Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA WRIT SAMAN NO. 22A-680-2011 ANTARA PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (No. Syarikat: 221057-V) … PLAINTIF
22A-680-2011
High Court of Malaysia18 Jul 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“peal to provide an exhaustive list of what is considered to be sufficient reason. In the instant case, the fact that the application was made within the 12-year period as prescribed by s. 6(3) of the Limitation Act 1953 was not a sufficient ground for the granting of leave as the right to sue on a judgment is distinct”
“h berpuas hati kelengahan Plaintif melaksanakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan adalah disebabkan alasan yang munasabah (lihat Tio Chee Hing v. Chung Khiaw Bank Ltd. [1982] CLJ Rep 352; [1982] CLJ 23B; [1981] 1 MLJ 227; Perwira Affin Bank Malaysia Bhd. v. Golden Produce Sdn. Bhd. [1997] 3 CLJ Supp. 365).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA WRIT SAMAN NO. 22A-680-2011 ANTARA PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (No. Syarikat: 221057-V) … PLAINTIF
1
SCOPELINK (M) SDN. BHD. (No. Pendaftaran Syarikat: 222747-M)
2
TAHIR BIN JAAFAR (No. K/P: 560625-71-5045)
3
ROHAYA BINTI MOHD (No. K/P: 550111-11-5050)
4
MOHAMAD AZMI BIN ABD KARIM (No. K/P: 621010-06-5329) … DEFENDAN-DEFENDAN DI HADAPAN YA KHADIJAH BINTI IDRIS PESURUHJAYA KEHAKIMAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Melalui perintah yang dibuat pada 7 Jun 2018, Penolong Kanan Pendaftar (PKP) telah menolak permohonan Plaintif untuk kebenaran di bawah Aturan 46 kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM 2012) bagi mengeluarkan suatu writ pelaksanaan berhubung dengan 2 penghakiman ingkar yang diperoleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat. Tidak berpuas hati dengan keputusan PKP, Plaintif telah merayu kepada Hakim Dalam Kamar. [2] Setelah menimbangkan keterangan afidavit dan hujah Plaintif, mahkamah ini menolak rayuan Plaintif dan mengekalkan keputusan PKP. Alasan berhubung dengan penolakan rayuan Plaintif dinyatakan di bawah ini. Latarbelakng kes [3] Turutan peristiwa yang berlaku secara kronologi adalah seperti berikut – 3 Bil. Tarikh
1
15 July 2011 Plaintif memfailkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat. Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah kemungkiran Defendan Pertama terhadap terma Perjanjian Kemudahan Kewangan Bai Murabahah mengenai kemudahan pembiayaan yang diberikan oleh Palintif kepada Defendan Pertama. Manakala kausa tindakan terhadap Defendan Kedua hingga Keempat adalah kemungkiran Defendan Kedua hingga Keempat terhadap Perjanjian Jaminan bertarikh 15 November 2006 di mana Defendan Kedua hingga Keempat telah bersetuju untuk menjamin secara bersesama dan berasingan pembayaran balik keseluruhan jumlah yang harus dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif di bawah Perjanjian Kemudahan Kewangan Bai Murabahah. 11 Ogos 2011 Penghakiman Ingkar Kehadiran dimasukkan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Keempat (Penghakiman 11 Ogos 2011). 15 November 2011 Penghakiman Ingkar Kehadiran dimasukkan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga (Penghakiman 15 November 2011). 6 Mac 2014 Penghakiman 11 Ogos 2011 dipinda semula (Penghakiman 11 Ogos 2011 Dipinda Semula). 6 Mac 2014 Penghakiman 15 November 2011 dipinda semula (Penghakiman 15 November 2011 Dipinda Semula). 