Secara alternatif, Defendan dibayar kehilangan, kerugian dan pampasan yang akan ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar. C. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [16] Mahkamah telah meneliti segala Kertas-Kerta Kausa, Afidavit-Afidavit dan keterangan dokumentari yang telah dikemukakan. Mahkamah akan menilai keterangan-keterangan tersebut secara Judicial Appreciation of Evidence. [17] Tujuan utama Plaintif (PKINK) bersetuju untuk memajak Tanah tersebut kepada Defendan ialah untuk membangunkan Tanah tersebut melalui usahasama di antara PKINK dan SCK Properties sejajar dengan Projek tersebut dan Shareholders’ Agreement yang 10 memperuntukkan bahawa CFND “to be used as the vehicle for the joint venture between them”. Malangnya SCK Properties dan CFND telah gagal melaksanakan projek-projek tersebut. Justeru, tiada Ladang Horticulture, Resort Percutian dan Padang Golf dapat dibina dan dimajukan. [18] Plaintif menghujahkan dari segi Kontrak, apabila SCK Properties dan CFND/Defendan gagal melaksanakan Projek tersebut dan menolaknya (repudiate) dan PKINK telah menerima penolakan mereka terhadap usahasama tersebut dan menamatkan Shareholders’ Agreement melalui surat bertarikh 23.4.2010, maka usahasama tersebut juga dianggap telah berakhir/ditamatkan semenjak 23.4.2010. Mahkamah bersetuju dengan hujahan tersebut. Ini bermakna CFND/Defendan tidak berhak untuk terus berada di atas Tanah tersebut. Ini juga bermakna PKINK/Plaintif sememangnya berhak untuk mendapat kembali milikan kosong dan membatalkan pendaftaran pajakan tanah tersebut. Mahkamah juga berpendapat bahawa apabila CFND terus menghuni Tanah tersebut selepas 23.4.2010 ianya merupakan percerobohan (trespass) dan PKINK berhak mendapat kembali milikan kosong dan tuntutan kerugian. [19] Defendan pula mempersoalkan bahawa jika itulah kedudukan Plaintif, maka Kausa Tindakan adalah bermula 23.4.2010. Ini bermakna “doctrine of laches” terpakai kerana kelewatan Plaintif membawa tindakan undang-undang terhadap Defendan/CFND. 11 [20] PKINK/Plaintif juga telah mendakwa bahawa CFND/Defendan telah menggunakan Tanah tersebut untuk penanaman pertanian dan sayur-sayuran dan telah memperoleh pendapatan daripada aktiviti-aktiviti tersebut. PKINK/Plaintif juga mendakwa bahawa CFND/Defendan telah menyewakan sebahagian Tanah tersebut kepada beberapa pekebun kecil pihak ketiga dan telah mengutip sewa, tanpa sebarang perakaunan kepada PKINK. CFND/Defendan tidak menafikannya, dan tidak mendedahkan sebarang butir mengenai apa yang dilakukannya di atas Tanah tersebut semenjak 1995. [21] Setelah penolakan tersebut diterima, SCK Properties telah membuat beberapa tuntutan terhadap Plaintif yang mana Plaintif telah pertikaikan. Bersandarkan Klausa 23, Shareholders’ Agreement, maka pertikaian ini telah dirujuk ke Timbangtara. Bicara di Mahkamah Timbangtara telah dilakukan pada 10.4.2015.