Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH : PA-41S-1-07/2022 ANTARA PETER PAUL A/L SANTANAM ... PERAYU (NO. K/P : 700629-07-5761) DAN PENDAKWARAYA ... RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A.
PA-41S-1-07/2022
High Court of Malaysia17 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“fy the originality of this document via eFILING portal 16 - Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392, di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan:- “In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the evi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH : PA-41S-1-07/2022 ANTARA PETER PAUL A/L SANTANAM ... PERAYU (NO. K/P : 700629-07-5761) DAN PENDAKWARAYA ... RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Ini adalah rayuan pihak pendakwaan (responden) terhadap keputusan Mahkamah ini yang atas rayuan Perayu pada 17.5.2024 telah mengenepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang ke atas Perayu. B.
2
Di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang, Perayu pada awalnya telah dituduh dan dibicarakan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [“APJ 1987”]. Namun, di akhir kes Pendakwaan, dengan menggunapakai peruntukkan Seksyen 173(h)(ii) Kanun Tatacara Jenayah, Puan Majistret yang terpelajar telah meminda pertuduhan tersebut kepada satu pertuduhan di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. Pertuduhan pindaan yang digarap oleh Majistret adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 07 November 2019, jam lebih kurang 6.30 petang, di Jalan Dato Ismail Hashim, di dalam Daerah Barat Daya di dalam Negeri Pulau Pinang, sebagai pemandu motorbas nombor WQC 3958 telah memandu motorbas tersebut di atas jalan raya dan didapati memandu kenderaan tersebut dalam keadaan melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kematian kepada penunggang motorsikal PGJ 1215 iaitu Muhammad Saifullah bin Mohammad Hafiez dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan Akta yang sama”
3
Perayu tidak mengaku salah dan telah memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Selain Perayu, dua (2) orang lagi saksi telah memberikan keterangan di peringkat pembelaan.
4
Di akhir kes Pembelaan, Puan Majistret telah memutuskan bahawa pihak Responden telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Perayu bagi kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. Justeru Perayu telah disabitkan atas pertuduhan pindaan tersebut dan dijatuhkan hukuman penjara lima (5) tahun dari tarikh sabitan (30.6.2022) dan denda RM10,000 gagal bayar diganti dengan 12 bulan penjara. Rayuan Perayu di Mahkamah ini adalah terhadap keseluruhan keputusan iaitu sabitan dan hukuman yang dikenakan. Sementara pelupusan rayuan ini, Perayu telah diberikan jaminan. C.
5
Sebagai panduan mengenai tugas Mahkamah ini di dalam menangani rayuan terhadap keputusan Mahkamah bawahan, rujukan telah dibuat kepada kes RAMES BATHUMALAI lwn. PP [2023] 1 LNS 148, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan yang dipetik sebagaimana berikut: “[26] Sebelum kami menyentuh isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak perayu dalam rayuannya, adalah bersesuaian di peringkat ini diingatkan semula peranan kami sebagai hakim- hakim di peringkat rayuan yang membuat keputusan berdasarkan keterangan yang dikemukakan dalam nota keterangan dan keterangan dokumentar dalam rekod-rekod rayuan serta undang-undang berkaitan. Pihak kami tidak mempunyai peluang seperti hakim bicara di mana tingkah laku (demenour) saksi-saksi dapat diperhatikan semasa mereka memberi keterangan. [27] Sehubungan itu, prinsip undang-undang juga adalah jelas bahawa Mahkamah di peringkat rayuan ini perlu lebih perlahan dalam mencampuri keputusan hakim bicara terutama berhubung dapatan fakta yang dibuat, kecuali, dapatan atau keputusan tersebut bertentangan dengan keterangan yang dikemukakan atau bertentangan dengan undang-undang sedia ada. [28] Perkara ini telah banyak dijelaskan dalam nas undang-undang dan salah satunya oleh Mahkamah ini dalam kes Mohd Yusri bin Mangsor & Anor v. Public Prosecutor and Another Appeal [2014] 7 CLJ 897 yang menyatakan seperti berikut: "[4]... We have also scrutinised the records available before us. We are mindful that this is a factual based appeal. It is trite that an appellate court will be slow to interfere with the findings of facts and judicial appreciation of the facts by the trial court to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. However, there are exceptions. Where:
a
the judgment is based upon a wrong premise of fact or of law;
b
there was insufficient judicial appreciation by the trial judge of the evidence of circumstances placed before him;
c
the trial judge has completely overlooked the inherent probabilities of the case;
d
that the course of events affirmed by the trial judge could not have occurred;
e
the trial judge had made an unwarranted deduction based on faulty judicial reasoning from admitted or established facts; or
f
the trial judge had so fundamentally misdirected himself that one may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion, then an appellate court will intervene to rectify that error so that injustice is not occasioned (see Perembun (M) Sdn Bhd v. Conlay Construction Sdn Bhd [2012] 1 LNS 1416; [2012] 4 MLJ 149 (CA); Sivalingam a/l Periasamy v. Periasamy & Anor [1996] 4 CLJ 545; [1995] 3 MLJ 395 (CA))." (penekanan ditambah) D. PROSIDING DI MAHKAMAH TINGGI
6
Di dalam hujahan bertulisnya peguam Perayu telah menyatakan akan hanya bergantung kepada tiga (3) sahaja alasan dalam Petisyen Rayuan yang difailkan. Oleh yang demikian, alasan-alasan lain dalam Petisyen Rayuan tidak akan dibincangkan dalam penghakiman ini.
