Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RUJUKAN TANAH NO : KA-15-32-05/2024 PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH … PEMOHON DAN PENTADBIR TANAH DAERAH PADANG TERAP … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
KA-15-32-05/2024
High Court of Malaysia25 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an yang diperlukan daripada pihak Pemohon adalah pada tahap imbangan kebarangkalian (balance of probabilities) (rujuk kes Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] 1 LNS 66; [2017] MLJU 214) **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RUJUKAN TANAH NO : KA-15-32-05/2024 PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH … PEMOHON DAN PENTADBIR TANAH DAERAH PADANG TERAP … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Ini adalah Permohonan Rujukan Tanah oleh Pemohon di bawah seksyen 38(1) Akta Pengambilan Tanah 1960 (“Akta 460”) yang membantah award pampasan Pentadbir Tanah (PT) Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman bertarikh 15.01.2024.
2
Setelah meneliti kesemua suratcara, hujahan pihak-pihak dan laporan sependapat pengapit-pengapit, setelah mendapatkan pandangan dan pendapat Sr. Mohd Haris bin Yop, Pengapit Kerajaan dan Sr. Johari Bin Ismail, Pengapit Swasta, Mahkamah telah membenarkan permohonan pemohon.
3
Tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah, Responden telah menfailkan notis rayuan pada 22.10.2025. Berikut adalah alasan penghakiman Mahkamah dalam membenarkan permohonan Pemohon. Latar belakang kes
4
Pemohon adalah pemilik tanah yang diambil melalui Warta bertarikh 13 April, 2023 bagi maksud Talian Penghantaran Elektrik 132/33kv dari PMU Kuala Nerang ke PMU Rubber City di Mukim Belimbing Kiri dan Padang Terap Kiri, Daerah Padang Terap, Negeri Kedah Darul Aman oleh Tenaga Nasional Berhad.
5
Perihal hartanah Pemohon adalah seperti berikut: Tarikh Warta 13 April, 2023 No. Lot HS(D) 235 Lot Mo. PT 692 Mukim/Jajahan Mukim Padang Terap Kiri Keluasan 634.47 hektar (68,293,786.12 kaki persegi) Keluasan Pengambilan 22.154600 hektar (2,384,701.42 kaki persegi) Jenis Pegangan Pajakan 99 tahun (baki 76 tahun)
6
Pampasan yang telah diawardkan oleh Pentadbir Tanah adalah seperti berikut:
a
Tanah diambil 22.1546 hektar @ 2,384,701.43 k.p RM172,222.56 sha / RM1.60 skp Perjanjian PKNK & Tradewinds RM3,815,522.28
b
Kos kemasukan awal RM1,192,350.71 @ 5% daripada nilai tanah bermula 5 Ogos 2023 RM85,195.91 hingga 15 Januari 2024 (163 hari)
c
Kos Pecah Pisah – Para 2 (c) Baki Tanah : 612.32 hektar Baki Tanah : 612.32 hektar @ RM172,222.56 sha (RM1.20 skp) (-30%) rezab melayu = RM120,555.79 sha (RM1.20 skp) @ 1% = RM738,181.75 RM738,181.75
d
Kesan Mudarat – Para 2 (d) akibat kehilangan lapisan jalan ;
329
329.4550 hektar Baki Tanah B : 329.4550 hektar @ RM120,555.79 sha (RM1.20 skp) @ 10% = RM3,971,770.85 RM3,971,770.85 Jumlah
7
Bantahan Pemohon adalah sepertimana di dalam Borang N seperti berikut :
a
Tanah dinilai terlalu rendah dan bayaran pampasan RM1.60 sekaki persegi tidak mencerminkan nilai tanah yang sebenarnya. Terdapat lot-lot perbandingan yang mempunyai nilaian yang lebih tinggi yang sepatutnya dijadikan asas untuk penentuan nilaian semasa tanah ini.
b
Pampasan yang dibayar atas kos pecah pisah adalah terlalu rendah dan wajar dipampaskan dengan secukupnya.
c
Pampasan yang dibayar atas kos kecederaan dan hilang muka jalan juga adalah rendah sedangkan kecederaan yang disebabkan adalah kecederaan kekal yang perlu dipampaskan dengan secukupnya.
d
Pampasan spesifik untuk kecederaan akibat kehilangan lapisan wajar dibayar kepada tuan tanah. Undang-Undang berkaitan pengambilan tanah
8
Pertu ditegaskan bahawa hak terhadap harta atau tanah bukanlah hak yang mutlak dan pegangan tidak boleh diambil dengan apa cara sekalipun. Hak terhadap tanah adalah bersifat sementara dan ia boleh diambil semula oleh pihak berkuasa. Pengambilan tanah, sebagai suatu tindakan sah di sisi undang-undang, memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tanah persendirian demi kepentingan awam. Sebagai timbal balas pemilik tanah mestilah dipampaskan atas prinsip pampasan sewajarnya (adequate compensation) yang mencerminkan kerugian sebenar yang timbul akibat pengambilan tersebut. Kuasa dan perlindungan ini diperuntukkan dibawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu : Perkara 13. Hak terhadap harta.
1
Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
2
Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.
9
Adalah jelas bahawa undang-undang khusus dan prosedur berhubung pengambilan tanah diperuntukkan dibawah akta khas iaitu Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486). Akta ini juga memperuntukkan berkenaan dengan kaedah penentuan “pampasan yang memadai” (rujuk kes Sistem Linqkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd v. Inch Kenneth Kajang Rubber
10
Lanjutan daripada itu juga, diperhatikan bahawa Akta 486 memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat penentuan mengenai sebarang bantahan oleh pemilik tanah dan mana-mana orang yang mempunyai kepentingan berdaftar atas tanah yang diambil atau secara ringkasnya tanah berjadual iaitu tanah yang dimasukkan di dalam jadual pengambil balikan.
11
Beban pembuktian adalah ditanggung oleh pemohon yang mengatakan bahawa pampasan adalah tidak mencukupi. Ini adalah undang-undang yang mantap - Mahkamah Rayuan di dalam kes Northern Green Ventures Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah, Hulu Langat [2022] 9 CLJ 865; ; [2022] 9 CLJ 865 [2022] 5 MLJ 785 menyatakan seperti berikut:- The inadequacy of the award of compensation must be established by taking into account the totality of the evidence, and the burden to establish a prima facie case that the respondent's award of compensation is inadequate lies with the applicant. This principle was well stated by Wan Yahya J (as he then was) in Ong Yan & Anor v. Collector Of Land Revenue, Alor Gajah, Malacca [1985] 1 LNS 105; [1986] 1 MLJ 405, in the following terms: In land acquisition case the burden is on the applicant to make out a prima facie case of inadequate award. Only when he succeeds in doing so would the respondent be called upon to introduce his evidence; otherwise the applicant's case must fail and the Collector's award should stand. [58] This principle was reiterated by the Court of Appeal in JH Capital Services Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Petaling [2020] 1 LNS 241; [2020] 4 MLJ 1: [18] The argument advanced by the learned assistant state legal advisor for the respondent is that, to which we agreed, the burden is on the appellant to make out a prima facie case of inadequate award. Only when the appellant succeeds in doing so would the respondent be called upon to introduce their evidence; otherwise the appellant's case must fail and the land administrator's award should stand (see Ong Yan & Anor v. Collector of Land Revenue, Alor Gajah, Malacca [1985] 1 LNS 105; [1986] 1 MLJ 405). See also Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] 1 LNS 66, and Desa Kudalari Management Corporation v. Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [2021] 1 LNS 107.