4 Bil. Tarikh Peristiwa 27 Mac 2013 Surat Plaintif kepada Defendan-Defendan menawarkan cadangan pembayaran balik secara bulanan sebanyak RM 5000.00 sebulan. 10 Ogos 2017 Tempoh penguatkuasaan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Pertama dan Defendan Keempat tamat. 14 November 2917 Tempoh penguatkuasaan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tamat. 30 April 2018 Notis Minta Kebenaran Untuk Mengeluarkan Pelaksanaan (ex parte) difailkan oleh Palintif (Permohonan Untuk Kebenaran) di bawah Aturan 46 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). 7 Jun 2018 PKP menolak Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif. [4] Berdasarkan Penghakiman 11 Ogos 2011 Dipinda Semula, penghakiman yang diperoleh terhadap Defendan Pertama dan Defendan Keempat adalah RM 5,224,358.08 setakat 17 Februari 2011 dan pampasan pada kadar 1% setahun di atas jumlah prinsipal dan keuntungan yang tertunggak iaitu RM 5,145,869.06 (setakat 17 Februari 2011) dikira dari 18 Februari 2011 sehingga tarikh penghakiman. 5 [5] Berdasarkan Penghakiman 15 November 2011 Dipinda Semula, penghakiman yang diperoleh terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah RM 5,224,358.08 setakat 17 Februari 2011 dan pampasan pada kadar 1% setahun di atas jumlah prinsipal dan keuntungan yang tertunggak iaitu RM 5,145,869.06 (setakat 17 Februari 2011) dikira dari 18 Februari 2011 sehingga tarikh penghakiman. [6] Penghakiman 11 Ogos 2011 Dipinda Semula dan Penghakiman 15 November 2011 Dipinda Semula selepas daripada ini dirujuk secara bersesama sebagai “Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan”. Alasan Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif [7] Melalui afidavit sokongan (Kandungan 39) untuk Permohonan Untuk Kebenaran, Plaintif menyatakan seperti berikut –
a
Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat gagal untuk mematuhi bayaran bulanan yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kali terakhir bayaran balik yang dibuat oleh Defendan-Defendan adalah pada akhir Disember 2017. Plaintif masih ingin meneruskan 6 prosiding pelaksanaan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat.
b
Plaintif berhasrat untuk meneruskan tindakan undang-undang dengan memfailkan petisyen penggulungan terhadap Defendan Pertama dan notis kebankrapan terhadap Defendan-Defendan Kedua hingga Keempat untuk mendapatkan baki hutang.
c
kelewatan Plaintif untuk meneruskan pelaksanaan terhadap Defendan-Defendan adalah tidak disengajakan.
d
Plaintif telah beberapa kali memberi peluang kepada Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat untuk membayar baki hutang namun masih tiada sebarang tindakan dan / atau usaha yang dilakukan oleh Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat. [8] Selanjutnya Plaintif berhujah PKP telah khilaf apabila menolak Permohonan Untuk Kebenaran atas isu-isu teknikal semata-mata tanpa menghakimi prinsip keadilan substantif dan merit Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif. Isu-isu teknikal tersebut adalah – 7
a
Afidavit menyokong (Kandungan 39) Permohonan Untuk Kebenaran tidak dinyatakan tarikh deponen mengikrarkan afidavit tersebut.
b
Notis Minta Kebenaran Untuk Mengeluarkan Pelaksanaan (ex parte) Plaintif gagal memenuhi format yang ditetapkan sepertimana dalam Borang 88 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).
c
Plaintif gagal mengemukakan jumlah hutang yang tertunggak setakat tarikh pemfailan Permohonan Untuk Kebenaran pada 30 April 2018. Keputusan PKP [9] Berdasarkan nota prosiding dicatatkan oleh PKP pada 7 Jun 2018, Permohonan Untuk Kebenaran ditolak atas alasan-alasan berikut –
a
Plaintif gagal menyatakan jumlah terhutang setakat tarikh Permohonan Untuk Kebenaran difailkan pada 30 April 2018. Amaun terhutang yang dinyatakan dalam afidavit sokongan adalah setakat 18 Januari 2018. 8
b
Notis Minta Kebenaran Untuk Mengeluarkan Pelaksanaan (ex parte) Plaintif gagal memenuhi format yang ditetapkan sepertimana dalam Borang 88 KKM 2012. Undang-Undang [10] Aturan 46 kaedah 2 KKM 2012 memperuntukkan suatu writ pelaksanaan untuk menguatkuasakan suatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah jika, antara lainnya, enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau perintah diperoleh. Manakala kaedah 3 pula memperuntukkan mengenai prosedur permohonan untuk kebenaran mahkamah. Aturan 46 kaedah 2 dan 3 KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut –
2
Apabila kebenaran untuk mengeluarkan apa-apa writ pelaksanaan diperlukan (A. 46 k. 2)
1
Suatu writ pelaksanaan untuk menguatkuasakan suatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah dalam hal yang berikut –
a
jika enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;
b
jika apa-apa pertukaran telah berlaku, sama ada disebabkan kematian atau selainnya, pada pihak yang berhak atau bertanggungan pada pelaksanaan di bawah penghakiman atau perintah itu; 9
c
jika penghakiman atau perintah itu ialah terhadap aset orang yang mati yang berpindah ke tangan wasi atau pentadbir pusakanya selepas tarikh penghakiman atau perintah itu, dan diminta dikeluarkan pelaksanaan terhadap aset itu;
d
jika di bawah penghakiman atau perintah mana-mana orang adalah berhak kepada relief tertakluk kepada penunaian mana-mana syarat yang dikatakannya telah ditunaikan; dan
e
jika mana-mana harta alih yang diminta supaya disita di bawah suatu writ pelaksanaan berada di dalam tangan seorang penerima yang dilantik oleh Mahkamah.
3
Permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan writ (A. 46 k. 3)
1
Suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan suatu writ pelaksanaan bolehlah dibuat secara ex parte melalui notis permohonan dalam Borang 88.
2
Suatu permohonan yang sedemikian hendaklah disokong dengan suatu afidavit –
a
yang mengenal pasti penghakiman atau perintah yang berhubung dengan permohonan itu dan, sekiranya penghakiman atau perintah itu ialah untuk pembayaran wang, menyatakan amaun asalnya yang kena dibayar di bawahnya dan amaun yang kena dibayar di bawahnya pada tarikh permohonan itu;
b
menyatakan, jika hal itu termasuk di dalam kaedah 2(1)(a), sebab kelengahan untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu; 10
c
menyatakan, jika hal itu termasuk di dalam kaedah 2(1)(b), perubahan yang telah berlaku pada pihak-pihak yang berhak atau yang boleh dikenakan pelaksanaan sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;
d
menyatakan, jika hal itu termasuk di dalam kaedah 2(1)(c) atau (d), bahawa suatu tuntutan untuk menunaikan penghakiman atau perintah itu telah dibuat terhadap orang yang bertanggungan untuk menunaikannya dan bahawa dia telah enggan atau gagal untuk berbuat demikian; dan
e
memberi apa-apa maklumat lain sebagaimana yang perlu untuk memuaskan hati Mahkamah bahawa pemohon adalah berhak untuk meneruskan pelaksanaan penghakiman atau perintah dalam persoalan dan bahawa orang yang terhadapnya pelaksanaan itu diminta dikeluarkan adalah bertanggungan atas pelaksanaannya. (penekanan ditambah) Keputusan Mahkamah Ketidakpatuhan Aturan 46 kaedah 3 [11] Dalam menangani isu ketidakpatuhan dengan peruntukan dalam KKM 2012, peruntukan yang relevan yang mesti dipertimbangkan oleh mahkamah adalah Aturan 1A dan Aturan 2 KKM 2012 yang masing-masingnya memperuntukkan seperti berikut – 11 1A Mahkamah atau hakim hendaklah memberi perhatian terhadap keadilan Perhatian hendaklah terhadap keadilan (A. 1A) Dalam mentadbir Kaedah-Kaedah ini, Mahkamah atau seorang Hakim hendaklah memberi perhatian pada kepentingan utama keadilan dan tidak hanya kepada ketidakpatuhan teknikal dengan Kaedah-Kaedah ini. 2 Kesan kerana ketidakpatuhan
1
Ketidakpatuhan Kaedah-Kaedah (A. 2 k. 1)
1
Jika, pada memulakan atau bertujuan untuk memulakan apa-apa prosiding atau pada mana-mana peringkat dalam penjalanan atau yang berkaitan dengan apa-apa prosiding, telah berlakunya, oleh sebab apa-apa perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan, yang tidak mematuhi kehendak Kaedah-Kaedah ini, ketidakpatuhan itu akan dikira sebagai suatu ketidakteraturan dan tidaklah membatalkan prosiding itu, apa-apa langkah yang diambil dalam prosiding itu, atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah di dalamnya.
2
Kaedah-Kaedah ini adalah suatu kanun tatacara dan tertakluk kepada objektif utama bagi membolehkan Mahkamah menguruskan kes dengan adil. Pihak-pihak itu dikehendaki untuk membantu Mahkamah bagi mencapai objektif utama ini.
3
Mahkamah atau Hakim boleh, atas alasan bahawa telah berlakunya suatu ketidakpatuhan yang sedemikian sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1), dan atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah atau Hakim, dengan mengambil kira objektif utama Kaedah-Kaedah ini, menjalankan budi bicaranya di bawah Kaedah-Kaedah ini untuk membenarkan apa-apa pindaan, sekiranya ada, untuk dibuat dan membuat apa-apa perintah, sekiranya ada, dalam menguruskan prosiding itu secara umum 12 sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau Hakim untuk membetulkan ketidakteraturan itu. [12] Aturan 46 kaedah 3 KKM 2012 telah memperuntukkan tatacara bagi sesuatu permohonan untuk kebenaran di bawah Aturan 46 kaedah
2
Sehubungan dengan itu –
a
Plaintif boleh membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan suatu writ pelaksanaan secara ex parte melalui notis permohonan dalam Borang 88; dan
b
permohonan Plaintif hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang –
i
mengenal pasti Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan yang ingin dilaksanakan dan menyatakan amaun asalnya yang kena dibayar di bawahnya dan amaun asal yang kena dibayar di bawahnya pada tarikh Permohonan Untuk Kebenaran;
II
(ii) menyatakan sebab kelengahan untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan itu; dan 13
III
(iii) memberi apa-apa maklumat lain sebagaimana yang perlu untuk memuaskan hati Mahkamah bahawa Plaintif adalah berhak untuk meneruskan pelaksanaan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan dan bahawa orang yang terhadapnya pelaksanaan itu diminta dikeluarkan adalah bertanggungan atas pelaksanaannya. [13] Berhubung dengan isu di atas mahkamah ini mendapati –
a
notis Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif iaitu Kandungan 38 sememangnya bukan dalam format notis permohonan dalam Borang 88 KKM 2012. Ini bermakna format Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif tidak mematuhi Aturan 46 kaedah 3 (1).
b
dalam afidavit sokongannya, Plaintif telah mengenal pasti 2 penghakiman yang ingin dilaksanakan terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat. Penghakiman 11 Ogos 2011 Dipinda Semula dan Penghakiman 25 November 2011 Dipinda Semula telah dilampirkan sebagai Ekshibit LHJ-1 dan Ekshibit LHJ-2 masing-masing. Plaintif melalui 14 deponennya telah mengenal pasti dengan spesifik amaun asal yang kena dibayar oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua di bawah Penghakiman 11 Ogos 2011 Dipinda Semula. Plaintif juga telah mengenal pasti dengan spesifik amaun asal yang kena dibayar oleh Defendan Ketiga dan Defendan Keempat di bawah Penghakiman 25 November 2011 Dipinda Semula.
c
Walau bagaimanpun Plaintif tidak menyatakan amaun yang kena dibayar oleh Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat pada tarikh notis Permohonan Untuk Kebenaran difailkan iaitu 30 April 2018. Plaintif hanya menyatakan di perenggan 9 afidavit sokongannya Defendan-Defendan mempunyai baki hutang sebanyak RM 5,241,302.90 dan RM 225.00 sebagai kos tindakan menjadikan jumlah keseluruhan hutang tertunggak adalah RM 5,241,557.90 setakat 18 Januari 2018. [14] Berhubung ketidakpatuhan di atas, mahkamah ini berpendapat ketidakpatuhan sedemikian adalah suatu ketidakteraturan yang tidaklah menyebabkan salah laksana keadilan yang substantial atau 15 menyebabkan prejudis kepada Defendan-Defendan. Alasan mahkamah ini adalah seperti berikut:
a
Walaupun Kandungan 38 iaitu notis Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif tidak dalam format Borang 88 KKM 2012, semakan ke atas Kandungan 38 mendapati maklumat yang dinyatakan dalam Kandungan 38 tersebut adalah jelas dan mencukupi berhubung dengan niat Plaintif untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya Plaintif dibenarkan untuk melaksanakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan selepas 6 tahun penghakiman tersebut diperoleh. Tambahan pula Kandungan 38 menyatakan dengan jelas di bawah Aturan mana di bawah KKM 2012 Permohonan Untuk Kebenaran dibuat. Adalah diperhatikan susunan kata-kata yang terdapat dalam Aturan 46 kaedah 3 adalah – 3(1) Suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan suatu writ pelaksanaan bolehlah dibuat secara ex parte melalui notis permohonan dalam Borang 88. Mahkamah ini berpendapat peruntukan tersebut tidak diniatkan sebagai mandatori supaya Borang 88 digunakan dengan ketat. Adalah memadai sekiranya mana-mana 16 penyataan substantial yang terkandung dalam Borang 88 dinyatakan dengan jelas dalam Kandungan 38. Dalam hal ini rujukan dibuat pada seksyen 62 Interpretation Acts 1948 And 1967 yang memperuntukkan seperti berikut: 62 Deviation from forms Any written law prescribing a form shall be deemed to provide that an instrument or other document purporting to be in that form shall not be invalidated by reason of any deviation from the form if the deviation has no substantial effect and is not calculated to mislead. Sehubungan itu ketidakpatuhan pada Aturan 46 kaedah 3 (1) KKM 2012 adalah bersifat teknikal yang tidak substantial sehingga boleh menyebabkan Permohonan Untuk Kebenaran di Kandungan 38 ditolak in limine. Sepertimana diperuntukkan dalam Aturan 1A KKM 2012, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah kepentingan keadilan. Sehubungan itu mahkamah ini berpendapat objektif untuk mencapai kepentingan keadilan tidak akan dicapai jika Permohonan Untuk Kebenaran ditolak atas alasan ketidakpatuhan teknikal yang tidak substantial. 17
b
Mengenai amaun yang kena dibayar setakat tarikh Kandungan 38 difailkan pada 30 April 2018, adalah sememangnya jelas bahawa Plaintif gagal mematuhi Aturan 46 kaedah 3 (2) (a) KKM 2012. Diperhatikan terdapat jarak hampir 4 bulan antara 18 Januari 2018 dan 30 April 2018. Sungguhpun demikian mahkamah ini berpendapat kegagalan Plaintif menyatakan dengan tepat amaun yang kena dibayar setakat 30 April 2018 adalah suatu ketidakaturan dari aspek teknikal yang tidak substantial. Ketidakaturan sedemikian, pada pendapat mahkamah ini bukanlah satu alasan yang kukuh untuk menolak in limine Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif. Ini adalah kerana hutang yang tertunggak boleh dikenal pasti berdasarkan perkiraan dan kadar yang telah dinyatakan dalam kedua-dua penghakiman yang diperoleh oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Defendan Keempat (lihat kes Tenaga Nasional v. Normala Mohd Yatim & Anor [2017] 1 LNS 1371). [15] Isu substantif yang perlu diputuskan adalah sama ada terdapat merit dalam Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif. Dalam hal ini, bagi membolehkan mahkamah ini menjalankan kuasa budi bicara untuk 18 membenarkan Plaintif melaksanakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan selepas 6 tahun, mahkamah hendaklah berpuas hati kelengahan Plaintif melaksanakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan adalah disebabkan alasan yang munasabah (lihat Tio Chee Hing v. Chung Khiaw Bank Ltd. [1982] CLJ Rep 352; [1982] CLJ 23B; [1981] 1 MLJ 227; Perwira Affin Bank Malaysia Bhd. v. Golden Produce Sdn. Bhd. [1997] 3 CLJ Supp. 365). Oleh itu beban adalah di atas Plaintif untuk membuktikan kelengahannya adalah disebabkan wujudnya alasan yang munasabah. Persoalan sama ada wujudnya alasan munsabah adalah persoalan fakta yang perlu diputuskan berdsasarkan kepada keterangan yang dikemukakan dalam sesuatu kes (Affin Bank Bhd v. Wan Abdul Rahman Wan Ibrahim [2003] 2 MLJ 512). [16] Setelah meneliti keterangan afidavit yang dikemukakan oleh Plaintif melalui afidavit sokongannya, mahkamah ini mendapati Plaintif tidak langsung menerangkan mengenai tindakan yang telah diambil untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan dalam tempoh 6 tahun selepas penghakiman tersebut diperoleh. [17] Plaintif mendakwa di perenggan 12 afidavit sokongan kononnya Plaintif “telah beberapa kali memberi peluang kepada Defendan- 19 Defendan untuk membayar baki hutang namun masih tiada sebarang tindakan dan / atau usaha yang dilakukan oleh Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat”. Nampaknya Plaintif menggunakan peluang yang kononnya diberikan kepada Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat sebagai alasan menyokong Permohonan Untuk Kebenaran. Perlu diingat di sini bahawa memberi peluang sedemikian bukanlah suatu tindakan penguatkuasaan di bawah KKM 2012. [18] Walau apapun, tidak ada keterangan yang jelas yang dikemukakan berkenaan dengan peluang yang dikatakan telah beberapa kali diberikan oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat untuk menyelesaikan hutang di bawah Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan. [19] Keterangan dokumentari yang dikemukakan oleh Plaintif berhubung dengan tawaran penyelesaian yang didakwa dibuat kepada Defendan-Defendan adalah surat Plaintif bertarikh 27 Mac 2013 (Ekshibit LHJ-3 Kandungan 39) kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Merujuk kepada surat bertarikh 27 Mac 2013 tersebut (Surat Plaintif), didapati surat tersebut dibuat atas dasar “TANPA PRASANGKA”. Di perenggan 9 afidavit sokongan Kandungan 39 Plaintif menyatakan Defendan-Defendan telah memungkiri penyelesaian 20 yang ditawarkan kerana gagal untuk membuat sebarang pembayaran kepada Plaintif. Adalah diperhatikan tidak ada bukti dikemukakan bahawa tawaran penyelesaian seperti di Surat Plaintif telah diterima oleh Defendan-Defendan Pertama hingga Defendan Keempat. Ini amat jelas bagi Defendan Kedua dan Defendan Ketiga kerana walaupun nama kedua-dua Defendan tersebut tercatat di bahagian bawah Surat Plaintif dan terdapat ruang untuk tandatangan mereka, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak menurunkan tandatangan mereka untuk mengesahkan persetujuan mereka menerima terma penyelesaian yang ditawarkan oleh Plaintif. Jikapun diandaikan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bersetuju menerima tawaran penyelesaian Plaintif, persetujuan tersebut tidak mengikat Defendan Pertama dan Defendan Keempat. Sungguhpun Defendan Kedua dan Defendan Ketiga (yang disaman oleh Plaintif atas kapasiti sebagai penjamin) adalah pengarah Defendan Pertama, Defendan Pertama adalah entiti undang-undang yang berasingan daripada Defendan Kedua dan Ketiga. [20] Berdasarkan keterangan dikemukakan mahkamah mendapati tidak ada penyelesaian yang dicapai (sepertimana terma dalam Surat Plaintif) antara Plaintif dan Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat. Berdasarkan seksyen 23 Akta Keterangan 1950, Surat Plaintif tersebut yang disediakan atas dasar “TANPA PRASANGKA” 21 tidak boleh diterima oleh