Bahawa sekian banyak daripada tanah itu sebagaimana dinyatakan dalam ruang terakhir jadual kepada Borang itu telah diambil. [26] Di dalam hal ini, borang K telahpun dikeluarkan bagi memberitahu bahawa milikan formal hartanah tersebut telah diambil milik oleh kerajaan dan atas kedudukan ini, tiada apa-apa urusniaga boleh dilaksanakan oleh mana-mana pihak lagi terhadap hartanah tersebut yang kini adalah milikan kerajaan. [27] Bakal pencelah di dalam kes ini telah cuba untuk mencelah di dalam prosiding Saman Pemula ini dan seterusnya memohon supaya wang pampasan yang telah didepositkan ke dalam Mahkamah pada tahun 1993 dibayar kepadanya atas alasan bahawa beliau adalah tuanpunya berdaftar hartanah tersebut yang telah membeli hartanah tersebut daripada seorang yang bernama 18 Mohd Nazar bin Kasah Kad Pengenalan No: 520407-10-5523 melalui perjanjian jual beli yang tandatangani pada 19 Mei 2010 (perjanjian jual beli 2010). [28] Berbekalkan perjanjian jual beli 2010 ini, Muhammad Sham kemudiannya telah dikeluarkan dengan geran hakmilik Borang 5 BK, suatu geran baru dengan nombor hakmilik No.44422 yang menamakan beliau sebagai tuanpunya tanah di mana pendaftaran hak milik Nombor 100971GRN00044422 telah dilaksanakan pada 31.3.2011 atas versi 3. Di samping itu, di Borang B1 Jadual Keempat Belas KTN hakmilik C T 7636 yang dipinda daripada G 2136 dengan dipotong dengan garisan telah dikeluarkan dengan geran baru atas hak milik GRN No.44422. Borang BK ini bertarikh 9 Okt 2001. Malahan warta kerajaan negeri Selangor No.2981 bertarikh 30 Julai telah membuat pembetulan nama-nama tuanpunya berdaftar hartanah tersebut kepada bakal pencelah. Penelitian ke atas perjanjian jual beli 2010 [29] Di dalam perjanjian jual beli 2010 ini tuanpunya berdaftar telah dinyatakan sebagai Mohd Nazar bin Kasah dengan nombor kad pengenalan baru 520407-10-5523 / no. kad pengenalan lama 19 2280376 yang beralamat di No.162, Villa Laman Tasik 16 Jalan 7/106 Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur. [30] Perjanjian jual beli 2010 ini telah cuba memberi gambaran bahawa penama Md Nazar bin Kasah di dalam geran hakmilik yang wujud sebagai Mohd Nazar bin Kasah ini wujud dan pada tahun 2010 beliau beralamat di No.162, Villa Laman Tasik 16 Jalan 7/106 Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur dan kononnya Md Nazar atau Mohd Nazar ini telah menjual hartanah tersebut kepada bakal pencelah hartanah tersebut dengan harga RM350,000.00. Harga jualan RM350,000.00 penuh telah dibuat oleh bakal pencelah kepada Mohd Nazar/Md Nazar ini sehingga dokumen-dokumen seperti pembayaran duti stem dibayar oleh bakal pencelah dengan Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (Duti Ad Valorem dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Borang Pindah Mililk (Borang 14A), Borang K bertarikh 21.9.1991 dipinda kepada nama pencelah dan pindahmilik hartanah dibuat serta cukai-cukai tanah yang telah dibuat bayaran oleh bakal pencelah. [31] Namun demikian, adalah menjadi pandangan Mahkamah apabila satu pengesahan telah dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang telah mengesahkan bahawa penama yang bernama 20 Mohd Nazar dengan nombor pengenalan samada nombor baru ataupun lama adalah tidak wujud sama sekali. Malah Kad Pengenalan No. 2280376 Nama: Mohd Nazar Bin Kasah / Md Nazar Bin Kasah adalah TIDAK MERUJUK kepada Mohd Nazar Bin Kasah. Pengesahan berkenaan Mohd Nazar bin Kasah oleh JPN telah menimbulkan kesangsian dan keraguan yang tidak boleh Mahkamah ini memandang ringan. Identiti Mohd Nazar bin Kasah tidak langsung wujud dan yang paling nyata dan jelas