Defendan perlu mempertimbangkan bahawa pembayar kadar tidak sepatutnya dihukum 2 kali berdasarkan status hakmilik yang menyatakan Bangunan demi mengira Cukai Tanah dan Cukai Taksiran. [5] Plaintif telah dipanggil untuk menghadiri Mesyuarat Mendengar Bantahan mengenai Senarai Nilaian Baharu bagi Tahun 2025 yang berlangsung pada 1-8-202. Plaintif menyatakan walaupun bantahan telah dibangkitkan, namun tiada maklum balas mengenai keputusan bantahan itu. [6] Plaintif hanya menerima Kenyataan keputusan Bantahan pada 23- 12-2024 dan tempoh untuk merayu menurut seksyen 145 masih terbuka kepada Plaintif sehingga 6-1-2025. Plaintif boleh merayu ke Mahkamah Tinggi berlandaskan seksyen 145 Akta 171. [7] Alasan terperinci Plaintif yang diikrarkan oleh Pengarah Eksekutif Plaintif adalah seperti yang dinyatakan dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama Saman Pemula. S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ Secara ringkasnya, Pengarah Eksekutif menggunapakai sepenuhnya perkara yang diplidkan dalam Saman Pemula dan mengupas mengenai peruntukan undang-undang, khususnya mengenai pengenaan cukai taksiran. Hujahan peguam cara Plaintif: [8] Peguam cara terpelajar Plaintif berhujah dengan penuh hemat mengenai isu/persoalan undang-undang mengenai sama ada tanah hutan boleh diklasifikasikan sebagai tanah kosong agar Cukai Taksiran dapat dikenakan terhadap tanah milik Plaintif. Peguam cara terpelajar Plaintif menegaskan bahawa isu/persoalan undang-undang ini sebenarnya suatu grey area of the law. Bersandarkan kepada keputusan Lord Denning dalam kes Newcastle City Council v. Royal Newcastle Hospital, peguam cara Plaintif menghujahkan bahawa isu/persoalan undang-undang itu “ought to shed some light that legal possession alone is not the same as occupation and occupation requires something actually done on the land as provided in Section 129 AKT 1976 to impose rates”. S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ [9] Selanjutnya, peguam cara Plaintif membaca peruntukan Akta 171 dan nas undang-undang kes iaitu − • definition of Annual Value/“Nilai Tahunan” di bawah seksyen 2; • Majlis Daerah Tapah v. Syarikat Cahaya Muda Perak (Oil) Sdn Bhd [2017] MLJU 1288; • power to impose Cukai Taksiran di bawah seksyen 127; • Actual Usage of the Holding di bawah seksyen 129; • Basis of Assessment of Rate/“Kadar” di bawah seksyen 130(1); • Objections Under Act 171 di bawah seksyen 142; • Amendments to Valuation List di bawah seksyen 144; • keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes TENAGA NASIONAL BHD v. MAJLIS DAERAH DUNGUN [2009] 6 MLJ 322. [10] Berlandaskan kepada pengenalpastian isu/persoalan undang-undang, peguam cara terpelajar Plaintif menegaskan bahawa apa-apa tindakan pengenaan Cukai Taksiran oleh Defendan hendaklah mempertimbangkan mengenai bantahan Plaintif kerana Akta 171 bukan sekadar suatu garispanduan untuk Defendan tetapi suatu Akta yang memberi kuasa kepada Defendan. Nas undang-undang kes yang dipetik ialah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Generation Products Sdn Bhd v. Majlis Perbandaran Klang [2008] 1 MLRA 747. S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ Bantahan oleh Defendan [11] Dalam pendengaran penuh Saman Pemula in, Defendan menyatakan bahawa sebagai pemunya berdaftar bagi 14 pegangan/hartanah, kesemua pegangan/hartanah tersebut adalah berada dalam kawasan kuasa Defendan. Pada 26.04.2024, Defendan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengeluarkan Notis Mengenai Senarai Nilaian Baharu Seksyen 141 Akta 171 (“Notis Senarai Nilaian Baharu”) bagi kesemua 14 pegangan/hartanah