Ini adalah alasan penghakiman bagi rayuan Defendan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang membenarkan Permohonan Interlokutori Plaintif untuk mencatatkan Penghakiman Terus terhadap Defendan di bawah Aturan 14 Kaedah (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi tuntutan yang berikut: a) Bayaran tunggakan sewa premis Lot 5088-B, Kilang IKS PKINK, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, 16100 Kota Bharu, Kelantan yang berjumlah RM41,586.50 sehingga Mac 2024; b) Bayaran tunggakan sewa yang masih tertunggak sehingga penyelesaian; 24/06/2025 15:39:00 DA-A72NCvC-95-04/2024 Kand. 40 c) Bayaran tunggak bil elektrik sebanyak RM9,751.20 setakat 10.06.2024 serta sehingga penyelesaian kepada Tenaga Nasional Berhad; d) Bayaran tunggak bil utiliti-utiliti lain sekiranya ada; e) Defendan mengosongkan premis Lot 5088-B, Kilang IKS PKINK, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, 16100 Kota Bharu, Kelantan dan menyerahkan kembali kepada Plaintif dalam keadaan baik; f) Mesne profit pada kadar RM6,069.00 sebulan bagi premis Lot 5088-B, Kilang IKS PKINK, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, 16100 Kota Bharu, Kelantan dikira daripada tarikh 18/12/2023 hingga penyerahan milikan kosong oleh Defendan; g) Caj pembayaran lewat pada kadar 5% setahun terhadap jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; dan h) Kos.