12
Sehubungan dengan itu beban adalah terletak di atas Pemohon untuk membuktikan pada tahap prima facie ketidakcukupan pampasan oleh Pentadbir Tanah dengan mengemukakan Laporan Penilai Pemohon dan Jawapan Penilai Pemohon untuk menghujahkan kenapa pampasan Pentadbir Tanah tidak mencukupi (rujuk Ong Yan & Anor v. Collector of Land Revenue, Alor Gajah, Malacca [1985] 1 LNS 105; [1986] 1 MLJ 405 dan CIMB Trustee Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Seberang Utara Pulau Pinang [2012] 1 LNS 881; [2013] 9 MLJ 98)
13
Beban pembuktian ke atas Pemohon adalah dalam dua bentuk iaitu:-
i
beban untuk mewujudkan sesuatu kes; dan
II
(ii) beban untuk mengemukakan keterangan dan beban tersebut terletak pada pihak Pemohon sepanjang perbicaraan. Tahap pembuktian yang diperlukan daripada pihak Pemohon adalah pada tahap imbangan kebarangkalian (balance of probabilities) (rujuk kes Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] 1 LNS 66; [2017] MLJU 214)
14
Kaedah penentuan pampasan pula adalah berasaskan ‘nilai pasaran’ tanah berjadual tersebut, iaitu dengan mentaksirkan nilai pasaran mana-mana tanah berjadual menggunakan apa-apa kaedah penilaian yang sesuai bagi mencapai nilai pasaran tersebut. Syaratnya, perhatian hendaklah diberikan kepada harga yang dibayar bagi jualan terkini tanah yang mempunyai ciri-ciri serupa dengan tanah berjadual itu dan yang terletak di kawasan yang sama. Selain itu, pertimbangan khusus hendaklah diberikan terhadap transaksi terakhir berhubung tanah berjadual tersebut dalam tempoh dua tahun daripada tarikh rujukan bagi tujuan penilaian di bawah subperenggan (1). (Rujuk Perenggan 1, Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960) ; Ng Tiou Hong v. Collector Of Land Revenue, Gombak [1984] 1 CLJ 350)
15
Di dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat and Anor Case [2017] 5 CLJ 526, Mahkamah Persekutuan diperenggan [213], [214] dan [215] menyatakan bahawa suatu pemerhatian yang relevan ialah bahawa perenggan 1(1A) dalam Jadual Pertama telah dimasukkan melalui Akta A999 bagi memberikan fleksibiliti dalam penilaian jumlah nilai pasaran tanah yang diambil.
16
Sehubungan dengan itu, walaupun jualan yang sebanding di kawasan sekitar tanah yang diambil merupakan komponen penting dalam pengiraan nilai pasaran tanah yang diambil, ‘apa-apa kaedah penilaian yang sesuai’ juga dibenarkan. Oleh itu, sebarang kaedah yang sesuai yang berfungsi untuk memberikan pampasan yang setara kepada pihak-pihak yang terjejas boleh digunakan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah pampasan yang dibayar berdasarkan kos penggantian. Analisa dan Dapatan Mahkamah
17
Permohonan Rujukan Tanah ini telah dibicarakan pada 25.08.2025 dan Mahkamah ini telah dibantu oleh dua orang pengapit iaitu Sr. Mohd Haris bin Yop, Pengapit Kerajaan dan Sr. Johari Bin Ismail, Pengapit Swasta. Selepas perbicaraan, kedua-dua pengapit telah mengemukakan Laporan Pengapit Hakim (sependapat) untuk pertimbangan Mahkamah.
18
Di dalam Laporan Nilaian Penilai Pemohon, kaedah perbandingan harga telah digunakan dengan mengemukakan empat (4) perbandingan yang tertumpu di kawasan jalan Lunas – Padang Serai, Sungai Lalang – Bukit Selambau, Sungai Getah Estate dan Kampung Padang Lorak off Jalan Hosba – Jitra.
19
Penilai Pemohon telah menggunakan perbandingan tanah pertanian berskala besar di sekitar Negeri Kedah di dalam menentukan nilai pasaran lot subjek. Transaksi jual beli tersebut bagi tahun 2016 hingga 2022 adalah sekitar RM306,202.48 sehektar (RM2.84 satu kaki persegi (skp) hingga RM671,098.34 sehektar (RM6.20 skp).
20
Analisa pelarasan tanah bagi perbandingan yang digunakan pula adalah di antara RM352,133.00 sehektar (3.27 skp) hingga RM614,100.00 sehektar (5.71 skp). Selepas mengambilkira pelarasan yang sewajarnya, Penilai Pemohon telah mengesyorkan kadar tanah RM538,200.00 sehektar (RM5.00 skp) sebagai asas nilaian iaitu berdasarkan nilai purata bagi kesemua perbandingan yang digunakan.
21
Manakala Laporan Nilaian Penilai Kerajaan yang digunakan oleh Pentadbir Tanah telah menggunakan kaedah perbandingan harga dengan mengemukakan tiga (3) perbandingan yang tertumpu di kawasan Jalan Sungai Lalang – Bukit Selambau, Jalan Tunjang – Ayer Hitam dan Jalan Bedong – Gurun.
22
Penilai Responden pula telah menggunakan perbandingan tanah kategori pertanian bagi menentukan nilai pasaran lot subjek.Transaksi perbandingan jual beli bagi tanah pertanian ladang dan tanah pertanian melebihi 10 hektar yang digunakan adalah pada julat harga RM173,744.00 sehektar (RM1.61 skp) hingga RM421,963.00 sehektar (RM3.92 skp) bagi transaksi pada tahun 2019 hingga 2022.
23
Setelah mengambilkira faktor-faktor pelarasan yang sewajarnya, analisa tanah terlaras bagi perbandingan yang digunakan oleh Penilai Responden adalah antara RM240,000.00 sehektar (RM2.23 skp) sehingga RM250,000.00 sehektar (RM2.32 skp) dan Penilai Responden mengesyorkan kadar tanah RM250,000.00 sehektar (RM2.32 skp) sebagai asas nilaian untuk pegangan kekal.
24
Pengapit-pengapit sependapat untuk tidak bersetuju dengan pendekatan mempuratakan kadar nilai pelarasan tanpa satu perbandingan terbaik bagi mencerminkan nilai pelarasan setelah mengambilkira kesemua faktor. Ini kerana terdapat transaksi perbandingan sepunya iaitu Lot 25358, Bandar Sungai Petani, daerah Kuala Kedah berkeluasan 78.9199 hektar yang dipindahmilik pada 17.6.2019 dengan harga balasan RM24,165,500.00. Setelah dianalisa, harga sehektar adalah RM306,202.48 (RM30.62 smp) atau (RM2.84 skp).
25
Pengapit-pengapit sependapat mencadangkan pelarasan bersandarkan analisa balasan lot perbandingan sepunya pada kadar asas RM306,202.48 sehektar (RM30.62 satu meter persegi (smp)) / (RM284 skp) dengan peningkatan 10% atas faktor masa (2023 berbanding 2019) menjadikan kadar sehektar sebanyak RM336,822.73. Setelah mengambilkira faktor-faktor penyelarasan yang sewajarnya, RM336,822.73 sehektar telah ditolak (-) 35% pelarasan menjadikan kadar terlaras (sehektar) RM218,934.77 dan RM (sehektar) yang dicadangkan adalah RM220,000.00 sehektar.
26
Selanjutnya pengapit-pengapit berpendapat di dalam kes ini terdapat khilaf di dalam memahami bentuk kepentingan tuan tanah dan pemajak. Terdapat dua (2) jenis kepentingan iaitu kepentingan pemilik tanah berpegangan pajakan 99 tahun iaitu PKNK dengan pajakan kecil (Tradewinds) 60 tahun yang sedang berjalan dengan baki pajakan selama 44 tahun. Seterusnya kepentingan pegangan pajakan kecil selama 60 tahun yang masih berbaki 27 tahun yang dimiliki oleh Tradewinds.
27
Kepentingan pemajak (Tradewinds) bermula dari tahun 1995 (27/11/1995) ke tahun 2055 (26/11/2055) di mana tempoh baki pajakan yang masih berjalan ialah 32 tahun.
28
Selanjutnya, bagi tuan tanah (PKNK) mempunyai kepentingan di dalam tempoh dua fasa, iaitu fasa pertama tahun 2023 ke 2055 dimana pajakan kecil sedang berjalan 32 tahun. Fasa kedua pula ialah baki 44 tahun dari pegangan pajakan 99 tahun. Tempoh pajakan kedua perlu dinilai dengan mengambilkira tempoh baki terakhir pajakan secara proses pengembalian (reversion). Kaedah pengiraan adalah berasaskan sifir matematik penilaian yang melibatkan hasil darab dua angkali ATB (Angka Tahun Belian) baki pajakan dan angkali ATB Nilai Kini. Kemudian hasil darab tersebut didarabkan dengan Nilai Kepentingan pada fasa pertama. Akhir sekali kedua kepentingan fasa pertama dan kedua akan dicampur. Pengapit-pengapit telah meneliti kedua-dua laporan Penilai, hujahan pihak-pihak dan Borang H dan mendapati kepentingan pemilik dalam fasa pertama dan kedua tidak dinilai secara sifir matematik yang sewajarnya. Pengapit- pengapit sependapat kepentingan fasa kedua wajar iaitu baki pegangan pajakan 99 tahun selepas tahun 2055 wajar diberi pampasan di atas prinsip hak dan amaun yang mencukupi (‘adequate) secara kaedah pengembalian (reversion).
