Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA KANGSAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA NO. KES: AG-87-212-11/ 2024 PENDAKWARAYA LAWAN PERAK - HANJOONG SIMEN SDN BHD (No.: 60590-T) ALASAN PENGHAKIMAN [A] Pengenalan
AG-87-212-11/2024
Magistrates Court of Malaysia12 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ini berpandangan bahawa prinsip undang-undang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dalam menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pesalah. Prinsip yang dinyatakan oleh Brown CJ dalam Abdul Karim v. Regina [1954] CLJU 3; [1954] 1 LNS 3; [1954] 20 MLJ 86, telah dirujuk: "In the matter of punishment, the 'type of offence' is th”
“originality of this document via eFILING portal [25] Selain itu, kekerapan kesalahan seumpama di Kuala Kangsar menjadi faktor pertimbangan saya. Saya merujuk kepada kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864, Mahkamah Rayuan telah menyenaraikan “rampancy” sebagai salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh”
“kod sabitan lampau yang dibacakan oleh Mahkamah ini diakui. Bersandarkan kepada otoriti-otoriti yang dikemukakan serta rujukan ke atas prinsip dalam kes Mohd Firdaus bin Mohd Amin v Public Prosecutor [2020] MLJU 1442, pengakuan tersebut juga telah menjadi satu komponen penting dalam penerimaan rekod sabitan lampau OKS”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA KANGSAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA NO. KES: AG-87-212-11/ 2024 PENDAKWARAYA LAWAN PERAK - HANJOONG SIMEN SDN BHD (No.: 60590-T) ALASAN PENGHAKIMAN [A] Pengenalan
1
Orang Kena Saman dalam kes ini, Perak – Hanjoong Simen Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “OKS”) telah dituduh di bawah 1 pertuduhan sub perenggan 57(1)(b)(iv) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
2
Ketika sebutan kali pertama pada 15 Januari 2025, tiada wakil OKS yang hadir. Pada tarikh sebutan kali kedua pada 19 Februari 2025, wakil OKS iaitu Lim Pun Hooi hadir dan membuat pengakuan bersalah. Namun, wakil tersebut memohon untuk tarikh lain selepas sebulan bagi fakta dan hukuman.
3
Pada 12 Mac 2025, Lim Ho Seng (No. K/P: 580304085247) telah hadir serta mengemukakan sepucuk surat bagi mewakili OKS. Selepas pertuduhan dibacakan, OKS telah mengaku bersalah. Prosiding bagi kes ini diakhiri apabila saya menerima pengakuan salah OKS, mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM250,000. [B] Pertuduhan [4] Pertuduhan ke atas OKS bagi kes ini adalah seperti di bawah: Bahawa kamu pada 31.10.2023 lebih kurang jam 09.40 pagi bertempat di Km 52 Jalan Ipoh-Taiping di dalam Daerah Kuala Kangsar di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai Pengendali Berlesen Kenderaan Barangan bernombor pendaftaran WA8994M T/WC 2761 yang telah dilesenkan di bawah Lesen Pengendali SPAD: No. Daftar Syarikat : 60590-T No. Rujukan Permit : 2W0158608/609-6/13 telah didapati membenarkan pemandu Nor Azri bin Ahmad, No. K/P: 791229-02-5809 memandu kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan membawa muatan “Simen Debu” sebanyak 66,860 kg melebihi muatan sebanyak 18,860 kg (39.29%) dari Berat Dengan Muatan sepertimana yang dibenarkan di dalam Lesen atau Permit sebanyak 48,000 kg. Oleh yang demikian, kamu telah didapati melanggar peruntukan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama. Hukuman: Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Denda tidak kurang daripada RM 1,000.00 tetapi tidak melebihi RM 500,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. [C] Fakta kes [5] Fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwaan dan diakui oleh OKS tanpa sebarang syarat adalah seperti berikut: Pada tarikh 31.10.2023, pasukan operasi Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Kangsar yang diketuai oleh PPP Ahmad Fauzee bin Abu Hassan bersama anggota AB29 Mohd Zulhimi bin Ali dan PP Hairul Ezuwan bin Othman telah membuat tugasan rondaan harian di sekitar Jalan Ipoh - Taiping. Pada hari yang sama, lebih kurang jam 09.40 pagi di Km 52 Jalan Ipoh - Taiping, PP Hairul Ezuwan bin Othman telah menahan sebuah kenderaan perdagangan Jenis Bulk Tanker bernombor WA8994M T//WC 2761 yang disyaki membawa lebih muatan. Kenderaan WA8994M T//WC 2761 telah diperiksa dan diberi notis Penentuan Berat Kenderaan di bawah SubSeksyen 82(1) Akta 715 dan kemudian diarahkan oleh pasukan SPKK 4 ke Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Kangsar, Perak untuk tujuan penimbangan dengan serta-merta. Pemandu bersama kenderaan WA8994M T//WC 2761 telah hadir di Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Kangsar, Perak pada hari yang sama. KPPT Komathi Nasapan telah menimbang kenderaan WA8994M T//WC 2761 bersama muatan "Simen Debu" pada 31.10.2023 lebih kurang jam 10.42 pagi mengikut prosedur timbang yang ditetapkan oleh Kaedah-kaedah Kenderaan (Timbang) 1990. Hasil penimbangan kenderaan WA8994M T//WC 2761 didapati membawa muatan beban gandar sebanyak 66,860 kg dan lebihan berat sebanyak 18,660 kg (39.29%) melebihi had yang ditetapkan oleh lesen pengendali iaitu hanya 48,000 kg (Rujukan permit: 2W0158608/609-6/13). Kenderaan WA8994M T//WC 2761 telah dilepaskan setelah keterangan diambil pegawai JPJ. Hasil siasatan mendapati pemandu berlesen syarikat PERAK – HANJOONG SIMEN SDN BHD (60590-T) bertanggungjawab bagi kenderaan WA8994M T//WC 2761 telah membenarkan pemandu En. Nor Azri bin Ahmad No. KP : 791229-02-5809 memandu kenderaan tersebut dengan lebih muatan. [D] Prosiding di Mahkamah pada 12 Mac 2025
6
Selepas OKS mengaku bersalah terhadap pertuduhan, fakta kes telah dibaca, diakui tanpa sebarang syarat dan ditandakan sebagai P1. Kemudiannya, eksibit-eksibit berikut telah turut dikemukakan dan ditandakan oleh Mahkamah ini: P2- Sijil tiket timbang P3- Salinan geran kenderaan P4 (A-B)- 2 keping salinan permit kenderaan P5 (A-B)- 2 keping gambar kenderaan semasa kejadian Kesemua eksibit telah ditunjukkan kepada OKS dan diakui olehnya tanpa sebarang syarat.
7
Setelah berpuas hati dengan akuan salah OKS, akuan ke atas fakta kes dan kesemua eksibit yang dikemukakan, Mahkamah ini telah menerima dan merekodkan pengakuan salah OKS seperti mana dalam pertuduhan.
8
Kedua-dua OKS dan Pegawai Pendakwa (“PO”) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah diberikan ruang untuk mengemukakan hujahan mitigasi dan pemberatan masing-masing sebelum Mahkamah ini menjatuhkan hukuman
9
Berdasarkan rekod dan nota keterangan, prosiding bagi kes ini telah dikendalikan secara teratur dan Mahkamah ini telah menerima akuan salah OKS dan mensabitkannya berdasarkan prosedur yang jelas selamat untuk diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang sedia ada. [D] Hukuman
10
Seperti yang dinyatakan pada perenggan 8, selepas menerima pengakuan salah OKS, saya telah memberi ruang kepada kedua-dua OKS dan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan masing-masing bagi hukuman.
11
OKS telah memohon hukuman denda yang paling minimum. OKS juga memaklumkan syarikat pernah mengeluarkan arahan supaya tidak membawa muatan berlebihan dan pemandu sendiri yang akan membayar denda yang bakal dikenakan.
