/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/082c15c3-7bb5-4ee7-b424-d760ec4eb4ee
Court of Appeal of Malaysia21 May 2018J-05(H)-165-04/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO: J-05(H)-165-04/2017 ANTARA PENDAKWA RAYA - PERAYU DAN YOGANATHAN A/L BOY KUPPU @ UTHIRASAN - RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Johor Bahru Perbicaraan Jenayah No: 45A-17-06/2016 Antara Pendakwa Raya Dan Yoganathan a/l Boy Kuppu @ Uthirasan] KORUM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR RHODZARIAH BINTI BUJANG, HMR 2 PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan oleh Pendakwa Raya terhadap hukuman yang tidak memadai iaitu penjara 10 tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkap dan 10 sebatan di bawah kesalahan seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. [2] Pertuduhan pilihan: “Bahawa kamu pada 2.2.2016, jam lebih kurang 7.45 malam, bertempat di depan bilik 301 dan 302 RJ Hotel, No. 112 & 113 Jalan Kenanga 29/6, Indahpura, dalam daerah Kulai, dalam negeri Johor Darul Takzim telah didapati memiliki dadah berbahaya iaitu 939 gram Cannabis dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.” [3] Responden telah mengaku bersalah serta faham akibat pengakuannya. Responden juga telah mengakui fakta kes sebagai benar. [4] Fakta kes:
section
4.1 Bertindak atas maklumat, pada 2.2.2016 jam lebih kurang 7.45 malam, Insp. Ahmad Nasaruddin bin Othman (Pengadu) bersama sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kulai telah ke alamat RJ Hotel, No. 112 & 113, Jalan Kenanga 29/6, Indahpura, Kulai, Johor; 3
section
4.2 Sampai di hotel tersebut, pengadu dan pasukannya telah naik ke tingkat 3 hotel tersebut dan telah menahan seorang lelaki India iaitu Responden yang berada dalam keadaan mencurigakan sedang berdiri di hadapan pintu bilik antara bilik Nombor 301 dan 302 hotel tersebut;
section
4.3 Setelah pengadu memperkenalkan diri sebagai Pegawai Polis kepada Responden, pemeriksaan badan ke atas Responden telah dibuat oleh pasukan polis tersebut;
section
4.4 Hasil pemeriksaan badan Responden telah menjumpai satu beg plastik warna merah yang diselit di bahagian sebelah kiri di dalam jaket Responden yang dipakainya dalam keadaan berzip;
section
4.5 Pengadu kemudiannya mengambil beg plastik tersebut dan apabila diperiksa di dalamnya mengandungi 1 balutan kertas surat khabar yang mengandungi balutan plastik lutsinar;
section
4.6 Di dalam plastik lutsinar itu mengandungi bungkusan kertas warna biru yang mengandungi 1 ketulan mampat bahan tumbuhan kering disyaki Cannabis anggaran berat kasar sebanyak 986.22 gram;
section
4.7 Pengadu merampas kesemua barang kes dadah. Tertuduh bersama barang kes dadah telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kulai untuk tindakan lanjut. Barang-barang kes dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Negeri Johor 4 untuk analisa dan hasil analisa mengesahkan bahawa dadah yang dirampas mengandungi dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 939 gram. [5] Rayuan meringankan hukuman Responden:
section
5.1 Responden berumur 39 tahun;
section
5.2 Responden bekerja di sebuah kilang elektronik di Taman Teknologi Senai sebagai Testing Engineer berpendapatan RM3,300.00 sebulan;
section
5.3 Responden tiada sebarang rekod jenayah dan ini merupakan kesalahan pertama beliau;
section
5.4 Responden mempunyai 2 orang anak yang masing-masing berumur 4 tahun dan 3 tahun;
section
5.5 Isteri Responden tidak bekerja;
section
5.6 Responden telah memberi kerjasama semasa tangkapan dan tidak melarikan diri;
section