milik Plaintif tersebut dan telah diserahkan kepada Plaintif secara serahan tangan oleh wakil Defendan di premis Plaintif, yang telah diakui penerimaan oleh wakil Plaintif pada 11.07.2024. Pada 15.07.2024, pihak Defendan telah menerima Surat Bantahan daripada Plaintif bertarikh 12.07.2024 terhadap pegangan-pegangan miliknya. Selepas penerimaan Surat Bantahan Plaintif tersebut, Defendan telah menetapkan pendengaran utuk mendengar bantahan yang dikemukakan oleh Plaintif pada 01.08.2024 di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Huiu Selangor, Kuaia Kubu Bharu, dimana Plaintif telah diwakili oleh Tuan Haji Mohamed Tamin bin Mohd Yusof, Pn. Janita binti Aga Mohd Jaladin dan Pn. Yougesswary Singam dari firma guaman Chambers of Yougesswary Singam. S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ Selepas pendengaran tersebut, pada 05.12.2024 pihak Defendan telah mengeluarkan Kenyataan Keputusan Bantahan bagi kesemua pegangan/hartanah milik Plaintif dan serahan telah dilakukan secara tangan kepada pihak Plaintif, dimana wakil Plaintif telah mengakui penerimaannya pada 23.12.2024. Pihak Plaintif tidak berpuas hati terhadap Kenyataan Keputusan Bantahan bagi 14 pegangan/hartanah tersebut dan telah memfailkan rayuan menerusi Saman Pemula di Mahkamah ini pada 31.12.2024 (Lampiran 1) bersama Afidavit Sokongan Plaintif. Hujahan peguam cara Defendan: [12] Peguam cara terpelajar Defendan menghujahkan bahawa Plaintif telah gagal untuk memenuhi syarat utama bahawa semasa pemfailan Saman Pemula tersebut, Plaintif perlu bersekali menjelaskan keseluruhan amaun cukai taksiran yang dikenakan ke atas pegangan-pegangan yang dirayu di Mahkamah ini selaras dengan seksyen 145 (1) Akta 171 dibaca bersama seksyen 143(3) Akta 171. Keputusan Mahkamah ini pada 21-3-2025: [13] Saman Pemula ini memohon deklarasi-deklarasi berkaitan dengan cukai taksiran bagi kesemua 14 tanah Plaintif (pemunya pegangan). S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ Pengenaan cukai kepada seseorang individu sama ada ke atas pendapatannya, harta/hartanahnya adalah dikenakan melalui peruntukan undang-undang statutori. Terdapat tatacara, pengiraan, kaedah rayuan dan lain-lain dinyatakan oleh undang-undang tersebut. Defendan menggunakan kuasa sebagaimana peruntukan Akta 171 dalam pengenaan cukai taksiran ke atas tanah Plaintif. Plaintif yang tidak berpuas hati dengan pengenaan cukai taksiran mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuannya di Mahkamah Tinggi dengan mematuhi keperluan undang-undang. Dalam OS ini, Plaintif memohon deklarasi berkenaan dengan peruntukan seksyen 2(c)(i), (ii), (iii) dan (iv) Akta 171; Notis di bawah seksyen 141 Akta 171; dan Kenyataan Keputusan Bantahan (selepas pendengaran surat bantahan Plaintif). Keperluan undang-undang untuk pembayar cukai bayar dahulu cukai yang dikenakan dan kemudiannya boleh menuntut “refund” bagi cukai yang terlebih bayar juga terpakai di sini. Namun begitu, Plaintif tidak membayar atau Plaintif gagal menjelaskan cukai taksiran yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan. Mahkamah memutuskan, atas imbangan kebarangkalian, Kand. ditolak dan dengan kos sebanyak RM7000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ [14] Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini. Plaintif juga pada 09.04.2025 telah memfailkan Notis Permohonan untuk Penggantungan Perlaksanaan Perintah bertarikh 21.03.2025 di Mahkamah ini. Pada 21.05.2025, Mahkamah ini membenarkan permohonan Plaintif untuk “Stay of Execution”, menanti pelupusan rayuan Plaintif di Mahkamah Rayuan. Analisa dan Dapatan Mahkamah Tinggi [15] Peruntukan Seksyen 2(c) Akta 171 sememangnya mengenai kategori tanah untuk dikenakan cukai taksiran. Peruntukan asas yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu boleh dijadikan suatu garis panduan kepada PBT bagi penentuan Nilai Tahunan mengikut keadaan pegangan yang disenaraikan dalam Seksyen 2(c)(i), (ii), (iii) dan (iv) Akta 171. [16] Dakwaan Plaintif kononnya pembayar kadar tidak boleh dihukum dua kali dengan membayar Cukai Tanah dan Cukai Taksiran berdasarkan status tanah adalah sama sekali salah memandangkan ianya adalah undang-undang mantap bahawa seorang pemunya pegangan/hartanah mempunyai tanggungjawab statutori untuk membayar kedua-dua cukai, iaitu cukai tanah yang perlu dibayar kepada Pejabat Tanah selaras dengan seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 dan juga cukai taksiran yang perlu dibayar kepada PBT seperti Defendan selaras dengan seksyen 146 Akta 171. S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ Pengiraan Cukai Tanah dan Cukai Taksiran telah dibuat dan dilaksanakan namun Plaintif sebagai pemilik kepada 14 pegangan/hartanah mempertikaikan bukan sahaja mengenai pengiraan cukai malahan juga mengenai tafsiran undang-undang Akta 171. [17] Semasa pendengaran Saman Pemula ini juga, peguam cara terpelajar Plaintif merujuk kepada suatu rayuan di bawah peruntukan seksyen 145(1) Akta 171 i.e. Saman Pemula No.: BA-24NCvC-19- 01/2025 di Mahkamah Tinggi Shah Alam NCvC1 yang ditetapkan untuk keputusan pada 22.05.2025 (namun begitu semakan Mahkamah ini mendapati tiada keputusan oleh MTSA NCvC1 pada tarikh 22-5-2025). [18] Mahkamah ini meneliti hujahan pihak Defendan yang menyatakan bahawa Plaintif gagal untuk membuat sebarang bayaran cukai taksiran bagi kesemua 14 pegangan/hartanahnya yang mula dikuatkuasakan pada 01.01.2025 menerusi Notis Mengenai Senarai Nilaian Baharu Seksyen 141 Akta 171 bertarikh 26.04.2024 sehingga kini; malah, Plaintif juga telah gagal sama sekaii untuk membayar cukai taksiran sejak dari peringkat awal 14 pegangan tersebut dikenakan cukai taksiran oleh Defendan, iaitu bermula dari 01.01.2014 Cukai Taksiran telah mula dikenakan ke atas 14 pegangan milik Plaintif tersebut pada 01.01.2014. Kegagalan/keengganan/pengabaian Plaintif untuk menjelaskan sebarang bayaran bagi cukai taksiran 14 pegangan/hartanah tersebut telah memaksa Defendan untuk memfailkan tindakan ini untuk menuntut tunggakan cukai taksiran bagi 14 pegangan/hartanah tersebut di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pada sekitar bulan April dan Mei tahun 2019. S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ Dalam perbicaraan penuh pada 29.12.2023, Hakim Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Kubu Bharu, Puan Nurul Mardhiah Binti Mohammad Redza telah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Defendan terhadap tunggakan cukai taksiran tersebut yang keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM4,084,889.50 bagi tunggakan cukai taksiran setakat Penggal Pertama Tahun 2019 yang masih berterusan, kos notis tuntutan sebanyak RM 10.00 dan kos global sebanyak RM 50,000.00 yang masih gagal untuk dijelaskan oleh Plaintif sehingga kini. Defendan berhujah dan sesungguhnya percaya bahawa tujuan utama Saman Pemula ini difailkan Plaintif adalah semata-mata untuk mengelakkan dirinya daripada menjelaskan pembayaran tersebut kepada Defendan. [19] Jumlah cukai taksiran yang enggan dibayar oleh Plaintif kini mencecah kepada amaun yang besar, pertikaian yang dibangkitkan oleh Plaintif sememangnya untuk menghalang sebuah Pihak Berkuasa Tempatan seperti Defendan yang mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mengenakan cukai taksiran ke atas pegangan/hartanah yang berada dalam kawasan kuasanya selaras dengan seksyen 127 Akta 171 dan berdasarkan asas taksiran kadar yang diperuntukkan di bawah seksyen 130 Akta 171. S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai pilihan untuk mengenakan kadar/cukai taksiran atas nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan. “Nilai tahunan" bermaksud anggaran kadar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan, dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyenggaraan atau pemeliharaan dan segala kadar dan cukai awam. Manakala, “Nilai tambah pegangan” adaiah harga yang seorang pemunya sanggup dan tidak berkewajipan untuk menjual boleh mengharap secara berpatutan mendapat daripada seorang pembeli yang sanggup membeli dengannya pemunyai itu sedang berunding, tentang penjualan dan pembelian pegangan tersebut. [20] Berdasarkan kepada bukti yang dikemukakan oleh Defendan mengenai kategori kegunaan bagi kesemua 14 pegangan/hartanah Plaintif adalah “Bangunan” dan Syarat Nyata pegangan/hartanah tersebut adalah antara lain, termasuk “Bangunan Kediaman”, “Bangunan Perniagaan”, “Rumah Kelab”, "Rumah Apartmen”, "Rumah Pangsa” dan “Pusat Kebajikan” (Sesalinan Sijil Carian Rasmi bertarikh 23.01.2025 bagi 14 pegangan/hartanah Plaintif adalah dilampirkan dan ditandakan secara kolektif sebagai Ekshibit “ABl-3”). [21] Defendan juga mengemukakan bukti hasil semakan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) dan mendapati bahawa kesemua pegangan/hartanah milik Plaintif tersebut adalah tidak diduduki dan tiada apa-apa bangunan di atasnya walaupun kesemua pegangan tersebut telah dikategorikan kegunaan sebagai tanah pembangunan. Oleh itu, pihak JPPH telah menggunakan garis panduan menerusi seksyen 2(c)(ii) Akta 171 dalam penentuan nilai tahunan pegangan-S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ pegangan milik Defendan, dimana Pegawai Penilai berhak untuk mengenakan kadar hasil pulangan sebanyak 10% dari nilai pegangan dalam pasaran terbuka dan Defendan juga boleh, dengan kelulusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan peratus sehingga minimum 5%. Bagi 14 pegangan/hartanah milik Plaintif dalam tindakan ini. Defendan telah hanya mengenakan kadar hasil pulangan paling minima yang dibenarkan oleh peruntukan proviso seksyen 2(c) Akta 171, iaitu 5%, manakala kadar peratus bagi penentuan amaun cukai taksiran adalah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Defendan tiada hak untuk menukar amaun kadar tersebut tidak boIeh dirayu oleh pemunya pegangan berdasarkan seksyen 142 Akta 171. Kerajaan Negeri Selangor telah mengenakan kadar peratus sebanyak 9% dan 4% kepada pegangan/hartanah Plaintif, di mana 9% dikenakan bagi pegangan untuk kegunaan perniagaan iaitu di bawah kategori “Bangunan Perniagaan” dan “Rumah Kelab”. Manakala, kadar sebanyak 4% dikenakan bagi kegunaan kediaman. Pengenaan amaun kadar peratus ini telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Seiangor Ke 41/2020 pada 09.12.2020. [22] Mahkamah ini mendapati bahawa proses mendengar bantahan Plaintif telah dilaksanakan mengikut tatacara yang teratur dan bukanlah suatu yang tidak dijawab atau tidak diberikan maklum balas oleh Defendan. Plaintif yang diwakili oleh peguam caranya yang sama telah didengar oleh Defendan. S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ Mahkamah ini tidak dapat untuk tidak bersetuju bahawa jika Plaintif menuntut haknya maka Plaintif juga perlu mematuhi syarat yang termaktub dalam seksyen 145 (1) Akta 171 tersebut dibaca bersama seksyen 