defendan gagal menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada plaintif seperti Penyata Akaun Akhir. [4] Dari semasa ke semasa plaintif telah memaklumkan kepada defendan bahawa terdapat percanggahan di dalam penyata akaun di mana pembayaran yang dibuat tidak dimasukkan ke dalam penyata malah disenaraikan sebagai terhutang. [5] Aduan pertama penyelewengan , setakat 24.10.2010 jumlah wang yang dikatakan terlibat dalam penyelewengan adalah RM57,800.00. [6] Kemudian aduan kedua melibatkan penyelewengan adalah sebanyak RM52,501.96 setakat 26.9.2011. [7] Selain itu, plaintif mendapati ada satu lagi penyelewengan melibatkan wang sebanyak RM8139.93. [8] Lanjutan dari penyelewengan ini , defendan diminta untuk memberikan penjelasan terperinci. Walaubagaimanapun defendan gagal berbuat demikian. Lalu pada 26.9.2011 plaintif membuat laporan polis untuk menuntut sejumlah RM188,131.36 dari defendan. [9] Pada 17.8.2012 defendan memulangkan wang sebanyak RM28,943.86 kepada plaintif sebagai penyelesaian penuh. [10] Pada 28.9.2013, plaintif memaklumkan kepada defendan bahawa defendan masih lagi gagal untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan, penyata pembukaan akaun, akaun pengurusan bulanan plaintif sehingga 31.12.2009. S/N eUDE4oDbvUj5xi1ucXxg [11] Oleh kerana tindakan defendan yang tidak memberikan kerjasama kepada plaintif maka kesemua kes-kes frod dan penyelewengan yuran pengurusan dan sinking fund serta lain-lain jumlah oleh defendan hanya dapat dikenal pasti secara piece meal oleh defendan pada tahun 2021 oleh jawatankuasa plaintif yang telah dilantik melalui Mesyuarat Agong Tergempar pada bulan September 2019. [12] Pada 21.8.2024, Plaintif memfailkan tuntutan ini terhadap defendan menuntut wang sejumlah RM148,061.07 dan kos serta faedah pada atas penyelewengan tersebut PEMBELAAN DEFENDAN [13] Hasil siasatan oleh adjuster Defendan, Defendan telah membuat akaun pelarasan dan menyerahkan kepada Plaintif. Defendan telah membayar kepada Plaintif dengan dua kali bayaran, seperti berikut RM23,096.16 dan RM28,943.86 berjumlah RM52,040.02. [14] Sesalinan surat Plaintif bertarikh 21.11.2009 dan 17.8.2012 berserta Saliran cek dan akaun pelarasan dilampirkan di dalam afidavit . [15] Atas penamatan tersebut, Defendan telah membuat serahan ("hand over") yang sebaiknya kepada Plaintif dan menyerahkan penyata akaun dan/atau audit setakat tahun kewangan berakhir 31.12.2009 untuk kelulusan pihak Plaintif selakat pengetahuan dan kepercayaan Defendan, sekitar pada bulan Januari 2010. [16] Di perenggan 29, pihak Plaintif memplidkan bahawa Plaintif telah membuat laporan polis bertarikh 26.9.2011 ke atas penyelewengan tersebut dan pihak adjuster telah habis siasatan dan Defendan membuat pembayaran jumlah RM 52,040.02 kepada Plaintif. [17] Defendan tidak boleh diarahkan untuk memberikan butir. butir dan/ atau mengesahkan berkenaan penyata akaun berakhir pada 31.12,2009 dan lain-S/N eUDE4oDbvUj5xi1ucXxg lain tuntutan di sini kerana perkara ini telah 15 tahun berlalu , dan jika dilihat dari tarikh bayaran yang terakhir dibuat pada 17.8.2012 di atas, telah 12 tahun berlalu barulah Plaintif memfailkan tindakan ini dan di mana Defendan tidak lagi memegang apa-apa rekod. [18] Tuntutan Plaintif di sini telah di had masa dan Defendan adalah diperjudikan dengan tuntutan ini kerana dokumen-dokumen sudah dilupuskan dan/atau tiada dalam pegangan Defendan. ANALISA DAN DAPATAN Bilakah kausa tindakan bermula [19] Plaintif telah menyedari mengenai apa yang didakwa sebagai frod ini seawal tahun 2009 dan telah mengambil tindakan dengan tidak menyambung perkhidmatan plaintif menguruskan kondominium tersebut. [20] Isu berkaitan dengan pecah amanah ini telah timbul sejak seawal April 2009 di mana melalui surat bertarikh 12.4.2009, plaintif telah menulis surat kepada defendan membangkitkan mendakwa staf defendan bernama Wazna @ Wawa telah menyeleweng duit kutipan. Ini diikuti dengan penamatan perkhidmatan defendan melalui surat plaintif bertarikh 1.12.2009. [21] Susulan dari aduan yang dibuat oleh plaintif, selepas defendan membuat siasatan terhadap keraninya. Pihak defendan juga telah membuat laporan polis terhadap kerani defendan yang bertanggungjawab mengubah resit bagi duit yuran yang dibayar oleh pemilik kondominium tersebut. [22] Plaintif juga telah menerima pembayaran dari defendan bagi duit yang dikatakan telah di seleweng di mana sejumlah RM RM52,040.02. telah dibayar oleh defendan. [23] Melalui surat bertarikah 21.12.2009 plaintif mengaku janji untuk membuat pembayaran dua bulan yuran pengurusan dalam masa 14 hari selepas selesai S/N eUDE4oDbvUj5xi1ucXxg proses serahan pengurusan kepada pihak pengurusan baru yang telah dilantik oleh plaintif. [24] Pada 24.7.2010 plaintif mengeluarkan satu surat lagi kepada defendan menyatakan terdapat discrepancies ataupun perbezaan jumlah kutipan wang pengurusan semasa ia di bawah pengurusan defendan. [25] Dari naratif yang dibawa oleh pihak plaintif sendiri jelas bahawa insiden-insiden penyelewengan yang didakwa telah berlaku pada tahun 2009. Ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen berikut: