Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-76-11/2019 PENDAKWA RAYA
KA-45A-76-11/2019
High Court of Malaysia11 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952… … As can be seen from the above, the Government and the legislature have taken various steps t”
“drugs related offences is well described by Hashim Yeop A. Sani (as he then was) in Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 at p. 257: "In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few y”
“1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 at p. 257: "In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act Al12 of 1972) then in 1973 (by Act A194 o”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-76-11/2019 PENDAKWA RAYA
1
Orang Kena Tuduh (“OKT”) telah dihadapkan di Mahkamah ini dengan satu pertuduhan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 7 Jun 2019 jam lebih kurang 9.00 malam di parkir di tepi jalan belakang bangunan usang Hospital Lama 08000 Sungai Petani, Kedah, di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah di dapati mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 229.3 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.”. S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
2
Perbicaraan telah dijalankan dan pihak Pendakwaan telahpun memanggil seramai 5 orang saksi pendakwaan yang terdiri daripada SP1 (jurustor), SP2 (jurugambar), SP3 (pegawai Jabatan Pengangkuran Jalan), SP4 (ahli kimia) dan SP5 (pegawai serbuan). Pada tarikh perbicaraan selanjutnya iaitu 11.8.2024, susulan daripada permohonan representasi kali ketiga yang telah dikemukakan oleh OKT, pihak Pendakwa Raya telah menawarkan pertuduhan pilihan di bawah seksyen 6 Akta 234 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama bagi pertuduhan terhadap OKT. Pertuduhan pilihan tersebut adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 7 Jun 2019, jam lebih kurang 9.00 malam di parkir di tepi jalan belakang bangunan usang hospital lama, 08000, Sungai Petani, Kedah, di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman didapati telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis iaitu Cannabis seberat 229.3 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.”.
3
Ekoran daripada tawaran pertuduhan pilihan tersebut, OKT telah membuat pengakuan salah dan setelah proses pengakuan salah OKT selesai, Pendakwa Raya telah menarik balik pertuduhan asal di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta 234 terhadap OKT.
4
Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa pengakuan salah OKT dibuat tanpa bersyarat dan OKT faham kesan dan akibat pengakuan salahnya, serta setelah mendengar hujahan mitigasi oleh Peguambela OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pendakwa Raya, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula daripada tarikh ditangkap. Tiada sebatan diperintahkan memandangkan OKT telah berumur hampir 57 tahun pada tarikh hukuman dijatuhkan, selaras dengan peruntukan seksyen 289(c) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
5
OKT tidak berpuashati dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini dan telah mengemukakan Notis Rayuan yang difailkan pada 13.8.2024. Rayuan OKT adalah terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini.
6
Bertindak atas maklumat Ops Tapis pada 7.6.2019, jam lebih kurang 9.00 malam, Pengadu (SP5) bersama sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman, telah nampak sebuah motokar teksi jenis Proton Iswara bernombor pendaftaran PEV 5349 (“motokar teksi tersebut”) dalam keadaan pintu sebelah pemandu terbuka dan dalam keadaan mencurigakan yang di parkir di tepi jalan belakang bangunan usang Hospital Lama, 08000, Sungai Petani, Kedah.
7
Pengadu dan anggota kemudiannya telah menghampiri motokar teksi tersebut sambil memperkenalkan diri Polis kepada seorang lelaki India (OKT) yang duduk di bahagian pemandu motokar teksi tersebut dan seorang lelaki Myanmar (B2) yang duduk di kerusi penumpang hadapan motokar teksi tersebut. S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
8
Tiba-tiba OKT terus melarikan diri sambil mencampakkan sesuatu dari pegangan tangan kirinya ke atas jalan tar. Pengadu bersama anggota telah mengejar OKT dan berjaya menahannya. Setelah kedua-dua OKT dan B2 berada dalam kawalan, Pengadu telah menjalankan pemeriksaan tubuh badan terhadap OKT dan B2 tetapi tidak mendapati sebarang barang salah.
9
Selanjutnya Pengadu telah membuat pemeriksaan di tempat OKT mencampakkan sesuatu ke atas jalan tar dan mendapati terdapat 1 balutan plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja (anggaran berat 245.0 gram).
