dan (6) Akta yang sama. [34] Berdasarkan kepada keputusan kes Gnanasegaran Pararajasingam v. Public Prosecutor, supra di atas, peruntukan seksyen 90A hendaklah dibaca secara bersama (conjunctively). Dalam hal ini, subseksyen 90A(7) Akta 56 memperuntukkan bahawa ‘Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini’ yang dengan jelas mengecualikan pemakaian subseksyen-subseksyen lain di bawah seksyen 90A sekiranya dokumen cetakan komputer itu dicetak oleh tertuduh sendiri. Subseksyen 90A(7) Akta 56 secara khusus memperuntukkan bahawa dokumen cetakan komputer yang dicetak oleh tertuduh tidak boleh diterima sebagai keterangan sekiranya tertuduh tersebut bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian komputer atau perjalanan aktiviti yang baginya komputer itu digunakan, atau jika tertuduh terlibat dalam pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu. [35] Dalam hal ini, jelas berdasarkan keterangan oleh SD1 sendiri bahawa SD1 sendiri yang telah mencetak eksibit D4 melalui komputer beliau. Sehubungan itu adalah dapatan Mahkamah ini bahawa eksibit D4 jatuh kepada kategori dokumen yang mana tertuduh terlibat dalam pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu dan berdasarkan subseksyen 90A(7) Akta 56, eksibit D4 tidak boleh diterima sebagai keterangan di dalam Mahkamah. [36] Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan oleh Perayu bahawa walaupun semasa pengemukaan eksibit D4 sebagai keterangan, tiada bantahan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan perbicaraan, tetapi bahawa sesuatu keterangan yang tidak boleh diterima pakai akan kekal sebagai keterangan yang tidak boleh diterima pakai di Mahkamah (inadmissible evidence will remain inadmissible in court). Ini selaras dengan keputusan Mahkamah Agung di dalam kes Ooi Lean Chai v. Public Prosecutor [1991] 2 MLJ 552, yang memutuskan seperti berikut: “We agreed that s 399(i) of the CPC was not merely a procedural provision but it contained, inter alia, rules of admissibility of chemist's report which dispensed with the need to call the government chemist as maker of the document as a witness. Learned counsel for the appellant also referred to the case of Chah Siew Kok v PP [1987] 1 CLJ 386 where Peh Swee Chin J held that if a chemist's report was admitted in contravention of s 399 of the CPC, it would be an irregularity of a serious nature and the report in such circumstances was inadmissible evidence despite its admission. He also held that a waiver or an estoppel could not be raised against s 399 which imposed a duty on the prosecution to call the chemist as a witness. Further a waiver by an accused person could not be held against him in regard to rules of procedure and evidence in criminal proceedings. Any admission of inadmissible evidence, even with consent or by waiver of the accused was wrongful and such inadmissible evidence remained inadmissible evidence, the effect of which was open to any court to assess.”. (penekanan ditambah) [37] Merujuk kes Ooi Lean Chai v. Public Prosecutor (supra) juga, walaupun peruntukan yang terlibat bukanlah seksyen 90A Akta 56, sebaliknya seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), tetapi analogi yang sama boleh dibuat bagi dokumen-dokumen di bawah seksyen 90A Akta 56 dan dokumen-dokumen di bawah seksyen 399 KTJ. Ini kerana walaupun seksyen 399 KTJ merujuk kepada satu peruntukan prosedur/tatacara, tetapi seksyen tersebut turut melibatkan prinsip kebolehterimaan (rules of admissibility) sesuatu laporan kimia yang mengecualikan ahli kimia kerajaan sebagai pembuat dokumen daripada hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan. [38] Dibandingkan peruntukan seksyen 399 KTJ dengan seksyen 90A Akta 56, jelas bahawa kedudukan serupa boleh digunapakai bagi dokumen-dokumen yang dikemukakan di bawah seksyen 90A Akta 56, lebih-lebih lagi kerana seksyen 90A Akta 56 merujuk kepada peruntukan berkaitan kebolehterimaan keterangan dokumen cetakan computer dan bukan langsung melibatkan peruntukan berkaitan tatacara/prosedur. Secara khusus, subseksyen 90A(7) Akta 56 dengan jelas memperuntukkan bahawa di dalam sesuatu prosiding jenayah, dokumen cetakan komputer yang mana tertuduh sendiri terlibat dalam pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu tidak boleh diterima sebagai keterangan. Dalam hal ini, Mahkamah