29
Pengapit-pengapit selanjutnya mendapati kaedah penilaian Penilai Pemohon dan Penilai Responden menggunakan dua pendekatan penilaian yang berbeza:
a
Penilai Responden membuat pelarasan dari perbandingan yang diperolehi kepada suatu kadar nilai tanah berpegangan kekal. Seterusnya ia dilaras secara sifir matematik Penilaian kepada kadar berpegangan pajakan. Rujuk lampiran B, D1 dan D2 Laporan Pengapit Hakim.
b
Penilai Pemohon membuat pelarasan dari perbandingan berpegangan kekal yang diperolehi kepada suatu kadar nilai tanah berpegangan pajakan. Namun tiada pelarasan secara sifir matematik Penilaian dilakukan untuk membezakan kepentingan tempoh sub-pajakan dan baki pajakan. Rujuk
Lampiran
Lampiran C laporan Pengapit Hakim. (c) Manakala Award Pentadbir Tanah menggunakan asas Penilaian Responden sebagai panduan dan nisbah kadar award berpandukan kepada perjanjian antara PKNK dan Tradewinds. Rujuk lampiran A laporan Pengapit Hakim. 30. Selanjutnya, berdasarkan Laporan Penilaian Responden, beberapa attribute di dalam pengiraan (sifir matematik penilaian) kepentingan tuan tanah digunakan iaitu : (a) Kadar pulangan yang digunakan bagi pegangan kekal 3.0 %; (b) Kadar pulangan yang digunakan bagi pajakan 44 tahun 4.5% ; 31. Manakala Penilai Pemohon hanya mengambil pendekatan pelarasan biasa dengan wajaran tolakan (-) 10% untuk faktor pegangan pajakan. 32. Sebaliknya, Pentadbir tanah menggunakan kadar RM1.60 skp (RM172,222 sehektar) dengan berdasarkan perjanjian pajakan antara PKNK dan Tradewinds. 33. Pengapit-pengapit telah membuat pengiraan semula dengan membahagikan kepentingan pemilik tanah untuk : (a) Tempoh 32 tahun = RM2,419,134.44 ; (b) Pengembalian pajakan bagi baki 44 tahun selepas tahun 2055 = RM2,489,208.58 Jumlah keseluruhan Tuan Tanah (PKNK): RM4,908,343.02. 34. Mahkamah berpuashati dengan alasan pengapit-pengapit dan menerima pakai kaedah penilaian dan pelarasan yang dicadangkan. 35. Oleh yang demikian, penambahan Award Baru RM4,908,208.02 ditolak Award Pentadbir RM3,815,522.28, maka tambahan award adalah RM1,092,820.74. A. Tuntutan Penjejasan Tanah Baki (Pecah Pisah) Para 2 (c) dan Kesan Penjejasan Para 2 (d) 36. Pengapit-pengapit sependapat tuntutan di bawah peruntukkan ini mempunyai potensi berlaku pertindihan di dalam membuat tuntutan. Penelitian dari kedua-dua laporan penilai menunjukkan beberapa fakta yang membuktikan wujud pertindihan, kecelaruan dan khilaf di dalam menafsir Kesan Mudarat yang berlaku. 37. Penilai Pemohon telah menuntut kos Pecah Pisah dan Kesan Mudarat secara bertindih. Rujuk mukasurat 13 Lampiran 7 seperti berikut : (a) Perenggan (iii) tuntutan elaun 5 % kecederaan Pecah Pisah (seksyen 2 (c) dan (d) Jadual Pertama) dari nilaian ke atas baki hartanah terlibat akibat terpisah kepada dua bahagian dan kejatuhan nilai tanah baki pada masa hadapan. Luas baki tanah keseluruhan iaitu 65,909,084.70 kaki persegi pada kadar RM5.00 skp dengan nilai pasaran RM16,477,271.00 atas nilai pasaran 612.3154 hektar baki tanah. (b) Perenggan (iv) tuntutan elaun 10% kecederaan tanah baki (injurious affection) (seksyen 2 (d) Jadual Pertama) dari nilai atas baki hartanah Bahagian B akibat kehilangan lapisan. Luas baki tanah 35,462,242.98 kaki persegi pada kadar RM5.00 skp iaitu RM17,731,121.49. (c) Perenggan (v) tuntutan elaun kecederaan Tanah baki (injurious affection) iaitu 10% dari nilaian atas baki hartanah Bahagian B akibat kehilangan jalan masuk. Luas baki tanah 35,462,242.98 kaki persegi pada kadar RM5.00 skp iaitu RM17,731,121.49. 38. Manakala Penilai Responden hanya mencadangkan pampasan bagi Pecah Pisah di bawah Para 2 (c) Jadual Pertama. Penilai Responden telah mempertimbangkan faktor pecah pisah dengan kadar 5% daripada kadar tanah RM0.96 skp (setelah pelarasan semula Rezab Melayu) bagi keluasan baki keseluruhan 612.32 hektar bernilai RM3,153,448.00. 