adalah bahawa Mohd Nazar bin Kasah ini bukanlah Md Nazar bin Kasah yang namanya tertera sebagai tuanpunya berdaftar hartanah tersebut. [32] Pengesahan JPN jelas menyatakan berikut: “2. Untuk makluman tuan, berdasarkan semakan rekod jabatan Nombor Kad Pengenalan 520407-10-5523 nama Mohd Nazar bin Kasah / Md Nazar bin Kasah TIDAK WUJUD dan tidak pernah dikeluarkan oleh Jabatan ini. Kad Pengenalan No. 2280376 Nama: Mohd Nazar Bin Kasah / Md Nazar Bin Kasah adalah TIDAK MERUJUK kepada sabjek tersebut. Sila pihak tuan kemukakan nombor Kad Pengenalan yang betul bagi memudahkan cabutan daftar kad pengenalan dibuat semula.” 21 [33] Di dalam kes ini Md Nazar bin Kasah yang tertera pada Warta (seksyen 8), Borang K bertarikh 2.1.1991 adalah Md Nazar yang tidak dinyatakan nombor pengenalannya. Maka, persoalannya perjanjian jual beli yang menjadi asas dokumen-dokumen yang ditransaksi /dilaksanakan adalah dengan orang yang sebenarnya tidak wujud langsung. Di dalam hal ini juga, dengan pengesahan JPN yang sebegini, jelas menunjukkan bahawa bahawa Mohd Nazar bin Kasah dengan Nombor Kad Pengenalan 520407-10- 5523 Nombor Kad Pengenalan 520407-10-5523 / 2280376 nama Mohd Nazar bin Kasah / Md Nazar bin Kasah TIDAK WUJUD. [34] Dengan orang yang bernama Mohd Nazar bin Kasah yang kononnya merupakan tuanpunya berdaftar hartanah tersebut tidak wujud, maka, adalah satu kesimpulan yang tidak boleh dielakkan untuk dibuat oleh Mahkamah ini adalah Mohd Nazar bin Kasah yang menandatangani perjanjian jual beli 2010 dengan bakal pencelah adalah seorang yang palsu (fake). [35] Adalah menjadi pandangan Mahkamah ini juga di dalam keadaan yang sebegini, mana mungkin bakal pencelah boleh dikatakan sebagai orang mempunyai kepentingan di dalam prosiding ini dan mempunyai hak terhadap wang pampasan tersebut. 22 [36] Di dalam keadaan ini juga, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa samada bakal pencelah boleh berlindung dengan perlindungan yang diberikan oleh seksyen 340 KTN atas pemilikan tuanpunya berdaftar yang tidak disangkal hakmiliknya tidak boleh ditentukan di dalam kes ini kerana di dalam saman pemula ini di hadapan ini adalah satu proses undang-undang yang mana wang pampasan telah dimasukkan oleh PTDG kepada Mahkamah Tinggi atas alasan tuanpunya hartanah tidak dapat dikesan. [37] Wang pampasan hanya boleh dikeluarkan kepada pihak-pihak yang dapat membuktikan dengan sahihnya yang ia adalah berhak terhadap wang pampasan tersebut. Dalam perkara ini, Mahkamah ini berpandangan yang sama dengan PTDG bahawa bakal pencelah adalah diletakkan beban bukti yang kukuh bahawa urusniaga diantara Mohd Nazar bin Kasah dan Muhamad Sham bin Abdullah No. Kad pengenalan 781021-14-5423 adalah urusniaga yang sah disisi undang-undang dengan ketidakwujudan orang yang bernama dan bernombor kad pengenalan sebegitu. [38] Selain daripada keraguan berkenaan identiti Md Nazar bin Kasah ini, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini juga untuk 23 menyenaraikan beberapa kesangsian atau keraguan lain di dalam dokumen-dokumen yang telah dikemukakan dan dieksibitkan oleh PTDG sendiri yang telah mengeksibitkan dokumen-dokumen berikut kepada Mahkamah ini di dalam Kandungan 11 melalui afidavit Ibrahim bin Abdul Rashid. Kesangsian-kesangsian/keraguan ini perlu diambil perhatian oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor supaya perkara ini boleh dijadikan asas kepada PTDG untuk membuat siasatannya terhadap kes ini yang melibatkan pentadbiran PTDG dan wujudnya pemalsuan identiti. [39] Kesangsian-kesangsian / keraguan yang Mahkamah nyatakan awal tadi adalah seperti berikut: