Schedule
Jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan bahagian 2 Akta Relief Spesifik 1950 serta kes R Ramachandran v. The Industrial Court of Malaysia & anor [1997] 1 MLJ 145. [16] Berhubung bantahan awal ini, Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], memperuntukkan dalam seksyen 121 seperti berikut: “121. (1) A party to the proceedings of the Tribunal may, upon notice to the other party and to the Tribunal, apply to the High Court challenging an award in the proceedings on the ground of serious irregularity affecting the awards. (2) If there is shown to be serious irregularity affecting the award, the High Court may— (a) remit the award to the Tribunal, in whole or in part, for reconsideration; or (b) set the award aside in whole or in part. (3) For the purpose of this section, “serious irregularity” means an irregularity of one or more of the following kinds which the court considers has caused substantial injustice to the applicant: (a) failure by the Tribunal to comply with section 113; (b) failure of the Tribunal to deal with all the relevant issues that were put to it; or (c) uncertainty or ambiguity as to the effect of the award.” [17] Manakala seksyen 113 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] pula memperuntukkan: “113. The Tribunal shall act fairly and impartially as between the parties, giving each party a reasonable opportunity of presenting his case and dealing with that of his opponent.” [18] Berdasarkan subseksyen 121(2) Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], mahkamah ini berpandangan bahawa mahkamah ini boleh memerintahkan pengerusi lain untuk mendengar semula tuntutan pemohon, tertakluk kepada seksyen 113 Akta Pengurusan Strata 2013. Seksyen 113 Akta Pengurusan memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah bertindak secara adil dan saksama. [19] Dalam kes ini, mahkamah mendapati tiada serious irregularity sepertimana dalam seksyen 121 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] bagi membolehkan mahkamah ini memerintahkan kes ini didengar oleh pengerusi lain. [20] Sehubungan itu, mahkamah ini berpandangan bahawa bantahan awal ini boleh ditolak. [21] Pihak pemohon berhujah bahawa responden pertama telah melakukan kesilapan dan kekhilafan undang-undang dan bertindak melampaui bidang kuasa dengan memberikan Keputusan Tribunal tersebut apabila wujudnya ketidakpatuhan yang substantif kepada peruntukkan-peruntukkan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] dan Peraturan 2015. [22] Menurut pemohon, keputusan responden pertama tersebut adalah tidak rasional dan telah dicemari oleh ketidakteraturan serius apabila responden pertama dalam menolak tuntutan pemohon. Pemohon berhujah bahawa responden pertama gagal menghargai dan/atau memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada fakta-fakta yang begitu ketara bahawa terdapatnya ketidakpatuhan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] dan Peraturan 2015. Pemohon dikatakan telah diprejudiskan oleh keputusan responden pertama tersebut oleh sebab satu precedent atau duluan telah dibuat di mana responden kedua tidak perlu mematuhi peruntukkan-peruntukkan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] dan Peraturan 2015. [23] Pemohon berhujah bahawa menurut peruntukkan-peruntukkan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] dan Peraturan 2015, seseorang pemilik hartanah berstrata/petak unit strata tidak dibenarkan untuk melakukan apa-apa kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan bertulis terdahulu perbadanan pengurusan. Dalam kes ini perbadanan pengurusan merupakan pemohon. [24] Undang-Undang Kecil 11 dalam Jadual Ketiga Peraturan 2015 memperuntukkan bahawa seseorang pemilik hartanah berstrata/petak unit strata tidak boleh mengubah rupa, kod warna dan fasad mana-mana bahagian luar petaknya tanpa kelulusan daripada perbadanan pengurusan: “11. Appearance, façade and color of the exterior of parcel A proprietor shall not change the appearance, color code, and façade to any part on the exterior of his parcel without the prior written approval of the management corporation and, where necessary, the approval of the appropriate authority.” [25] Manakala Undang-Undang Kecil 27(1) dalam Jadual Ketiga Peraturan 2015 turut memperuntukkan bahawa sebarang kerja-kerja pengubahsuaian pada petak tidak boleh dijalankan oleh pemilik tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terdahulu daripada perbadanan pengurusan: “27. Renovation works and repairs (1) A proprietor shall not carry out any renovation works to his parcel without first obtaining a prior written approval from the management corporation and, when necessary, from the appropriate authority” [26] Responden kedua pula berhujah bahawa beliau tidak merubah mana-mana reka bentuk dalaman rumah (“interior house design”) atau mengingkari terma-terma Perjanjian Jual Beli bertarikh 1 