7
Alasan pertama yang dibangkitkan adalah pindaan yang dibuat oleh Puan Majistret adalah terkhilaf dan cacat kerana mengandungi penduaan (duplicity) pertuduhan-pertuduhan yang berasingan di dalam satu pertuduhan. Peguam yang bijaksana telah membuat rujukan kepada antaranya kes Mahkamah Rayuan iaitu Sam Ke Ting lwn. PP [2023] 5 CLJ. Di dalam kes ini, Mahkamah Rayuan telah membuat analisa dan memutuskan bahawa Seksyen 41(1) APJ 1987 mewujudkan tiga jenis kesalahan berbeza iaitu: (i) memandu dengan melulu; atau (ii) memandu laju; atau memandu secara berbahaya. Justeru Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa pertuduhan yang memasukkan dua cara pemanduan dalam alternatif iaitu secara melulu atau dengan cara berbahaya di dalam satu pertuduhan di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 adalah cacat kerana penduaan tuduhan (duplicity).
8
Mahkamah ini akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut dan bersetuju dengan hujahan peguam mengenai terdapatnya penduaan tuduhan dalam pertuduhan pindaan yang dirangka oleh Puan Majistret. Namun, Mahkamah ini membezakan kes di hadapan Mahkamah ini dengan kes Sam Ke Ting lwn PP (supra). Ini kerana, dalam kes ini pindaan kepada pertuduhan tersebut telah dibuat oleh Puan Majistret di akhir kes pendakwaan setelah Majistret membuat pertimbangan kepada semua keterangan yang ada di hadapan Mahkamah pada peringkat itu. Manakala pertuduhan dalam kes Sam Ke Ting lwn PP (supra) yang bersifat duplicity tersebut telah digarap oleh pihak pendakwaan sendiri dan dihadapkan kepada OKT seawal pertuduhan dibacakan dan pengakuan (plea) OKT diambil. Penduaan ini diputuskan telah mengelirukan dan memprejudiskan OKT di dalam penyediaan pembelaan. Ini kerana OKT tidak tahu samada perlu menjawap tuduhan memandu secara melulu atau memandu secara berbahaya.
9
Tidak seperti OKT dalam kes Sam Ke Ting (supra), Mahkamah ini mendapati Perayu di sini tidak terkeliru atau tersalah arah dengan pertuduhan pindaan berkenaan. Ini kerana Perayu diwakili oleh peguambela di sepanjang perbicaraan. Kesemua keterangan saksi-saksi pendakwaan telah diberikan dalam kehadiran peguambela dan Perayu sendiri. Oleh yang demikian, kesemua keterangan yang menjadi asas kepada pindaan pertuduhan oleh Puan Majistret adalah di dalam pengetahuan pihak pembelaan. Penelitian Mahkamah ini kepada nota keterangan juga mendapati pembelaan yang diutarakan oleh perayu menunjukkan bahawa Perayu tahu apakah pertuduhan yang perlu dijawapnya. Pembelaan Perayu hanya lah satu dan konsisten di setiap peringkat perbicaraan, iaitu, kemalangan berkenaan berlaku bukan akibat cara pemanduan Perayu. Sebaliknya, kemalangan berkenaan adalah berpunca dari kerosakan mekanikal yang dialami oleh bas berkenaan iaitu ketiadaan brek tangan dan kegagalan fungsi brek kaki. Justeru tidak timbul isu Perayu terkeliru dan tidak tahu samada Perayu dituduh mengakibatkan kemalangan maut tersebut kerana telah memandu secara melulu atau dengan cara berbahaya. Hujahan bertulis pembelaan di akhir perbicaraan sebagaimana di mukasurat 51, RR Jilid 4 adalah di petik seperti berikut: “Puan, Teras pembelaan defendan adalah bas tersebut telah mengalami kerosakan mekanikal yang secara langsung telah menyebabkan kemalangan tersebut di mana punca kemalangan itu bukanlah akibat daripada tindakan tertuduh membawa bas tersebut secara melulu dan merbahaya.”
