Lampiran
Lampiran 13 kerana Defendan menyatakan tindakan ini adalah tidak sah, tanpa asas, cacat, tidak munasabah, telah melebihi had masa dan salah disisi Undang-Undang. [3] Setelah meneliti permohonan Plaintif di Lampiran 10 serta permohonan Defendan di Lampiran 13, bersama-sama dengan Afidavit-Afidavit dan Hujahan-hujahan Bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 10 dengan kos sebanyak RM2,000.00 dan menolak permohonan Defendan di Lampiran 13 tanpa perintah terhadap kos. [4] Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw B. RINGKASAN TUNTUTAN PLAINTIF [1] Plaintif merupakan Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 06) yang mempunyai alamat perniagaan di Aras 11, 12C, 15, 16, 17, 18, 19 dan 27, Menara Dato; Onn, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre), No. 45, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Defendan Pertama adalah seorang peminjam dan Defendan Kedua merupakan seorang penjamin. Kedua-dua Defendan mempunyai alamat penyampaian yang sama iaitu di No. 32, Jalan TK 4/4B, Seksyen 4, Taman Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. [2] Pada 27 Jun 2016, Defendan Pertama telah memohon untuk suatu Pinjaman Latihan Kemahiran daripada Plaintif iaitu Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (dahulunya dikenali sebagai Bahagian Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia). Plaintif melalui Surat Tawaran bertarikh 25 Mei 2016 meluluskan suatu Pinjaman Latihan Kemahiran Sepenuh/Separuh Masa kepada kedua-dua Defendan sebanyak RM10,750.00 bagi membolehkan Defendan Pertama menampung kos latihan kemahiran di Kolej Megatech bagi tempoh bermula 16 Mei 2016 sehingga 15 Mei 2017. S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw [3] Oleh yang demikian, suatu Perjanjian Pinjaman Latihan Kemahiran telah ditandatangani pada 1 Julai 2016 antara Plaintif dan Defendan Pertama sebagai peminjam dan Defendan Kedua sebagai penjamin kepada Defendan Pertama. Justeru, pihak Plaintif dan Defendan-Defendan mempunyai hubungan kontrak Perjanjian Pinjaman Latihan Kemahiran. [4] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah wang sejumlah RM 12,058.08 setakat 24/5/2024, yang perlu dibayar bagi suatu kemudahan pinjaman latihan kemahiran yang diberikan kepada Defendan pertama. Klausa 12(a) Perjanjian Pinjaman Tersebut menjelaskan bahawa, kausa tindakan bermula dari tarikh tuntutan dibuat oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan bagi pembayaran balik Pinjaman tersebut. [5] Plaintif telah menghantar suatu Notis Peringatan Tindakan Undang-Undang kepada Defendan Pertama pada 26-02-2019 (pohon dirujuk Ekshibit MFM-3 Afidavit Balasan Plaintif [Kandungan 21]). Seterusnya, pihak Plaintif melalui Peguamcaranya Tetuan Vas & Co telah menghantar Notis Tuntutan yang bertarikh 14-04-2023 kepada Defendan-Defendan untuk menuntut pembayaran baki yang tertunggak bagi Pinjaman tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Notis tersebut. Maka, tempoh 6 tahun daripada tarikh S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw 26-02-2019 adalah pada 26-02-2025 dan bukanlah dari Tarikh Perjanjian ditandatangani oleh Plaintif bersama Defendan Pertama sebagai Peminjam dan Defendan Kedua sebagai Penjamin Defendan Pertama. C. PRINSIP UNDANG-UNDANG [6] Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut: “1. Permohonan oleh plaintif untuk penghakiman terus (A. 14 k. 1) (1) Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan dan defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, plaintif boleh, atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntuan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apa-apa ganti rugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap defendan itu.” [7] Di dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa; S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw “In the instant case, the Court of Appeal had put the burden on the plaintiff to prove his case in an O. 14 application. With respect, that could not be the correct proposition of law. In an application under O. 14 RHC, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: (i) that the defendant must have entered an appearance; (ii) that the statement of claim must have been served on the defendant; and (iii) that the affidavit in support must comply with r. 2 of O. 14 RHC in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent's belief that there is no defence to the claim. Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues. The law on this is trite (National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd folld)” [8] Dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail Ali & Ors [1992] 1 CLJ (rep) 14 telah diputuskan bahawa Penghakiman Terus tidak wajar dibenarkan sekiranya terdapat isu-isu yang layak dibicarakan telah dibangkitkan oleh pihak Defendan. Mahkamah Agung menyatakan seperti berikut: “In our views, basic application under O.14 made by the Plaintiff for summary judgment without trial, the general principles established are that the Plaintiff has to satisfy the S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw court that the Defendant plainly and obviously has no defence to the Plaintiff’s claim or part of the Plaintiff’s claim. If the Plaintiff is able to satisfy the court, then summary judgment should be entered in the Plaintiff’s favour. On the other hand, if the Defendant cab show that there is a serious conflict of material facts as disclosed in the opposing affidavits, or there is otherwise a triable issue worthy of judicial investigation in the trial of the action, or there is an important and difficult point of law requiring further and mature consideration at the trial, summary judgment should be refused”. [9] Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut:- “19. Striking out pleadings and endorsements (O. 18 r. 19) (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that- (a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be; (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw (c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be. (2) No evidence shall be admissible on an application under subparagraph (1)(a). (3) This rule shall, as far as applicable, apply to an originating summons as if it were a pleading.” D. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH DEFENDAN [10] Defendan telah menyatakan tuntutan Plaintif sebagai satu tuntutan yang tidak sah, tanpa asas, melebihi had masa, cacat, tidak munasabah dan salah di sisi Undang-Undang. [11] Defendan melalui Lampiran 13 memohon kepada Mahkamah untuk membatalkan Tuntutan Plaintif di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. E. DAPATAN MAHKAMAH [12] Mahkamah telah mempertimbangkan kesemua prinsip dan syarat-syarat di bawah Aturan 14 KKM 2012 dan mendapati Plaintif telah memenuhi ketiga-tiga syarat iaitu: S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw i. Defendan-Defendan telah memasukkan kehadiran melalui Memorandum Kehadiran yang telah difailkan di Mahkamah pada 25 Jun 2024; ii. Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan serta telah disahkan penerimaan oleh Defendan-Defendan; dan iii. Afidavit Sokongan di Lampiran 11 yang menyokong Notis Permohonan ini (Lampiran 10) untuk Penghakiman Terus telah mematuhi Aturan 14 Kaedah 2(1) KKM 2012 [13] Sebaik sahaja prasyarat di atas telah dipenuhi, Plaintif telah mewujudkan kes prima facie dan berhak kepada penghakiman. Beban kini telah beralih kepada Defendan untuk membuktikan bahawa wujudnya triable issues dalam kes ini. Jika Defendan berjaya membangkitkan walaupun satu isu yang boleh dibicarakan, maka ia tidak akan menjadi kes yang sesuai dan wajar untuk memerintahkan penghakiman terus. (Mahkamah Persekutuan dalam kes National Company Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300) S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw i. Tuntutan Plaintif sebagai satu tuntutan yang tidak sah, tanpa asas, melebihi had masa, cacat, tidak munasabah dan salah di sisi Undang-Undang [14] Berdasarkan pada Pernyataan Tuntutan Plaintif, Mahkamah mendapati bahawa segala fakta material berkenaan tuntutan Plaintif telah diplidkan iaitu pinjaman wang sebanyak RM 12,058.08 setakat 24/5/2024 oleh Defendan telah dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan dan juga Afidavit Sokongan Plaintif. [15] Selain itu, kewujudan Perjanjian Pinjaman Latihan Kemahiran yang telah ditandatangani pada 1 Julai 2016 antara Plaintif dan Defendan Pertama sebagai peminjam dan Defendan Kedua sebagai penjamin kepada Defendan Pertama mengikat pihak-pihak dalam kes ini. Maka Mahkamah mendapati isu tuntutan tidak sah, tidak munasabah, cacat dan tanpa asas yang dibangkitkan Defendan adalah tidak bermerit. [16] Berkenaan hujahan Defendan bahawa tuntutan Plaintif melebihi had masa 6 tahun sepertimana diperuntukkan bawah Akta Had Masa 1953, mahkamah ini merujuk Klausa 12(a) Perjanjian Pinjaman Tersebut yang menjelaskan bahawa, kausa tindakan bermula dari tarikh tuntutan dibuat oleh Plaintif terhadap Defendan-S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw Defendan bagi pembayaran balik Pinjaman tersebut. Kausa tindakan Plaintif hanya bermula apabila Plaintif mengemukakan surat tuntutan di mana dalam kes ini Plaintif membuat dua (2) kali tuntutan terhadap Defendan sebelum kes dibawa ke Mahkamah iaitu pertamanya suatu Notis Peringatan Tindakan Undang-Undang kepada Defendan Pertama pada 26-02-2019 dan Notis Tuntutan Kedua melalui Peguamcara Tetuan Vas & Co bertarikh 14-04-2023. [17] Maka, tempoh 6 tahun dikira daripada tarikh 26-02-2019 (Tarikh Notis Tuntutan Pertama) dan bukanlah dari Tarikh Perjanjian ditandatangani oleh Plaintif bersama Defendan Pertama sebagai Peminjam dan Defendan Kedua sebagai Penjamin Defendan Pertama. Tuntutan Plaintif hanya akan terhalang oleh Akta Had Masa 1953 sekiranya ianya difailkan selepas 26-02-2025. Plaintif telah memfailkan tuntutan bagi kes ini pada 30 Mei 2024, justeru tuntutan Plaintif tidak melebihi had masa dan tidak salah di sisi undang-undang. F. KESIMPULAN [18] Beban pembuktian adalah terletak pada Defendan untuk mempertikaikan tuntutan Plaintif dengan mengutarakan isu-isu untuk dibicarakan dalam permohonan ini. Walaubagaimanapun, setelah Mahkamah menilai keseluruhan isu-isu daripada pihak S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw Defendan, Mahkamah mendapati ianya bukan isu-isu yang perlu dibicarakan dan hanya merupakan penafian dan “afterthought” (pemikiran terkemudian). Oleh itu, Mahkamah telah membenarkan Lampiran 10 dengan kos sebanyak RM2,000.00 dan menolak Lampiran 13 tanpa perintah terhadap kos. BERTARIKH PADA 20 MEI 2025 Disediakan oleh ..........................T.T............................ ZUR AZUREEN BINTI ZAINALKEFLI MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET 5 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN Kaunsel Bagi pihak Plaintif/Responden Tetuan Vas & Co No. 14-1, Jalan Remia 5/KS6, Bandar Botanic 41200 Klang, Selangor [Ref. No.: VC-5/PTPK/192/23] Bagi pihak Defendan/Perayu Tetuan Rammo Associate No.14-1, Jalan TK 4/4D, Seksyen 4, Taman Kinrara 47100 Puchong, Selangor [Ruj: RM/Ragunath-Parvati-PTPK/Lit/250624] S/N c2GsNh/BsUGxpmaVmwfgzw