5.7 Sebelum kejadian, Responden minum arak dan dalam keadaan mabuk telah dapat panggilan melalui telefon untuk menolong ambil barang. Dua tiga kali Responden menolak tetapi atas keadaan Responden yang mabuk dan berani ketika itu telah 5 menceburi pengambilan dadah. Responden telah digunakan oleh orang;
section
5.8 Responden telah insaf dan menyesali perbuatannya;
section
5.9 Responden juga pernah mengalami kemalangan menyebabkan patah tulang belakang dan bahu kiri Responden ada kesan patah dan jahitan;
section
5.10 Responden menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Telah berhenti menjalani rawatan di hospital selepas Responden ditangkap;
section
5.11 Jenis dadah ialah satu tumbuhan bukan daripada bahan campuran kimia. Dadah jenis ini diklasifikasikan sebagai dadah ringan (soft) di Jadual Satu dan bukan Jadual Dua bersama jenis dadah-dadah yang berat;
section
5.12 Responden mohon hukuman bermula daripada tarikh tangkap. [6] Hujah Timbalan Pendakwa Raya untuk hukuman berat:
section
6.1 Memohon Mahkamah mengambil kira kepentingan awam;
section
6.2 Mohon hukuman yang memberi pengajaran kepada Responden untuk menjauhi dadah secara khasnya dan juga masyarakat secara amnya; 6
section
6.3 Kes yang melibatkan dadah semakin berleluasa di negara ini;
section
6.4 Hukuman penjara seumur hidup bagi seksyen 39A(2) telah dipinda kepada 30 tahun menunjukkan niat Parlimen bahawa kesalahan melibatkan dadah ini adalah satu kesalahan yang serius;
section
6.5 Berat dadah dalam kes ini 939 gram dadah Cannabis adalah 18.78 kali ganda daripada berat minimum 50 gram untuk seksyen 39A(2);
section
6.6 Kemukakan kes-kes melibatkan dadah jenis Cannabis untuk menunjukkan “trend of sentencing.” [7] Alasan Penghakiman Hakim bicara boleh dilihat di m.s. 10 hingga 23 Rekod Rayuan Jld.
section
1. [8] Secara ringkas, Hakim bicara memutuskan:
section
8.1 “Imposition of sentence involves judicial discretion and is not meant to operate an exact science”;
section
8.2 Kepentingan awam;
section
8.3 Responden telah mengaku bersalah “at the earliest available opportunity.” Ianya menjimat masa dan kos; 7
section
8.4 Pengakuan bersalah menunjukkan penyesalan Responden;
section
8.5 Responden tidak mempunyai rekod kesalahan lampau;
section
8.6 Cannabis adalah “soft drugs.” [9] Kami telah mendengar rayuan ini dan memutuskan sebulat suara bahawa rayuan Pendakwa Raya mempunyai merit. Justeru, kami membenarkan rayuan. Hukuman Hakim bicara diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara selama 15 tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkapan dan 10 kali sebatan. Berikut adalah alasan kami. [10] Kami bersependapat bahawa Hakim bicara tersalah arah dirinya apabila gagal mengarahkan mindanya bahawa hukuman maksima penjara seumur hidup telah dipinda kepada penjara 30 tahun. Hakim bicara di dalam penghakiman beliau di perenggan 3 (rujuk m.s. 11 Rekod Rayuan Jld. 1) hanya merujuk kepada hukuman minima iaitu tidak kurang dari 5 tahun penjara dan 10 sebatan. Tarikh kesalahan seperti pertuduhan adalah selepas pindaan hukuman maksima seumur hidup dari 20 tahun kepada 30 tahun penjara (rujuk Pindaan Seksyen 57 Kanun Kesiksaan yang berkuat kuasa mulai 6 Mac 2007). [11] Walaupun Hakim bicara sedar bahawa hukuman maksima “seumur hidup” telah dipinda dari 20 tahun penjara kepada 30 tahun penjara (ini dapat dilihat daripada penghakiman beliau di perenggan 19 m.s. 16 Rekod Rayuan Jld. 1) tetapi malangnya Hakim bicara hanya menyebut pindaan tersebut 8 sekali lalu sahaja sekadar mengulangi hujah Timbalan Pendakwa Raya tanpa memberi ulasan perundangan. [12] Faktor-faktor