39. Pentadbir Tanah mengawardkan pampasan kesan pecah pisah sebanyak RM738,181.75 iaitu RM1.12 skp (pelarasan – 30% faktor Rezab Melayu RM1.60 skp) didarab 1% dari keluasan baki keseluruhan. Turut diberi pampasan ialah Kesan Kemudaratan sebanyak RM3,971,771.85 ; iaitu RM1.12 skp didarab 10% dari keluasan bahagian B (329.455 hek). 40. Kedua-dua pengapit seterusnya menyatakan beberapa ciri lazim bagi sebuah harta tanah yang dikatakan ladang di dalam konteks bagaimana kemudaratan boleh berlaku akibat pengambilan iaitu: (i) Umumnya nilai pasaran tanah ladang mempunyai hubungan harga komoditi tanaman yang diusahakan seperti kelapa sawit dan getah. Secara fizikal saiz ladang bermula dengan 40 hektar / 100 ekar ke atas dengan jaringan jalan ladang boleh mencecah sehingga ke puluhan kilometer serta jambatan-jambatan kecil. (ii) Sesebuah ladang mungkin mempunyai puluhan petak compartment tanaman yang diusahakan dengan sistem pengairan terancang atau saliran air semulajadi. (iii) Sesebuah ladang yang kompleks mungkin mempunyai kuarters pekerja, bangunan pejabat/fasiliti sehinggalah ke kilang pemprosesan. (iv) Sesebuah ladang lazimnya mempunyai jalan masuk yang baik untuk mempunyai banyak jalan masuk atau frontaj hadap jalan yang panjang kerana faktor keselamatan dan kos pemagaran yang tinggi. 41. Di dalam kes rujukan tanah ini, tanah berjadual adalah bercirikan ladang yang luas iaitu 634.47 hektar/1,567.81 ekar dan diusahakan dengan tanaman komoditi getah. Akibat pengambilan tanah, tanah berjadual ini terbahagi kepada Bahagian A di barat dan Bahagian B di timur dengan dipisahkan oleh tiang-tiang rentis TNB. Berdasarkan ciri-ciri ladang getah, dijangkakan terdapat jaringan jalan ladang, petak kompartmen tanaman, jaringan saliran air dan lain-lain infrastuktur yang berkaitan dengan fasiliti perladangan yang memerlukan kerja-kerja pembaikan dan ubahsuai. 42. Tuntutan pecah pisah (severance) diperuntukkan di bawah para 2 (c), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan). Pecah Pisah merupakan satu bentuk kerugian yang mungkin ditanggung oleh pemilik tanah akibat daripada sesuatu pengambilan tanah. Konsep sebenar pecah pisah dan pengiraannya adalah penting agar pampasan yang adil dan ‘adequate’ di awardkan kepada tuan tanah. 43. Merujuk kepada Garis Panduan Penentuan Pampasan Bagi Pecah Pisah (Severance) oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia 2018 (Garis Panduan Pampasan Pecah Pisah), di muka surat 1 dan 2, Pecah Pisah didefinasikan sebagai penyusutan nilai tanah baki atas kerosakan fizikal akibat dari pengambilan sebahagian tanah. Di dalam buku Statutory Valuations (3rd Ed), London : Thomson oleh Baum, A. and Sams, G (1997), dua keadaan di mana pecah pisah boleh berlaku : (i) Apabila suatu pegangan telah terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian telah diambil dan meninggalkan sebahagian lagi sebagai tanah baki. Tanah baki itu akan menurun nilainya berbanding sebelum pengambilan kerana saiznya telah menjadi lebih kecil. (ii) Apabila suatu pegangan terbahagi kepada tiga di mana dua bahagian yang tinggal sebagai tanah baki telah terpisah secara fizikal disebabkan oleh bahagian yang telah diambil. Setiap bahagian yang tertinggal mengalami kerugian seperti yang diterangkan pada para (i) di atas. Kedua-dua bahagian tanah baki juga mungkin mengalami kesukaran akibat daripada kedudukan yang terpisah secara fizikal oleh sesuatu halangan. 44. Di muka surat 4 Garis Panduan Pampasan Pecah Pisah, Jabatan Penilaian mengingatkan bahawa Pecah Pisah perlu dibezakan dari pampasan Kesan Mudarat (injurious affection). Pampasan Kesan Mudarat adalah penyusutan nilai yang disebabkan oleh maksud, kegunaan atau kerja-kerja pembinaan ke atas tanah yang diambil contohnya kubur, kolam pembentungan, tapak pelupusan sampah dan projek-projek lain yang memberi kesan mudarat ke atas tanah baki semasa atau selepas pengambilan dilakukan. 45. Selanjutnya merujuk kepada buku The Law on Land Acquisition, Su Tiang Joo & Pang Kong Leng Ed 2018, di mukasurat 173, pengarang menyatakan bahawa : ‘Compensation for severance arises when a portion of land was acquired resulting in the remaining unacquired land suffering a diminution in value. Where land has been severed into two by reason of the acquisition, it is not unusual to award compensation for both severance and injurious affection together, without awarding separate sums for severance and for injurious affection. In such circumstances, compensation may be awarded for a working palm oil estate that has been cut into two for : (a) the problem of access and transportation of materials and harvest into and out of the land ; (b) the fact that the land can no longer be occupied as one compact holding; (c) it would be more difficult and expensive to work the land, if there is no confirmation whatsoever that the acquiring authority has agreed to provide an under pass or overpass between the two severed portions of the estate; and (d) the cost of constructing fencing along the side of the severed portions of the land bordering the main road that would be built. The cost of fencing may be separately awarded as a lump sum. Severance damages and injurious affection are closely related in that both relate to the land retained by a person after the other land is compulsorily acquired from the person, and a reduction to the value of the retained land.’ 46. Berdasarkan ciri-ciri tanah berjadual ini, maka jelas bahawa Kesan Pecah Pisah para (c) lebih sesuai berbanding Kesan Mudarat dibawah para 2 (d). 47. Pengapit hakim mendapati Penilai Responden, Penilai Pemohon dan Pentadbir telah menerima secara konsensus kesan Pecah Pisah berlaku dan pampasan dicadangkan bagi keseluruhan luas tanah baki. Perbezaan mereka hanya pada kadar nilai tanah dan peratus yang wajar dipampas. 48. Pengapit-pengapit sependapat merumuskan tuntutan Pecah Pisah lebih wajar dan berasas berbanding Kesan Mudarat sepertimana hujahan Penilai Responden. 49. Semakan berkaitan tuntutan berkaitan kesan mudarat bagi faktor kehilangan lapisan jalan dan kehilangan jalan masuk, ia telah dihujahkan oleh Penilai Pemohon tetapi Penilai Responden tidak mencadangkan apa-apa pampasan bagi tuntutan ini. 50. Pentadbir Tanah telah memberikan pampasan atas kesan Mudarat – para 2 (d) akibat kehilangan lapisan jalan dan akibat kehilangan jalan masuk sebanyak RM3,971,770.85 iaitu pada kadar 10% ke atas kedua-dua tuntutan tersebut. 51. Mahkamah berpuashati dengan penjelasan pengapit-pengapit bahawa jelas terdapat pertindihan tuntutan dan terdapat khilaf oleh Pentadbir didalam mengawardkan tuntutan Pecah Pisah dan Kesan Mudarat secara berasingan. 52. Oleh itu, Mahkamah menerima cadangan pengapit-pengapit supaya award Pentadbir Tanah bagi Kesan Mudarat wajar DiTolak Ganti dengan Kesan Pecah Pisah kerana amaunnya terlalu besar untuk di abaikan. 53. Mahkamah berpendapat seksyen 47 (2) (b) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan) memberi kuasa kepada Mahkamah untuk menambah atau mengurangkan jumlah award oleh Pentadbir Tanah. Seksyen 47 (2) (b) memperuntukkan seperti berikut : Where such decision comprises an award of compensation it shall specify – (c) The amount if any, deducted under paragraph 2(b) of the First Schedule; 54. Selanjutnya, para 2(b) Jadual Pertama memperuntukkan: In determining the amount of compensation to be awarded for any scheduled land acquired under this Act there shall be taken into