Preamble
Menurut OKS lagi, terdapat insiden dimana pemandu tidak mempunyai wang dan hanya menyerahkan semula lori yang dipajak sehingga menyebabkan OKS sendiri yang membayar denda. [12] Manakala PO telah memohon satu hukuman setimpal bersifat mempertimbangkan lebihan berat yang dibawa oleh kenderaan OKS. [13] Mahkamah ini berpandangan bahawa prinsip undang-undang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dalam menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pesalah. Prinsip yang dinyatakan oleh Brown CJ dalam Abdul Karim v. Regina [1954] CLJU 3; [1954] 1 LNS 3; [1954] 20 MLJ 86, telah dirujuk: "In the matter of punishment, the 'type of offence' is the concern of the Legislature, which has provided the maximum punishment which can be inflicted for a serious offence of that type. The particular offence, and the particular offender, are the concern of the Court, whose business it is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits which the Legislature has provided. Any tendency to standardise punishment for any type of offence is to be deplored because it means that the individual offender is being punished not upon the facts of his particular case but because he has committed an offence of that type.” [14] Menjadi satu rujukan yang mapan bahawa kepentingan awam merupakan faktor utama yang perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman diberikan. Di dalam kes R v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App. R 164, Hilbery J telah menyatakan seperti berikut: "In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest life." [15] Dalam kes melibatkan OKS ini, saya telah melihat kepada jenis kesalahan yang dilakukan OKS yang mana merupakan satu kesalahan yang mendatangkan risiko yang sangat tinggi kepada pengguna jalan raya; bukan sahaja kepada pemandu kenderaan OKS sendiri malah kepada pengguna jalan raya yang lain. Pelbagai pihak menggunakan jalan raya setiap saat; dari pejalan kaki, penunggang basikal, motorsikal, pemandu kereta sehinggalah kenderaan besar dan berat seperti kenderaan milik OKS. Saya memikirkan betapa banyak nyawa yang terancam dan dibahayakan akibat tindakan OKS yang membenarkan pemandunya membawa muatan yang jauh melebihi had, seolah-olah mengabaikan keselamatan nyawa manusia demi kepentingan sendiri. [16] Saya tidak boleh menutup sebelah mata apabila media melaporkan banyak berita yang melibatkan pengguna jalan raya maut dihempap kenderaan yang membawa muatan besar. Sewaktu alasan penghakiman ini ditulis, saya baru membaca laporan media pada 15 Februari lalu yang melaporkan seorang lelaki maut apabila lori yang membawa muatan kayu balak yang dipandunya sendiri hilang kawalan dan menghempapnya di Belaga, Sarawak. [17] Selain itu, pada Disember 2024 lalu, negara digemparkan apabila media melaporkan kemalangan maut melibatkan tujuh individu di Melaka. Susulan daripada kejadian tersebut, Pengarah JPJ Melaka dalam sidang media memaklumkan bahawa tindakan pemandu lori membawa muatan simen melebihi had disyaki menjadi punca kerosakan tayar pada lori yang menyebabkan nahas mengorbankan tujuh individu manakala 33 orang lagi cedera dalam kemalangan Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, 23 Disember lalu. Malah, beliau memaklumkan bahawa syarikat lori jenis Foton itu bakal diheret ke Mahkamah Majistret Alor Gajah atas tindakan tidak bertanggung jawab tersebut. [18] Walaupun laporan kesalahan yang dirujuk dalam perenggan 16 dan 17 masih belum dibuktikan di Mahkamah, ia tetap memberi isyarat yang penting kepada saya tentang tahap keseriusan isu keselamatan pengguna jalan raya. Saya tegaskan bahawa laporan ini bukanlah faktor utama dalam penentuan hukuman, dan ia tidak dijadikan sebagai asas pemberat. Namun demikian, ia berperanan penting sebagai suatu peringatan nyata kepada saya bahawa Mahkamah tidak boleh bersikap longgar atau memandang enteng terhadap isu-isu yang memberi kesan langsung kepada keselamatan awam. Persepsi masyarakat terhadap keseriusan Mahkamah dalam menangani kes-kes seperti ini adalah sebahagian daripada kepentingan awam yang