10
Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pertuduhan pindaan tersebut walau pun bersifat penduaan, namun ia tidak mengakibatkan kegagalan keadilan kepada Perayu. Justeru kecacatan dalam pertuduhan tersebut boleh dipulihkan (cureable) di bawah Seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang memperuntukkan seperti berikut: “422. Irregularities not to vitiate proceedings. Subject to the provisions contained in this Chapter, no finding, sentence or order passed or made by a Court of competent jurisdiction shall be reversed or altered on account of:
a
any error, omission or irregularity in the complaint, sanction, consent, summons, warrant, charge, judgment or other proceeding before or during trial or in any inquiry or other proceeding under this Code;
b
the want of any sanction; or
c
the improper admission or rejection of any evidence, unless such error, omission, irregularity, want or improper admission or rejection of evidence has occasioned a failure of justice..”
11
Alasan kedua yang diketengahkan oleh Perayu di dalam rayuannya adalah Majistret Mahkamah Majistret telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta bila mana gagal memberi efek kepada pembelaan Perayu secara menyeluruh khususnya bagi menyangkal tuduhan tersebut di mana intipati pembelaan adalah bas tersebut mengalami kerosakan mekanikal.
12
Manakala alasan ketiga adalah Majistret Mahkamah Majistret telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat satu kes prima facie terhadap Perayu bila mana keterangan membuktikan sebaliknya.
13
Alasan kedua dan ketiga adalah saling berkait, dengan itu akan dibincangkan serentak di dalam penghakiman ini.
14
Bagi memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan Perayu di dalam alasan kedua dan ketiga ini, tidak dapat tidak Mahkamah ini perlu menghalusi alasan penghakiman Puan Majistret dengan penuh terliti. Bagi tujuan tersebut adalah penting untuk bahagian-bahagian yang relevan di dalam penghakiman tersebut diperturunkan di sini secara verbatim sebagaimana berikut: Di peringkat penemuan prima facie bagi pertuduhan pindaan :-
a
Whether technical fault of the said bus is relevant element to be considered in establishing the offence under section 44(1) of Act 333? [31] The basis of this issue being raised was on SP4’s evidence that the said impugned motorbus has no hand brake and the oil tank for its brake is leaking. This, according to the Accused’s Counsel was corroborated by P9 where it had stated that wheel cylinder brake at the front right of the motorbus leak. [32] Based on such findings, the Learned Counsel argues that this court should not negate the Accused’s defence in toto. [33] This, the court tends to disagree since what matter is the fact that did the Accused had taken reasonable precaution in operating a motorbus parked downhill to a road heavily used by road users. [34] Such was not done when based on SP4’s evidence, the Accused had only a minibus license and class D license. Applying the case of Wong Swee Chin, since such fact was not rebutted by the Learned Counsel, it is an accepted fact that the Accused had operated the said bus without having a valid license. [35] Having said that, this court finds that regardless of the condition of the bus, having no formal courses on how to manoeuvre the said bus is disastrous of which is evidenced from the present case. … [70] Based on the above, having conducting maximum evaluation of the prosecution’s case, this court hereby finds that the Prosecution had successfully proven a prima facie case against the Accused under sub-section 41(1) of Act 333 when it was observed that the Accused, knowing that he has no valid license when he decided to drive the said motorbus of which was parked on a busy road shows a positive action on his part which resulted in the Accused’s recklessness as seen in Lim Chin Poh’s case. [F] Defence’s stage. [H] Issues raised by the Defence. [74] The Defence counsel in his submission had once again reiterated on the issue of technical faults. Since this issue had been analysed and concluded by this court during the prosecution stage, this court hereby find this argument as academic and would not divulge further into this issue. [I] Court’s Findings [75] After hearing and evaluating the evidence presented to this court by the defence, this court finds that the defence had put forward by the Accused that the accident was due to technical fault serves as bare denial since it did not negate the fact that he had driven the said motorbus knowing that it was done without having a valid license and it is dangerous to manoeuvre such a big vehicle parked at that type of position. (penekanan ditambah)
15
Berdasarkan petikan-petikan dari alasan penghakiman seperti di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa di kedua-dua peringkat iaitu di akhir kes pendakwaan dan di akhir kes pembelaan, Puan Majistret sebenarnya tidak pernah langsung menumpukan mindanya untuk membuat pertimbangan dan penilaian justeru telah gagal membuat sebarang dapatan dan keputusan kehakiman (judicial finding and determination) ke atas keterangan saksi-saksi yang relevan berkenaan isu bahawa bas berkenaan telah mengalami kerosakan mekanikal sehingga mengakibatkan kemalangan berkenaan. Sedangkan pembelaan ini telah ditimbulkan semasa di peringkat pendakwaan lagi dan saksi-saksi telah dibawa semasa di peringkat pembelaan bagi membuktikannya. Namun, Puan Majistret langsung tidak menganalisa keterangan dalam pembelaan ini dan membuat dapatan samada keterangan-keterangan ini telah berjaya atau gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Sebaliknya, pembelaan yang diketengahkan oleh Perayu telah terus diketepikan dan diberikan label sebagai ‘bare denial’ yang seterusnya membawa kepada dapatan dibuat bahawa Pendakwaan telah membuktikan pertuduhan melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Justeru Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan.
