Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN SIVIL NO: CB-21NCVC-1-03/2020 ANTARA PERBADANAN KEMAJUAN BUKIT FRASER … PLAINTIF AND HIGHLANDS RESTHOUSE HOLDINGS SDN BHD (3548627-H) … DEFENDAN
CB-21NCvC-1-03/2020
High Court of Malaysia1 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN SIVIL NO: CB-21NCVC-1-03/2020 ANTARA PERBADANAN KEMAJUAN BUKIT FRASER … PLAINTIF AND HIGHLANDS RESTHOUSE HOLDINGS SDN BHD (3548627-H) … DEFENDAN
1
Di dalam kes ini tuntutan Plaintif terhadap Defendan ialah untuk wang semua bayaran pajakan tertunggak sebanyak RM944,719.95 setakat Februari 2020 dan sewa pajakan berganda sebanyak RM485,780.40. 20/01/2023 15:56:34 CB-21NCvC-1-03/2020 Kand. 101
2
Plaintif juga memohon satu perintah deklarasi bahawa perjanjian pajakan yang melibatkan Plaintif dan Defendan berkaitan dengan lima hartanah yang dinyatakan dalam penyataan tuntutan dibatalkan.
3
Kes ini telah difailkan pada 02.03.2020. Beberapa tarikh pengurusan kes telah ditetapkan. Pada 22.06.2020 Defendan melalui Kertas Mahkamah 17 (KM 17) telah memfailkan permohonan untuk mahkamah membatalkan Writ dan Penyataan Tuntutan Plaintif di bawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012. Mahkamah telah menolak permohonan tersebut pada 23.12.2020.
4
Pada 14.10.2021, Plaintif melalui KM 37 memohon agar Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri dari mendengar dan melupuskan kes ini. Pada 28.04.2021 Plaintif telah menarik balik permohonan KM 37 disebabkan ia tidak lagi relevan kerana Hakim tersebut telah bertukar ke Mahkamah Tinggi Malaya lain dan digantikan dengan Hakim yang baharu.
5
Pada 21.02.2022 Defendan melalui KM 62 memohon Writ dan Penyataan Tuntutan Plaintif digantung di bawah s. 10 (1) Akta Timbang Tara 2005. Pada 14.03.2022, mahkamah telah menolak permohonan di KM 62 tersebut. Defendan telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut.
6
Pada 14.03.2022, Defendan telah melalui KM 68 memohon satu perintah penggantungan keputusan di KM 62. Namun telah ditolak oleh mahkamah pada 17.05.2022. Tarikh perbicaraan penuh kes ini telah ditetapkan pada 02.08.2022. Ia ditangguhkan disebabkan peguamcara Defendan adalah kontak rapat pesakit Covid-19. Kes ini ditetapkan untuk perbicaraan pada 01.12.2022 dan 02.12.2022.
7
Pada 14.09.2022, peguamcara Defendan melalui KM 91 telah memfailkan permohonan untuk menarik diri daripada menjadi peguamcara dan bertindak bagi pihak Defendan. Permohonan peguamcara Defendan dibenarkan pada 06.10.2022.
8
Pada 01.12.2022 iaitu tarikh perbicaraan kes ini dijalankan mahkamah telah dimaklumkan bahawa tarikh ini juga telah dimaklumkan kepada Defendan. Mahkamah juga mendapati Defendan telah menulis surat kepada mahkamah untuk memohon penangguhan kes ini dengan alasan untuk melantik peguamcara baharu. Surat permohonan tersebut bertarikh 30.11.2022. Mahkamah telah tidak membenarkan permohonan penangguhan tersebut dan meneruskan perbicaraan seperti yang dijadualkan.
9
Pada 01.12.2022 Plaintif hadir bersama peguamnya tetapi Defendan tidak hadir. Peguam Plaintif memohon agar penghakiman tanpa kehadiran direkodkan terhadap Defendan. Peguam Plaintif bersandarkan kepada A. 35 k 1 KKM 2012 seperti berikut: 35 Prosiding semasa perbicaraan
1
Kegagalan untuk hadir oleh kedua-dua pihak atau salah satu pihak (A. 35 k. 1)
1
Sekiranya, apabila suatu tindakan dipanggil untuk perbicaraan, tiada satu pihak pun hadir, Hakim boleh menolak tindakan itu atau membuat perintah lain yang difikirkannya patut.