tidak wajar diabaikan. Oleh itu, meskipun laporan tersebut belum melalui proses pembuktian, ia tetap relevan sebagai indikator kepada realiti dan kebimbangan yang wujud dalam masyarakat berkaitan keselamatan jalan raya. [19] Rakyat Malaysia pasti sangat marah dan kecewa dengan pengendali-pengendali kenderaan berat seperti OKS yang mengaut untung berlebihan dengan membawa lebihan muatan melebihi had yang dibenarkan. Hal ini kerana, cukai yang dibayar oleh rakyatlah yang digunakan untuk membaik pulih jalan raya yang terjejas akibat kenderaan dengan muatan berlebihan yang merosakkan struktur jalan. Sedangkan yang mendapat keuntungan besar adalah pengendali lori seperti OKS dan mereka bersenang lenang “mengikis” wang pembayar cukai dengan tindakan meletakkan muatan berlebihan seterusnya membawa kepada kos yang teramat tinggi bagi pembaikan dan penyelenggaraan semula jalan raya. [20] Selain daripada merugikan wang kerajaan untuk penyelengaraan, tindakan membawa muatan berlebihan menjadi penyumbang kepada keadaan jalan raya yang beralun, berlopak dan berlubang yang amat membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Situasi ini tidak terkecuali dalam kes melibatkan OKS yang membenarkan pemandu membawa muatan simen debu secara berlebihan, yang sudah semestinya dibawa bagi tujuan perniagaan atau perdagangan. Sedangkan kenderaan OKS hanya dibenarkan membawa muatan 48,000 kilogram sahaja dan OKS membawa muatan sebanyak 66,860 kilogram. Lebihan muatan ini adalah sebanyak 39.29% dan sudah semestinya bukan satu nombor peratusan yang kecil. Mahkamah ini membayangkan berapa banyak keuntungan yang “dikejar” oleh OKS dengan membenarkan pemandunya membawa lebihan muatan sebanyak 18,860 kilogram ini, melebihi had yang ditetapkan. [21] Selain daripada berita yang dilaporkan di media seperti yang dinyatakan pada perenggan 16 dan 17, pada 29 Oktober 2022, terdapat laporan bahawa seorang wanita berusia 31 tahun yang menaiki kerete jenis Subaru Forester cedera parah dan anaknya dalam kandungan berusia lapan bulan maut apabila muatan yang dibawa pada lori telah terjatuh sehingga menyebabkan kemalangan yang turut melibatkan wanita malang tersebut. [22] Dalam kejadian sama, pemandu kereta jenis Honda City cedera ringan manakala pemandu dan penumpang dua kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu lori dalam kes ini telah dituduh di bawah nombor kes AK-83-13-02/2023 di Mahkamah Majistret Gerik di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan semakan Case Management System (CMS), didapati bahawa pemandu lori tersebut telah mengaku bersalah dan mengikut fakta kes, kemalangan terjadi berpunca daripada muatan syiling yang secara tiba-tiba terjatuh dan tidak dapat dielak oleh kenderaan-kenderaan lain. Hasil siasatan juga mendapati bahawa, kemalangan ini telah terjadi disebabkan oleh kecuaian tertuduh sendiri yang tidak memastikan ikatan muatan syiling diikat dengan kemas, yang telah menyebabkan muatan syiling itu terjatuh dan terkena pada kenderaan-kenderaan lain, yang seterusnya menyebabkan penumpang hadapan kenderaan Subaru Forester mengalami keguguran. [23] Walau pun kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh dalam kes di Gerik ini berbeza dengan kesalahan yang melibatkan OKS, namun saya melihat betapa dahsyat implikasi yang bakal berlaku kesan daripada muatan yang boleh terjatuh di atas jalan raya, seterusnya membahayakan nyawa orang awam. Apatah lagi sekiranya muatan yang dibawa adalah berlebihan yang mana sudah pasti mengundang lagi lebih bahaya sekiranya terjatuh dan menghempap kenderaan pengguna jalan raya yang lain. Walaupun tiada sebarang kemalangan berlaku susulan daripada tindakan OKS dalam kes ini, namun Mahkamah tidak seharusnya menunggu sesuatu bencana berlaku terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan bahawa kesalahan OKS ini adalah kesalahan yang serius. Justeru, Mahkamah tidak wajar memandang enteng faktor kepentingan awam dalam kes-kes sebegini. [24] Mahkamah ini juga perlu memperhalusi tujuan Parlimen menetapkan hukuman bagi kesalahan OKS yang memperuntukkan hukuman denda boleh sampai RM500,000 dan penjara sehingga tempoh 2 tahun. Malah, polisi yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi had muatan sudah pasti mempunyai sebab yang tersendiri yang mana saya percaya telah diperhalusi secara teliti oleh pegawai-pegawai dasar badan kerajaan. Risiko kegagalan fungsi brek dan teknikal adalah tinggi bagi kenderaan berat, apatah lagi kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan; dan ianya jelas bahawa tindakan OKS membenarkan pemandu membawa muatan berlebihan ini adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggung jawab. Menjadi tugas Mahkamah ini untuk memastikan tujuan dan hasrat Parlimen membendung kesalahan sebegini diterjemahkan melalui hukuman yang bersesuaian. [25] Selain itu, kekerapan kesalahan seumpama di Kuala Kangsar menjadi faktor pertimbangan saya. Saya merujuk kepada kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864, Mahkamah Rayuan telah menyenaraikan “rampancy” sebagai salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kesalahan: "[5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members;
f
the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc." [Penekanan ditambah] [26]
Preamble
Menurut statistik di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, setakat tarikh alasan penghakiman ini ditulis, jumlah kes yang didaftarkan dan status untuk kesalahan di bawah sub perenggan 57(1)(b)(iv) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 bagi tahun 2023 dan 2024 adalah seperti berikut: STATUS / TAHUN Mengaku salah dan disabitkan Dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) Dilepaskan dan dibebaskan (A&D) Dibatalkan (S/O) Lain-lain Jumlah keseluruhan 2023 18 3 - - - 21 2024 25 4 1 2 (ditetapkan untuk perbicaraan) 32 [27] Berdasarkan statistik yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan kenaikan ketara jumlah kes kesalahan sebegini di bandar kecil Kuala Kangsar pada tahun 2024. Mahkamah ini tidak seharusnya menyampaikan mesej yang salah kepada masyarakat di Kuala Kangsar dengan memberi gambaran bahawa Mahkamah ini bersikap lemah lembut dan bertoleransi terhadap kesalahan sebegini, apatah lagi apabila pelakunya adalah sebuah entiti perniagaan. Ini bermakna saya perlu mempertimbangkan hukuman yang dapat memberi kesan penghalang bukan sahaja untuk menghalang OKS daripada mengulangi kesalahan yang sama, tetapi juga untuk menghalang mana-mana pihak lain daripada melakukan kesalahan jenis yang serupa. Rekod lampau OKS [28] Selain daripada itu, Mahkamah ini telah membuat carian berkenaan rekod OKS dalam Case Management System (“CMS”). Tindakan ini dilaksanakan berdasarkan prinsip dalam kes Tan Shy Wen v Public Prosecutor [2021] 1 MLJU 1849 yang mana rekod sabitan lampau diteliti berdasarkan inisiatif dan kehendak Mahkamah ini sendiri (“own motion of the court”). Setelah semakan dibuat, Mahkamah ini mendapati bahawa OKS mempunyai rekod sabitan lampau di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar bagi kesalahan yang serupa sebagai mana kes-kes berikut: i) AG-87-88-06/2024 Kesalahan dilakukan pada 22.12.2022 Saya telah menjatuhkan hukuman denda ke atas OKS sebanyak RM60,000 pada 17 Julai 2024. ii) AG-87-58-06/2023 Kesalahan dilakukan pada 16 Februari 2019 Saya telah menjatuhkan hukuman denda ke atas OKS sebanyak RM60,000 pada 9 Ogos 2023. iii) AG-87-197-09/2022 Kesalahan dilakukan pada 25 Februari 2019 Saya telah menjatuhkan hukuman denda ke atas OKS sebanyak RM8,000 pada 13 Oktober 2022. iv) AG-87-151-07/2022 Kesalahan dilakukan pada 20 April 2022 Saya telah menjatuhkan hukuman denda ke atas OKS sebanyak RM11,000 pada 25 Ogos 2022. v) AG-87-58-04/2022 Kesalahan dilakukan pada 25 Mac 2019 Saya telah menjatuhkan hukuman denda ke atas OKS sebanyak RM13,000 pada 11 Ogos 2022. vi) AG-87-56-04/2022 Kesalahan dilakukan pada 9 Julai 2019 Mahkamah Majistret Kuala Kangsar telah menjatuhkan hukuman denda ke atas OKS sebanyak RM25,000 pada 14 Julai 2022 vii) AG-87-37-10/2021 Kesalahan dilakukan pada 28 April 2019 Saya telah menjatuhkan hukuman denda ke atas OKS sebanyak RM6,000 pada 6 Januari 