16
Saya percaya kegagalan Puan Majistret untuk memberikan pertimbangan, membuat pernilaian dan seterusnya memutuskan isu yang dibangkitkan dalam pembelaan ini adalah berpunca daripada pendirian yang telah diambil oleh Puan Majistret semenjak di peringkat pendakwaan lagi bahawa elemen kesalahan memandu secara melulu dan merbahaya seperti yang dirangkanya terhadap Perayu telah terbukti melalui fakta bahawa ketika mengendalikan bas berkenaan yang diparkir di kawasan cerun (menurun bukit) itu, Perayu tidak mempunyai lesen memandu kelas E bagi melayakkannya mengendalikan bas berkenaan. Sehubungan itu, Puan Magistret telah menutup mindanya dari meneliti, menilai dan memutuskan keterangan-keterangan yang dibawa oleh pembelaan bagi membuktikan kewujudan kerosakan mekanikal pada sistem brek bas berkenaan. Ini jelas terbukti apabila Puan Majistret telah menyatakan seperti berikut: “[F] Defence’s stage. [74] The Defence counsel in his submission had once again reiterated on the issue of technical faults. Since this issue had been analysed and concluded by this court during the prosecution stage, this court hereby find this argument as academic and would not divulge further into this issue.”
17
Sedangkan, pendirian Puan Majistret bahawa ketiadaan lesen memandu yang sah semata-mata telah cukup bagi membuktikan elemen kesalahan di bawah seksyen 41 (1) APJ 1987 adalah tersasar dan bersalahan dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Siti Rohani Shah & Ors v Hj Zainal Hj Saifiee & Anor [2001] 1 CLJ 498 yang memutuskan seperti berikut: “it is very clear, riding or driving without a valid licence per se is not negligent…”
18
Pada masa yang sama, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pengataan Puan Majistret di perenggan 78 alasan penghakimannya hanyalah sekadar kata-kata. Ini kerana Puan Majistret sebenarnya tidak membuat penilaian terhadap keseluruhan keterangan di akhir perbicaraan. Perenggan 78 diperturunkan sekali lagi seperti berikut: [78] Based on the above, the findings of the OKT’s defence as bare denial was made after taking into consideration the defence evidence in its entirety by comparing the evidence of the Accused as against the entire evidence presented by the prosecution as per the case of Alcontara a/l Ambross Anthony v
24
PP [1996] 1 MLJ 209 and Chua Beow Huat v PP [1968] 1 LNS ”
19
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan, saya mendapati Puan Majistret telah terkhilaf dan telah menyalaharah dirinya dengan serius kerana gagal menjalankan kewajipan mandatorinya selaku hakim bicara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 173 (m)(i) KTJ. Peruntukan ini yang menggunakan perkataan ‘shall’ jelas mewajibkan hakim bicara di akhir kes pembelaan untuk menilai semua keterangan dalam perbicaraan dan di akhir penilaian mencapai satu dapatan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah atau pun tidak.
20
Salah arahan (misdirection) dalam bentuk kegagalan mematuhi Seksyen 173 (m)(i) KTJ ini semestinya telah mengakibatkan kegagalan keadilan yang serius kepada Perayu kerana keterangan dalam pembelaannya langsung tidak dipertimbangkan. Dengan ini, salah arahan hakim bicara ini tidak dapat diselamatkan oleh Seksyen 422 KTJ.
21
Seksyen 173 (m)(i) KTJ adalah in pari materia dengan Seksyen 182A (1) KTJ. Oleh itu, dalam konteks ini, rujukan dibuat kepada nas-nas otoriti berikut: - Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392, di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan:- “In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The legislature has advisedly used the term all the evidence. The emphasis must be on the word all. In the context of the present case, the cautioned statement tendered by the appellant is one of the evidences which the learned JC should take into consideration in order to make a finding whether or not the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The aim of this provision is obviously to make certain that an accused person gets a fair trial." - Derrick Randall v. PP [2018] 3 CLJ 212 di mana Ahmadi Asnawi HMR telah memutuskan seperti yang berikut:- “(1) Setelah meneliti keseluruhan alasan penghakiman hakim bicara, didapati bahawa hakim bicara langsung tidak mempertimbangkan rakaman percakapan beramaran perayu. Justeru, kegagalan hakim bicara untuk mempertimbangkan rakaman percakapan beramaran tersebut adalah bertentangan dengan kehendak s. 182A(1) Kanun Tatacara Jenayah ('KTJ') yang memperuntukkan bahawa mahkamah hendaklah mempertimbangkan semua keterangan yang dikemukakan di hadapannya di akhir perbicaraan dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.
2
Tidak boleh dikatakan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah di akhir perbicaraan apabila hakim bicara gagal dan tidak langsung mengambil kira serta mempertimbangkan keterangan rakaman percakapan beramaran perayu dalam mencapai dapatannya bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya terhadap perayu melampaui keraguan yang munasabah. Adalah suatu undang-undang yang mantap bahawa rakaman percakapan perayu adalah juga keterangan yang perlu diberi pertimbangan yang saksama sepertimana keterangan-keterangan lain yang dikemukakan. …
4
Kegagalan hakim bicara untuk mempertimbangkan semua keterangan yang dikemukakan di hadapannya sebelum memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah, bertentangan dengan kehendak s. 182A(1) KTJ, adalah terjumlah dalam salah arahan serius yang mewajarkan campur tangan.” - ZULKEFLY BIN HAD V PR [2014] 6 CLJ 64 di mana YA Balia Yusof Bin Hj.Wahi telah menyatakan seperti berikut: “[20] Di akhir perbicaraan, tugas hakim bicara adalah untuk meneliti kesemua keterangan yang telah dikemukakan di hadapannya dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes melampaui keraguan. Seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah jelas memperuntukan perihal tersebur. Di dalam mengadakan peruntukan tersebut, Parlimen dengan jelas menyatakan bahawa “all the evidence adduced before it”. Penekanan haruslah diberikan kepada perkataan “all” yang memberi maksud keseluruhan dan kesemua keterangan, sama ada dari pihak pembelaan ataupun pendakwaan. Apa-apa ketinggalan atau kegagalan hakim bicara berbuat demikian adalah merupakan suatu salah arah dan ini mewajarkan Mahkamah Rayuan untuk campur tangan, Kegagalan hakim bicara mengambil kira dan membuat aprisiasi mana-mana keterangan pembelaan telah memprejudiskan Perayu. Hak sama rata dan untuk mendapatkan “fair trial” Perayu telah dicabul. Tiada mahkamah di dalam mana-mana jua system perundangan di dalam manamana “civilised society” boleh menerima perkara sedemikian.”
22
Sehubungan itu, saya mendapati adalah tidak selamat untuk Mahkamah ini mengekalkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Puan Majistret terhadap Perayu. Dalam kes Mohd Johi Said v PP [2005] 1 CLJ 389, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut:- “Unlike civil appeals, where the appellant carries the burden of showing that the judge at first instance went wrong, in a criminal case the duty of the court is to consider whether the conviction is right. The correct approach is therefore not whether the decision is wrong but whether the conviction is safe. See, Mohammad Husain v. Emperor AIR [1945] Nag 441; Zahari bin Yeop Baai v. PP [1980] 1 MLJ 160.”
23
Oleh yang demikian, Rayuan Perayu adalah dibenarkan. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret adalah diketepikan. Perayu dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan pindaan tersebut. Bertarikh: 29 Oktober 2025 Rofiah binti Mohamad Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Pulau Pinang. Untuk Pihak Responden: Timbalan Pendakwaraya Pejabat Penasihat Undang-Undang Pulau Pinang Untuk Pihak Perayu :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.