10
Pemeriksaan lanjut Pengadu ke atas motokar teksi tersebut turut menemui di atas tempat letak kaki penumpang hadapan tempat B2 duduk, 1 paket plastik lutsinar dalamnya berisi leraian tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja (anggaran berat 55.5 gram). Pemeriksaan lanjut Pengadu terhadap sekitar kawasan tersebut, telah menemui dalam longkang bersebelahan pintu sebelah pemandu motokar teksi tersebut 1 beg plastik berwarna kuning bertulis ‘Body Glove’ di dalamnya mengandungi 1 balutan suratkhabar berikat getah yang mengandungi 1 ketulan mampat tumbuhan kering yang dibalut dengan plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja (anggaran berat 717.5 gram). Namun begitu, kedua-dua dadah berbahaya tersebut bukanlah menjadi hal perkara (subject matter) dalam pertuduhan terhadap OKT di Mahkamah ini. S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
11
Pengadu kemudiannya telah merampas barang-barang kes tersebut dan tangkapan OKT dan B2 kemudiannya telah dibawa ke IPD Kuala Muda, Kedah Darul Aman untuk tindakan selanjutnya. Pengadu juga telah turut membuat laporan polis sepertimana Sg. Petani/014223/19 (eksibit P30).
12
Ahli Kimia (SP4) telah mengesahkan bahawa 1 balutan plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering yang bertanda “EA” adalah dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 229.3 gram (eksibit P28).
13
Sebelum Mahkamah ini menerima pengakuan salah OKT, Mahkamah ini perlu memastikan bahawa OKT faham kesan dan akibat pengakuan salahnya berdasarkan kepada kehendak seksyen 178(2) KTJ. Di samping itu juga, OKT turut diwakili oleh Peguambela pada sepanjang prosiding berjalan di hadapan Mahkamah ini.
14
Mahkamah ini telah menjelaskan bahawa sekiranya OKT mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan tersebut, OKT boleh dijatuhi hukuman penjara antara 5 hingga 30 tahun, tiada perbicaraan akan dijalankan dan OKT tidak boleh merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini kecuali terhadap takat dan kesahan (extent and legality) hukuman tersebut. S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
15
Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa OKT memahami kesan dan akibat pengakuan salahnya terhadap pertuduhan pilihan bagi kesalahan di bawah seksyen 6 Akta 234 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama, Mahkamah ini telah mensabitkan OKT atas pertuduhan pilihan tersebut dan telah menjatuhkan hukuman sebagaimana dinyatakan dalam perenggan [4] di atas.
16
Dalam hujahan mitigasinya Peguambela OKT telah menghujahkan bahawa OKT kini berumur 57 tahun. Sebelum ditangkap, OKT bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Isteri OKT berumur 54 tahun dan merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan mengidap penyakit jiwa. Ibu OKT pula telah berumur 84 tahun. OKT merupakan seorang pesalah kali pertama. OKT juga telah mengaku salah sebaik ditawarkan dengan pertuduhan pilihan. Pihak Pembelaan turut memohon Mahkamah ini mempertimbangkan berat dadah terlibat iaitu Cannabis seberat 229.3 gram sahaja dan fakta bahawa OKT telah ditahan reman semenjak OKT ditangkap pada 7.6.2019. Pembelaan memohon supaya Mahkamah ini mempertimbangkan faktor rehabilitasi terhadap OKT dan memberi peluang kepada OKT untuk berubah dan pulang ke pangkuan keluarga. Pembelaan turut memohon supaya hukuman penjara minima dikenakan terhadap OKT.
17
Dalam hujahan pemberatannya, pihak Pendakwa Raya telah mengemukakan hujahan bertulis dan secara umumnya telah menghujahkan faktor-faktor kepentingan awam terutamanya dalam S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kes melibatkan dadah, impak penyalahgunaan dadah yang membawa kepada keruntuhan gejala sosial dan ekonomi, dan pertuduhan terhadap OKT adalah kesalahan serius serta menyumbang kepada berlakunya jenayah sekunder. Pihak Pendakwa Raya seterusnya memohon supaya hukuman berat dan setimpal dikenakan terhadap OKT. Pihak Pendakwa Raya turut menyenaraikan trend hukuman bagi kesalahan sama sebagaimana dipertuduhkan terhadap OKT dalam hujahan bertulis pemberatan hukuman.
18
Budibicara menentukan hukuman adalah terletak kepada Mahkamah yang membicarakan. Sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 183 KTJ, apabila seseorang OKT itu disabitkan dengan kesalahan, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang (sentence according to law). Di dalam kes Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 telah diputuskan bahawa: “A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.”
19
Berpandukan kepada kes Jafa bin Daud (supra), budibicara tersebut hendaklah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan. S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
20
Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT bagi pertuduhan pilihan terhadapnya, Mahkamah ini telah mempertimbangkan kesemua faktor-faktor mitigasi yang dihujahkan oleh Peguambela OKT.
21
Faktor bahawa OKT telah mengaku salah sebaik sahaja ditawarkan dengan pertuduhan pilihan telah dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Walaupun Pengakuan salah OKT ini telah direkodkan setelah pihak Pendakwaan memanggil 5 orang saksi pendakwaan, namun begitu fakta tersebut adalah berasaskan kepada kedudukan permohonan representasi yang telah dikemukakan oleh OKT kepada pihak Pendakwa Raya, yang hanya telah dipersetujui setelah pihak Pendakwaan memanggil beberapa orang saksi. Mahkamah ini tetap mengambil maklum bahawa pengakuan salah OKT telah serba sedikit menjimatkan kos dan masa Mahkamah serta semua pihak-pihak yang terlibat dengan kes terhadap OKT ini. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
22
Seterusnya Mahkamah juga telah mempertimbangkan faktor bahawa OKT adalah seorang pesalah kali pertama dalam menentukan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT, sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86. S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
23
Pihak Pembelaan telah turut memohon Mahkamah ini untuk mempertimbangkan bahawa berat dadah berbahaya yang terlibat iaitu Cannabis adalah seberat 229.3 gram sahaja. Namun begitu, Mahkamah ini berpendapat bahawa berat dadah terlibat tidaklah rendah memandangkan berat minima yang diperuntukkan bagi dadah jenis Cannabis di bawah perenggan 39A(2)(f) Akta 234 adalah seberat 50 gram. Dalam pertuduhan terhadap OKT ini, berat dadah yang terlibat adalah lebih daripada 4 kali ganda daripada jumlah yang diperuntukkan dalam perenggan tersebut. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa jumlah berat dadah yang terlibat adalah berat dan bukanlah satu jumlah yang boleh dipandang ringan. Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Public Prosecutor v Saifulzainizam bin Mat Nasir [2021] 5 MLJ 265, berat dadah yang terlibat yang banyak mewajarkan satu hukuman deteren dijatuhkan. Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: “[21] It was highlighted to us that the weight of the drugs, methamphetamine, recovered from the respondent was 103.62g.
Preamble
whereas the minimum weight for this type of dangerous drug for a charge to be preferred under a 39A(2) of the DDA is only 30g. As such, the quantity of the drug, which was more than three times the minimum, should be considered huge that ought to attract a deterrent sentence and not one that is less than half of the maximum which the LJ decided to impose. Although we have not had the benefit of the LJ’s grounds of decision, we would surmise that the LJ did not appear to have taken a sufficiently serious view of the severity of the respondent’s offence consistent with the need to safeguard the public interest. Hence, in our view, the sentence of S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw eight years’ imprisonment imposed by the LJ is plainly and manifestly inadequate under the present circumstances.”. [penekanan ditambah] [24] Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan ini, jelas bahawa berat dadah yang terlibat dalam pertuduhan terhadap OKT ini tidaklah rendah sebagaimana dihujahkan oleh pihak Pembelaan. Dan berdasarkan autoriti kes tersebut juga, hukuman berbentuk deteren wajar diperintahkan terhadap OKT. [25] Selanjutnya, dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT bagi pertuduhan pilihan tersebut, Mahkamah ini telah mempertimbangkan dan memutuskan bahawa faktor kepentingan awam hendaklah diutamakan dan mengatasi kepentingan-kepentingan peribadi OKT. Ini kerana kesalahan terhadap OKT melibatkan kesalahan dadah yang merupakan kesalahan yang berat dan serius. OKT adalah dianggap bertuah kerana pertuduhan asal pengedaran dadah berbahaya terhadapnya telah ditawarkan dengan pertuduhan pilihan iaitu pemilikan dadah berbahaya di bawah seksyen 6 Akta 234 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama. [26] Sebagaimana diputuskan di dalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote apassage from the judgment of Hilbery J. inRex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows:– S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.".” [penekanan ditambah] [27] Juga di dalam kes PP v. Mohd Fazelan