2
Sekiranya, apabila suatu tindakan dipanggil untuk perbicaraan, satu pihak tidak hadir, Hakim boleh meneruskan dengan perbicaraan tindakan itu atau apa-apa tuntutan balas semasa ketiadaan pihak itu, atau tanpa perbicaraan memberikan penghakiman atau menolak tindakan itu, atau membuat perintah lain yang difikirkannya patut. [10] Berdasarkan kepada aturan tersebut di dalam keadaan apabila berlakunya ketidakhadiran Plaintif atau Defendan Mahkamah mmepunyai budi bicara demi keadilan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
a
menolak tuntutan;
b
meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran pihak lawan; dan
c
tanpa perbicaraan memberikan atau memasukkan penghakiman atau menolak tuntutan. [11] Di dalam kes ini Mahkamah mendapati bahawa pliding, ikatan-ikatan dokumen dan penyataan-penyataan saksi telah difailkan. Malahan Defendan sudah mempunyai pengetahuan berkenaan perbicaraan pada 01.12.2022. Pada 30.11.2022 Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Defendan terhadap keputusan mahkamah ini pada 14.03.2022 yang telah tidak membenarkan penangguhan prosiding di KM 62. [12] Pada 30.11.2022 Defendan telah memohon penangguhan perbicaraan. Mahkamah menolak permohonan penangguhan tersebut. Pada 01.12.2022 Defendan tidak hadir untuk perbicaraan tanpa sebarang maklumat dan penjelasan. Ini menunjukkan bahawa pihak Defendan telah gagal untuk menunjukkan minat dan membela tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Namun begitu Mahkamah tidak boleh memberikan penghakiman tanpa kehadiran Defendan semata-mata disebabkan ketidakhadiran beliau. Sebaliknya Mahkamah perlu menimbangkan bahawa sebarang penghakiman yang diberikan tanpa kehadiran Defendan akan mejejaskan Defendan untuk membuat pembelaan terhadap tuntutan Plaintif. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu menimbangkan bahawa terdapat pelbagai permohonan di dalam kes ini sehingga menyebabkan Plaintif telah tidak dapat menikmati remedi yang dipohonnya melalui tuntutan beliau kepada Defendan. [13] Adalah menjadi prinsip yang perlu diberikan perhatian oleh Mahkamah bahawa Mahkamah boleh memberikan penghakiman tanpa kehadiran pihak setelah berpuas hati bahawa tarikh perbicaraan telah dimaklumkan kepada pihak yang tidak hadir tersebut. Mahkamah berpendapat sebarang penangguhan atau kegagalan untuk membenarkan tindakan Plaintif semata-mata disebabkan ketidakhadiran Defendan akan melewatkan Plaintif memperolehi haknya di sini undang-undang. Sebaliknya sekiranya penghakiman diberikan tanpa kehadiran pihak Defendan, Defendan masih mempunyai hak untuk mengenepikan penghakiman tersebut. Ini telah dinyatakan di dalam A. 35 k 2 KKM 2012 seperti berikut: 35 Prosiding semasa perbicaraan
2
Penghakiman yang diberi dalam ketidakhadiran pihak boleh diketepikan (A. 35 k. 2)
1
Apa-apa penghakiman atau perintah yang didapati jika satu pihak tidak hadir pada perbicaraan boleh diketepikan oleh Mahkamah, atas permohonan mana-mana pihak, atas apa-apa terma sebagaimana yang Mahkamah fikirkan adil.
2
Suatu permohonan di bawah kaedah ini hendaklah dibuat dalam empat belas hari selepas tarikh penghakiman atau perintah diminta untuk diketepikan tanpa prejudis, walau apa pun, kepada kuasa Mahkamah untuk melanjutkan tempoh itu.
3
Semasa mempertimbangkan suatu permohonan yang dibuat di bawah kaedah ini, Mahkamah hendaklah memberikan perhatian berat perkara yang berikut-
a
kepentingan keadilan;
b
sama ada ketidakhadiran pemohon atau peguam disengajakan, atau atas sebab suatu kemalangan atau kesilapan;
c
prospek kejayaaan pemohon dalam perbicaraan;
d
sama ada terdapat apa-apa kelewatan dalam membuat permohonan;
e
sama ada perbuatan pemohon telah menyebabkan prejudis kepada pihak yang satu lagi yang tidak boleh diganti rugi dengan suatu perintah untuk kos. [14] Apabila suatu tarikh telah ditetapkan untuk perbicaraan maka mahkamah mengharapkan pihak-pihak yang berkaitan perlu hadir ke mahkamah. Ini bagi membolehkan sesuatu perbicaraan dijalankan dan hak pihak-pihak dapat dizahirkan di akhir kes perbicaraan tersebut. Kegagalan pihak-pihak untuk hadir akan memberikan risiko yang perlu ditanggung oleh mereka iaitu sama ada tindakan tersebut akan ditolak atau penghakiman akan dimasukkan kepada pihak tersebut. Di dalam hal ini mahkamah merujuk kepada kes Anne Lim Keng See (trading as Golden Kintex-Sole-proprietorship) v Malayan Banking Bhd [2009] 9 MLJ 502 seperti berikut: “[20] This demonstrates the importance of ensuring the presence of the parties and their witnesses when the action is called on for hearing or trial. If the parties do not attend and do not ensure that their witnesses are present, they do so at their own peril.” [15] Dalam kes ini tarikh perbicaraan telah ditetapkan seawal 28.04.2021. Selepas daripada tarikh tersebut terdapat permohonan-permohonan lain yang dikemukakan oleh pihak-pihak iaitu KM 62 yang difailkan pada 21.02.2022, KM 68 yang difailkan pada 14.03.2022 dan KM 91 yang difailkan pada 06.10.2022. Ini bermakna kes ini telah diketahui oleh pihak-pihak berkenaan dengan perbicaraannya telah lama sebelum tarikh sebenar perbicaraan iaitu 01.12.2022. Mahkamah berpendapat tindakan Defendan mengemukakan surat permohonan penangguhan pada satu hari sebelum tarikh perbicaraan adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan sehingga menyebabkan perbicaraan tidak dapat dijalankan pada 01.12.2022. Mahkamah telah memutuskan bahawa permohonan penangguhan tersebut telah ditolak namun Defendan masih tidak hadir ke mahkamah atau mewakilkan peguamnya untuk hadir pada tarikh 01.12.2022 tersebut. [16] Plaintif telah memohon untuk memasukkan penghakiman tanpa kehadiran Defendan pada tarikh tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Plaintif mempunyai pilihan untuk meneruskan perbicaraan tersebut tanpa kehadiran Defendan dengan memanggil saksi-saksi Plaintif untuk membuktikan kesnya. Namun Plaintif memilih untuk mendapatkan penghakiman tanpa kehadiran Defendan. [17] Mahkamah perlu berhati-hati di dalam membenarkan penghakiman tanpa kehadiran. Ini adalah disebabkan pihak yang tidak hadir, dalam kes ini Defendan tidak mempunyai peluang untuk mengemukakan pembelaannya kepada mahkamah. Dalam hal ini mahkamah merujuk kes SA Andavan v Registrar Of Titles, Negeri Sembilan & ORS [1977] 2 MLJ 220 di halaman 221 yang dicatatkan seperti berikut: “Semble: Litigation is governed by rules of procedure and no side may take undue advantage over another by side-stepping any rule and it is the duty of the court to ensure that the parties engage themselves in a fair contest. Parties in civil suits should observe the rules of procedure with meticulous care because a failure to do so may well result in irreparable set-backs for them and it is not often that a court will take it upon itself to free the parties from difficulties of their own making and put them on their feet again.” [18] Penghakiman tanpa kehadiran yang dipohon oleh Plaintif ini diberikan tanpa meneliti kepada merit kes. Ini bermakna penghakiman ini diberikan disebabkan ketidakhadiran pihak Defendan semasa perbicaraan. Kesan daripada sesuatu kes yang diputuskan bukan berdasarkan kepada merit dinyatakan dalam kes Fira Development Sdn Bhd v Goidwin Sdn Bhd [1989] 1 MLJ 40 seperti berikut: “Where judgment is entered on the failure of a defendant to take any of the procedural steps laid down under the Rules of the High Court 1980, the court has an absolute discretion to set aside the judgment, if necessary, on terms and allow the case to be heard on the merits.” [19] Mahkamah Pertuanan dalam kes Evans v Bartlam [1937] A.C. 473 turut menjelaskan berkenaan kesan penghakiman yang diperolehi tanpa meneliti kepada merit kes melalui penghakiman Lord Atkin di halaman 480 seperti berikut: “The principle obviously is that unless and until the Court has pronounced a judgment upon the merits or by consent, it is to have the power to revoke the expression of its coercive power where that has only been obtained by a failure to follow any of the rules of procedure.” [20] Setelah menimbangkan perjalanan kes ini dan ketidakhadiran Defendan tanpa sebarang penjelasan atau maklumat pada hari perbicaraan di samping menimbangkan keadilan kepada pihak Plaintif dan Defendan mahkamah berpendapat bahawa penghakiman tanpa kehadiran Defendan adalah sewajarnya diberikan kepada Plaintif sebagaimana dalam Penyata Tuntutan Plaintif di para 38 (a), (b), (c),
d
(d), (e), (f) dan (g) dengan kos RM10,000.00. Bertarikh: 20hb. Januari 2023 (ROSLAN MAT NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Plaintif: Muhammad Irfan Abdullah Tetuan Irfan Aiman B10, 1st Floor, Jalan Haji Ahmad 7, Sri Pahang Business Centre, 25300 Kuantan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.