SP9 (pegawai penyiasat). [9] HMS juga telah mengambil kira keterangan OKT sendiri serta saksi-saksi Pihak Pembelaan iaitu SD2 dan SD3. [10] Saya juga dapati tatkala HMS meneliti keterangan utama oleh mangsa yang merupakan kanak-kanak yang berusia 11 tahun, HMS telah memastikan ujian seperti ditetapkan di bawah s. 133A Akta Keterangan 1950 telah dibuat oleh Pihak Pendakwaan terhadap mangsa/SP2 sebelum kanak-kanak itu memberi keterangan secara bersumpah. Setelah mangsa diajukan dengan soalan-soalan sebagai ujian seperti ditetapkan di bawah s. 133A tersebut, HMS telah memutuskan bahawa mangsa mampu memberi keterangan di Mahkamah. Mahkamah ini juga dapati HMS telah menggunapakai prinsip undang-undang yang betul tatkala memutuskan untuk menerima sepenuhnya keterangan mangsa setelah berpuashati dengan kredibiliti mangsa dan memutuskan keterangan mangsa adalah “unusually convincing”: Muharam Anson v PP [1981] 1 MLJ 222, [1980] 1 LNS 137, PP v Chan Wai Heng [2008] 5 CLJ 805, Muhammad Adib Sufyan Azman v PP [2019] 8 CLJ 254. [11] Mahkamah ini menolak hujahan peguam OKT bahawa keterangan mangsa tidak mencapai tahap “unusually convincing” kerana dikatakan terdapat tiga (3) versi berbeza yang diceritakan oleh SP2/mangsa: Versi pertama: semasa bersama IO - SP2 dikatakan mendakwa OKT buka seluar mangsa dan hisap kemaluan mangsa seperti dinyatakan dalam laporan polis mangsa. Versi kedua: semasa SP2 beri keterangan di Pusat Kanak-Kanak – SP2 dikatakan memberi keterangan OKT juga telah memasukkan kemaluannya ke dalam dubur SP2. Versi ketiga: semasa di Mahkamah - SP2 dikatakan beri keterangan bahawa OKT mencium mulut SP2 dan menggosok kemaluan SP2. [12] Sebaliknya, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pihak Pendakwaan bahawa 3 versi yang diceritakan oleh mangsa adalah sebenarnya apa yang berlaku antara beliau dengan OKT sejak awal 2020 hingga hujung 2020. Namun demikian, bagi maksud pertuduhan dalam kes ini adalah khusus mengenai apa yang berlaku pada tarikh kejadian seperti dalam pertuduhan, 1/12/2020. [13] Peguam OKT membangkitkan perihal mangsa hanya membuat laporan polis selepas disuruh berbuat demikian oleh SP1. Mahkamah ini dapati tiada isu di sisi undang-undang yang timbul apabila mangsa membuat laporan polis selepas SP1 meminta mangsa berbuat demikian. SP1 yang merupakan doktor yang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa telah meminta mangsa segera membuat laporan polis ekoran hasil pemeriksaan kesihatan dan diagnosis yang beliau jalankan terhadap mangsa. Malah Mahkamah ini memutuskan tindakan SP1 yang membuat laporan polis dan meminta mangsa membuat laporan polis berkaitan kejadian adalah selaras dengan kehendak s.19 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. [14] Mahkamah ini memutuskan HMS tidak terkhilaf dalam dapatannya mengenai percanggahan antara keterangan SP1 dan SP2. Mahkamah ini dapati nilaian yang dibuat oleh HMS terhadap keterangan SP1 dan SP2 dan dapatan beliau bahawa percanggahan yang timbul bukan melibatkan percanggahan yang material serta tidak menjejaskan kualiti testimoni SP1 dan SP2, setelah dinilai secara keseluruhan dengan mengambil kira keterangan saksi-saksi lain adalah dapatan yang betul menurut dan sejajar dengan prinsip undang-undang sedia terpakai: Mohamed Alias v. PP [1981] 1 LNS 200; [1983] 2 MLJ 172; Chean Siong Guat v. PP [1969] 1 LNS 23; [1969] 2 MLJ 63; PP v. Dato' Harun Idris [1976] 1 LNS 184; [1979] 1 MLJ 15, Puganeswaran Ganesan & Ors v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 326 (FC), Pie bin Chin v. PP [1983] 1 LNS 70; [1985] 1 MLJ 234 (HC). [15] Dalam kes PP v. Dato’ Harun [1976] 1 LNS 184, Raja Azlan Shah FJ (pada waktu itu) memutuskan: “In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in a particular