Md Khuzeh [2015] 9 CLJ 221, Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa bagi kesalahan melibatkan dadah berbahaya, kepentingan awam menjadi pertimbangan utama: “We were of the view that offences involving dangerous drugs ought not to be treated lightly so as not to trivialise the gravity of such offences. Public interest is a paramount consideration. The fact that the respondent is a first offender or that he had pleaded S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw guilty ought to be weighed against the facts of the case, the circumstances in the commission of the offence, the type of drugs involved and the weight of the drugs.” [penekanan ditambah] [28] Seterusnya dalam kes Tia Ah Leng v Public Prosecutor [2004] 4 MLJ 249 telah diputuskan seperti berikut: “It is true that the general rule is, when imposing a sentence, the court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952… … As can be seen from the above, the Government and the legislature have taken various steps to curb drug activities and we believe that the courts should also help to curb these activities by imposing stringent punishments provided by the law.” [penekanan ditambah] [29] Di samping itu juga, Mahkamah ini telah mempertimbangkan faktor bahawa peruntukan undang-undang yang menetapkan hukuman bagi kesalahan terhadap OKT iaitu hukuman di bawah subseksyen 39A(2) Akta 234 ini menetapkan hukuman penjara untuk suatu tempoh antara 5 hingga 30 tahun. Dalam menentukan tempoh hukuman penjara yang wajar dan bersesuaian, Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kesalahan berkaitan jenayah dadah S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw adalah satu kesalahan yang serius yang boleh dilihat apabila pindaan tempoh hukuman penjara seumur hidup dipinda oleh Parlimen sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 [Akta 345] daripada tempoh penjara 20 tahun kepada 30 tahun. [30] Mahkamah Rayuan di dalam kes Tia Ah Leng v. PP (supra) juga telah memutuskan seperti berikut: “The effort of the legislature to curb and deter drugs related offences is well described by Hashim Yeop A. Sani (as he then was) in Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 at p. 257: "In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act Al12 of 1972) then in 1973 (by Act A194 of 1973) and then in 1975 (by Act A293 of 1975). At the moment there is yet another amendment which is awaiting the Royal Assent. In the legislative exercise in the1973 penalties attached to the various offences under the law were enhanced. For the offence of possession of any dangerous drugs under section 12(2) of the Ordinance, for example, the penalty was increased from a. maximum of $10,000 fine to a maximum of $20,000 fine and the maximum imprisonment was increased from three years to five years. In the legislative exercise in 1975, among other things, a new provision (new section 39A) was inserted whereby it is provided that whoever S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw is convicted of an offence under the Ordinance and the subject matter of which is heroin or morphine of five grammes or more in weight shall be liable to imprisonment (with no option of a fine) for a term not exceeding fourteen years and not less than three years and he shall also be liable to whipping of not less than six strokes. According to the Bill which is at the moment awaiting the Royal Assent another new provision is inserted creating a new offence of planting or cultivating any plant from which raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis may be obtained. The punishment for the new offence is life imprisonment and whipping. It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realization albeit gradual, of the problem of drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem. In my view the courts will not be performing their functions honestly if the seriousness of the situation is not reflected in the sentence imposed or if the sentence appears to defeat the object of the statute. This is not saying that the courts in the treatment of drug offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the courts must be realistic and rational.”. [penekanan ditambah] S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw [31] Merujuk kepada keputusan di dalam kes Tia Ah Leng (supra) di atas, walaupun pindaan kepada Akta 234 yang dinyatakan merujuk kepada pindaan terdahulu, namun begitu asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan ketika itu adalah bahawa dengan berlakunya pindaan kepada Akta 234 yang mana hukuman bagi beberapa kesalahan telah dinaikkan, maka Mahkamah wajar mengambilkira faktor ini dalam menentukan hukuman yang bersesuaian. Prinsip yang sama turut terpakai kepada kes OKT ini, di mana berdasarkan pindaan undang-undang terkini, hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 6 Akta 234 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama iaitu hukuman penjara seumur hidup telah dinaikkan daripada maksima 20 tahun kepada maksima 30 tahun, melalui pindaan kepada seksyen 3 Akta 345. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa fakta pindaan undang-undang terkini yang melibatkan kesalahan dadah wajar dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman yang sesuai terhadap OKT. [32] Dalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi pertuduhan pilihan terhadap OKT, Mahkamah ini telah turut mempertimbangkan faktor deteren terhadap OKT dan juga terhadap masyarakat umum supaya dapat memberi mesej bahawa kesalahan memiliki dadah adalah satu kesalahan yang serius dan tidak boleh diambil mudah oleh masyarakat. Sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Leken @ Delem ak Gerik (M) v Public Prosecutor [2007] 3 MLJ 730 seperti berikut: S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw “(d) Deterrence sentence is aimed not only to deter the accused from committing the offence in future but also to deter other people from committing the offence. The first is referred to as specific deterrence and the latter as general deterrence.”. [33] Dalam hujahan mitigasi, Peguambela OKT telah turut memohon supaya hukuman penjara minima dijatuhkan kepada OKT. Namun begitu, merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 1 LNS 1074 telah diputuskan seperti berikut: “[29] The Respondent also sought to rely on several High Court decisions where sentences ranging from 7-8 years' imprisonment were imposed for the same type of offence punishable under S. 39(A)
2
of the DDA for bigger quantities of dangerous drugs. [30] On these purportedly crucial points, suffice for us to say that the comparative sentences were from cases that were decided about 8 - 15 years ago. In our view, those cases do not reflect the current trend of sentencing for the offence of drug possession punishable under S. 39A (2), DDA. We agree with the Learned DPP that considering the maximum sentence prescribed under the provision, any sentence of less than 10 years' imprisonment would not be appropriate and sufficiently reflect the public interest element and the deterrent factor. It would, on the contrary, send a wrong message to would be offenders and the public at large that the Court would, in some instances, deal leniently with drug offenders charged with serious offences such as that punishable under S. 39A (2), DDA. As regards the Respondent's S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw plea pertaining to the difficulties that he would face as a husband and father of 2 children, it is trite principle that a plea of this nature does not carry much weight as an accused person ought to have been aware of his responsibilities and the consequences of his actions before turning to a life of crime.” [penekanan ditambah] [34] Merujuk kepada alasan-alasan dinyatakan di atas dan juga keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Saifulzainizam Mat Nasir (supra), Mahkamah ini telah memutuskan bahawa hukuman penjara 10 tahun bermula daripada tarikh tangkap bagi pertuduhan pilihan terhadap OKT adalah sesuai dan munasabah serta tidaklah manifestly excessive. Tiada sebatan diperintahkan memandangkan OKT telah berumur hampir 57 tahun selaras dengan peruntukan subseksyen 289(c) KTJ. [35] Dalam memutuskan hukuman tersebut juga, Mahkamah ini telah turut mempertimbangkan bahawa pertuduhan asal terhadap OKT adalah kesalahan pengedaran dadah berbahaya yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. Dengan tawaran pertuduhan pilihan oleh pihak Pendakwa Raya, OKT telah terlepas daripada kemungkinan dijatuhi hukuman mati. Mahkamah ini turut mengambil kira kedudukan ini dalam menentukan tempoh hukuman penjara yang sesuai dan munasabah terhadap OKT dengan merujuk kepada keputusan di dalam kes PP lwn. Ismail Ahmad [2020] 1 LNS 1324, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Perayu telah mengaku salah sebaik sahaja tawaran pertuduhan pilihan itu diberikan. Jelas kepada saya bahawa, Perayu telah terlepas dari kemungkinan dikenakan hukuman mati. S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw Sehubungan dengan itu, dalam memberi pertimbangan ke atas jangka masa tempoh pemenjaraan ke atasnya, saya perlu memperingati diri saya berkaitan dengan kesalahan asal yang telah dilakukan oleh Perayu.” [penekanan ditambah] KESIMPULAN [36] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini percaya bahawa hukuman yang telah dijatuhkan terhadap OKT adalah sesuai dan munasabah serta tidaklah manifestly excessive selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkenaan iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan Akta Keadilan Jenayah 1953 [Akta 345] dan juga berdasarkan kepada prinsip undang-undang berkaitan hukuman yang telah ditetapkan. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 23 September 2024. Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Peguambela OKT: Dato’ Naranya Singh s/o Asa Singh Tetuan Naran Singh & Co. S/N bbBp3mJimk0bkhJuAchkw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.