Such discharge shall not amount to an acquittal unless the Court so directs. [21] Apa yang dimaksudkan dengan frasa “unless the court so directs” dalam peruntukan itu telah dibincangkan dalam banyak kes di peringkat Mahkamah ini dan di peringkat Mahkamah Rayuan yang mengesahkan bahawa Mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan perintah D&A ataupun DNAA (rujuk kes PP v. Ambika MA Shanmugam [2021] 2 CLJ 522 dan kes Goh Cheng Chuan v. Public Prosecutor [1990] 1 LNS 85) [22] Walaupun begitu, dalam menentukan sama ada untuk memberikan perintah DNAA atau D&A di bawah seksyen 254 KTJ ini, Mahkamah mesti S/N drUjfoiRkitYsXmDn281Q mengambil kira semua fakta dan faktor berkaitan yang dikemukakan di hadapannya termasuk niat Pendakwa Raya mengenai pendakwaan di masa depan terhadap seseorang tertuduh atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Sama ada pelepasan akan menjadi D&A atau tidak adalah sepatutnya bergantung pada keadaan bagi setiap kes. [23] Mahkamah dalam mempertimbangkan untuk membuat keputusan sedemikian (D&A atau DNAA) juga mesti mengambil kira hak tertuduh untuk tidak dibebani dengan pertuduhan di mana prosiding ditangguhkan untuk suatu tempoh yang tidak dapat ditentukan. [24] Perkara ini ditekankan dan dibincangkan dalam kes-kes terdahulu (Mohamed Kanathi Meerah Mydin v. PP [2019] 2 CLJ 28 dan PP v. Lau Ngiik Yin [2008] 10 CLJ 410). Walaupun begitu, pertimbangan yang seimbang hendaklah diberikan terhadap faktor kepentingan awam dan hak-hak Pendakwa raya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding jenayah sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan KTJ (rujuk kes PP v. Zainuddin Sulaiman & Ors [1986] CLJ Rep 232). [25] Dalam kes ini, salah satu alasan utama mengapa HMS menolak permohonan Perayu untuk kes di DNAA adalah kerana berpendapat S/N drUjfoiRkitYsXmDn281Q bahawa tidak adil untuk Responden yang berhadapan dengan 34 pertuduhan dan telah melalui hampir 3 tahun tempoh perbicaraan dipaksa untuk menunggu lagi siasatan lanjut dilakukan sebelum dituduh semula sekiranya perintah DNAA diberikan. Daripada fakta yang disepakati dan diakui oleh HMS, kes ini telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan faktor PKPB di Negeri Perak. [26] Selain itu, berlakunya pertukaran Hakim diikuti dengan permohonan pihak Responden supaya kes ini diteruskan dan didengar oleh Hakim terdahulu juga menjadi faktor penyumbang kepada beberapa kali penangguhan. Dalam keadaan ini, adalah sesuatu yang tidak adil untuk menjadikan faktor Responden terpaksa menjalani tempoh perbicaraan yang lama sebagai satu alasan untuk menolak permohonan pihak Perayu supaya kes di DNAA seolah-olah meletakkan Perayu sebagai penyebab atau punca kepada perbicaraan yang berlanjutan sehingga tempoh masa hampir 3 tahun itu sedangkan pihak-pihak mengetahui ianya berpunca daripada faktor-faktor lain yang tidak dapat dielakkan. [27] Selain itu, HMS turut berpendapat bahawa pihak Perayu telah gagal mengemukakan alasan yang baik bagi mewajarkan Mahkamah membuat perintah DNAA ke atas Responden. Dalam menyokong dapatan atau alasan oleh HMS ini, pihak Responden berhujah bahawa pihak Perayu S/N drUjfoiRkitYsXmDn281Q sepatutnya melakukan siasatan terhadap LAZADA dan syarikat TELCO dalam tempoh masa hampir 2 tahun selepas saksi SP5 dipanggil memberi keterangan pada 6.2.2020 dan tidak sepatutnya meminta untuk diadakan siasatan kemudian hanya pada 22.9.2021. [28] Menurut Perayu pula, alasan terhadap permohonan DNAA di bawah seksyen 254 KTJ yang dibuat pada 22.9.2021 adalah bertujuan bagi melengkapkan siasatan berhubung dengan syarikat LAZADA dan syarikat telekomunikasi susulan daripada keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi terutamanya saksi SP2. [29] Ini kerana pihak Perayu berpendapat wujudnya keperluan untuk mendapatkan keterangan daripada pihak syarikat LAZADA dan syarikat