consideration the following matters and no others: (b) any increase, which shall be deducted from the total compensation, in the value of the other land of the person interested likely to accrue from the use to which the land acquired will be put; 55. Mahkamah menafsirkan peruntukkan itu secara nyata dan tersirat memberi kuasa kepada Mahkamah dalam Prosiding Rujukan Tanah untuk membuat perintah-perintah yang sewajarnya samada menambah, mengurang dan termasuk Tukar Ganti bagi memberi pampasan sewajarnya (adequate compensation) yang mencerminkan kerugian sebenar tanpa membawa keuntungan yang tidak wajar. 56. Lanjutan daripada itu, pengapit-pengapit telah mencadangkan pelarasan semula penjejasan baki tanah akibat pecah pisah berdasarkan pelarasan semula di bawah Pecah Pisah Para 2 (c): Baki Tanah 612.32 hektar @ RM220,000.00 sha (-30%) Rizab Melayu = RM154,000.00 sha (RM1.43 skp) @ 5% = RM4,714,828.58 di tolak RM738,181.75 award pentadbir tanah, pertambahan award RM3,976,646.83. 57. Manakala award kos kecederaan dan hilang muka jalan @ 10% di tolak (-) RM3,971,770.85 dan Ditukar Ganti dengan para 2 (c) Pecah Pisah. 58. Oleh yang demikian, penambahan Award Baru bagi Pecah Pisah ditolak Award Pentadbir, maka tambahan award adalah RM1,097,696.72. Lain-lain Tuntutan: Tuntutan masuk awal 59. Penilai Pemohon telah menuntut sebanyak RM1,192,350.71 bagi tuntutan masuk awal iaitu bermula dari Tarikh Borang I dikeluarkan sehingga pampasan diterima dengan kadar 10% daripada jumlah pampasan. 60. Penilai Responden tidak mencadangkan apa-apa pampasan berkaitan perkara ini. 61. Walau bagaimanapun Pentadbir Tanah telah memberikan award sebanyak RM85,195.91 dengan kadar 5% daripada nilai tanah bermula 5 Ogos 2023 hingga 15 Januari 2024 iaitu bagi tempoh 163 hari. 62. Pengapit Hakim sependapat bahawa Pentadbir Tanah telah mempertimbangkan dengan sewajarnya tuntutan kemasukan awal yang telah diawardkan. Oleh itu pengapit-pengapit mengesyorkan award Pentadbir Tanah dikekalkan. Kesimpulan 63. Maka atas alasan-alasan di atas, mahkamah membuat perintah berikut: (a) Mahkamah memutuskan membenarkan permohonan pemohon. Pampasan nilai tanah diawardkan sebanyak RM4,908.343.02 @ RM22.00 smp/RM2.04 skp tolak award pentadbir RM3,815,522.28, baki RM1,092,820.74. (b) Award kesan mudarat 2(d) tidak dipertimbangkan. Award pecah pisah para 2(c) ditukar ganti dengan jumlah RM4,714,828.58 tolak award pecah pisah yang telah dibayar sebanyak RM738,181.75, ditukar ganti dengan award RM3,971,770.85, yang diawardkan oleh pentadbir tanah, berbaki award sebanyak RM1,097,696.72. (c) Jumlah yang diaward adalah atas kadar faedah 5% setahun dari tarikh Borang K sehingga penyelesaian penuh. (d) Fee Pengapit sebanyak RM1,000.00 setiap pengapit dibayar oleh pemohon 14 hari dari tarikh perintah ini. (e) Deposit RM3,000.00 dikembalikan kepada pemohon. (f) Bayaran RM2,190,517.46 dibayar kepada akaun pelanggan peguam pemohon sebagai pemegang taruh. Bertarikh: 25HB SEPTEMBER 2025 ……………………………………….. (MOHD AIMI ZAINI BIN MOHD AZHAR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA, ALOR SETAR (1) Pengapit Kerajaan: Sr Mohd Haris Bin Yop (Penilai Berdaftar V- 1010) (2) Pengapit Swasta: Sr Johari Bin Ismail (Penilai Berdaftar V-825) Peguam bagi pihak Pemohon: Puan Zahrah Binti Ahmad Tetuan Rusni, Zahrah & Associates No. B-7, Lorong Bayan 11 Taman Serindit, Jalan Langgar 05460 Alor Setar (No.Ruj.:RZ/L/004/23/P/PKNK/TNB/P T692 RC) No. Tel: 04-7311151/7318151 No. Faks: 04-7319151 Email: rusnizahrah1@yahoo.com Peguam bagi pihak Responden: Puan Hasyutantee Binti Khalil Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar (No. Ruj.: PUN(KD)600-LR/MT/32/2024 No. Tel: 04-702 7424 Email: www.agc.gov.my
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.