Pengajaran/Deteren Sesuatu hukuman yang dipertimbangkan perlulah bagi memberikan pengajaran setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ini bertujuan supaya PKK tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi dan insaf. Begitu juga kepada masyarakat awam, hukuman perlulah memberikan pengajaran dan peringatan tentang akibat daripada kesalahan yang dilakukan. Ini selaras dengan petikan dari kes R v. Kenneth John Ball dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 di mana dinyatakan (dengan izin); “In deciding the appropriate sentence, Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal ways to honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is S/N KOHfuGaerEyknwTdnA6IYg induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore fix the sentence and leaves to the Court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the Court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe…” Maka, setelah meneliti eksibit yang dikemukakan dengan membandingkan juga P1, Fakta Kes dan P2, Laporan Polis berkenaan pengaduan kes di dalam Kuala Perlis rpt 1129/22 juga di P4, Laporan Perubatan Awal Mangsa, dan P5, Laporan Kimia serta merujuk gambar tempat kejadian, P6 A-E, hukuman yang diberikan adalah munasabah. Mahkamah juga meneliti P7, Laporan Akhlak Kanak-Kanak, yang mana telah menyatakan secara terperinci berkenaan latar belakang PKK, faktor yang menyumbang kepada kesalahan yang dilakukan serta pemerhatian yang dibuat dari pihak Pegawai Akhlak dan syor yang dikemukakan. Mahkamah berpendapat bahawa PKK telah tersalah langkah dan faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan kematangan PKK. PKK juga dilihat telah insaf di atas kesalahan yang dilakukan dan telah faham bahawa kejadian yang berlaku adalah satu kesalahan di sisi undang-undang negara mahupun ajaran agama Islam walaupun ianya dilakukan atas dasar suka sama suka tanpa paksaan. Mahkamah juga bersetuju dengan justifikasi Pegawai Akhlak di mana Perintah Khidmat Masyarakat yang dikenakan terhadap PKK akan melucutkan masa lapang PKK dengan memberikan suatu tanggungjawab ke atas dirinya dan juga merangsang tanggungjawab sosial serta menjadikan khidmat masyarakat suatu pengalaman berfaedah kepada PKK. Malah ia juga dapat mewujudkan ruang bagi PKK untuk membuat pemulihan akhlak seterusnya menawarkan faedah nyata kepada masyarakat. Oleh itu, mahkamah berpendapat perintah yang dikenakan terhadap PKK adalah munasabah dan mencapai objektif sebenar sesuatu hukuman atau perintah yang diputuskan oleh mahkamah. Mahkamah juga berpendapat hukuman S/N KOHfuGaerEyknwTdnA6IYg tersebut adalah tidak keterlaluan dan masih berlandaskan prinsip undang-undang yang diperuntukkan.