telekomunikasi untuk mengesahkan transaksi yang berpandukan kepada keterangan SP2 di Mahkamah. Selanjutnya, pihak Perayu menyatakan hasrat untuk meneruskan pertuduhan selepas siasatan lanjut dibuat berkenaan perkara tersebut. [30] Berkenaan isu ini, Mahkamah ini bersetuju adalah menjadi prinsip undang-undang yang mapan bahawa pihak pendakwaan mesti menunjukkan alasan yang baik untuk mendapatkan pelepasan yang tidak terjumlah kepada pembebasan menurut seksyen 254(3) KTJ. Dalam kes S/N drUjfoiRkitYsXmDn281Q Public Prosecutor v. Syed Abdul Bahari Shahabuddin [1975] 1 LNS 137, Abdoolcader J dalam penghakimannya menegaskan seperti berikut: "It is settled law that unless there are good grounds to the contrary, a discharge under this provision should amount to an acquittal. Good grounds for a discharge not amounting to an acquittal would arise where the prosecution is unable to proceed for the time being but can satisfy the Court that the temporary impediment is not unsurmountable and that it will proceed within a reasonable time. This seems to be the raison d'etre for the scheme providing for a discharge not amounting to an acquittal." [31] Berbalik kepada kes ini, Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi terutamanya keterangan SP2 di bahagian yang ditekankan oleh pihak Perayu dan mendapati alasan permohonan pihak Perayu itu ada asasnya apabila keterangan saksi ada menjelaskan berkenaan penggunaan laman web LAZADA dan perkhidmatan Mol Pay oleh Responden. S/N drUjfoiRkitYsXmDn281Q [32] Ditambah lagi faktor PKP yang melanda Negeri Perak bermula pada bulan Mac 2020 dan berselang seli dengan PKPB yang menyebabkan kes ditangguhkan beberapa kali sehingga 14.9.2021, serta faktor ketiadaan Hakim yang khusus diputuskan oleh Istana Kehakiman bagi mendengar kes ini apabila berlaku pertukaran Hakim, maka tindakan pihak Perayu membuat permohonan itu pada 22.9.2021 semasa kes ditetapkan untuk sebutan di hadapan HMS ini (selepas permohonan Responden supaya Hakim terdahulu meneruskan dan mendengar kes ini ditolak oleh Istana Kehakiman) adalah wajar dan munasabah. [33] Alasan yang diberikan supaya kes di DNAA adalah bagi membolehkan pegawai penyiasat membuat siasatan lanjut dengan pihak LAZADA dan syarikat TELCO berikutan daripada keterangan SP2 dan dalam masa yang sama, Perayu menyatakan hasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap Responden. Pada penemuan Mahkamah ini, itu adalah suatu alasan yang baik yang mewajarkan HMS membuat perintah DNAA, sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Vigny Alfred Raj Vicetor Amratha Raja v. PP [2020] 1 LNS 582. [34] Sebagaimana diketahui, sekiranya perintah D&A diberikan, akan menghalang pendakwaan masa depan terhadap Responden atas pertuduhan yang sama. Responden dalam kes ini menghadapi 34 S/N drUjfoiRkitYsXmDn281Q pertuduhan bagi 12 kes yang berbeza. Daripada rekod, adalah jelas bahawa permohonan dibuat oleh pihak Perayu di bawah Seksyen 254 KTJ dengan petunjuk jelas hasrat mereka bahawa Responden akan didakwa semula. Memandangkan adanya petunjuk yang jelas oleh pihak Perayu, maka adalah wajar Mahkamah ini memberikan perintah DNAA (pelepasan tidak terjumlah kepada pembebasan) terhadap Responden. KESIMPULAN [35] Bersandarkan kepada alasan-alasan dan nas-nas yang dibentangkan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS telah terkhilaf dalam keputusannya dan mempunyai alasan yang mewajarkan Mahkamah ini untuk mengganggunya. [36] Justeru itu, Mahkamah ini membenarkan rayuan oleh pihak Perayu dan dengan ini, perintah D&A (pelepasan dan pembebasan) yang diberikan oleh HMS digantikan dengan perintah DNAA (pelepasan tidak terjumlah kepada pembebasan) terhadap Responden bagi kesemua 34 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya melibatkan 12 kes iaitu nombor kes AA-42LB-5-10/2021 sehingga AA-42LB-5-16/2021. S/N drUjfoiRkitYsXmDn281Q Tarikh: