Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. 22A-1153-11/2011 ANTARA PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (No. Syarikat: 221057-V) … PLAINTIF
22A-1153-11/2011
High Court of Malaysia6 Aug 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“peal to provide an exhaustive list of what is considered to be sufficient reason. In the instant case, the fact that the application was made within the 12-year period as prescribed by s. 6(3) of the Limitation Act 1953 was not a sufficient ground for the granting of leave as the right to sue on a judgment is distinct”
“usaha untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar tersebut. Adalah jelas fakta dalam kes ini boleh dibezakan dengan mudah dengan fakta dalam kes Syn Tai Hung Trading Sdn Bhd v Ikatan Asas Sdn Bhd & Ors [2017] MLJU 451 yang dirujuk oleh Plaintif dalam Hujah Bertulis mereka. Ini adalah kerana dalam kes tersebut mahkamah ber”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. 22A-1153-11/2011 ANTARA PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (No. Syarikat: 221057-V) … PLAINTIF
1
TAMPAK GEMERLAP SDN BHD (No. Syarikat: 660351-X)
2
ZITY NOORFILZAH BINTI MOHD NADZRI (No. K/P: 811218-02-5526)
3
MOHD FIRDAUS BIN MOHD NADZRI (No. K/P: 790203-02-5371)
4
ZITIHAZLINA BINTI MOHD NADZRI (No. K/P: 750522-02-5612) … DEFENDAN-DEFENDEN DI HADAPAN YA KHADIJAH BINTI IDRIS PESURUHJAYA KEHAKIMAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Pada 11 Jun 2018, Penolong Kanan Pendaftar (PKP) telah menolak permohonan Plaintif untuk kebenaran di bawah Aturan 46 kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM 2012) bagi mengeluarkan suatu writ pelaksanaan berhubung dengan penghakiman ingkar bertarikh 28 Disember 2011 yang diperoleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat. Plaintif telah merayu terhadap keputusan tersebut kepada Hakim Dalam Kamar. [2] Pada 6 Ogos 2018, setelah menimbangkan keterangan afidavit dan hujah Plaintif, mahkamah ini hanya membenarkan sebahagian rayuan Plaintif terhadap keputusan PKP, iaitu rayuan Plaintif berhubung dengan Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat dibenarkan manakala rayuan Plaintif berhubung dengan Defendan Pertama ditolak. Ini bermakna mahkamah ini telah membenarkan suatu writ pelaksanaan dikeluarkan terhadap Defendan Kedua hingga Keempat dan menolak writ pelaksanaan dikeluarkan terhadap Defendan Pertama. Plaintif telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah ini. 3 Latarbelakng kes [3] Turutan peristiwa yang berlaku secara kronologi adalah seperti berikut – Bil. Tarikh
1
16 November 2011 Plaintif memfailkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat berhubung dengan kemudahan pembiayaan yang diberikan kepada Defendan Pertama. Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah kemungkiran Defendan Pertama terhadap terma Perjanjian Kemudahan Pertama dan Perjanjian Kemudahan Kedua. Manakala kausa tindakan terhadap Defendan Kedua hingga Keempat adalah kemungkiran Defendan Kedua hingga Keempat terhadap Surat Ikatan Tanggungrugi Pertama dan Surat Ikatan Tanggungrugi Kedua berhubung, antara lainnya, jaminan bersesama dan berasingan yang diberikan oleh Defendan Kedua hingga Defendan Keempat ke atas kemudahan pembiayaan yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama. 19 Disember 2011 Perakuan Ketidakhadiran dimasukkan terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat 28 Disember 2011 Penghakiman Ingkar Ketidakhadiran dimasukkan terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat (Penghakiman Ingkar). 4 Bil. Tarikh Peristiwa 4 November 2014 Notis Kebankrapan difailkan terhadap Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat (Ekshibit MIA-2 Kandungan 6). 26 Mei 2015 Prosiding Kebankrapan terhadap Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat ditarik balik oleh Plaintif. 27 Disember 2017 Tempoh pelaksanaan Penghakiman Ingkar tamat. 8 Mei 2018 Plaintif memfailkan Kandungan 7 – Notis Minta Kebenaran Untuk Mengeluarkan Pelaksanaan terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat (Permohonan Untuk Kebenaran). 11 Jun 2018 PKP menolak Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif. 6 Ogos 2018 Rayuan Plaintif kepada Hakim Dalam Kamar dibenarkan hanya terhadap Defendan Kedua hingga Keempat manakala rayuan terhadap Defendan Pertama ditolak. [4] Berdasarkan Penyataan Tuntutan Plaintif amaun yang dituntut daripada Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat adalah seperti berikut –
a
RM 963,000.00 bagi Kemudahan Pembiayaan Pertama setakat 19 April 2011; dan 5
b
RM 3,890,000.00 bagi Kemudahan Pembiayaan Kedua setakat 19 April 2011. Alasan Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif [5] Melalui afidavit sokongan (Kandungan 6) untuk Permohonan Untuk Kebenaran, alasan yang dikemukakan adalah seperti berikut –
a
Plaintif masih ingin meneruskan prosiding pelaksanaan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Keempat.
b
Setelah Notis Kebankrapan difailkan terhadap Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat, Defendan-Defendan Ketiga dan Keempat telah menghubungi Plaintif bagi maksud penyelesaian. Terma penyelesaian telah ditetapkan melalui surat Plaintif bertarikh 2 Mac 2015 kepada Defendan Ketiga (Ekshibit MIA-3 Kandungan 6). Lanjutan daripada penyelesaian tersebut Plaintif telah menarik balik prosiding kebankrapan terhadap Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat. 6
c
Terma penyelesaian pembayaran balik jumlah tertunggak yang dipersetujui bagi Defendan Kedua telah dinyatakan dalam surat Plaintif bertarikh 23 Ogos 2016 kepada Defendan Kedua (Ekshibit MIA-4 Kandungan 6).
d
Pembayaran terakhir yang dibuat oleh kesemua Defendan adalah pada 4 April 2018 bagi Kemudahan Pembiayaan Pertama dan pada 27 Ogos 2012 bagi Kemudahan Pembiayaan Kedua. Butir jumlah terhutang adalah seperti dalam Akaun Penyata setakat 11 April 2018 yang dilampirkan sebagai Ekshibit MIA-5 Kandungan 6. [6] Selanjutnya Plaintif berhujah seperti berikut –
a
PKP telah khilaf apabila menolak Permohonan Untuk Kebenaran atas alasan Plaintif gagal mematuhi Aturan 46 Kaedah 3 (2) (a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). Ini adalah kerana berdasarkan peruntukan Aturan 1A, Aturan 2 kaedah 1 KKM 2012 ketidakpatuhan Aturan-Aturan dalam KKM 2012 adalah dianggap ketidakaturan 7 prosedur dan tidak akan menyebabkan sesuatu permohonan ditolak oleh Mahkamah.
b
PKP telah khilaf apabila memutuskan Permohonan Untuk Kebenaran hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh keesahan Penghakiman Ingkar. Ini adalah kerana Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan penghakiman dilaksanakan walaupun tempoh 6 tahun telah berlalu.
c
Plaintif telah mengemukakan alasan-alasan yang munasabah bagi menjelaskan kelewatan dalam melaksanakan Penghakiman Ingkar. Keputusan PKP [7] Berdasarkan nota prosiding dicatatkan oleh PKP pada 11 Jun 2018, Permohonan Untuk Kebenaran ditolak atas alasan-alasan berikut – 8
a
Plaintif gagal menyatakan jumlah terhutang setakat tarikh Permohonan Untuk Kebenaran difailkan pada 8 Mei 2018. Amaun terhutang yang dinyatakan dalam afidavit sokongan adalah setakat 11 April 2018.
b
Plaintif gagal memenuhi format yang ditetapkan sepertimana dalam Borang 88 KKM 2012 menyebabkan Permohonan Untuk Kebenaran defektif.
c
Permohonan Untuk Kebenaran dibuat selepas tamat tempoh 6 tahun dan tidak dibuat sebelum tempoh 6 tahun tamat. Plaintif juga gagal menyatakan alasan yang munasabah kenapa Permohonan Untuk Kebenaran dibuat selepas 6 tahun berlalu. Undang-Undang [8] Aturan 46 kaedah 2 KKM 2012 memperuntukkan suatu writ pelaksanaan untuk menguatkuasakan suatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah jika, antara lainnya, enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau 9 perintah diperoleh. Manakala kaedah 3 pula memperuntukkan mengenai prosedur permohonan untuk kebenaran mahkamah. Aturan 46 kaedah 2 dan 3 KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut –
2
Apabila kebenaran untuk mengeluarkan apa-apa writ pelaksanaan diperlukan (A. 46 k. 2)
1
Suatu writ pelaksanaan untuk menguatkuasakan suatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah dalam hal yang berikut –
a
jika enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;
b
jika apa-apa pertukaran telah berlaku, sama ada disebabkan kematian atau selainnya, pada pihak yang berhak atau bertanggungan pada pelaksanaan di bawah penghakiman atau perintah itu;
c
jika penghakiman atau perintah itu ialah terhadap aset orang yang mati yang berpindah ke tangan wasi atau pentadbir pusakanya selepas tarikh penghakiman atau perintah itu, dan diminta dikeluarkan pelaksanaan terhadap aset itu;
d
jika di bawah penghakiman atau perintah mana-mana orang adalah berhak kepada relief tertakluk kepada penunaian mana-mana syarat yang dikatakannya telah ditunaikan; dan
e
jika mana-mana harta alih yang diminta supaya disita di bawah suatu writ pelaksanaan berada di dalam tangan seorang penerima yang dilantik oleh Mahkamah. 10
3
Permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan writ (A. 46 k. 3)
1
Suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan suatu writ pelaksanaan bolehlah dibuat secara ex parte melalui notis permohonan dalam Borang 88.
2
Suatu permohonan yang sedemikian hendaklah disokong dengan suatu afidavit –
a
yang mengenal pasti penghakiman atau perintah yang berhubung dengan permohonan itu dan, sekiranya penghakiman atau perintah itu ialah untuk pembayaran wang, menyatakan amaun asalnya yang kena dibayar di bawahnya dan amaun yang kena dibayar di bawahnya pada tarikh permohonan itu;
b
menyatakan, jika hal itu termasuk di dalam kaedah 2(1)(a), sebab kelengahan untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu;
c
menyatakan, jika hal itu termasuk di dalam kaedah 2(1)(b), perubahan yang telah berlaku pada pihak-pihak yang berhak atau yang boleh dikenakan pelaksanaan sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;
d
menyatakan, jika hal itu termasuk di dalam kaedah 2(1)(c) atau (d), bahawa suatu tuntutan untuk menunaikan penghakiman atau perintah itu telah dibuat terhadap orang yang bertanggungan untuk menunaikannya dan bahawa dia telah enggan atau gagal untuk berbuat demikian; dan
e
memberi apa-apa maklumat lain sebagaimana yang perlu untuk memuaskan hati Mahkamah bahawa pemohon adalah berhak untuk meneruskan pelaksanaan penghakiman atau perintah dalam persoalan dan bahawa orang yang terhadapnya 11 pelaksanaan itu diminta dikeluarkan adalah bertanggungan atas pelaksanaannya. (penekanan ditambah) Keputusan Mahkamah [9] Sepertimana dinyatakan di atas rayuan Plaintif untuk mendapatkan kebenaran untuk pelaksanaan penghakiman terhadap Defendan Pertama ditolak dan rayuan terhadap Defendan Kedua hingga Keempat dibenarkan. Memandangkan rayuan Plaintif ke Mahkamah Rayuan adalah terhadap keputusan mahkamah ini menolak rayuan Plaintif terhadap Defendan Pertama, maka alasan-alasan di bawah hanyalah melibatkan Defendan Pertama sahaja. Ketidakpatuhan Aturan 46 kaedah 3 [10] Dalam menangani isu ketidakpatuhan dengan peruntukan dalam KKM 2012, peruntukan yang relevan yang menjadi panduan bagi mahkamah adalah Aturan 1A dan Aturan 2 KKM 2012 yang masing-masingnya memperuntukkan seperti berikut – 12 1A Mahkamah atau hakim hendaklah memberi perhatian terhadap keadilan Perhatian hendaklah terhadap keadilan (A. 1A) Dalam mentadbir Kaedah-Kaedah ini, Mahkamah atau seorang Hakim hendaklah memberi perhatian pada kepentingan utama keadilan dan tidak hanya kepada ketidakpatuhan teknikal dengan Kaedah-Kaedah ini. 2 Kesan kerana ketidakpatuhan
1
Ketidakpatuhan Kaedah-Kaedah (A. 2 k. 1)
1
Jika, pada memulakan atau bertujuan untuk memulakan apa-apa prosiding atau pada mana-mana peringkat dalam penjalanan atau yang berkaitan dengan apa-apa prosiding, telah berlakunya, oleh sebab apa-apa perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan, yang tidak mematuhi kehendak Kaedah-Kaedah ini, ketidakpatuhan itu akan dikira sebagai suatu ketidakteraturan dan tidaklah membatalkan prosiding itu, apa-apa langkah yang diambil dalam prosiding itu, atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah di dalamnya.
2
Kaedah-Kaedah ini adalah suatu kanun tatacara dan tertakluk kepada objektif utama bagi membolehkan Mahkamah menguruskan kes dengan adil. Pihak-pihak itu dikehendaki untuk membantu Mahkamah bagi mencapai objektif utama ini.
3
Mahkamah atau Hakim boleh, atas alasan bahawa telah berlakunya suatu ketidakpatuhan yang sedemikian sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1), dan atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah atau Hakim, dengan mengambil kira objektif utama Kaedah-Kaedah ini, menjalankan budi bicaranya di bawah Kaedah-Kaedah ini untuk membenarkan apa-apa pindaan, sekiranya ada, untuk dibuat dan membuat apa-apa perintah, sekiranya ada, dalam menguruskan prosiding itu secara umum 13 sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau Hakim untuk membetulkan ketidakteraturan itu. [11] Aturan 46 kaedah 3 KKM 2012 telah memperuntukkan tatacara bagi sesuatu permohonan untuk kebenaran di bawah Aturan 46 kaedah
2
Sehubungan dengan itu –
a
Plaintif boleh membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan suatu writ pelaksanaan secara ex parte melalui notis permohonan dalam Borang 88; dan
b
permohonan Plaintif hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang –
i
mengenal pasti Penghakiman Ingkar yang ingin dilaksanakan dan menyatakan amaun asalnya yang kena dibayar di bawahnya dan amaun asal yang kena dibayar di bawahnya pada tarikh Permohonan Untuk
II
(ii) menyatakan sebab kelengahan untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar itu; dan 14
III
(iii) memberi apa-apa maklumat lain sebagaimana yang perlu untuk memuaskan hati Mahkamah bahawa Plaintif adalah berhak untuk meneruskan pelaksanaan Penghakiman Ingkar dan bahawa orang yang terhadapnya pelaksanaan itu diminta dikeluarkan adalah bertanggungan atas pelaksanaannya. [12] Berhubung dengan isu di atas mahkamah ini mendapati –
a
notis Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif iaitu Kandungan 7 sememangnya bukan dalam format notis permohonan dalam Borang 88 KKM 2012. Ini bermakna Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif tidak mematuhi Aturan 46 kaedah 3 (1).
b
dalam afidavit sokongannya, Plaintif telah mengenal pasti Penghakiman Ingkar yang ingin dilaksanakan dengan melampirkan satu salinan Penghakiman Ingkar sebagai Ekshibit MIA-1. Walau bagaimanpun Plaintif tidak menyatakan dengan spesifik dalam afidavit sokongannya amaun asal yang kena dibayar oleh kesemua Defendan-Defendan. Plaintif juga tidak menyatakan dengan spesifik 15 amaun yang kena dibayar di bawah Penghakiman Ingkar tersebut pada tarikh Permohonan Untuk Kebenaran iaitu pada 8 Mei 2018. Walau bagaimanapun Plaintif telah merujuk kepada Penyata Akaun (Ekshibit MIA-5) yang menunjukkan amaun yang terhutang setakat 11 April 2018. [13] Berhubung ketidakpatuhan di atas, mahkamah ini berpendapat ketidakpatuhan sedemikian adalah suatu ketidakteraturan yang tidaklah menyebabkan salah laksana keadilan yang substantial atau menyebabkan prejudis kepada Defendan-Defendan. Alasan mahkamah ini adalah seperti berikut:
a
Walaupun Kandungan 6 iaitu notis Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif tidak dalam format Borang 88 KKM 2012, semakan ke atas Kandungan 6 mendapati maklumat yang dinyatakan dalam Kandungan 6 tersebut adalah jelas dan mencukupi berhubung dengan niat Plaintif untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya Plaintif dibenarkan untuk melaksanakan Penghakiman Ingkar selepas 6 tahun penghakiman tersebut diperoleh. Tambahan pula Kandungan 6 menyatakan dengan jelas di bawah Aturan mana di bawah KKM 2012 Permohonan Untuk 16 Kebenaran dibuat. Adalah diperhatikan susunan kata-kata yang terdapat dalam Aturan 46 kaedah 3 adalah – 3 (1) Suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan suatu writ pelaksanaan bolehlah dibuat secara ex parte melalui notis permohonan dalam Borang 88. Mahkamah ini berpendapat peruntukan tersebut tidak diniatkan sebagai mandatori supaya Borang 88 digunakan dengan ketat. Adalah memadai sekiranya mana-mana penyataan substantial yang terkandung dalam Borang 88 dinyatakan dengan jelas dalam Kandungan 6. Dalam hal ini rujukan dibuat pada seksyen 62 Interpretation Acts 1948 And 1967 yang memperuntukkan seperti berikut: 62 Deviation from forms Any written law prescribing a form shall be deemed to provide that an instrument or other document purporting to be in that form shall not be invalidated by reason of any deviation from the form if the deviation has no substantial effect and is not calculated to mislead. Sehubungan itu ketidakpatuhan pada Aturan 46 kaedah 3 (1) KKM 2012 adalah bersifat teknikal yang tidak substantial sehingga menyebabkan Permohonan Untuk Kebenaran di Kandungan 6 ditolak in limine. Sepertimana diperuntukkan 17 dalam Aturan 1A KKM 2012, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah kepentingan keadilan. Sehubungan itu mahkamah ini berpendapat objektif untuk mencapai kepentingan keadilan tidak akan dicapai jika Permohonan Untuk Kebenaran ditolak atas alasan ketidakpatuhan teknikal yang tidak substantial.
b
Penelitian ke atas Penyata Akaun menunjukkan terdapat penyata mengenai amaun asal yang kena dibayar oleh kesemua Defendan-Defendan di bawah Penghakiman Ingkar setakat 19 April 2011. Sungguhpun amaun yang kena dibayar pada masa tarikh Kandungan 6 dibuat (iaitu 8 Mei 2018) tidak dinyatakan dengan spesifik dan amaun yang dinyatakan yang kena dibayar adalah setakat 11 April 2018, mahkamah ini berpendapat ini ia adalah suatu ketidakaturan teknikal yang tidak substantial. Ketidakaturan sedemikian, pada pendapat mahkamah ini bukanlah satu alasan yang kukuh untuk menolak in limine Permohonan Untuk Kebenaran Plaintif. Ini adalah kerana hutang yang tertunggak boleh dikenal pasti berdasarkan perkiraan dan kadar yang telah dinyatakan dalam kedua-dua penghakiman yang diperoleh oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan 18 Pertama hingga Defendan Keempat (lihat kes Tenaga Nasional v. Normala Mohd Yatim & Anor [2017] 1 LNS 1371). [14] Mengenai kegagalan Plaintif memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran sebelum tempoh 6 tahun tamat, mahkamah ini mendapati Aturan 46 kaedah 3 (1) KKM 2012 tidak menyatakan apa-apa tempoh masa bagi sesuatu permohonan sedemikian perlu dibuat. Jikapun terdapat sesuatu tempoh masa tertentu, kegagalan memfailkan permohonan dalam tempoh masa yang ditetapkan tidak bermakna permohonan tersebut harus ditolak kerana ia bergantung kepada fakta kes berkenaan. Dalam kes ini Kandungan 7 difailkan hampir 5 bulan selepas tempoh 6 tahun tamat. Mahkamah ini berpendapat ini adalah suatu ketidakaturan yang tidak menyebabkan suatu salah laksana keadilan yang substansial atau memprejudiskan Defendan-Defendan. [15] Isu substantif adalah mengenai kelengahan Plaintif untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Pertama. Sama ada Plaintif mempunyai alasan yang cukup yang boleh menyokong Permohon Untuk Kebenaran adalah bergantung kepada fakta dan keterangan yang dikemukakan (Affin Bank Bhd v Wan Abdul Rahman Wan Ibrahim [2003] 2 MLJ 512). Dalam lain perkataan 19 bebanan adalah di atas Plaintif untuk menunjukkan kepada mahkamah ini terdapat alasan yang mencukupi berkenaan dengan kelengahan dalam menguatkuasakan Penghakiman Ingkar. [16] Dalam hal ini mahkamah ini mendapati keterangan afidavit yang dikemukakan oleh Plaintif dalam afidavit sokongannya tidak langsung menerangkan mengenai tindakan yang telah diambil untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Pertama yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan. Sungguhpun terdapat keterangan bahawa prosiding kebankrapan telah diambil terhadap Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat dalam tahun 2014 untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar tersebut, tidak ada keterangan bahawa tindakan seumpama itu diambil terhadap Defendan Pertama. [17] Keterangan berhubung penguatkuasaan yang dikemukakan hanya melibatkan Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat di mana melalui surat bertarikh 2 Mac 2015, Plaintif bersetuju memberhentikan prosiding kebankrapan terhadap Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat berikutan terdapat persetujuan antara Plaintif dan Defendan-Defendan berkenaan penyelesaian hutang yang kena dibayar di bawah Penghakiman Ingkar. Namun Plaintif melalui deponennya yang merupakan seorang Timbalan 20 Pengurus Besar langsung tidak menyebut dengan spesifik mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap Defendan Pertama. Dalam hal ini diperhatikan walaupun terdapat surat di Ekshibt MIA-4 Kandungan 6 yang dihantar oleh Plaintif dialamatkan kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua, namun dalam afidavit sokongannya Plaintif tidak langsung menyebut mengenai Defendan Pertama (sila lihat terutamanya perenggan 9 afidavit sokongan Plaintif). [18] Perlu diingat bahawa Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat disaman oleh Plaintif atas kapasiti mereka sebagai penjamin yang menjamin bayaran balik kemudahan pembiayaan yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama. Sepertimana dimaklumi Defendan Pertama yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan adalah suatu entiti undang-undang yang berasingan daripada Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat. Oleh itu tindakan penguatkuasaan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat tidak boleh disifatkan sebagai tindakan penguatkuasaan terhadap Defendan Pertama. [19] Mengambil kira keterangan afidavit yang dikemukakan mahkamah ini berpendapat Plaintif gagal membuktikan kegagalan Plaintif menguatkuasakan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Pertama 21 adalah disebabkan wujudnya alasan yang munasabah yang wajar dipertimbangkan oleh mahkamah ini. Sekadar satu surat bertarikh 23 Ogos 2016 (Ekshibit MIA-4 Kandungan 5) yang dialamatkan kepada Defendan Pertama (dan juga Defendan Kedua) adalah tidak cukup membuktikan tindakan penguatkuasaan telah dibuat terhadap Defendan Pertama. Plaintif juga gagal membuktikan adanya alasan munasabah terhadap kelengahan Plaintif menguatkuasakan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Pertama. Setakat mana ia melibatkan Defendan Pertama adalah jelas ini adalah suatu keadaan di mana Plaintif semata-mata berdiam diri (slept on their rights) tanpa mengambil usaha-usaha untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar tersebut. Adalah jelas fakta dalam kes ini boleh dibezakan dengan mudah dengan fakta dalam kes Syn Tai Hung Trading Sdn Bhd v Ikatan Asas Sdn Bhd & Ors [2017] MLJU 451 yang dirujuk oleh Plaintif dalam Hujah Bertulis mereka. Ini adalah kerana dalam kes tersebut mahkamah berpuas hati dengan penjelasan plaintif berkenaan dengan kelengahan di mana mahkamah mendapati terdapat keterangan menunjukkan plaintif telahpun mengambil tindakan untuk menguatkuasakan penghakiman terhadap defendan dengan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap defendan sebanyak 3 kali. 22 [20] Dalam hal ini Mahkamah mengambil maklum seksyen 6 (3) Akta Had Masa 1953 yang memperuntukkan seperti berikut –
6
Had masa tindakan mengenai kontrak dan tort dan tindakan lain yang tertentu …
3
Sesuatu tindakan ke atas apa-apa penghakiman tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh penghakiman itu boleh dikuatkuasakan dan tiada apa-apa tunggakan bunga mengenai apa-apa hutang penghakiman boleh didapatkan kembali selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh bunga itu kena dibayar. [21] Berdasarkan peruntukan di atas Plaintif mempunyai 12 tahun untuk menguatkuasakan Penghakiman Terhadap Defendan-Defendan. Namun mahkamah berpendapat peruntukan tersebut di atas tidak seharusnya ditafsirkan sebagai membolehkan Plaintif mengambil masa sesuka hatinya dan berlengah-lengah tanpa alasan yang munasabah dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Defendan Pertama. Dalam hal ini rujukan dibuat pada kes Affin Bank Bhd. v Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrahim [2003] 1 CLJ 826; [2003] 2 MLJ 609 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut – "It is incumbent upon an applicant to furnish the court with sufficient reason in support of an application under O. 46 r. 2(1) of the Rules of the 23 High Court 1980 ('the RHC'). Sufficient reason varies from case to case and it is not possible for the Court of Appeal to provide an exhaustive list of what is considered to be sufficient reason. In the instant case, the fact that the application was made within the 12-year period as prescribed by s. 6(3) of the Limitation Act 1953 was not a sufficient ground for the granting of leave as the right to sue on a judgment is distinct from the right to issue execution (see p 512B-E). Although the only reason advanced by the appellant in support of its application was the neglect of its former solicitors, the appellant was not free from blame, having taken more than two years to appoint new solicitors after failing to hear from its former solicitors. The Court of Appeal would agree with the High Court that the appellant had failed to furnish sufficient reason." Sehubungan itu Plaintif mestilah terlebih dahulu mengemukakan alasan yang mencukupi bagi membolehkan Plaintif diberikan kebenaran untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Pertama selepas 6 tahun berlalu. Kesimpulan [22] Berdasarkan alasan yang dinyatakan di atas, Plaintif gagal untuk memuaskan hati mahkamah ini bahawa Plaintif berhak untuk meneruskan pelaksanaan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Pertama. Sungguhpun mahkamah ini mempunyai budi bicara untuk memberikan kebenaran bagi mana-mana permohonan di bawah Aturan 24 46 kaedah 3 KKM 2012 (Public Bank Berhad v Seato Trading (M) Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 167) budi bicara tersebut mestilah dijalankan dengan bijak (judiciously) berdasarkan prinsip undang-undang yang telah ditetapkan. Berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini, mahkamah ini berpendapat tidak ada alasan yang mencukupi yang boleh dijadikan justifikasi untuk mahkamah ini menjalankan kuasa budi bicara tersebut. [23] Oleh yang demikian rayuan Plaintif terhadap keputusan PKP yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan writ pelaksanaan terhadap Defendan Pertama telah ditolak oleh mahkamah ini. ( KHADIJAH BINTI IDRIS ) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (BAHAGIAN DAGANG) BERTARIKH 7 FEBRUARI 2019 Peguam: Plaintif : Mohamed Rhiza Bin Ghazi dari Tetuan Rhiza & Richard Defendan-Defendan : Tidak hadir
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.