memberat atau meringankan hukuman bergantung kepada fakta kes itu sendiri. Di dalam rayuan di hadapan kami, Responden ditangkap secara “red handed”. Berat dadah Cannabis tersebut hampir 1 kilogram diselitkan di dalam jaket berzip yang dipakai oleh Responden. Di dalam rayuan meringankan hukuman (rujuk perenggan 15 m.s. 15 Rekod Rayuan Jld. 1) menyatakan beliau diminta untuk membawa dadah tersebut ke hotel berkenaan. Fakta-fakta ini jelas membuktikan intipati “pengedaran”. Ianya bukan untuk kegunaan sendiri. Fakta-fakta ini tidak diberi pertimbangan oleh Hakim bicara. Responden adalah bernasib baik kerana ditawarkan pertuduhan pilihan. [13] Hakim bicara juga menekankan bahawa Cannabis adalah “soft drugs” dan berbeza dengan ”synthetic drugs.” Kami bersetuju dengan dapatan ini jika jumlah Cannabis tersebut dalam kuantiti yang kecil dan untuk kegunaan sendiri. Daripada fakta di atas adalah jelas ianya untuk diedarkan. Di dalam kes tersohor Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64, jumlah dadah yang besar memberi inferens bahawa ianya bukan untuk kegunaan sendiri. [14] Di perenggan 35 penghakiman Hakim bicara juga menekankan bahawa galakan diskaun perlu diberikan kepada kes-kes pengakuan bersalah, jika tidak diberikan galakan mahkamah akan dibebankan dengan kes-kes bicara penuh. Kami berpendapat bahawa di dalam kes ini, Responden tidak mempunyai pilihan selain daripada mengaku bersalah demi menyelamatkan nyawa beliau. Adalah juga menjadi prinsip undang- 9 undang mantap “Discount rule” bukanlah “absolute” (mutlak) bagi kes-kes jenayah ringan, ianya boleh dipertimbangkan tetapi ianya tidak mengikat mahkamah di dalam kes-kes jenayah berat seperti kes ini. [15] Di perenggan 35 penghakiman juga, Hakim bicara menyatakan “…the weight of the drugs and prevalence of the offence committed was given sufficient consideration and duly reflected in the term of imprisonment passed.” Ini bertentangan dengan fakta iaitu berat Cannabis hampir 1 kilogram, Responden ditangkap di sebuah hotel menyorok Cannabis tersebut di dalam jaket berzip yang dipakai adalah jelas ianya selari dengan intipati pengedaran Cannabis. Setiap Mahkamah Tinggi di Malaysia sedar masaah pengedaran dadah berbahaya amat berleluasa dan perlu ditangani secara keras dan bersama. [16] Manakala di perenggan 36 penghakiman Hakim bicara (rujuk m.s. Rekod Rayuan Jld. 1) menyatakan “Balancing the mitigating factors above with the element of public interest…” adalah tidak tepat. Daripada pengamatan kami, Hakim bicara terlalu memberi keutamaan kepada faktor-faktor kepentingan peribadi Responden. [17] Kami sebulat suara bersependapat bahawa hukuman penjara 10 tahun daripada hukuman maksima 30 tahun adalah jelas tidak memadai (manifestly inadequate) berdasarkan kepada fakta-fakta pemberatan hukuman. Kami juga bersependapat bahawa hukuman penjara 15 tahun iaitu separuh daripada hukuman maksima adalah lebih sesuai dan munasabah. Justeru, kami membenarkan rayuan Pendakwa Raya, mengetepikan hukuman Hakim bicara dan menggantikannya dengan 10 hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan. Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap. t.t. MOHTARUDIN BIN BAKI Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Tarikh : 11 Oktober 2018 Bagi pihak Perayu: Puan Nor Iffa Zarilla binti Abd Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Responden: Encik Shaik Saleem bin Shaik Mohd Daud Messrs. Adam & Co., Advocates & Solicitors Suite 2-06 Larkin Indah Jalan Datin Halimah 80350 Larkin Johor Bahru
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.