1
Saman Pemula Plaintif (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) ini difailkan untuk memohon suatu Fortuna Injunction. Afidavit sokongan diikrarkan oleh Timbalan Pengarah di Bahagian Building of Materials (BOM), Group Technical Procurement Plaintif.
BA-24NCC-82-08/2025
High Court of Malaysia17 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“f is seeking a Fortuna Injunction to restrain the Defendant from commencing a winding up petition against the Plaintiff based on a statutory demand issued on 28.11.2023 pursuant to section 466 of the Companies Act 2016 (“the Section 466 Notice”). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this doc”
“he Companies Act 1965. [24] The right of the respondent to initiate winding-up proceedings against the appellant in this case, is a substantive right conferred by substantive law ie, s. 96(1) of the Road Transport Act 1987, read together with ss. 217(1)(b); 218(1)(e) and 218(2) of the Companies Act 1965. Neither proced”
“Fortuna Holdings Pty Ltd v The Deputy Commissioner of Taxation of the Commonwealth of **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 Australia [1978] VR 83, the juridical basis for the relief was elucidated by McGarvie J of the Supreme Court of Victoria. In this reg”
“be granted, see Lafarge Concrete (M) Sdn Bhd v. Gold Trend Builders Sdn Bhd (supra) or the winding up proceeding will be struck out; see Pembinaan Purcon Sdn Bhd v. Entertainment Village (M) Sdn Bhd [2004] CLJU 682; [2004] 1 LNS 682; [2004] 1 MLJ 545.”. [14] Mahkamah ini perlu berhati-hati apabila membenarkan Saman Pem”
“ment is a “disputed debt”. [16] The Plaintiff clearly does not meet the requirements to entitle them to a Fortuna Injunction as established in Pacific & Orient Insurance Co Bhd v. Muniammah Muniandy [2010] MLJU 2217 and Mobikom Sdn Bhd v. Inmiss Communications Sdn Bhd [2007] 3 MLJ 316.”.”
“mpany cannot recover. … [30] Generally, the law on winding up based on inability to pay debts has been comprehensively explained in Lafarge Concrete (Malaysia) Sdn Bhd v. Gold Trend Builders Sdn Bhd [2011] CLJU 1763; [2011] 1 LNS 1763; [2012] 6 MLJ 817, where Jeffrey Tan JCA (later FCJ) held as follows with emphasis ad”
“tidak berkeupayaan membayar hutang (“unable to pay debts”). Ini selaras dengan prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan dalm kes Lafarage Concrete (Malaysia) Sdn Bhd v Gold Trebd Builders Sdn Bhd [2011] LNS 1763 seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFIL”
“(i) Chantika Kelang Beras Sdn. Bhd. v. Chin Teow Hin Sdn. Bhd. [2024] CLJU 1160 Y.A Kenneth St James, Mahkamah Tinggi Malaya Di Pulau Pinang memutuskan − **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 “PERTINENT STATUTORY”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Saman Pemula Plaintif (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) ini difailkan untuk memohon suatu Fortuna Injunction. Afidavit sokongan diikrarkan oleh Timbalan Pengarah di Bahagian Building of Materials (BOM), Group Technical Procurement Plaintif.
2
Defendan (Victorious Step Sdn Bhd) melalui peguam caranya telah mengeluarkan Notis Tuntutan Berkanun bertarikh 17-7-2025 yang menurut Seksyen 466(1) Akta Syarikat 2016 untuk menuntut pembayaran sejumlah RM643,044.59 (“Hutang yang Dipertikaikan”) dan untuk mengemukakan petisyen penggulungan syarikat Plaintif Defendan mendakwa bahawa Plaintif gagal membuat bayaran bagi Invois-Invois yang belum dijelaskan iaitu Invois No. IN9263, IN9264, D0232, D0236, IN9413 dan D0248 (secara kolektifnya dirujuk sebagai "Invois-Invois").
3
Plaintif menyatakan bahawa selepas Notis Tuntutan Berkanun dikeluarkan, Defendan melalui suratnya bertarikh 21-7-2025 mengakui terdapat jumlah RM1,688,853.43 yang terhutang dan perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Selanjutnya, Plaintif menyatakan − • niat oleh Defendan tidak mempunyai peluang untuk berjaya kerana terdapat pertikaian yang sah atau bona fide berkenaan Hutang yang Dipertikaikan. • Plaintif mempunyai satu tuntutan silang (cross-claim) tulen (“Tuntutan Silang”) yang berjumlah RM1,688,853.43 iaitu melebihi jumlah Hutang yang Dipertikaikan, di mana Tuntutan Silang tersebut telah diakui oleh Defendan. • pengemukaan petisyen penggulungan syarikat terhadap Plaintif akan menyebabkan kemudaratan teruk yang tidak boleh diperbaiki kepada Plaintif, termasuk kesan yang buruk yang tidak boleh diperbaiki terhadap reputasi dan operasi perniagaan Plaintif, potensi kehilangan kontrak, dan gangguan yang meluas kepada aktiviti-aktiviti komersial Plaintif. • Plaintif adalah solven secara komersial (commercially solvent) dan mempunyai aset segera yang boleh direalisasikan untuk menampung Hutang yang Dipertikaikan. • atas imbangan kesenangan/keadilan lebih memihak kepada Plaintif dengan pemberian perintah Injunksi Fortuna. • dalam apa jua keadaan, Hutang yang Dipertikaikan tidak merupakan suatu hutang penghakiman dan belum lagi dibuktikan melalui sebarang penghakiman atau award muktamad oleh mana-mana Mahkamah atau Tribunal Timbang Tara. • Plaintif bersedia untuk memberi deposit sebanyak Hutang yang Dipertikaikan dalam sebuah akaun klien peguam cara (solicitor’s client account) dengan peguam cara Plaintif, sekiranya diperlukan atau diperintahkan oleh Mahkamah. Pada 30-7-2025, Plaintif melalui peguam caranya, telah mengemukakan jawapan kepada Notis Tuntutan Berkanun tersebut, mempertikaikan Invois-Invois berkenaan dan meminta supaya Notis Tuntutan Berkanun itu ditarik balik.