Jun 2016 tersebut. [27] Menurut responden kedua, beliau telah menukar pintu masuk pagar kerana ia telah rosak dan tidak dapat dikunci. Selain itu, responden kedua juga telah menukar pintu pagar balkoni (“balcony railing gate”) kerana khuatir akan keselamatan kanak-kanak kecil di rumah yang suka bermain di tepi balkoni tersebut. Oleh itu, pertukaran balkoni telah dilakukan atas dasar keselamatan kanak-kanak kecil yang berada di rumah. [28] Selain itu, atas keselamatan kanak-kanak kecil juga, responden kedua telah menukar dan membetulkan pintu masuk rumah yang telah rosak dan pintu pagar balkoni tersebut. [29] Responden kedua berhujah beliau telah pun menyampaikan niatnya untuk menukar pintu masuk pagar kepada pengurusan namun pihak pengurusan tidak pernah membantah terhadap permohonan responden kedua tersebut. [30] Tambahan pula, pihak pengurusan telah memberikan “permission pass” kepada kontraktor responden kedua untuk menjalankan kerja-kerja tersebut [Salinan “permission pass” dilampirkan di eksibit A Afidavit Jawapan Responden Kedua]. Ini menunjukkan pihak pengurusan tidak membantah terhadap kerja-kerja pengubahsuaian tersebut dan deposit untuk kerja-kerja renovasi turut telah diserahkan kepada pihak pengurusan yang masih belum dikembalikan kepada responden kedua. [31] Fakta kes di hadapan mahkamah ini menunjukkan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian telah pun dilakukan sebelum penubuhan pemohon. Responden kedua telah pun memaklumkan pihak pengurusan pada ketika itu berhubung kerja-kerja pengubahsuaian. Namun, tiada “stop work” order yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan. [32] Fakta juga menunjukkan bahawa semasa kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan, pemohon sebagai Perbadanan Pengurusan belum ditubuhkan lagi. Walaupun pemohon mengetahui berhubung kerja-kerja pengubahsuaian, namun tuntutan difailkan di responden pertama setelah hampir 2 tahun. [33] Mahkamah ini mendapati bahawa pemohon mahupun pengurusan sebelum ini mempunyai pengetahuan berhubung pengubahsuaian dan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 2019. [34] Tambahan pula, mahkamah ini mendapati notis untuk pengubahsuaian telah pun diberikan kepada pihak pengurusan dan pihak pengurusan sendiri telah membenarkan kontraktor menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut. [35] Pada pandangan mahkamah ini, kelakuan pemohon dan/atau pihak pengurusan yang tidak membantah atau mengambil tindakan terhadap responden kedua pada ketika itu terjumlah kepada persetujuan (acquiescense) terhadap kerja-kerja pengubahsuaian oleh responden kedua. [36] Berhubung perkara ini, dalam kes Boustead Trading (1985) Sdn Bhd v. Arab-Malaysian Merchant Bank Bhd [1995] 3 MLJ 331, mahkamah telah menyatakan: “If one party by his conduct, leads another to believe that the strict rights arising under the contract will not be insisted upon, intending that the other should act on that belief, and he does act on it, then the first party will not afterwards be allowed to insist on strict legal rights when it would be inequitable for him to do so.” [37] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Ahmad Azam Mohamad Salleh & Ors v. Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia & Ors [2004] 6 MLRH 216 yang mana mahkamah telah menyatakan: “Thus, the central issue in this application is whether or not ‘the result of the inspection and written order’ of the second respondent is reviewable by way of judicial review. It is trite law that in dealing with matters relating to the exercise of discretion by a public body, the power of the High Court to interfere in each case is not as an appellate authority to override a decision of the local authority but as a judicial authority to see whether the local authority had contravened the law. (See Harpers Trading (M) Sdn Bhd v National Union of Commercial Workers [1991] 1 MLJ 417; Mohd Yusof bin Mohamed v Kerajaan Malaysia & Anor [1999] 5 MLJ 286).” [Emphasis added] Kesimpulan [38] Atas sebab-sebab yang telah dinyatakan, mahkamah ini berpuas hati tiada illegality, irrationality, procedural impropriety or disproportionality dalam permohonan semakan kehakiman ini. Oleh itu, mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ini dengan kos sebayak RM3,000.00 kepada responden kedua tertakluk kepada alokator. Tarikh: 12 Ogos 2024 (SHAHNAZ BINTI SULAIMAN) Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya, Shah Alam Peguamcara: Pihak Pemohon: Reno Nga Chee Leang Tetuan NGA Chambers Advocates & Solicitors B-29-05, Residensi Rabung KL Timur (The Ridge KL East), No. 5, Persiaran Melati Kuarza, 53100 Kuala Lumpur info@ngachambers.com.my +6 014 309 3091 Pihak Responden: Revathi Kannan Tetuan Revathi & Partners Advocates & Solicitors No. 1-11, Jalan Cenuk 2, Prima Avenue 3, Batu 10, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor revathipartners@gmail.com +6 03 8082 2789