memutuskan bahawa dokumen cetakan komputer yang telah dicetak sendiri oleh tertuduh iaitu Responden di dalam rayuan ini adalah suatu dokumen yang tidak boleh diterimapakai (inadmissible document) selaras dengan peruntukan subseksyen 90A(7) Akta 56. [39] Dalam isu percanggahan tempat kejadian ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa Majistret telah terkhilaf dari segi undang-undang kerana menerima masuk eksibit D4 yang jelas tidak boleh diterima sebagai keterangan berdasarkan kepada peruntukan subseksyen 90A(7) Akta 56. Sehubungan itu, Mahkamah ini juga berpendapat bahawa dapatan fakta oleh Majistret yang berlandaskan kepada eksibit D4 adalah jelas salah (plainly wrong). [40] Selaras dengan penolakan penerimaan eksibit D4 sebagai keterangan oleh Mahkamah ini, maka Mahkamah perlu menilai sama ada Majistret telah menilai keterangan-keterangan lain mengenai tempat kejadian yang dapat menyokong dapatan beliau bahawa tempat kejadian adalah ruangan terbuka dan tidak berbilik. [41] Merujuk kepada Alasan Penghakiman, Majistret telah merujuk kepada keterangan SD2 dan eksibit D4 dalam memutuskan bahawa tempat kejadian merupakan suatu ruangan terbuka dan tidak berbilik. Ini boleh dilihat di perenggan 18 Alasan Penghakiman seperti berikut: “[18] Berdasarkan keterangan SD2 dan D4, adalah menjadi dapatan mahkamah bahawa tempat kejadian merupakan suatu ruangan terbuka dan tidak berbilik…”. [42] Jika dirujuk kepada Rekod Rayuan, jelas bahawa keterangan SD2 juga adalah berdasarkan kepada rujukan kepada eksibit D4 yang telahpun ditolak penerimaan masuk sebagai keterangan oleh Mahkamah ini. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa dapatan Majistret berkenaan tempat kejadian merupakan ruangan terbuka dan tidak berbilik berdasarkan keterangan SD2 juga adalah jelas salah. [43] Berkenaan dengan tempat kejadian juga, Majistret telah menilai keterangan tentang siasatan SP5 di mana berdasarkan keterangan SD3 bahawa tiada lawatan ke tempat kejadian oleh SP5 semasa proses siasatan, Majistret telah memutuskan terdapatnya keraguan yang munasabah di dalam pelan yang dikemukakan oleh SP5. Majistret turut memutuskan bahawa hanya dengan kemasukan pelan lakar yang tepat, sah dan jelas sebagai keterangan sahaja dapat memastikan dengan lebih jelas dan terperinci berkenaan tempat kejadian insiden pada masa material. [44] Setelah meneliti Alasan Penghakiman, Mahkamah ini memutuskan bahawa dengan penolakan eksibit D4 sebagai keterangan oleh Mahkamah ini, pelan lakar yang telahpun diterima masuk di peringkat pendakwaan sebagai keterangan iaitu eksibit P3 kekal sebagai keterangan yang boleh diterima pakai oleh Mahkamah ini. Tambahan pula, Majistret juga telah gagal menilai kedudukan SD3 yang merupakan rakan serumah SD1 dan perhubungan mereka yang rapat, sebelum menerima sepenuhnya keterangan SD3 berkenaan siasatan SP5. [45] Sehubungan itu, Mahkamah ini turut memutuskan bahawa Majistret telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa terdapat keraguan yang munasabah dalam pelan yang dikemukakan oleh SP5. Isu Perlakuan (Conduct) SP2 (Pengadu) Selepas Kejadian [46] Perayu turut menghujahkan bahawa Majistret telah tersilap dalam penilaiannya apabila menerima keterangan SD2 berbanding saksi-saksi pendakwaan dalam memutuskan bahawa perlakuan (conduct) pengadu (SP2) tidak cemas semasa menyerahkan resit kepada SD2 sebelum beredar selepas kejadian cabul berlaku tanpa mengambil kira tindakan yang diambil oleh SP2 sebaik sahaja kejadian cabul itu berlaku. [47] Berkenaan isu conduct ini, Responden menghujahkan bahawa Majistret telah mendapati bahawa keterangan SD2 yang menyatakan pengadu (SP2) tidak dalam keadaan cemas semasa menyerahkan resit kepadanya di kaunter sebelum beredar selepas kejadian, menunjukkan bahawa wujudnya keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Responden turut merujuk kepada kes PP v. Emran bin Nasir [1987] 1 MLJ 166 yang memutuskan bahawa dalam menilai keterangan melibatkan kes seksual, Mahkamah hendaklah berhati-hati dalam menerima keterangan Pengadu semata-mata tanpa sebarang keterangan sokongan “….I warn myself that, on a charge of rape, it is dangerous to convict on the evidence of the complainant alone, since experience has shown that female complainants have told false stories for various reasons. However, it is open to me, giving full weight to the warning that it is dangerous for me to convict without corroborative evidence, if I conclude that the complainant is, without doubt, speaking the truth.” [48] Berkenaan isu perlakuan (conduct) SP2 selepas kejadian, Mahkamah ini mendapati bahawa Majistret telah membuat dapatan fakta bahawa SP2 (Pengadu) tidak dalam keadaan cemas sebelum beredar selepas kejadian. Namun begitu, Alasan Penghakiman Majistret tidak langsung menunjukkan penilaian beliau terhadap keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan iaitu SP2 (Pengadu), SP3 (rakan sekerja) dan SP4 (kakak Pengadu) yang telah menunjukkan bahawa SP2 (Pengadu) telah menceritakan kejadian cabul tersebut pada hari yang sama selepas kejadian berlaku iaitu at the earliest reasonable opportunity sebelum membuat dapatan fakta tersebut. [49] Sebagaimana yang dihujahkan oleh Responden sendiri berkenaan isu revisiting the finding of pf case, dalam membuat keputusan di akhir kes pembelaan, Majistret hendaklah menilai semua keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan, sama ada di peringkat pembelaan mahupun peringkat pendakwaan dalam memutuskan sama ada wujud keraguan yang munasabah (reasonable doubt) terhadap kes pendakwaan. Namun begitu, dalam hal ini, Mahkamah mendapati bahawa Majistret hanya menilai keterangan oleh SD2 dan tidak langsung menilai keterangan-keterangan SP2, SP3 dan SP4 dalam Alasan Penghakiman beliau. [50] Mahkamah dengan ini, memutuskan bahawa dalam isu perlakuan (conduct) SP2 selepas kejadian, Majistret telah terkhilaf dan tersalah arah dalam dapatan fakta bahawa wujudnya keraguan munasabah tentang kejadian cabul yang berlaku. [51] Berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa Majistret telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. KESIMPULAN [52] Sehubungan itu, Mahkamah ini membenarkan rayuan Perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret yang telah membebas dan melepaskan Responden daripada pertuduhan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan di akhir kes pembelaan. Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa di akhir kes pembelaan, pihak Responden telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dengan itu pihak Perayu (pendakwaan) telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Mahkamah dengan ini mensabitkan Responden bagi kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. HUKUMAN [53] Berpandukan kepada peruntukan subseksyen 316(a) KTJ di mana Mahkamah ini telah memutuskan bahawa rayuan Perayu dibenarkan dan Responden disabitkan dengan kesalahan sebagaimana dipertuduhkan, maka Mahkamah ini juga bertanggungjawab untuk menjatuhkan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. [54] Kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu. [55] Budibicara menentukan hukuman adalah terletak kepada Mahkamah untuk menentukan. Di dalam kes Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 telah diputuskan bahawa: “A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.” [56] Berpandukan kepada kes Jafa bin Daud (supra) di atas, budibicara tersebut hendaklah juga berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan. [57] Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap Responden bagi pertuduhan terhadapnya, Mahkamah ini telah mempertimbangkan kesemua faktor-faktor peringanan hukuman yang dihujahkan oleh Responden dan juga faktor-faktor pemberatan hukuman yang dihujahkan oleh Perayu. [58] Responden menghujahkan bahawa Responden kini berusia 55 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak. Responden juga merupakan seorang pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah berkhidmat selama 28 tahun, di mana Responden telahpun memohon persaraan awal akan tetapi permohonan Responden tersebut masih lagi tergantung. Responden turut menghujahkan bahawa kes ini telah berlaku pada tahun 2011 dan kini telah melangkaui 12 tahun dan Responden telah didakwa selepas 8 tahun kejadian berlaku. Responden juga memohon supaya Mahkamah ini mengambil kira bahawa susulan daripada kes ini juga, Responden telah dipukul oleh ayah SP2 (mangsa). [59] Responden telah berhujah dalam hujahan peringanan hukuman supaya Responden diberikan perintah di bawah seksyen 173A KTJ. Seksyen 173A KTJ memperuntukkan seperti berikut: “Section 173A. Power to discharge conditionally or unconditionally.