4
Pada 7-8-2025, atas persetujuan kedua-dua pihak, Mahkamah ini merekodkan Perintah Injunksi Interim untuk menghalang Defendan daripada memfailkan dan/atau mengemukakan petisyen penggulungan syarikat terhadap Plaintif berdasarkan hutang yang dituntut di bawah Notis Tuntutan Berkanun bertarikh 17-7-2025; Plaintif membayar deposit sebanyak RM643,044.59 ke suatu akaun klien peguam cara Plaintif untuk dipegang oleh peguam cara Plaintif sebagai pemegang amanah dan tidak akan dilepaskan kepada mana-mana pihak kecuali dengan perintah Mahkamah selanjutnya atau dengan persetujuan bertulis kedua-dua pihak.
5
Defendan menyatakan dalam afidavit jawapan yang diikrarkan oleh pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Defendan membantah permohonan Plaintif untuk Perintah Fortuna Injunction, iaitu − • pertikaian yang dibangkitkan Plaintif bukanlah bona fide, tetapi satu rekaan semata-mata yang dibuat dengan niat jahat untuk mengelak pembayaran hutang yang sah. • Defendan telah mematuhi prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Plaintif untuk mengesahkan tuntutan Defendan terhadap Plaintif. Sebaliknya, Plaintif yang telah melanggarnya dengan niat untuk mengelak daripada membayar hutangnya. • corak permintaan dokumen oleh Plaintif yang tidak berkesudahan dan sentiasa berubah ini bukanlah satu permintaan yang tulen, tetapi satu taktik peralihan untuk sengaja melengah-lengahkan dan mengelak pembayaran hutang yang sah. • Defendan percaya bahawa alasan sebenar Plaintif tidak membayar tuntutan Defendan adalah kerana isu dalaman Plaintif iaitu kegagalan jabatan Plaintif untuk mendapatkan kelulusan bajet untuk membayar Defendan. • Defendan siap sedia untuk mencari dan mengumpulkan semua pesanan belian manual yang relevan dan merizabkan haknya untuk memfailkan satu afidavit tambahan bagi mengekshibitkan dokumen-dokumen tersebut kelak sekiranya Plaintif membangkitkan contoh baharu dalam afidavit balasannya. Hal ini demi memberi pencerahan kepada fakta-fakta sebenar sekiranya difikirkan perlu. • Plaintif hanya membangkitkan isu buat pertama kalinya dalam surat peguam Plaintif bertarikh 30-7-2025, iaitu hampir 6 bulan kemudian dan hanya selepas Notis Tuntutan Berkanun dikeluarkan. Antaranya, kononnya invois-invois tersebut dikeluarkan atas kepala surat yang salah; Defendan gagal mengikut ‘prosedur’ dengan tidak mengemukakan ‘Nota Penerimaan Barang’; ‘tiada kerugian kerana tiada pembayaran dibuat’ telah menjadi tidak relevan selepas peguam Defendan membuktikan bahawa, dalam apa jua keadaan, bayaran penuh kepada pembekal Peringkat Ke-2 telah pun dibuat pada 30-7-2025.
6
Defendan menjawab tuntutan silang oleh Plaintif yang melebihi hutang yang dituntut oleh Defendan adalah mengelirukan dan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Atas nasihat peguam Defendan dan Defendan percaya bahawa sebahagian besar daripada jumlah yang didakwa sebagai tuntutan silang tersebut telah pun diselesaikan dan dihapuskan melalui pengeluaran Nota-Nota Kredit oleh Defendan di TBH-28 dan TBH-29, seperti yang dijelaskan dalam surat Defendan bertarikh 21-7-2025 di TBH-27. Oleh itu, dakwaan Plaintif bahawa mereka mempunyai tuntutan silang sebanyak RM1,688,853.43 adalah tidak benar. Selepas pengeluaran Nota-Nota Kredit tersebut, jumlah maksimum yang masih dalam pertikaian hanyalah RM109,391.22. Jumlah ini adalah jauh lebih rendah daripada baki hutang Plaintif kepada Defendan sebanyak RM632,113.63 dan tidak boleh menjadi asas untuk satu tolakan yang sah. Lebih-lebih lagi, jumlah dalam pertikaian tersebut belum lagi ditolak 7 dengan RM35,183.31 yang dihutangkan oleh Plaintif menurut Invois No. D0250. Invois tersebut dikeluarkan setelah Plaintif mengakui hutang tersebut dalam surat 9-7-2025 di TBH-18. Oleh yang demikian, jumlah dalam pertikaian hanyalah RM74,207.91 iaitu jauh lebih rendah daripada baki hutang Plaintif kepada Defendan.
