Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN (3) DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO : 62-127-2008 PENDAKWARAYA LAWAN WAN AWANG MAHMUD BIN ABDUL LATIF ALASAN PENGHAKIMAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Fakta Kes/latar belakang kes a) Saksi utama dalam kes ini sepatutnya adalah pengadu iaitu Hasan bin Muda @ Abdul Aziz bin Mohamed, namun beliau telah meninggal dunia. Jadi, pendakwaan telah memilih anak kepada pengadu iaitu Abdul Malik bin Hasan @ Abdul Aziz sebagai saksi utama (SP1). Beliau juga alternate director kepada syarikat yang dilantik pada tahun 2001 oleh pengadu melalui surat perlantikan yang ditanda sebagai ID1. Pengadu dan OKT adalah dua orang pengarah kepada syarikat Tapak Cekal Sdn. Bhd (selepas ini dirujuk sebagai STCSB). Melalui keterangan SP1 standard operating procedure syarikat adalah mempunyai 2 orang pengarah iaitu OKT dan pengadu. Pentadbiran syarikat dan hal ehwal kewangan dikendalikan oleh OKT dengan dibantu oleh seorang pengurus operasi iaitu En. Shafei (SP6) yang menguruskan hal ehwal teksi dan operasi dan pengadu juga turut membantu SP6 ini dalam kerja-kerja operasi sekali sekala. Seorang kerani iaitu Cik Rohana (SP7) menjaga hal ehwal kutipan dan akaun dijaga oleh En.Ahmad dan kemudiannya di ambil alih oleh En. Badros (tidak dipanggil sebagai saksi dalam kes ini). b) Pada tahun 2001 pengadu telah datang berjumpa dengan SP1 menyatakan rasa tidak puas hati beliau megenai pengurusan STCSB. SP1 menasihatkan pengadu untuk melantik firma akauntan yang baru selain dari firma akauntan syarikat yang sedia ada untuk meneliti dokumen-dokumen kewangan syarikat. Syarikat One Zero Management (selepas ini dirujuk sebagai OZM) telah dilantik dan OZM telah membuat special audit review dan mengeluarkan special audit report mengenai STCSB pada tahun 2001. Berdasarkan special audit review ini didapati terdapat beberapa perkara yang melibatkan salah guna kewangan dan berdasarkan report ini SP1 menasihatkan pengadu untuk membuat laporan polis. Laporan polis yang dibuat adalah berdasarkan finding dalam audit special report tersebut yang ditanda sebagai P5 oleh pendakwaan. c) OKT dalam kes ini dipertuduhkan dengan empat pertuduhan asal dan sebelum pendakwaan menutup kes ini beliau telah mengemukakan empat pertuduhan pindaan iaitu:- PERTUDUHAN PIDAAN PERTAMA Bahawa kamu pada 24 April 1997 di pejabat Tapak Cekal Sdn Bhd, No 2. Jalan Enggang Timur Tama Keramat, Hulu Kelang dalam daerah Ampang Jaya, dalam Negeri Selangor sebagai ejen iaitu Pengarah Urusan Tapak Cekal Sdn. Bhd. yang atas sifatnya diamanahkan dengan harta milik syarikat Tapak Cekal Sdn. Bhd iaitu hasil jualan teksi bernombor daftar HW 9540 dengan nilai RM27000.00 telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya 3 menyalahgunakan harta tersebut dengan tidak memasukkan hasil jualan teksi tersebut ke dalam akaun Tapak Cekal Sdn. Bhd bernombor akaun Maybank 014093-313019. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan. PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA Bahawa kamu pada bulan Julai 1995 di Pejabat Tapak Cekal Sdn. Bhd, No.2, Jalan Enggang Timur, Taman Keramat, Hulu Kelang, dalam Derah Ampang Jaya, dalam Negeri Selangor sebagai ejen iaitu Pengarah Urusan Tapak Cekal Sdn. Bhd. yang atas sifatnya diamanahkan dengan harta milik syarikat Tapak Cekal Sdn. Bhd. iaitu hasil jualan saham HICOM sebanyak 5000 unit dengan nilai RM24960.00 telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta tersebut dengan tidak memasukkan hasil jualan saham tersebut ke dalam akaun Tapak Cekal Sdn bhd bernombor akaun Maybank 014093-313019. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 kanun keseksaan. PERTUDUHAN PINDAAN KETIGA Bahawa kamu pada 3 April 1996 di Pejabat tapak Cekal Sdn. Bhd, No.2, Jalan Enggang Timur, Taman Keramat, Hulu Kelang, dalam Daerah Ampang Jaya, dalam Negeri Selangor sebagai ejen iaitu Pengarah Urusan Tapak Cekal Sdn Bhd yang atas sifatnya di amanahkan dengan harta milik syarikat Tapak Cekal Sdn. Bhd iaitu hasil jualan saham HICOM sebanyak 3000 unit dengan nilai RM17496.15 telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta tersebut dengan tidak memasukkan hasil jualan saham tersebut ke dalam akaun Tapak Cekal Sdn Bhd bernombor akaun Maybank 014093-313019. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 kanun keseksaan. PERTUDUHAN PINDAAN KEEMPAT Bahawa kamu pada bulan April 1996 di pejabat Tapak Cekal Sdn. Bhd, No.2, Jalan Enggang Timur, Taman Keramat, Hulu Kelang, dalam daerah Ampang Jaya dalam Negeri Selangor sebagai ejen iaitu Pengarah Urusan Tapak Cekal Sdn Bhd yang atas sifatnya diamanahkan dengan harta milik syarikat Tapak Cekal Sdn. Bhd iaitu hasil jualan saham HICOM sebanyak 2000 unit dengan nilai RM11267.00 telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta tersebut dengan tidak memasukkan hasil jualan sah am tersebut ke dalam akaun Tapak Cekal Sdn Bhd bernombor akaun Maybank 014093-313019. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 kanun keseksaan. d) Secara ringkasnya pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah berkait dengan gagal memasukkan wang hasil jualan teksi dan saham HICOM ke dalam akaun syarikat. Seramai 12 orang saksi telah dipanggil oleh pendakwaan dalam kes ini. Secara ringkasnya menurut keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh pendakwaan syarikat tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan dua orang pengarah iaitu OKT dan pengadu (telah meninggal dunia pada tahun 2006). Syarikat ini menjalankan operasi sewa beli teksi. Segala urusan pentadbiran diuruskan secara kolektif oleh OKT, pengadu dan SP6. Apa-apa keputusan akan dibincangkan diantara mereka bertiga dan keputusan akan dibuat secara kolektif. Tiada sebarang persetujuan bertulis 5 dibuat dari awal operasi syarikat. Kesemua secara verbal dan hubungan antara OKT dan pengadu adalah sepupu dan perniagaan lebih kepada percaya antara satu sama lain atau boleh dikatakan juga "perniagaan anak beranak". e) Pada tahun 1995 syarikat mula mengalami kerugian dan kekurangan dana untuk membayar hutang syarikat kerana masalah kegawatan ekonomi dan kegagalan pemandu teksi menjelaskan sewa pada masa yang ditetapkan dan juga masalah lain berkaitan operasi teksi. f) Pembelaan bersetuju bahawa OKT mula mendahulukan duit peribadinya bagi menampung kekurangan wang syarikat. Rujuk P5 di ms 17 dan 18, P5A (i) amount due to Directors, P5A(ii) dan P5F(ii). Perkara ini telah dibincangkan dan di dalam pengetahuan SP6 dan pengadu dan dipersetujui. (Rujuk nota keterangan di ms 72,73 dan 74) g) Pertuduhan adalah pada tahun 1997 bagi pertuduhan pertama, tahun 1995 bagi tuduhan kedua dan tahun 1996 bagi tuduhan ketiga dan keempat. Kes ini di bawa ke Mahkamah pada 24/9/2008 dan hanya mula dibicarakan pada 22/2/2011 iaitu apabila saya mengambil alih Mahkamah Sesyen 3 ini pada 16/2/2011. Isu penting i) Samada keempat-empat pertuduhan di atas kesalahan yang sama iaitu di bawah seksyen 409 kanun keseksaan yang mana dilakukan dalam tempoh melebihi 12 bulan boleh dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan yang melebihi daripada tiga bilangan kesalahan. ii) Samada berlaku perlanggaran kepada peruntukan di bawah seksyen 164(1) Kanun Tatacara Jenayah (CPC) yang boleh mengakibatkan perbicaraan menjadi tidak sah dan ini bukan semata-mata suatu diluar aturan tetapi suatu ketaksahan yang tidak dapat dipulihkan. iii) Samada wang yang diambil oleh OKT sebagai ganti wang pendahuluan yang telah didahulukan olehnya sebagai modal untuk syarikat beroperasi membawa kepada perbuatan dishonestly misappropriated and/or converted that money to her own use thereby committing criminal breach of trust merupakan kesalahan di bawah seksyen 409 kanun keseksaan. ALASAN PENGHAKIMAN Sebelum Mahkamah membicarakan secara terperinci isu ke (iii) Mahkamah akan terlebih dahulu membincangkan isu (i) dan (ii) dalam kes ini yang membawa kepada keputusan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT untuk keempat-empat pertuduhan. Isu (i) dan