circumstances.” [16] Prinsip yang sama diputuskan baru-baru ini oleh Mahkamah Rayuan dalam Rames Arumugam v PP & Another Appeal [2023] 1 LNS 870: “... the learned JC had also considered whether the discrepancies in their evidence were material to strike at the very root of the charge. This is also in line with what has been established by the Federal Court through His Lordship Raus Sharif PCA (as he then was) in Ong Teng For & Anor v. PP [2013] 1 CLJ 39, who cited the case of Andy Bagindah v. PP [2000] 3 CLJ 289 with approval as follows: "[33] It is settled law that the credibility of a particular witness and the weight to be given to his other evidence is manifestly within the province of a trial judge. In Andy Bagindah v. PP [2000] 3 CLJ 289, Shaik Daud JCA said that: There is no dearth of authorities to say that in every case, there are bound to be contradictions and discrepancies. The question to be decided by the trial judge is whether those contradictions and/or discrepancies are material ones so as to strike at the very root of the charge. It is for the trial judge to consider this since he was the one who saw and heard the evidence. In the present case the learned judge concluded that there were discrepancies but those discrepancies were not material ones. Since this involved the credibility of witnesses, we held that the learned judge was a better person to decide and an appellate court ought not to interfere with such findings.” ... In the final determination of issues, it is incumbent on the trial court to decide, having regard to the probabilities of the case and based on contemporaneous facts and documents, whether the witnesses or set of witnesses are speaking the truth on matters of central importance.” [17] Mahkamah ini juga dapati HMS telah membuat dapatan yang betul dan selaras dengan kehendak undang-undang terpakai dalam menerima ekshibit P2 yang merupakan video rakaman percakapan antara mangsa dengan SP6 yang diselenggarakan rakamannya oleh pegawai teknikal bertauliah SP7 telah mematuhi kehendak peruntukan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007. Ekshibit P2 telah dikemukakan oleh Pihak Pendakwaan bersama-sama salinan transkrip (ekshibit P9), perakuan SP6 (ekshibit P11) dan perakuan SP7 menurut s. 90A Akta Keterangan (ekshibit P10) mematuhi kehendak peruntukan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 khususnya s. 6(2) dan (3) Akta itu. Mahkamah ini seterusnya memutuskan dapatan HMS dalam menerima ekshibit P2, P9, P11 setelah syarat-syarat yang diperuntukkan dalam s. 6 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 dipatuhi adalah sejajar dengan prinsip yang diputuskan dalam kes Muhammad Adib Sufyan Azman v PP [2019] 8 CLJ 254: “[32] It is pertinent to note that a notable feature of the Evidence of Child Witness Act (ECWA) is the introduction of video recording of a child witness. ... [33] As such, the video recording of a child's evidence under the ECWA shall be evidence of the child at the trial and shall be treated as the evidence given in examination in chief, similar to viva voce evidence in court. Any further evidence adduced by the examining party (the DPP in a prosecution) during further examination in court shall be part of the child witness' evidence before the court. [34] In short, the ECWA allows the evidence of a child to be obtained outside the courtroom environment but has the weight of a testimony in court. ECWA provides a similar test to ascertain the competence of a child as provided for in s. 133A. This can be seen in s. 6(7) and s. 6(8) of the ECWA. ... [36] It is the finding of this court that the necessary pre-requisites of s. 6 of the ECWA had been fulfilled by the prosecution. The evidence of SP2 and SP6 clearly