7
Seterusnya, atas nasihat peguam Defendan, Defendan percaya bahawa pendirian Plaintif adalah tidak konsisten dan tidak boleh dipertahankan dari segi undang-undang. Ia tidak logik bagi Plaintif untuk pada masa yang sama menafikan dan mempertikaikan hutang yang dituntut oleh Defendan, tetapi menggunakan satu tuntutan silang untuk menolak hutang yang mereka nafikan kewujudannya. Oleh yang demikian, Defendan percaya bahawa Plaintif tiada apa-apa tuntutan silang yang tulen yang melebihi hutang yang dituntut dan pemakaian prinsip penolakan adalah mengelirukan dan satu penyalahgunaan proses Mahkamah memandangkan Plaintif enggan mengakui keberhutangan kepada Defendan.
8
Defendan menegaskan bhwa apabila hutang yang dituntut tidak dipertikaikan secara bona fide, isu kesolvenan sesebuah syarikat adalah tidak relevan. Ketidakmampuan untuk membayar hutang di bawah Akta Syarikat 2016 adalah satu konsep komersial. Kegagalan Plaintif untuk membayar hutang yang diakui dan tidak dipertikaikan secara bona fide dalam tempoh yang ditetapkan sudah memadai untuk menimbulkan anggapan statutori bahawa ia tidak mampu membayar hutangnya. Tambahan pula, penegasan Plaintif mengenai kedudukan kewangan mereka yang kukuh dengan hasil berbilion ringgit harus dilihat bersama dengan keengganan mereka untuk membayar Keberhutangan Pertama, Kedua dan Ketiga yang mana jumlahnya adalah sangat kecil iaitu 0.0077% sahaja daripada hasil Proton bagi tahun 2024 iaitu sebanyak RM8,3371,949,000 atau 0.026% daripada aset semasa Proton sebanyak RM2,438,073,000 sepertimana yang dikatakan dalam perenggan-perenggan 83 dan 84 Afidavit Sokongan. Tindakan Plaintif yang kononnya solven tetapi enggan membayar hutang yang telah disahkan bukanlah bukti pertikaian bona fide, sebaliknya ia adalah bukti niat jahat dan satu cubaan untuk menindas pemiutang yang lebih kecil seperti Defendan.
9
Plaintif membalas dn menyatakan dalam afidavitnya bahawa Prosedur Pembayaran adalah ditetapkan di bawah Kontrak. Defendan mengelirukan Mahkamah dengan membangkitkan isu berkaitan terma pembayaran kontrak serta Prosedur Pengesahan. Ini merupakan kali pertama Defendan mendakwa tidak mengetahui tentang terma pembayaran kontrak dan/atau Prosedur Pengesahan. Atas nasihat oleh peguam caranya, Plaintif menyatakan bahawa sebagai vendor Proton, Defendan adalah tertakluk untuk mematuhi terma pembayaran sebagaimana yang ditetapkan dalam Kontrak serta Prosedur Pengesahan. Defendan juga mempunyai pengetahuan penuh mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan Proton 9 mengesahkan tuntutannya. Defendan tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa tidak mengetahui tentang terma pembayaran dan/atau Prosedur Pengesahan. Plaintif merujuk Klausa 12.1(g) dalam Surat Penerimaan (“SP”) menyatakan bahawa invois VStep kepada Proton hendaklah dibuat dengan “cara yang dipersetujui dan diluluskan” oleh Proton.
10
Mahkamah memutuskan untuk membenarkan Saman Pemula Plaintif. Secara ringkasnya, Mahkamah memutuskan − “Mahkamah membenarkan Saman Pemula dengan kos sebanyak RM3000/- (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Alasan Mahkamah secara ringkas, Fortuna Injunction yang dimohon oleh Plaintif berkenaan dengan suatu Hutang Yang Dipertikaikan berjumlah RM643,044.59. Defendan telah mengeluarkan suatu Statutory Notice of Demand kepada Plaintif dan untuk memfailkan petisyen penggulungan Syarikat Plaintif. Berdasarkan keterangan afidavit dan lisan pihak-pihak, Hutang Yang Dipertikaikan itu bukan suatu Judgment Debt. Segala perbincangan di antara kedua-dua pihak telah diadakan dan pengemukaan dokumen oleh Defendan kepada Plaintif juga sudah diberikan. Namun, kegagalan mencapai kata sepakat mengakibatkan Defendan mengeluarkan Statutory Notice of Demand tersebut. Jumalah sebanyak RM643,044.59 itu sudah didepositkan kepada peguam cara Plaintif. Mahkamah berpendapat untuk mendapatkan Hutang Yang Dipertikaikan dan pengemukaan Notis Tuntutn Berkanun akan menyebabkan/mendatangkan kemudaratan teruk kepada Plaintif i.e. will cause irreparable harm with serious consequences, jika winding up petition is presented.”
11
Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan ini dan merayu kepada Mahkamah Rayuan.
12
Undang-undang mengenai permohonan Fortuna Injunction boleh digarap melalui ungkapan yang berikut: “Although the principles on winding up of a company for inability to pay debts are trite, the ultimate decision on whether to wind-up the company is fact-centric, depending on the circumstances of each case.”. (kes: Bludream City Development Sdn Bhd v. Pembinaan Bina Bumi Sdn Bhd [2024] 6 CLJ 149 Court of Appeal, Putrajaya)”. “When the debt is clearly established it follows that the court would not in general at any rate, interfere eventhough the company would appear to be solvent. (see: Mann v. Goldstein).”. “Vaisey J once said in the case of In re a Company [1950] 94 SJ 369: Rich men and rich companies who did not pay their debts had only themselves to blame if it were thought that they could not pay them. (kes: Pacific & Orient Insurance Co Bhd v. Muniammah Muniandy [2011] 1 CLJ 947 Court of Appeal, Putrajaya).”.
13
Keputusan-keputusan Mahkamah mengenai peruntukan seksyen 465 dan 466 Akta Syarikat 2016 −
a
Mahkamah Tinggi:
i
Chantika Kelang Beras Sdn. Bhd. v. Chin Teow Hin Sdn. Bhd. [2024] CLJU 1160 Y.A Kenneth St James, Mahkamah Tinggi Malaya Di Pulau Pinang memutuskan − “PERTINENT STATUTORY PROVISIONS [20] Section 465 of the CA 2016 sets out the circumstances in which a company can be wound up. The circumstance that is relevant to this Petition is that RCo is unable to pay its debts, which is set out in section 465(1)(e). [21] Section 465(1)(e) is set out below for reference Section 465. Circumstances in which company may be wound up by Court (1) The Court may order the winding up if- (e) the company is unable to pay its debts; [22] Section 466 of the CA 2016 sets out deeming provisions for the Court to determine that a company is unable to pay its debt. One of the deeming provisions is section 466(1)(a), where a creditor can serve a statutorily prescribed notice to the debtor company, giving the company 21 days to pay the debt. If the company fails to satisfy this statutory notice, the company is deemed to be unable to pay its debts. [23] But this is not the only way. Another deeming provision is section 466(1)(c), where the creditor satisfies the Court that company is unable to pay its debts by producing evidence of the company’s contingent and prospective liabilities. [24] Section 466(1)(a) and section 466(1)(c) are set out below for reference (with my emphases in bold)- Section 466. Definition of “inability to pay debts”
1
A company shall be deemed to be unable to pay its debts if −
a
the company is indebted in a sum exceeding the amount as may be prescribed by the Minister and a creditor by assignment or otherwise has served a notice of demand, by himself or his agent, requiring the company to pay the sum due by leaving the notice at the registered office of the company, and the company has for twenty-one days after the service of the demand neglected to pay the sum or to secure or compound for it to the satisfaction of the creditor;
c
it is proved to the satisfaction of the Court that the company is unable to pay its debts and in determining whether a company is unable to pay its debts the Court shall take into account the contingent and prospective liabilities of the company. … [40] Section 465(1)(e) provides for one of the grounds on which the Court can make a winding up Order, namely if the company is unable to pay its debts. Then section 466(1)(a) is the deeming provision for what it means to be unable to pay its debts. Section 466(1)(a) provides that if the company is served with the statutory notice to pay a specified sum, and it does not do so in 21 days, it is deemed to be unable to pay its debts, to satisfy the ground to wind up the company under section 465(1)(e). [41] But, as alluded to above, this is not the only way by which a company is deemed to be unable to pay its debts. There is section 466(1)(c). [42] Section 466(1)(c) provides that to determine whether a company is unable to pay its debts, the Court can consider the company’s “contingent and prospective liabilities.”.
II
(ii) Z&Z Bina Sdn Bhd v. Concrewall Buildings System (IBS) Sdn Bhd [2024] CLJU1035 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan − “… the Plaintiff is seeking a Fortuna Injunction to restrain the Defendant from commencing a winding up petition against the Plaintiff based on a statutory demand issued on 28.11.2023 pursuant to section 466 of the Companies Act 2016 (“the Section 466 Notice”). [3] On 14.12.2023, based on a Certificate of Urgency, this Court granted an order in terms of prayer (1) of Enclosure 2 until the inter parte hearing and disposal of both Enclosures 1 and 2. Relevant Facts [5] The Plaintiff’s main ground for the Fortuna Injunction notwithstanding the Judgment was that the Judgment is a “disputed debt”. [16] The Plaintiff clearly does not meet the requirements to entitle them to a Fortuna Injunction as established in Pacific & Orient Insurance Co Bhd v. Muniammah Muniandy [2010] MLJU 2217 and Mobikom Sdn Bhd v. Inmiss Communications Sdn Bhd [2007] 3 MLJ 316.”.
III
(iii) Technygroup Holdings (M) Sdn. Bhd. v. Kide International Sdn. Bhd. [2023] 1 LNS 1054, Y.A Choong Yeow Choy, JC, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan − “It is axiomatic that the raison d'être for the granting of an injunction to restrain a presentation of a winding up petition, commonly referred to as a Fortuna Injunction, is to prevent an abuse of process of court. In Fortuna Holdings Pty Ltd v The Deputy Commissioner of Taxation of the Commonwealth of Australia [1978] VR 83, the juridical basis for the relief was elucidated by McGarvie J of the Supreme Court of Victoria. In this regard, a Fortuna Injunction deserves it rightful place in the annals of civil practice and procedure. Its continued application warrants support. While a Fortuna Injunction may prevent one party from abusing the process of court and inflict irreparable harm on the other party, it may, needless to say, be equally exploited or abused by a party seeking such an order. The legal position [18] The primary motivation behind such an exercise was to apprise potential litigants of the niceties in this area of law and caution parties against any attempt to abuse the process of the court. [19] It is apposite that that part of the judgment in HSC Logistics be reproduced here. The overriding principle governing the granting of a Fortuna Injunction [17] For brevity, an applicant seeking a Fortuna Injunction will succeed if the applicant is able to pivot its application on either one of two distinctive situations. These two distinguishing circumstances are often referred to as the two branches that emanate from a sole overriding principle. … The first branch of the principle [19] Under the first branch of the principle, an applicant will succeed in an application for a Fortuna Injunction if the applicant is able to convince the Court that (i) the presentation of a winding up petition against a company might produce irreparable damage to the company; AND (ii) the proposed winding up petition has no chance of success. [20] Under this first branch of the principle, both limbs in (i) and (ii) must be established. The second branch of the principle [21] Under the second branch of the principle, an applicant will succeed if the applicant is able to persuade the court that there is indeed a more suitable alternative procedure available to a would-be petitioner. [22] It is vital to note that a claim or debt asserted by an intended petitioner under this second branch must be one that is disputed and the presentation of the winding up petition might result in irreparable damage to the subject company.”.
b
Mahkamah Rayuan:
i
Pacific & Orient Insurance Co Bhd v. Muniammah Muniandy [2011] 1 CLJ 947 Court of Appeal, Putrajaya Ramly Ali JCA, Kang Hwee Gee JCA, Jeffrey Tan JCA memutuskan − “[19] Under s. 218(1)(e) of the Companies Act 1965, a company may be wound up if it is unable to pay its debts. The New Oxford Thesaurus of English defined “debt” as “bill, account, tally, financial obligation, outstanding payments, amount due, money arising, dues, arrears and charges”. … [23] In the instant case, the respondent has the right to proceed to issue a statutory notice under s. 218(2)(a) of the Companies Act 1965. Upon the expiration of the 21 days period as set out in the statutory notice and the amount claimed remaining unpaid, the debt becomes ‘due and payable’ and the appellant as the insurer is deemed to be unable to pay its debts. Consequently, the respondent acquires the status of ‘creditor’ for the purpose of winding up proceedings under s. 217(1)(h) and 218(1)(e) of the Companies Act 1965. [24] The right of the respondent to initiate winding-up proceedings against the appellant in this case, is a substantive right conferred by substantive law ie, s. 96(1) of the Road Transport Act 1987, read together with ss. 217(1)(b); 218(1)(e) and 218(2) of the Companies Act 1965. Neither procedural law nor inherent jurisdiction of the court can deprive the respondent of that right. The proper exercise of that right by the respondent by issuing the 218 notice as in the present case, cannot amount to an abuse of court process. (see: R Rama Chandran v. Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147). [25] An application for an injunction to restrain an intended winding-up petition against a company is known as a “Fortuna Injunction”, taking its name from the case of Fortuna Holdings Pty Ltd v. The Deputy Commissioner of Taxation [1978] VR 83. In that case the court laid down the basis on which a court acts to restrain the presentation of a winding-up petition and the two principles that guide courts in the grant of an injunction to that effect. (see also: Mobikom Sdn Bhd v. Inmiss Communications Sdn Bhd [2007] 3 CLJ 295 (Court of Appeals)). [26] The first principle laid down in that case in that an injunction of that nature may be granted by court where the presentation of the petition might produce irreparable damage to the company and where the proposed petition has no chance of success. In order to succeed in getting injunction under this principle, the applicant must satisfy both limbs of the principle i.e.: (i) the intended petition has no chance of success, as a matter of law as well as a matter of fact; and (ii) the presentation of such petition (which has no chance of success) might produce irreparable damage to the company. [27] … The intended petition if filed is not bound to fail. He has a good chance to succeed. Therefore, whether or not it causes irreparable damage is of no consequence. Thus, the injunction applied for by the appellant in the present case, cannot be granted by court under this principle. [28] The second principle established in the Fortuna case is that an injunction of that nature may be granted in cases where a petitioner proposing to present a petition has chosen to assert a disputed claim, by a procedure which might produce irreparable damage to the company, rather than by a suitable alternative procedure. [29] This principle applies only to disputed debt. It does not apply to cases where the debt in question is undisputed. As long as the debt cannot be disputed, it is not consequence whether or not it will cause irreparable damage to the company, if presented. A valid and enforceable judgment of court as in the present case, (unless set aside or stayed) cannot be considered a disputed debt. The law is settled on this point. Therefore, an order for injunction as prayed for by the appellant in the present case, also cannot be granted under this principle. … [38] When the debt is clearly established it follows that the court would not in general at any rate, interfere eventhough the company would appear to be solvent. (see: Mann v. Goldstein (supra). Vaisey J once said in the case of In re a Company [1950] 94 SJ 369: Rich men and rich companies who did not pay their debts had only themselves to blame if it were thought that they could not pay them.”.
