Content
1
DA-43-1-01/2024
High Court of Malaysia8 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1
1
Melalui kes No: DA-8-02/2022 responden telah menghadapi 3 pertuduhan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Responden telah mengaku salah terhadap ketiga-tiga pertuduhan dan dikenakan Perintah Bon Berkelakuan Baik di bawah seksyen 294(1) Kanun Tatacara Jenayah pada 26.03.2023 dengan cagaran RM 5,000.00 untuk tempoh selama 2 tahun dengan seorang penjamin.
2
Walau bagaimanapun responden pada 29.11.2023 telah ditangkap dan sekali lagi menghadapi pertuduhan yang sama iaitu dibawah seksyen 6(1) Akta yang sama pada 05.12.2023 di dalam kes No: DA-62-60- 12/2023 dan DA-62-62-12/2023 juga di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.
3
Seterusnya pada hari yang sama pihak pendakwaan telah membuat permohonan untuk mendapatkan Waran Pemberkasan terhadap responden melalui saksi yang mengemukakan maklumat secara bersumpah iaitu Insp Muhammad Nabil Aizat bin Rusdy yang merupakan pegawai penyiasat bagi kedua-dua kes tersebut (berkait laporan polis Pasir Puteh (KN) 7121-7122/23) bagi mengemukakan maklumat tangkapan responden yang telah berlaku pada 29.11.2023 tersebut.
4
Waran Pemberkasan telah dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di bawah seksyen 294(3) Kanun Tatacara Jenayah dan pada 06.12.2023 responden telah dibawa ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman kerana gagal mematuhi bon berkelakuan baik yang dikeluarkan melalui Perintah di dalam kes No: DA-62-8-02/2022 yang terdahulu.
5
Responden diwakili peguam pada masa tersebut telah berhujah bahawa pada tahap ini responden belum boleh dianggap melanggar bon tersebut kerana responden hanya baru ditangkap dan dituduh dan belum disabitkan kesalahan dan dengan itu tindakan yang dipohon oleh pihak pendakwaan kepada mahkamah adalah pre-mature kerana prinsip bahawa responden adalah masih dalam keadaan “presumed innocent until proven guilty” masih terpakai.
6
Walaupun ini dibantah oleh pihak pendakwaan yang mana pihak pendakwaan berhujah bahawa sabitan untuk 2 kes baru ini tidak diperlukan untuk diputuskan bahawa Bon Kelakuan Baik tersebut telah dilanggar namun Hakim Mahkamah Sesyen bersetuju dengan hujahan pihak peguam lalu menolak permohonan pihak pendakwaan di bawah seksyen 294(5) Kanun Tatacara Jenayah.
7
Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen ini dipohon oleh pihak pendakwaan untuk dibuat semakan oleh Mahkamah Tinggi ini di bawah seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan/atau seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah.
8
Seksyen 294(3) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan: Jika sesuatu Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk membicarakan pesalah itu berkenaan dengan kesalahan asalnya, atau mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa terus, berpuas hati melalui maklumat dengan sumpah bahawa pesalah itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat bonnya ia boleh mengeluarkan suatu waran bagi pemberkasannya.
9
Manakala seksyen 294(5) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan: Pesalah itu apabila direman sedemikian boleh dikomitkan ke penjara dan waran reman itu hendaklah memerintahkan supaya dia dibawa ke hadapan Mahkamah yang dihadapannya dia terikat untuk hadir bagi penghakiman atau untuk menjawab tentang kelakuannya sejak dia dilepaskan.
10
Rujukan juga dibuat kepada nas Mahkamah Rayuan Nor Afizal Azizan v PP [2012] 6 CLJ 370 yang memutuskan:
21
At this juncture we would like to clarify the misconception on the applicability of s.294 of the CPC. We would like to point out that the orders made under s.294 of the CPC do not exonerate the person of the offence that he had committed. The person is in fact convicted of the offence and the conviction will be recorded and will form part of the person’s criminal record and will remain there for the rest of the person’s life. The effect of such an order was clearly spelled out 4 in the case of Jayanthan v PP [1973] 1 LNS 56 wherein Ong Hock Sim FJ held that: This section vests the Court before which a person is convicted with power to suspend sentence for such period as the court may direct, and if the offender behave himself during such period he would escape punishment for his offence. If he fails to observe the conditions of his bond he would be liable to be apprehended and dealt with for his original offence.