2022. [29] Dalam kes ini, selepas Mahkamah ini (atas inisiatif sendiri) menyemak rekod sabitan lampau OKS melalui CMS, OKS telah disoal mengenai rekod-rekod sabitannya di Mahkamah ini satu persatu, termasuk butiran tarikh hukuman, tarikh kesalahan, pemandu yang terlibat serta hukuman yang diperintahkan. Tanpa sebarang paksaan, rekod sabitan lampau yang dibacakan oleh Mahkamah ini diakui. Bersandarkan kepada otoriti-otoriti yang dikemukakan serta rujukan ke atas prinsip dalam kes Mohd Firdaus bin Mohd Amin v Public Prosecutor [2020] MLJU 1442, pengakuan tersebut juga telah menjadi satu komponen penting dalam penerimaan rekod sabitan lampau OKS di bawah prinsip undang-undang. Ianya relevan sebelum Mahkamah ini menentukan hukuman yang bersesuaian untuk dikenakan ke atas OKS. [30] Setelah merujuk kepada rekod yang dinyatakan di perenggan 28, rekod (ii), (iii),
IV
(iv), (v), (vi) dan (vii); kecuali (i), jelas menunjukkan bahawa OKS sebuah entiti yang masih tegar melakukan kesalahan serupa. Kesalahan bagi kes yang sedang dirayu ini dilakukan pada 31 Oktober 2023, sedangkan hukuman bagi kes yang dinyatakan di perenggan 28, rekod (ii), (iii), (iv), (v), (vi) dan (vii); telah pun dijatuhkan sebelum tarikh 31 Oktober 2023 tersebut. Perkara ini menunjukkan bahawa OKS kekal dengan tingkah lakunya yang berterusan mencabar kedaulatan undang-undang. Sekiranya dihitung, sebelum kesalahan dalam kes ini dilakukan, OKS telah pun dikenakan denda secara kumulatif berjumlah RM123,000 bagi rekod di perenggan 29, (ii), (iii), (iv), (v), (vi) dan
VII
(vii). Jelas jumlah denda yang dikenakan sebelum ini tidak sedikit pun memberi pengajaran kepada OKS. [31] Justeru, kesemua rekod sabitan lampau yang direkodkan dalam sistem CMS yang dinyatakan di perenggan 28, rekod (ii), (iii), (iv), (v), (vi) dan (vii) perlu dan telah diambil judicial notice oleh Mahkamah ini kerana ia adalah relevan untuk menentukan hukuman yang setimpal. [32] Adalah perlu ditekankan juga bahawa dalam apa jua keadaan, saya tidak wajar untuk tidak mempedulikan kepentingan OKS. Dalam kes ini, saya telah mempertimbangkan setiap rayuan yang dikemukakan sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 11 alasan penghakiman ini. Kesemuanya diperhalusi dengan teliti demi memastikan hak OKS untuk hukuman yang adil dan saksama terpelihara. [33] Selain itu, pengakuan salah OKS di peringkat awal adalah salah satu faktor mitigasi yang perlu diambil kira dengan teliti. Pengakuan salahnya telah menjimatkan masa Mahkamah ini daripada melalui proses bicara yang panjang dan juga memakan kos pelbagai pihak terutamanya pihak pendakwaan. Saya turut memgambil kira rayuan OKS bahawa ianya sukar untuk menjangkakan jumlah berat yang dimasukkan ke dalam tangki lori memandangkan ianya melibatkan muatan simen. [34] Di samping itu, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh OKS ini sangat mendatangkan bahaya kepada pihak lain; OKS dan pemandunya telah memberi kerjasama yang baik sepanjang proses tahanan sehingga prosiding di Mahkamah ini. [35] Walaupun tidak dinyatakan, saya mengambil maklum bahawa hampir semua perniagaan masih dalam proses pemulihan selepas dunia dilanda wabak Covid 19 serta selepas Malaysia memulai fasa meninggalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalani untuk beberapa tahun sebelum ini. Saya turut menjangkakan perniagaan OKS turut sama terkesan dan seterusnya melayakkan OKS mendapat pertimbangan dari segi hukuman yang bakal dikenakan. [36] Justeru, selepas mempertimbangkan segala faktor yang telah dinyatakan dalam alasan penghakiman ini, saya menjatuhkan hukuman denda ke atas OKS sebanyak RM250,000. Mahkamah ini berpendapat hukuman yang dijatuhkan terhadap OKS adalah adil dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKS selain setelah saya mengimbangi secara mendalam faktor kepentingan awam dan mitigasi pihak OKS. Bertarikh 8 Mei 2025 MOHD SHAZMEER BIN ZAMHARI Majistret Mahkamah Majistret di Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan Pegawai Pendakwa JPJ: Shuhaimi Sulaiman
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.