II
(ii) di Mahkamah Rayuan, Lim Chong Fong JCA dalam kes Bludream City Development Sdn Bhd V. Pembinaan Bina Bumi Sdn Bhd [2024] 6 CLJ 149 memutuskan − “Findings of This Court [22] Before us, the appellant broadly contended that a party, who has successfully obtained an enforced adjudication decision, cannot proceed to rely on the adjudication decision to commence winding up proceeding when the adjudicated dispute has been referred for final determination either by arbitration or the court. This is premised upon there being no express provision provided in the CIPAA as well as depriving the appellant of its right to be heard in arbitration. Since the status of an adjudication decision is that of temporary finality only, the right to wind-up a company based on the decision is contrary to the legislative intent of CIPAA. Otherwise, the company would be wound-up based on an adjudication decision that has permanency from which the company cannot recover. … [30] Generally, the law on winding up based on inability to pay debts has been comprehensively explained in Lafarge Concrete (Malaysia) Sdn Bhd v. Gold Trend Builders Sdn Bhd [2011] CLJU 1763; [2011] 1 LNS 1763; [2012] 6 MLJ 817, where Jeffrey Tan JCA (later FCJ) held as follows with emphasis added by us: [6] Before we proceed to answer those questions, we should perhaps say that “a creditor is not required to obtain a judgment before serving a statutory demand ...” (The Law of Company Liquidation 4th edn. by Andrew R Keay at p. 83) and “whether or not judgment had been obtained, an unpaid creditor is, as a general rule, entitled to a winding-up order against a company which is insolvent” (The Law of Company Liquidation 4th edn. by Andrew R Keay at p. 91). Where there is no judgment, it is not uncommon for companies to argue that the debt is disputed. But “in order to oppose a winding-up petition, the respondent must raise a bona fide dispute in both a subjective and objective sense. It must be honestly believed to exist and must be based on substantial or reasonable grounds. BMC Construction Sdn Bhd v. Dataran Rentas Sdn Bhd [2001] 1 CLJ 591; [2001] 1 MLJ 356” (Chan & Koh on Malaysian Company Law 2nd edn. at para. 22.145). [31] Although the principles on winding up of a company for inability to pay debts are trite, the ultimate decision on whether to wind-up the company is fact-centric, depending on the circumstances of each case. … [33] In Likas Bay Precinct Sdn Bhd v. Bina Puri Sdn Bhd [2019] 3 CLJ 499, Abang Iskandar JCA (now PCA) held as follows with emphasis added by us: [17] Again, prima facie, a creditor who is not paid, has a right to file a petition to wind up the debtor company. That appears to be the law. … [38] It is trite and plain that a company may be wound-up on the grounds of inability to pay debts albeit the payment sought is not a judgment debt; see PECD Construction Sdn Bhd v. Freehold Point Sdn Bhd [2008] 3 CLJ 215. This is commonly done for debt premised on unpaid invoices and thereafter upon the service of notice which invokes the statutory presumption accorded by s. 466(1)(a) of the CA. In such instances, it is also common that the non-paying party will seek a Fortuna injunction to restrain the commencement or continuation of the winding up proceeding. If it is established that there is a bona fide dispute on the alleged debt on substantial or reasonable grounds, either the Fortuna injunction will be granted, see Lafarge Concrete (M) Sdn Bhd v. Gold Trend Builders Sdn Bhd (supra) or the winding up proceeding will be struck out; see Pembinaan Purcon Sdn Bhd v. Entertainment Village (M) Sdn Bhd [2004] CLJU 682; [2004] 1 LNS 682; [2004] 1 MLJ 545.”. [14] Mahkamah ini perlu berhati-hati apabila membenarkan Saman Pemula ini untuk memperoleh Fortuna Injunction. Keputusan Mahkamah untuk meneruskan pengemukaan prosiding penggulungan syarikat Plaintif kelihatannya suatu draconian procedure which may result in irreparable damage to business and reputation tetapi kewujudan peruntukan sedemikian sejak Akta Syarikat 1965 hingga tergubalnya Akta Syarikat 2016, Mahkamah berpendapat objektif peruntukan tersebut perlu difahami. [15] Berdasarkan afidavit yang difailkan oleh pengikrar Plaintif dan Defendan, perkara keberhutangan Plaintif kepada Defendan bukanlah 100% dinafikan oleh Plaintif. Terdapat “kekangan” mengenai tatacara pembayaran yang perlu dipatuhi oleh Plaintif (Proton) untuk membayar vendornya. Pengesahan dan penilaian dokumen yang diperlukan telah dinyatakan dan ditetapkan oleh Plaintif kepada Defendan. [16] Mahkamah ini berpendapat persetujuan kedua-dua pihak agar Perintah Injunksi Interim untuk menghalang Defendan daripada memfailkan dan/atau mengemukakan petisyen penggulungan syarikat terhadap Plaintif berdasarkan hutang yang dituntut di bawah Notis Tuntutan Berkanun bertarikh 17-7-2025; Plaintif membayar deposit sebanyak RM643,044.59 ke suatu akaun klien peguam cara Plaintif