143(3) Akta 171, iaitu Plaintif perlu pada masa pemfailan Saman Pemula ini membayar amaun cukai taksiran bagi kesemua hartanah yang dirayu dalam tindakan ini, termasuk cukai taksiran bagi tempoh terdahulu yang masih belum dibayar oleh Plaintif sebagai pemunya pegangan, yang telah gagal dilakukan oleh Plaintif. [23] Sebagaimana keputusan Mahkamah ini yang dibaca di hadpan Mahkamah Terbuka, adalah tanggungjawab seorang pemunya (Plaintif) untuk mematuhi syarat rayuan iaitu Plaintif perlu membayar segala cukai taksiran yang dikenakan ke atas pegangan/hartanah yang dirayu selaras dengan syarat rayuan yang dinyatakan menerusi seksyen 145(1) Akta 171 dibaca bersama seksyen 143(3) Akta 171. [24] Peruntukan ini adalah bersifat “pay first, talk later/afterwards principle” yang telah dijelaskan bagi kes-kes melibatkan pembayaran cukai. Sebagai contoh Mahkamah Persekutuan dalam kes Arumugam Pillai v. Government of Malaysia [1980] 1 LNS 3; [1980] 2 MLJ 283, telah menjelaskan prinsip where the “pay first, talk later/afterwards principle” dan memutuskan bahawa − “The tax legislation clearly intends that the tax as assessed should first be paid and therefore makes provisions that such part of the tax paid as shall be determined at the final “accounting” to S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ be not due and payable shall be refunded. This provision of “pay first and talk afterwards” may be arguably a harsh one but it is an intentional provision of the legislature, having regard to the incidence of tax evasion.”. [25] Mahkamah ini perlu mempertimbangkan mengenai bukti sebenar kedudukan pegangan/hartanah Plaintif yang dikatakan sebagai tanah hutan. Bukti yang dikemukakan oleh Defendan ialah − • menerusi semakan ke atas pegangan-pegangan milik Plaintif tersebut, pihak Defendan mendapati bahawa hartanah yang berdekatan dan sekeliling pegangan/hartanah Plaintif ada melakukan pembangunan ke atas hartanah mereka (Sesalinan Pelan bagi 14 pegangan Tanah Pembangunan PYBK Sdn. Bhd adaiah dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit “ABI-10”). • bahawa Defendan juga mendapati terdapat permohonan bagi salah satu pegangan milik Plaintif, iaitu HSD 14814, PT 11037 yang telah dihantar ke Jabatan Perancangan Bandar Defendan oleh sebuah syarikat juruukur, iaitu Prismatic Survey Sdn. Bhd. bertarikh 05.04.2024 bagi tujuan permohonan untuk tapak perkhemahan di atas lot pegangan tersebut (Sesalinan surat daripada Prismatic Survey Sdn. Bhd. bertarikh 05.04.2024 bersama lampiran Transaksi Cukai Taksiran bertarikh21.01.2025 dan Bil Cukai Tanah bertarikh 21.01.2025 bagi hartanah HSD 14814, PT 11037 adalah S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ dilampirkan dan ditandakan secara kolektif sebagai Ekshibit “ABI-11”). Kesimpulan [26] Keperluan undang-undang untuk pembayar cukai bayar dahulu cukai yang dikenakan dan kemudiannya boleh menuntut “refund” bagi cukai yang terlebih bayar juga terpakai di sini. Namun begitu, Plaintif tidak membayar atau Plaintif gagal menjelaskan cukai taksiran yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan. Mahkamah memutuskan, atas imbangan kebarangkalian, Kand. ditolak dan dengan kos sebanyak RM7000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). Bertarikh: 26 Mei 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif: Yougesswary AP Thidaveerasingam bersama-samanya Syahmi Akif Tetuan Chambers of Yougesswary Singam, Shah Alam Bagi Pihak Defendan: Datuk T Anandan bersama-samanya Nur Fatin Farzana binti Mohd Redzuan Tetuan Nazrin Nasir T. Anand & Co., Kuala Kubu Bharu, Selangor S/N bEV6Rsb2PkmvC9d/mj3axQ