Defendan juga mendakwa defendan tidak pernah menerima apa-apa wang deposit yang dibayar oleh plaintif. Keterangan SD1 semasa disoal balas: SS: Kamu setuju dengan saya, semua urusan jualan sales and purchase agreement, finance bukan dikelolakan oleh kamu, kamu setuju atau tidak? SD1: Tidak. SS: Apa peranan kamu dalam syarikat defendan? SD1: Jualan dan pemasaran. SS: Jualan dan pemasaran, tadi kamu kata Premier Plus Marketing adalah ajen yang kamu lantik, betul? SD1: Betul. SS: Apakah terma perlantikan Marketing Agent ini? SD1: Surat apoiment ada 2-3 m/s saya tidak tahu semua, saya kena rujuk balik, please tanya soalan spesifik. SS: Baik, jadi ejen kamu mempunyai kuasa untuk menerima Wang deposit bagi pihak Defendan? SD1: Tidak pasti. SS: Baik, saya katakan kepada kamu, sekiranya deposit RM2000 itu tidak dibayar tak mungkin kamu dapat maklumat pembeli ataupun Plaintif dapat menandatangani perjanjian jualbeli, setuju atau tidak? SD1: Tidak. SS: Jadi, mana-mana pembeli mereka terus datang tandatangani perjanjian jualbeli ke? SD1: Tidak. SS: Jadi amalannya mereka bayar booking fees kan? SD1: Tidak pasti. S/N Vhm4orV3TkepMdNkbEMqhA JA-A52NCVC-36-02/2024 Alasan Penghakiman 11 SS: Tidak pasti? Jadi bagaimana kamu dapatkan maklumat bagi menyediakan maklumat jualbeli? SD1: Premier Plus Marketing Sdn Bhd akan hantar email kepada kita bahawa ada pembeli sudah comfirm untuk beli itu sahaja. SS: Okay, bila mereka kata confirm itu bagaimana mereka confirm itu? SD1: Tidak pasti, itu urusan syarikat lain.