showed that there was a transcript of the video recording admitted as P9 and the certificate issued by SP6 who made the video recording was admitted as P14 was in conformity with the requirements of s. 6(3) of the ECWA. As such, the video recording of SP7's testimony at the CIC can be admitted as SP7's testimony in the trial. This is in addition to the testimony of SP7 during the further examination in chief by the DPP.” [18] Berdasarkan segala dapatan di atas, Mahkamah ini memutuskan tiada alasan untuk Mahkamah ini menganggu dapatan HMS setelah Mahkamah ini dapati HMS telah membuat keputusan yang betul tatkala memanggil OKT untuk membela diri di akhir kes Pihak Pendakwaan dan seterusnya dalam membuat keputusan mensabitkan OKT dengan kedua-dua pertuduhan setelah berpuashati bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan segala intipati bagi kedua-dua pertuduhan adalah dapatan yang betul dan mematuhi kehendak undang-undang. [19] Atas alasan ini, Mahkamah ini mengekalkan sabitan terhadap OKT bagi kedua-dua pertuduhan dan menolak rayuan OKT terhadap sabitannya. Rayuan Pihak Pendakwaan Terhadap Hukuman [20] Bagi rayuan Pendakwaan mengenai hukuman, Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa hukuman 8 tahun penjara yang dijatuhkan oleh HMS bagi kedua-dua pertuduhan adalah terlampau ringan dan tidak memadai. HMS gagal mengambil kira bahawa Akta Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diwujudkan untuk melindungi hak dan keselamatan kanak-kanak seperti mangsa. HMS juga tidak mengambil kira bahawa hukuman maksima yang diperuntukkan bagi kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT adalah 20 tahun penjara. Untuk itu Timbalan Pendakwa Raya berhujah bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh HMS wajarlah diubah dan dinaikkan oleh Mahkamah ini dengan mengambil kira trend hukuman terkini bagi kes-kes sebegini di mana Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara untuk tempoh 10 tahun dan 2 sebatan rotan : PP v Hishammudin Kumaran Abdullah [2020] 1 LNS 1297, PP v Mohd Salleh Yusof [2022] 1 LNS 1829, PP v Mohd Shukri Mohd Hassan [2022] 1 LNS 1941. [21] Peguam OKT pula berhujah bahawa hukuman 8 tahun yang dijatuhkan oleh HMS adalah terlalu lama dan boleh mendatangkan mudarat kepada OKT yang ingin merubah dirinya ke arah yang lebih baik. Mahkamah juga wajar mengambil kira bahawa ini adalah kesalahan pertama OKT : PP v Mohd Firdaus Ali [2017] 3 CLJ 500, Mohamad Asnadi Abdullah Hanan v PP [2018] MLRHU 739. Mahkamah digesa untuk menggunapakai prinsip hukuman sebagaimana diputuskan dalam kes Hari Ram Seghal v PP [1980] 1 MLRHU 596: “Our courts have a long time since progressed from the "eye for an eye" and "tooth for a tooth" type of justice. The avowed aims of punishments are retribution, justice, deterrence, reformation and protection, but it is never intended to act as a vehicle of vengeance.” [22] Setelah mengambil kira fakta kes dan segala keterangan di hadapan Mahkamah ini, serta segala rayuan peringanan hukuman oleh OKT dan rayuan pemberatan hukuman oleh Pihak Pendakwaan, niat Parlimen tatkala menggubal Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesan jangka panjang perlakuan OKT terhadap mangsa, serta kepentingan awam, saya memutuskan bahawa hukuman penjara yang dijatuhkan oleh HMS iaitu lapan (8) tahun bagi kedua-dua pertuduhan dengan hukuman penjara berjalan serentak adalah hukuman yang tidak setimpal dengan kedua-dua pertuduhan. HMS terkhilaf kerana gagal mengambil kira faktor-faktor yang saya sebutkan dalam menjatuhkan hukuman. [23] Berdasarkan segala dapatan tersebut, Mahkamah ini telah menolak rayuan OKT dan menerima rayuan Pihak Pendakwaan secara separa dimana hukuman penjara telah dinaikkan dari lapan (8) tahun ke sepuluh