bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain”. 16 D. BANTAHAN-BANTAHAN PLAINTIF [16] Bantahan-bantahan Plaintif yang telah dibuat menurut seksyen 142 AKT 1976 adalah seperti berikut: i. Kaedah penilaian - Terdapat perbezaan yang ketara dari nilaian tahunan yang diperolehi jurunilai Plaintif (Tetuan Raine) dan jurunilai Defendan (Tetuan Azami & Co) bagi pengiraan nilaian Saluran gas dan juga nilaian terhadap nilai semasa Tanah-Tanah. ii. Defendan gagal memberikan butir-butir tentang tanah-tanah yang terlibat dengan penetapan nilai tahunan tersebut dengan penetapan nilai tahunan tersebut. iii. Transaksi-transaksi perbandingan defendan melibatkan tanah-tanah yang jauh lokasinya dari tanah-tanah Plaintif dan transaksi-transaksi perbandingan Defendan melibatkan tanah-tanah yang bentuknya lebih lazim dan seimbang berbanding dengan tanah-tanah Plaintif. 17 E. TENTANGAN DEFENDAN [17] Defendan sebaliknya di dalam Afidavit Jawapan (Kandungan 5) yang menentang rayuan Plaintiff yang diikrarkan oleh Hajah Nor Akma binti Hj Ahmad yang merupakan Pengarah Penilaian dan Pengurusan Defendan telah menegaskan bahawa setelah mengambil kira bantahan yang dikemukakan oleh Plaintif, Defendan telah membuat semakan nilaian semula terhadap Pegangan Plaintif melalui suatu Mesyuarat Jawatankuasa mendengar Bantahan Nilaian pada 19.04.2016 (Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan). [18] Adalah menjadi tegasan Defendan bahawa keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan mengurangkan nilai tahunan pegangan Plaintif daripada RM32,000,000.00 kepada RM26,505,000.00 telah diputuskan dan dicapai setelah Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan mempertimbangkan kesemua butiran di dalam Laporan Penilaian Plaintif (Tetuan Raine), Laporan Penilaian Tetuan Azami & Co dan menggunakan budi bicara dan kuasa yang ada. [19] Defendan telah menegaskan bahawa di dalam pemutusan nilaian tahunan pegangan Plaintif pada RM26,505,000.00, Defendan sebagai Pihak berkuasa Tempatan telahpun menjalankan tugas 18 dan tanggungjawab menilai sesuatu pegangan menurut undang-undang, prosedur dan tatacara yang sedia ada dan terpakai terhadapnya dengan suci hati (bona fide). F. ANALISA AM MAHKAMAH ATAS PENILAIAN YANG DIBUAT OLEH KEDUA-DUA JURUNILAI PLAINTIF DAN DEEFENDAN [20] Terdapat empat (4) Laporan Penilaian yang telah dikemukakan dan telah dipertimbangkan oleh Defendan di dalam mencapai keputusannya iaitu: i. Lapuran Penilaian Plaintif 1 (Tetuan Raine) bertarikh 2.3.2016 (Eksibit”NA-7“), Kandungan 6. ii. Lapuran Penilaian Plaintif 2 (Tetuan Raine) bertarikh 27.3.2016 (Eksibit K1-5“),Kandungan 2. iii. Lapuran Penilaian 1 (Tetuan Azami) bertarikh 7.12.2015 (Eksibit ”NA-2“),Kandungan 5. iv. Lapuran Penilaian 2 (Tetuan Azami) bertarikh 21.3.2016 (Eksibit”NA-8“)“),Kandungan 6. [21] Bagi mendapatkan nilai-nilai tahunan pegangan Plaintif, penilai-penilai Plaintif dan Defendan telah membuat analisis kritikal ke atas nilai terkini tanah-tanah dan juga membuat pengiraan bagi mendapatkan nilai Saluran Gas. 19 [22] Secara umumnya, kedua-dua penilai Plaintif dan Defendan telah menggunakan kaedah kos (juga dikenali sebagai “Contractors Method/Basis”) untuk menentukan