untuk dipegang oleh peguam cara Plaintif sebagai pemegang amanah dan tidak akan dilepaskan kepada mana-mana pihak kecuali dengan perintah Mahkamah selanjutnya atau dengan persetujuan bertulis kedua-dua pihak, adalah petunjuk nyata bahawa Plaintif serius dan jujur untuk melunaskan hutangnya kepada Defendan. Terdapat perbincangan antara Defendan dan Plaintif berlangsung demi memperoleh baki bayaran tertunggak dan perkara pengemukaan dokumen yang dikehendaki oleh Plaintif. Proses pengesahan masih belum dimuktamadkan oleh pihak-pihak. Afidavit Defendan juga menyatakan bahawa Defendan siap sedia untuk mencari dan mengumpulkan semua pesanan belian manual yang relevan dan merizabkan haknya untuk memfailkan satu afidavit tambahan bagi mengekshibitkan dokumen-dokumen tersebut kelak sekiranya Plaintif membangkitkan contoh baharu dalam afidavit balasannya. Hal ini demi memberi pencerahan kepada fakta-fakta sebenar sekiranya difikirkan perlu. Maka, jelaslah perkara tuntutan hutang oleh Defendan ini boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu mengemukakan petisyen penggulungan Plaintif (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd). Sama ada Petisyen Penggulungan Tidak Mempunyai Peluang untuk berjaya? [17] Dalam afidavitnya, Plaintif mendakwa Defendan tidak mempunyai peluang untuk berjaya dalam Petisyen Penggulungan yang diniatkan atas alasan jumlah terhutang dan tertunggak. [18] Mahkamah ini telah meneliti afidavit jawapan Defendan yang menyatakan kronologi kepada tuntutan hutang tertunggak terhadap Plaintif di mana Defendan menegaskan bahawa tiada pertikaian bona fide berkenaan jumlah yang perlu dibayar kerana pada setiap masa, jumlah yang dituntut adalah terhutang dan tertunggak. [19] Mahkamah ini mendapati walaupun jumlah terhutang dan tertunggak yang dituntut oleh Defendan itu dipertikaikan oleh Plaintif, TETAPI Plaintif tidak menafikan mengenai pembekalan alat ganti tersebut oleh Defendan. Plaintif menyatakan bahawa sebagai vendor Proton, Defendan adalah tertakluk untuk mematuhi terma pembayaran sebagaimana yang ditetapkan dalam Kontrak serta Prosedur Pengesahan. Defendan juga mempunyai pengetahuan penuh mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan Proton mengesahkan tuntutannya. Defendan tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa tidak mengetahui tentang terma pembayaran dan/atau Prosedur Pengesahan. Plaintif merujuk Klausa 12.1(g) dalam Surat Penerimaan (“SP”) menyatakan bahawa invois VStep kepada Proton hendaklah dibuat dengan “cara yang dipersetujui dan diluluskan” oleh Proton. [20] Mahkamah ini mendapati jumlah terhutang sebanyak RM643,044.59 dan tuntutan silang oleh Plaintif sebanyak yang berjumlah RM1,688,853.43 adalah persoalan mengenai pelarasan antara kedua-dua pihak selepas semua dokumen yang diperlukan disahkan dan diluluskan oleh Plaintif. Pernyataan Plaintif dalam afidavit sokongannya perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini iaitu − “Pada permulaannya, saya ingin menyatakan bahawa sekitar masa Notis dikeluarkan, pihak-pihak masih dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan tuntutan-tuntutan yang dipertikaikan secara baik. Proton terus membuat susulan (follow up) dengan VStep bagi mendapatkan dokumen sokongan berkaitan tuntutan-tuntutan tersebut. Terdapat juga mesyuarat yang telah dijalankan antara pihak-pihak. Oleh itu, Notis tersebut merupakan suatu kejutan kepada Proton.”. [21] Pemahaman Mahkamah ini mengenai afidavit-afidavit pihak-pihak ialah terdapat perbincangan/mesyuarat yang diadakan berkenaan dengan tuntutan Defendan. Keupayaan Defendan yang mengemukakan dokumen sokongan dan dokumen tambahan untuk diperiksa dan disemak oleh Plaintif menunjukkan bahawa Defendan telah memulakan tuntutannya di luar Mahkamah tanpa perlu campurtangan Mahkamah. Pihak-pihak boleh meneroka dan mencapai penyelesaian dengan aman tanpa perlu menggulung syarikat Plaintif. Ini termasuklah sebagaimana terkandung dalam Artikel 3.10, Bahagian 1− Terma-Terma dan Syarat-Syarat Umum: “Arbitration or Dispute Resolution: in the event of a dispute concerning contractual clauses arising from the Contract Documents or the parties obligations herein under, PROTON and the VENDOR shall use their best endeavors to settle the dispute through good faith negotiation. If however the parties fail to reach an amicable solution within a period of ninety (90) days after the matter was first referred to for good faith negotiations, the parties agree to submit the matter to the exclusive jurisdiction of the courts of Malaysia in the case of Malaysian VENDORS…”. Sama ada Petisyen Penggulungan akan Menyebabkan Kerosakan yang Tidak Boleh Diperbaiki? [22] Berkenaan dengan isu ini, Plaintif menyatakan − “Proton ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang telah ditubuhkan dan diperbadankan dengan sewajarnya sejak tahun
1983
Proton berperanan sebagai entiti utama dan perintis dalam industri automotif nasional Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1985. Proton ditubuhkan dengan tujuan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi Malaysia dan meletakkan asas bagi industri automotif tempatan. Model kenderaannya digunakan secara meluas di seluruh Malaysia dan merupakan komponen penting dalam ekosistem automotif negara. Kepentingan Proton terhadap pembangunan ekonomi Malaysia tidak boleh diperkecilkan. Proton mempunyai kira-kira 8,000 orang pekerja dan lebih daripada 170 pembekal serta vendor alat ganti tempatan. Proton juga mempunyai lebih daripada 200 pengedar kereta. Sekiranya petisyen penggulungan dikemukakan terhadap Proton, ia berpotensi mencetuskan kegagalan bersilang (cross-defaults) terhadap obligasi Proton kepada para pembekal dan vendornya. Ia juga akan membawa akibat yang serius terhadap industri automotif tempatan. Saya ingin menyatakan bahawa Proton tidak menghadapi sebarang ketidakmampuan untuk membayar hutang. Seperti yang dinyatakan di atas, bagi tahun kewangan berakhir 2024, Proton mencatatkan hasil sebanyak RM 8,371,949,000.00 dan aset semasa sebanyak RM 2,438,073,000.00. Keuntungan selepas cukai bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM 106,684,000.00. Hutang yang Dipertikaikan, yang dipertikaikan oleh Proton, hanya merangkumi 0.0077% daripada hasil Proton bagi tahun 2024 dan 0.026% daripada aset semasa Proton. Oleh yang demikian, bukannya satu isu bagi ketidakmampuan Proton untuk membayar Hutang yang Dipertikaikan (walaupun sekiranya Hutang yang Dipertikaikan itu adalah terhutang dan perlu dibayar oleh Proton, di mana adalah dinafikan). Ancaman petisyen penggulungan oleh VStep adalah tindakan mala fide yang bertujuan untuk mencemarkan reputasi Proton dan/atau satu langkah yang tidak berasas untuk memberi tekanan kepada Proton supaya memproses Invois-Invois tersebut. Tidak ada sebarang justifikasi atau bukti yang telah dikemukakan kepada Proton dan prosedur yang telah dipersetujui dalam Kontrak bagi pengesahan tuntutan tidak dipatuhi.”. [23] Berkenaan dengan isu Notis Tuntutan Berkanun ini, Mahkamah mendapati walau pun tiada mala fide oleh Defendan kerana Defendan hanya menuntut bayaran daripada Plaintif dan Mahkamah ini memahami sebagai penuntut hutang yang kecil seperti Defendan, hak Defendan tidak boleh diperlekehkan. Tetapi, Mahkamah ini mendapati hutang yang dituntut itu masih dalam pertikaian dan pertikaian itu adalah bona fide, maka wajarlah pertikaian itu diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak. [24] Selepas meneliti afidavit dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini berpendapat pengemukaan petisyen penggulungan bukan forum sesuai untuk menyelesaikan keberhutangan Plaintif. Defendan telah gagal membuktikan bahawa Plaintiif tidak berkeupayaan membayar hutang (“unable to pay debts”). Ini selaras dengan prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan dalm kes Lafarage Concrete (Malaysia) Sdn Bhd v Gold Trebd Builders Sdn Bhd [2011] LNS 1763 seperti berikut: “[16] In Hotel Royal Ltd Bhd v. Tina Travel & Agencies Sdn Bhd [1989] 1 LNS 170; [1990] 1 MLJ 21, Siti Norma Yaakob J, as she then was, pointed out that the scope or the meaning to be given to the phrase ‘unable to pay its debts’ appearing in s. 218(1)(e) of the CA was explained by McPherson J in The Law of Company Liquidation (3rd edn.) at p. 54 as follows: The phrase ‘unable to pay its debts’ is susceptible to two interpretations. One meaning which may properly be attached to it is that a company is unable to pay its debts if it is shown to be financially insolvent in the sense that its liabilities exceed its assets. But to require proof of this in every case would impose upon an applicant the often impossible task of establishing the true financial position of the company, and the weight of authority undoubtedly supports the view that the primary meaning to the phrase is insolvency in the commercial sense - that is inability to meet current demands irrespective of whether the company is possessed of assets which, if realised, would enable it to discharge its liabilities in full.” (penekanan diberikan) Sebagai sebuah syarikat otomobil nasional, Notis Tuntutan Berkanun bukanlah cara yang terbaik. Defendan mempunyai tatacara alternatif lain untuk menuntut hutangnya sebanyak RM643,044.59 yang telah pun dikreditkan ke akaun klien di Tetuan Plaintif. Kesimpulan [25] Sebagai kesimpulan kepada alasan yang dinyatakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa Saman Pemula bagi Fortuna Injunction adalah dibenarkan dengan kos. Bertarikh: 2 Disember 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi pihak Plaintif − En. Yap Yeow Han bersama-sama dengannya En. Tan Chuan Yi Tetuan Rahmat Lim & Partners, Kuala Lumpur Bagi pihak Defendan − Pn. Nur Hidayah binti Azmal @ Azman bersama-sama dengannya Pn. Pua Jing Man Tetuan Qutra & Co., Shah Alam
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.