bahawa permukaan jalan dari arah Kampung Jawa ke arah Sungai Rasau adalah sedikit membukit, tinggi sendikit dan cadangan ini S/N q9iMtt0z3UW7tfJig2O1Vw dipersetujui oleh SP2. Fakta berkenaan rupa bentuk tempat kejadian telah disaksikan sendiri oleh Majistret seperti yang dinyatakan di perenggan 27 alasan penghakiman beliau. [6] Mahkamah mendapati tempat kejadian adalah 2 lorong bagi setiap hala dan ianya luas. Simpang di mana Tertuduh keluar juga luas dan keluasan kotak kuning tempat berlakunya kemalangan adalah 30 m x 14 m (menurut ukuran didalam rajah kasar). Didalam rajah kasar, si mati berada di lorong kanan dan bukan di lorong kiri. Berdasarkan keterangan-keterangan inilah dan pemerhatian Mahkamah berkenaan rupa bentuk bumi dikawasan tempat kejadian, Mahkamah Majistret mendapati tiada keterangan yang menunjukkan bahawa Tertuduh telah memandu secara melulu atau merbahaya. [7] Pihak pendakwaan dalam membuktikan elemen pertuduhan dibawah s. 41(1) APJ menghujahkan bahawa Tertuduh telah memandu secara melulu atau merbahaya hanya kerana tempat pelanggaran adalah berada dalam laluan sah si mati. Pendakwaan menghujahkan bahawa pelanggaran ini telah berlaku disebabkan Tertuduh telah gagal untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya untuk memastikan tiada kenderaan di laluan sebelum S/N q9iMtt0z3UW7tfJig2O1Vw membelok ke kanan. Majistret memutuskan fakta ini tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Tertuduh telah memandu secara melulu atau merbahaya. Versi pendakwaan ini hanya disokong oleh keterangan SP2 yang menyatakan bahawa kesan pelanggaran adalah di pintu hadapan tempat pemandu motokar Tertuduh. Tiada keterangan lain yang dapat menjelaskan cara bagaimana kemalangan berlaku. [8] Tambahan lagi, versi pembelaan adalah si mati menaiki motosikal telah menunggang dengan laju dalam keadaan jalan yang membukit dan melanggar Tertuduh hingga menyebabkan kematiannya dan fakta ini perlu diteliti. Tiada cabaran oleh pihak pendakwaan bahawa rupa bentuk di kawasan kemalangan adalah membukit. Mahkamah juga setelah menimbangkan semua keterangan dan ekshibit mendapati Tertuduh telah keluar dengan tertib dari lorongnya dan bergerak ke tempat lintasan petak kuning. Selain itu, persoalan yang timbul adalah oleh kerana tiada kenderaan lain yang terlibat semasa pelanggaran, mengapa si mati melanggar motokar Tertuduh di lorong kanan dan tidak mengelak ke lorong kiri ataupun bahu jalan yang luas. S/N q9iMtt0z3UW7tfJig2O1Vw [9] Atas alasan ini, maka Majistret mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh dibawah s.41 (1) APJ 1987 namun, beliau mendapati pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh iaitu memandu dalam keadaan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa iaitu satu kesalahan dibawah S.43(1) APJ 1987. Ini adalah kerana berdasarkan kedudukan motokar Tertuduh yang tidak bergerak melepasi ruangan diatas garisan kotak kuning dengan kadar yang munasabah sehingga menyebabkan pelanggaran dengan si mati. Atas alasan ini maka Mahkamah menggantikan pertuduhan di bawah s.41(1) APJ 1987 dengan satu pertuduhan dibawah s. 43(1) APJ 1987 selaras dengan peruntukan dibawah s.169(2) Kanun Prosedur Jenayah. C. KEPUTUSAN [10] Mahkamah Tinggi yang menjalankan bidangkuasa rayuan tidak akan sesekali campur tangan didalam urusan dapatan fakta dan undang-undang didalam satu perbicaraan penuh kerana Hakim Bicara mempunyai kedudukan lebih baik untuk menilai dan meneliti kredibiliti saksi-saksi, dan keberatan sesuatu keterangan itu. Namun begitu sekiranya Mahkamah ini mendapati terdapatnya kekhilafan fakta dan pemakaian undang-undang, maka Mahkamah ini akan campur tangan dalam membetulkan kekhilafan itu. S/N q9iMtt0z3UW7tfJig2O1Vw [11] Adakah Majistret telah khilaf apabila mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie di bawah pertuduhan s. 41(1) APJ 1987 sebaliknyanya berjaya membuktikan satu kes prima facie di bawah pertuduhan dibawah s.43(1) APJ 1987 maka pindaan pertuduhan dibuat oleh Mahkamah daripada s.41(1) APJ 1987 kepada s.43(1) Akta yang sama. [12] Majistret di dalam mencapai kepada keputusan beliau di akhir kes pendakwaan dalam menentukan samada elemen memandu kenderaan secara melulu diatas jalan raya hingga menyebabkan kematian keatas si mati, tidak hanya bergantung kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan semata-mata dan rajah kasar (P8) tetapi beliau telah pergi ke tempat kejadian untuk mengesahkan fakta yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan bahawa keadaan rupa bumi di kawasan kemalangan adalah jalannya membukit. [13] Adalah tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan kes melampui keraguan munasabah bahawa Tertuduh telah memandu kenderaannya secara melulu diatas jalanraya hingga menyebabkan kematian. Tugas Mahkamah pula adalah untuk membuat penilaian maksimum atas semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk kredibiliti setiap saksi-saksi pendakwaan. [14] Mahkamah Persekutuan didalam keputusan Rosli b Yusof v PP [Rayuan Jenayah No 05(M) -226-10/2019 memutuskan seperti berikut: “[45] It is trite law that it is not the duty of the appellant to prove his innocence or to call a particular witness to support his defence (see Tan S/N q9iMtt0z3UW7tfJig2O1Vw Foo Su v PP [1967] 2MLJ 19; Sandra Margaret Birch v PP [1978] 1 MLJ