nilai pasaran Saluran Gas tersebut. [23] Manakala bagi mendapatkan nilaian Tanah-Tanah, kedua-dua penilai Plaintif dan Defendan telah menggunakan kaedah perbandingan (juga dikenali sebagai “comparison method”) untuk menentukan nilai pasaran Tanah-Tanah tersebut. [24] Kaedah kos bagi mengetahui nilai saluran gas dibuat penyelarasan yang sewajarnya untuk mengambil kira keadaan fizikal, fee, keuntungan dan “obsolescence” yang dikenali sebagai “Depreciated Replacement Costs”. [25] Kedua-dua penilai Tetuan Raine dan Tetuan Azami telah menggunakan kaedah perbandingan bagi menentukan nilaian pasaran Tanah-Tanah tersebut. Bagi mendapatkan nilaian pasaran tanah, dengan menggunakan kaedah perbandingan akan melibatkan analisis kritikal ke atas nilai terkini hartanah yang serupa (industri), di dalam kawasan yang sama dan dibuat penyesuaian terhadap mana-mana perbezaan lokasi, masa, 20 lapisan, jalan masuk, saiz, bentuk dan muka bumi tanah, kegunaan (zoning) dan keadaan tanah, tempoh dan jenis pegangan, sekatan hakmilik (sekiranya ada), dan lain-lain faktor. Bantahan i. Kaedah penilaian - Terdapat perbezaan yang ketara dari nilaian tahunan yang diperolehi jurunilai Plaintif (Tetuan Raine) dan jurunilai Defendan (Tetuan Azmi) bagi pengiraan nilaian Saluran gas dan juga nilaian terhadap nilai semasa Tanah-Tanah. G. Nilaian Tahunan Saluran Gas [26] Bagi nilaian tahunan Saluran Gas Tetuan Raine telah mengaplikasikan kaedah Depreciated Replacement Cost yang cenderung kepada prinsip bahawa saluran gas tersebut akan semakin kurang nilainya apabila usianya semakin meningkat. Dalam kes ini, saluran gas tersebut terdiri daripada “PGU Main Line" dan “CB Lateral” yang kedua-duanya dibina pada tahun 1991 iaitu lebih kurang 15 tahun sebelum tarikh senarai nilaian yang terpakai iaitu 2006 dan lama sebelum pindaan yang dicadangkan di dalam notis Defendan bertarikh 1 Disember 2015. 21 [27] Dengan memenggunakan kaedah Depreciated Replacement Cost tersebut dengan kaedah garis lurus, Penilai Plaintif telah membuat pengiraan susut nilai Saluran Gas tersebut pada tempoh 15 tahun iaitu sejak ia dibina pada tahun 1991 serta mengambil kira faktor jangka hayat Saluran Gas tersebut selama 40 tahun, yang mana kadar susut nilai tahun pada tahun pertama pada kadar 10% dan kemudian dengan susut nilai berterusan pada kadar 2.5% untuk tempoh 14 tahun, penilai Plaintif telah menetapkan Depreciated Replacement cost atau nilai pasaran saluran gas tersebut sebanyak 45%. Tahun pertama = 10% Tahun 2 - tahun 15 pada kadar 2.5% setahun: 14 x 2.5% =35% Depreciated Replacement cost: 10% + 35% = 45% [28] Penilai Plaintif setelah ia memperolehi kos susut nilai “Depreciated Replacement Cost” Saluran Gas tersebut pada kadar 45%, telah kemudiannya menggunakan kaedah penyahmodalan atau pengurangan modal asas “Decapitalisation Rate” pula pada kadar 5.75% bagi mendapatkan nilai tahunan Saluran Gas tersebut. [29] Pihak Defendan telah menegaskan bahawa dengan menggunakan kaedah Depreciated Replacement cost atau kos susut nilai 22 pasaran saluran gas tersebut sebanyak 45%, Plaintif telah sebenarnya mengenakan kadar susut nilai yang terlalu tinggi terhadap saluran paip gas tersebut. Menurut Defendan, kaedah garis lurus yang digunakan Plaintif adalah tidak bersesuaian disebabkan saluran paip berfungsi sebagai saluran menyalurkan gas dan bukannya sebagai sebuah jentera ataupun kenderaan. Di samping itu juga, menurut Defendan biarpun saluran paip gas tersebut telah dibina sejak tahun 1991, sebagai saluran-saluran gas ia telah diselenggara dengan sempurna oleh Plaintif dan untuk itu masih berfungsi dengan baik. [30] Oleh yang demikian, adalah ditegaskan oleh Defendan bahawa oleh kerana keadaan saluran paip gas tersebut adalah di dalam keadaan baik, maka kos susut nilai “Depreciated Replacement Cost” sepatutnya pastinya adalah lebih rendah. Maka justeru itu, menurut Defendan lagi, walaupun penilai Defendan juga telah menggunakan kos susut nilai “Depreciated Replacement Cost” pada kadar 2.5 % setahun untuk seluruh tempoh 15 tahun tanpa penambahan iaitu menggunakan kaedah garis lurus dengan memberi kadar kos susut nilai untuk tahun pertama pada kadar 10% sepertimana yang dibuat penilai Plaintif. 23 [31] Oleh itu, kos susut nilai yang dipakai oleh penilai Defendan adalah 2.5% x 15 tahun = 35%. Kadar kos susut nilai “Depreciated Replacement Cost” 35% ini adalah sesuatu yang munasabah dan wajar. B. Nilai Tahunan Tanah-Tanah [32] Seperti yang telah dinyatakan di awal penghakiman tadi, bagi menentukan nilai tahunan pegangan-pegangan Tanah-Tanah tersebut kedua-dua jurunilai Plaintif dan Defendan telah menggunakan kaedah perbandingan. [33] Dengan menggunakan kaedah perbandingan tersebut di mana analisis dibuat bersandarkan atau berasaskan faktor-faktor yang dinyatakan di perenggan [17] alasan penghakiman, kedua-dua jurunilai Plaintif dan Defendan kemudian telah menggunakan kaedah kos susut nilai “Depreciated Replacement Cost”. [34] Adalah menjadi hujahan Defendan, di dalam pemakaian cost method’ ini, jurunilai Defendan telah menyelaraskan depreciated replacement cost” pada kadar 35% yang mana menurut Defendan ia adalah satu penyelarasn yang menyeluruh dan komprehensif 24 berbanding dengan apa yang diselaraskan oleh jurunilai Plaintif sebanyak 25%. [35] Seterusnya Defendan telah menghujahkan bahawa cost method yang digunakan oleh jurunilai Defendan diselaraskan dengan nilai tanah ditambah dengan binaan dan ditolak dengan susut nilai binaan atas Tanah-Tanah Tersebut seperti berikut: Cost Method = Nilai Tanah + (Nilai Binaan –Susut Nilai) [36] Menurut Defendan lagi, jurunilai Defendan telah menggunapakai 8%-10% daripada nilai pasaran pegangan-pegangan tanah tersebut yang mana adalah selaras dengan Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (selepas ini akan dirujuk sebagai “Akta tersebut”). [37] Menurut Defendan lagi, kaedah penyahmodalan atau pengurangan modal asas "Decapitalisation rate" yang digunakan oleh Plaintif untuk mendapatkan nilai tahunan “annual value” sebanyak 5.75% dan didarabkan dengan nilai tanah adalah bertentangan dengan proviso di bawah Seksyen 2 (c) Akta tersebut berkenaan interpretasi 'nilaian tahunan' seperti berikut: 25 "nilai tahunan" ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan, dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyenggaraan atau pemeliharaan dan segala kadar dan cukai awam: Dengan syarat bahawa-