- Court
- Magistrates Court of Malaysia
- Decision date
- 1 Oct 2025
- Case number
- ND-A72NCvC-49-04/2025
- Coram
- Tuan Mohd Farez Bin Rahman
- Practice area
- ALASAN PENGHAKIMAN DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PORT DICKSON DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ND-A72NCvC-49-04/2025 ANTARA Perbadanan Pengurusan Kondominium Marina View Villas ....................................... PLAINTIF (No.Daftar: PTG.NS.13/88/3/4/63) DAN Alexander Vareed Charles ............................................................. DEFENDAN (No. K/P: 410119-71-5137) 1. Latar Belakang 1. Plaintif ialah satu perbadanan pengurusan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 59 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] bagi mengurus dan menyelenggara kawasan bersama kondominium yang dikenali sebagai Kondominium MVV. 2. Defendan merupakan pemilik berdaftar bagi Unit A-A-01-04 di kondominium tersebut. Berdasarkan rekod Plaintif, Defendan tidak pernah menjelaskan sebarang bayaran caj penyelenggaraan dan sinking fund sejak memiliki unit berkenaan. 3. Sehingga 30 April 2025, jumlah tunggakan yang terakru adalah sebanyak RM44,836.80. 4. Plaintif telah menyerahkan Borang 20 bertarikh 3 Mei 2024 kepada Defendan selaras dengan Seksyen 78(1) Akta 757 dan Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2015, menuntut bayaran tunggakan tersebut. Walau bagaimanapun, Defendan masih gagal membuat bayaran. 5. Plaintif kemudiannya memfailkan tindakan ini dan seterusnya memohon penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 atas alasan tiada isu yang memerlukan perbicaraan. 2. Prinsip Undang-Undang 6. Tujuan Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah untuk membolehkan Mahkamah memberikan penghakiman terus kepada Plaintif tanpa perbicaraan apabila tiada pertikaian sebenar terhadap fakta material. 7. Dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail [1992] 1 MLJ 400, Mahkamah Agong menegaskan bahawa defendan yang ingin menentang permohonan O.14 bukan hanya perlu menunjukkan wujudnya isu, ia juga mesti menunjukkan wujudnya isu yang perlu dibicarakan. 3. Isu-Isu Yang Dihujahkan (i) Isu Had Masa 8. Defendan berhujah bahawa tuntutan Plaintif adalah terhalang oleh Seksyen 6 Akta Had Masa 1953, kerana caj yang dituntut melebihi tempoh enam (6) tahun. 9. Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Defendan. Rekod akaun yang dikemukakan oleh Plaintif menunjukkan bahawa akaun penyelenggaraan adalah satu akaun berjalan (running account) yang dikemaskini dari masa ke masa, di mana caj bulanan ditambah dan bayaran (jika ada) dikreditkan secara berterusan dalam satu penyata yang sama. 10. Prinsip ini telah dijelaskan dengan baik dalam kes Ekuiti Setegap Sdn Bhd v Plaza 393 Management Corporation [2018] 3 MLRA 342, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tuntutan oleh perbadanan pengurusan terhadap pemilik unit berhubung caj penyelenggaraan adalah tidak dihalang oleh had masa, kerana ia berasaskan kepada satu running account yang berterusan selagi caj bulanan terus dikenakan dan akaun tidak ditutup. 11. Dalam kes tersebut, Mahkamah menyatakan bahawa setiap caj penyelenggaraan bukanlah tuntutan berasingan yang terpisah bagi setiap bulan, tetapi sebahagian daripada satu akaun berterusan di bawah tanggungjawab statutori pemilik untuk membayar caj penyelenggaraan. 12. Selaras dengan prinsip itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan juga bersifat running account, dan oleh itu tidak dihalang oleh Akta Had Masa 1953. (ii) Isu Tribunal Pengurusan Strata 14. Defendan membangkitkan bahawa Plaintif pernah memfailkan tuntutan di Tribunal Pengurusan Strata (TPS). 15. Plaintif menjelaskan bahawa kes tersebut telah dibatalkan pada 8 Ogos 2025 kerana ketidakhadiran Plaintif, dan tiada keputusan muktamad diberikan mengenai merit tuntutan. 16. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa pembat
- Version
- Alasan Penghakiman 1
- Published
- 21 Nov 2025
- Source ID
- 14d5fac3-2a60-4914-8134-995b6510498f