22
Thus in the instant case, the appellant was in effect given a suspended prison sentence. He has to behave himself for a period of 5 years. If he behaves himself during the 5 years period, he would escape punishment for his offence. But if he fails to observe the conditions of his bond he will then be arrested and dealt with for the original offence of the rape…
11
Bagi kes semakan di hadapan Mahkamah ini Bon Kelakuan Baik yang diberikan pada 26.03.2023 menyatakan: …dan bagi sementara waktu untuk berkelakuan baik dan menjaga keamanan…
12
Mahkamah berpendapat tafsiran mengikut maksud lazim (plain meaning) perlu dilakukan dan ianya dilanggar sebaik sahaja responden ditangkap sekali lagi dan dihadapkan atas pertuduhan yang sama dan bukannya apabila disabitkan kesalahan.
13
Seksyen 294(1) Kanun Tatacara Jenayah yang berbunyi sepertimana berikut bercakap tentang kehadiran orang yang telah melanggar syarat bon untuk hadir di Mahkamah adalah untuk dijatuhkan 5 hukuman dan bukan untuk diberi peluang untuk menunjukkan sebab (to show cause): Apabila mana-mana orang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah jika didapati oleh Mahkamah itu bahawa setelah diambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental pesalah itu atau sifat remeh kesalahan itu atau kepada apa-apa hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah suai manfaat bahawa pesalah itu dilepaskan atas percubaan akhlak bagi kelakuan baik, Mahkamah itu boleh, sebagai gantinya menghukum dengan serta-merta dengan apa-apa hukuman, mengarahkan supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia mengikat suatu bon dengan atau tanpa penjamin dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah untuk hadir dan menerima penghakiman jika dan apabila dipanggil dan sementara itu untuk memelihara keamanan dan berkelakuan baik.
14
Mahkamah ini berpendapat berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut: i) s.294(5) Kanun Tatacara Jenayah - …waran reman itu hendaklah memerintahkan supaya dia dibawa ke hadapan Mahkamah yang dihadapannya dia terikat untuk hadir bagi penghakiman… 6 ii) petikan daripada Jayanthan v PP - If he fails to observe the conditions of his bond he would be liable to be apprehended and dealt with for his original offence. iii) perenggan 22 nas Nor Afizal Azizan - If he behaves himself during the 5 years period, he would escape punishment for his offence. But if he fails to observe the conditions of his bond he will then be arrested and dealt with for the original offence of the rape… Responden boleh dijatuhkan hukuman bagi pertuduhan yang mana responden telah dibenarkan Bon Kelakuan Baik (kes No: DA-8-02/2022) dengan adanya pertuduhan baru (No: DA-62-60-12/2023 dan DA-62-62- 12/2023) dan tidak memerlukan terdapat sabitan untuk pertuduhan bagi kes baru bagi membolehkan responden dijatuhkan hukuman untuk pertuduhan yang mana responden telah dibenarkan Bon Kelakuan Baik tersebut.
15
Responden telah gagal mematuhi syarat bon yang dikenakan ke atasnya apabila dipertuduhkan dengan 2 kes baru tersebut, dan menurut ketiga-tiga petikan di atas, tiada syarat bahawa responden perlu disabitkan atas pertuduhan bagi kes baru untuk responden dijatuhkan hukuman bagi pertuduhan yang mana responden telah dibenarkan Perintah Bon Kelakuan Baik.
16
Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tersebut semakan ini dibenarkan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dan responden perlu dirujuk semula ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu untuk dijatuhkan hukuman bagi sabitan di bawah s.6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dalam kes Mahkamah Sesyen Kota Bharu No: DA-62-8-02/2022. Bertarikh: 4hb Oktober 2024. AZMI BIN ABDULLAH Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kota Bharu Pemohon: Khairul Anuar bin Wahab Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Pendakwaan Kelantan, Tingkat 3, AG-03-03, Al-Waqf Garden Boulevard @ Tunjong, Jalan Kuala Krai, Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Peguam Responden: Muhammad Husni Mubarak bin Ghazali Tetuan Husni Mubarak & Co. Peguambela & Peguamcara Lot 603, Bukit Abal, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.