mahkamah ini (lihat juga kes Malayan Banking Bhd v Foo See Moi [1981] 2 MLJ 17). [21] Seterusnya, jikapun diandaikan terdapat penyelesaian sepertimana didakwa oleh Plaintif, tidak ada tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh Plaintif selepas Defendan-Defendan memungkiri terma penyelesaian yang didakwa telah dicapai antara kedua-dua pihak. Surat Plaintif adalah bertarikh Mac 2013 dan jika Defendan-Defendan gagal membuat bayaran bulanan berjumlah RM 5000.00 dari Mac 2013 sehingga Februari 2014, Plaintiff sepatutnya bertindak menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan selewat-lewatnya selepas Februari 2014 kerana pada masa itu tempoh 6 tahun masih berkuat kuasa. Tambahan pula, terma penyelesaian menghendaki Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat mendepositkan kepada Plaintif 11 keping cek-cek lewat tarikh (post-dated cheques) bagi maksud bayaran bulanan. Oleh itu Plaintif sepatutnya boleh tahu dengan pasti apabila Defendan-Defendan gagal membuat pembayaran seperti terma penyelesaian yang didakwa dicapai oleh kedua-dua pihak dan seterusnya menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan tanpa berlengah-lengah. Apatah lagi Plaintif mengatakan Defendan-Defendan telahpun diberikan peluang beberapa kali untuk menyelesaikan hutang mereka. Namun tidak ada 22 keterangan dikemukakan berhubung tindakan penguatkuasaan di pihak Plaintif. [22] Dalam Hujah Bertulisnya (Kandungan 41) di perenggan 9 Plaintif berhujah “… Defendan-Defendan telah mula ingkar membuat bayaran bulanan yang dipersetujui pada akhir 2017 sehingga kini … ”. Namun dalam afidavit sokongan Kandungan 39 di perenggan 8, Plaintif menyatakan seperti berikut –
8
Walaubagaimanapun berdasarkan rekod Plaintif, Defendan-Defendan telah gagal mematuhi bayaran bulanan yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Defendan-Defendan hanya membuat bayaran balik kali terakhir pada akhir Disember 2017. [23] Mahkamah mendapati terdapat percanggahan antara kedua-kedua kenyataan tersebut. Walau apapun, Plaintif adalah terikat dengan penyataan dalam afidavitnya. Berdasarkan penyataan dalam afidavit sokongan, dikatakan Defendan-Defendan telah gagal membuat bayaran bulanan (atas andaian wujudnya suatu penyelesaian antara kedua-dua pihak) semenjak Mac 2013 dan hanya membuat bayaran pada akhir Disember 2017. Dalam keadaan yang sedemikian Plaintif sepatutnya mengambil tindakan segera untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan antara tahun 2013 23 sehingga Ogos 2017 dan / atau November 2017. Namun Plaintif tidak berbuat demikian. Tidak ada alasan munasabah diberikan kenapa Plaintif seharusnya menunggu Defendan-Defendan membuat bayaran dalam bulan Disember 2017 sedangkan pada masa itu telah melebihi 6 tahun dari tarikh Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan diperoleh. Plaintif juga diperhatikan menunggu hingga April 2018 untuk membuat Permohonan Untuk Kebenaran. [24] Bukan sahaja Plaintif tidak menyatakan apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat dalam tempoh 6 tahun selepas Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan diperoleh, malahan Plaintif juga tidak memberikan penjelasan berkenaan dengan kelengahan mereka untuk mengambil tindakan penguatkuasaan. Ini adalah dikesali, lebih-lebih lagi Plaintif sendiri mengakui di perenggan 12 afidavit sokongan Kandungan 39 bahawa terdapat kelengahan di pihak mereka. Dengan sekadar menyatakan kelengahan mereka tidak disengajakan adalah amat tidak mencukupi sama sekali untuk dijadikan alasan untuk datang ke mahkamah dan meminta mahkamah ini membenarkan Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif. 24 [25] Dalam hal ini Mahkamah mengambil maklum seksyen 6 (3) Akta Had Masa 1953 yang memperuntukkan seperti berikut –
6
Had masa tindakan mengenai kontrak dan tort dan tindakan lain yang tertentu …
3
Sesuatu tindakan ke atas apa-apa penghakiman tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh penghakiman itu boleh dikuatkuasakan dan tiada apa-apa tunggakan bunga mengenai apa-apa hutang penghakiman boleh didapatkan kembali selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh bunga itu kena dibayar. [26] Berdasarkan peruntukan di atas Plaintif mempunyai 12 tahun untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan. Namun mahkamah berpendapat peruntukan tersebut di atas tidak seharusnya ditafsirkan sebagai membolehkan Plaintif mengambil masa sesuka hatinya dan berlengah-lengah tanpa alasan yang munasabah dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat. Dalam hal ini rujukan dibuat pada kes Affin Bank Bhd. v Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrahim [2003] 1 CLJ 826; [2003] 2 MLJ 609 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut – 25 "It is incumbent upon an applicant to furnish the court with sufficient reason in support of an application under O. 46 r. 2(1) of the Rules of the High Court 1980 ('the RHC'). Sufficient reason varies from case to case and it is not possible for the Court of Appeal to provide an exhaustive list of what is considered to be sufficient reason. In the instant case, the fact that the application was made within the 12-year period as prescribed by s. 6(3) of the Limitation Act 1953 was not a sufficient ground for the granting of leave as the right to sue on a judgment is distinct from the right to issue execution (see p 512B-E). Although the only reason advanced by the appellant in support of its application was the neglect of its former solicitors, the appellant was not free from blame, having taken more than two years to appoint new solicitors after failing to hear from its former solicitors. The Court of Appeal would agree with the High Court that the appellant had failed to furnish sufficient reason." Sehubungan itu Plaintif mestilah terlebih dahulu mengemukakan alasan yang mencukupi dan munasabah bagi membolehkan Plaintif diberikan kebenaran untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan selepas 6 tahun berlalu. Kesimpulan [27] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan Plaintif telah gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan dalam tempoh 6 tahun dari tarikh 26 penghakiman tersebut diperoleh. Plaintif juga gagal menerangkan kenapa tindakan penguatkuasaan tidak diambil terhadap Defendan-Defendan Pertama sehingga Keempat. Selanjutnya tidak ada alasan yang munasabah yang diberikan untuk menjelaskan kelengahan mengambil tindakan penguatkuasaan tersebut. [28] Sungguhpun mahkamah ini mempunyai budi bicara untuk memberikan kebenaran bagi mana-mana permohonan di bawah Aturan 46 kaedah 3 KKM 2012 (Public Bank Berhad v Seato Trading (M) Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 167), budi bicara tersebut mestilah dijalankan dengan bijak (judiciously) berdasarkan prinsip undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam kes ini mahkamah ini berpendapat, berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan, tidak ada alasan yang mencukupi yang boleh dijadikan justifikasi untuk mahkamah ini menjalankan kuasa budi bicara tersebut. Sekiranya Permohonan Untuk Kebenaran dibenarkan, ini bermakna mahkamah ini memaafkan dan bersetuju dengan perbuatan Plaintif yang telah slept on its right selama 6 tahun tanpa mengambil tindakan penguatkuasaan dan tanpa alasan yang munasabah berhubung kelengahan menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Terhadap Defendan-Defendan. 27 [29] Sehubungan dengan itu rayuan Plaintif terhadap keputusan PKP bertarikh 7 Jun 2018 telah ditolak. ( KHADIJAH BINTI IDRIS ) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (BAHAGIAN DAGANG) BERTARIKH 7 FEBRUARI 2019 Peguam: Plaintif : Luqman Hadi Jusoh dari Tetuan Illiayas Defendan-Defendan : Tahir Bin Jaafar (Defendan Kedua) - hadir sendiri : Rohaya Binti Mohd (Defendan Ketiga) - hadir sendiri
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.