Lampiran
Lampiran 1 laporan pakarnya dalam dokumen (B7) mukasurat 87. Perkara ini turut dipersetujui oleh Dr. Shah kecuali suntikan botok. Justeru itu saya membenarkan tuntutan seperti jadual berikut : 54 Peralatan Kos Jumlah Kos Tuntutan Dibenarkan 1 celebrex 200mg 4,64 per tablet 1,429-12 1,429-12 2 paracetamol 0.33 per tablet 174-24 174-24 3 syrup lactulose 14,50 per bottle 1,914 1,914 4 oral baclofen 5 per tablet 120,500 50,000 5 epilim 1 per tablet 3,960 3,960 6 Phenobarbitone 0.20 per tablet 792 792 7 Fluimucil 9.50 for 2 sachets 1,254 1,254 Total 59,523.36 (g) Botox Tiada keperluan (h) Kos Pembantu Rumah Kedua-dua saksi pakar, Dr. Shah dan Dr. Kavitha berpendapat bahawa ibu Piona seharusnya mendapat bantuan pembantu rumah yang terlatih untuk membantu dan menjaga Piona. Buat masa sekarang Piona menerima jagaan daripada ibunya dan kedua-dua kakaknya. Kedua-dua kakaknya akan mendirikan rumahtangga dan meninggalkan rumah tersebut bersama keluarga mereka kelak. Ibu Piona yang telah berumur tidak seharusnya dibebankan sendirian untuk 55 menjaga Piona. Dalam keadaan sedemikian, tuntutan bagi dua pembantu rumah adalah munasabah. Dr. Kavitha menerangkan kos seorang pembantu rumah adalah sebanyak RM1,800 sebulan. Lanjutan ini juga, keluarga Piona juga perlu untuk membelanjakan penginapan bagi pembantu rumah tersebut. mereka perlu menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian dan keperluan air serta elektrik, saya mendapati jumlah RM500 bagi seorang pembantu rumah untuk sebulan adalah munasabah. Tuntutan (RM1800+RM500) bagi 2 pembantu rumah untuk 9 tahun (RM496,800) tetapi saya membenarkan tuntutan sebanyak RM300,000. (i) Kos Penjagaan Jururawat Rumah Kedua-dua saksi pakar bersetuju bahawa jururawat yang terlatih boleh membuat lawatan ke rumah bagi mengawal keadaan perubatan Piona dan mengambil tindakan-tindakan prosedur seperti menukar Ryles tube, tindakan suctioning dan mengawal tanda-tanda kesedaran Piona. Lawatan seminggu sekali ke rumah Piona adalah munasabah. Dr. Shah menyatakan kos bagi setiap kali lawatan jururawat adalah sebanyak RM80 hingga RM100. Tuntutan yang dibuat adalah RM100 x 4 kali datang x 9 tahun (RM43,200), tetapi saya hanya membenarkan tuntutan sebanyak RM30,000. 56 (j) Nilai Penjagaan Ahli Keluarga Ibu Piona bertindak bagi mengawasi pembantu-pembantu rumah bagi memastikan Piona mendapat penjagaan yang sempurna. Pembantu-pembantu rumah hanyalah bertindak bagi membantu keadaan tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih terletak kepada ibu Piona. Dalam situasi ini juga bantuan ibu Piona dan ahli keluarga seharusnya dihargai. Dalam kes: Tan Cheong Poh & Anor v. Teoh Ah Keow (1995) 3 MLJ 89 (CA), VC George JCA memberikan penghakiman mahkahah menyatakan: “……….(6) No allowance was made for the fact that it was probable that the plaintiff would cease gainful employment after her marriage, as to do so would be inconsistent with the realities of modern living. Also, the RM350 permonth awarded by the trial judge for care and nursing was about right, as the plaintiff needed the assistance of a full time domestic maid. …………….” Justeru, tuntutan sebanyak RM400 sebulan adalah munasabah. Tuntutan yang dibuat adalah RM400-00 sebulan bagi 9 tahun (RM43,200), tetapi saya hanya membenarkan tuntutan RM20,000. (k) Kos-kos Nutrisi dan Supplement Kos bagi susu formula untuk Piona adalah sebanyak RM1,391. Disamping itu juga ibu Piona membelanjakan anggaran RM 250 sebulan untuk 57 vitamin dan supplement. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM1,641 dan tuntutan yang dibuat adalah RM1,000 x 12 bulan x 9 tahun (RM108,000). Memandangkan ketiadaan rekod dan sebarang resit dikemukakan, saya hanya membenarkan tuntutan sebanyak RM30,000. (l) Kos bagi pembaikan rumah Kavitha menganggarkan jumlah sebanyak RM20,000 bagi pembaikan rumah untuk menambahkan keceriaannya. Dr. Shah juga turut bersetuju mengenai perkara ini. Justeru itu, saya membenarkan tuntutan sebanyak RM20,000. (m) Kehilangan Pendapatan Secara berterusan Piona akan kehilangan punca pendapatan yang mana beliau mungkin memperolehi pendapatan yang lebih di masa hadapan. Justeru, saya membenarkan tuntutan RM2,500 x 12 bulan x 9 tahun (RM270,000) (n) Kos Perjalanan Ahli keluarga Piona akan secara berterusan memerlukan perbelanjaan untuk perjalanan bagi membawa Piona mendapatkan rawatan perubatan di hospital-hospital dan terapi di pusat-pusat terapi. Malahan tunangnya juga, Nantha akan mengeluarkan perbelanjaan untuk datang dan melawat Piona. Saya mendapati tuntutan sebanyak RM3,000 58 setahun dan tuntutan yang dibuat adalah RM3,000 x 9 tahun (RM27,000). Saya membenarkan tuntutan sebanyak RM20,000 (o) Kos Tempat Tinggal Sebelum kejadian ini menimpa, Piona tinggal di Bandar Kelang. Beliau tiada terikat kepada keluarganya dan malahan dapat berdikari sepenuhnya untuk bekerja. Walaubagaimanapun, setelah kejadian buruk yang menimpa ini, Piona amat bergantung kepada seluruh ahli keluarganya untuk hidup dan tempat tinggalnya. Keluarga Piona akan mengeluarkan perbelanjaan dan tempat tinggal dari segi pembayaran elektrik, air, alat basuhan pakaian Piona dan juga ruang khusus dalam rumah untuk Piona. Jumlah RM2000 sebulan yang dituntut dan tuntutan yang dibuat adalah RM2,000 x 12 bulan x 9 tahun (RM216,000). Saya membenarkan tuntutan sebanyak RM150,000. (p) Respite Care Tiada Berkaitan (q) Kesakitan dan penderitaan serta kehilangan keselesaan/amenity hidup Melalui gambar-gambar Piona yang dibekalkan kepada mahkamah, saya mendapati Piona seorang yang ceria dan cantik. Malangnya, setelah kejadian ini berlaku segala-galanya hilang dengan serta merta. Sekiranya 59 kejadian malang ini tidak berlaku, Piona akan menjalani kehidupan yang lebih selesa dan berkahwin serta mempunyai anak-anak. Lebih menyedihkan Piona akan berada dalam keadaan sekarang sepanjang hayatnya sehinggalah kematian. Saya mendapati Piona sepanjang hayatnya mengalami kesakitan akibat kecuaian pihak Defendan. Berbagai-bagai rawatan hospital, prosedur, suntikan, rawatan yang begitu menyakitkan, terapi dan juga pembedahan. Kehidupan beliau amatlah menyakitkan sehinggalah kematian. Apa yang sangat dikesali adalah saya mendapati dalam laporan bertarikh 14 Februari 2018 yang dibuat oleh Dr. Mohd Rohisyam Bin Zainal Abidin, Pakar Runding dan Ketua Jabatan Anaethesiology dan Rawatan Rapi, Hospital Tg. Ampuan Rahimah, Klang dan laporan tanpa tarikh dari Dr. Zalina Abd. Razak, Ketua Jabatan Anaethesiology dan Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya seawalnya telah mengakui kecuaian pihak Hospital tetapi perkara ini tidak dimaklumkan sehinggalah pada hari perbicaraan. Tindakan “menyimpan cerita sebenar” oleh pihak berkenaan tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini apatah lagi “memberatkan” lagi penderitaan yang dialami oleh Piona. Justeru itu, saya membenarkan tuntutan sebanyak RM800,000 bagi maksud ini. Dalam membenarkan tuntutan ini saya merujuk kepada penghakiman kes: Adventist Hospital & Clinical Services (M) & 3 Ors. v. Kee Boon Suan & 2 60 Ors. (2015) 8 CLJ 676 yang membenarkan tuntutan sebanyak RM400,000. (r) Ganti Rugi Teruk Memandangkan tuntutan terhadap kesakitan dan kehilangan amenity telahpun diluluskan secara penuh, saya mendapati tiada kewajaran lagi untuk membenarkan tuntutan bagi maksud ini. (s) Kos Kes-kes melibatkan tuntutan kecuaian perubatan amatlah kompleks dan memerlukan kepakaran peguam-peguam dalam bidang perubatan. Saya turut mengakui bahawa persediaan-persediaan perbicaraan dibuat dengan begitu teliti dan masa yang begitu lama untuk mengkajinya. Dalam hal ini, saya membenarkan tuntutan sebanyak RM100,000. (t) Kadar Faedah Saya membenarkan kadar faedah seperti berikut: (a) Kadar 4% setahun ke atas Ganti Rugi Khas mulai tarikh kejadian sehingga tarikh pengakuan laibiliti (14 Mei 2018); (b) Kadar 8% setahun ke atas Ganti Rugi Pra-Bicara dan Ganti Rugi Am untuk kesakitan dan penderitaan kehilangan amenity hidup dari tarikh penyampaian writ 18 Julai 2017 61 sehingga tarikh pengakuan laibiliti (14 Mei 2018); dan (c) Kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman, termasuk kos-kos dari tarikh pengakuan laibiliti 14 Mei 2018 sehingga tarikh pembayaran Dalam memberikan penghakiman ini dan award gantirugi kepada pihak Plaintiff, saya sentiasa mengingati diri sendiri bahawa sebanyak manapun gantirugi yang diberikan kepada Plaintiff, tidak akan dapat memulihkan Piona untuk menjalani kehidupan yang normal akibat kecuaian pihak Defendan-defendan. Saya mengharapkan agar pihak-pihak Defendan-defendan mengambil iktibar daripada pengajaran kes ini agar menjadi panduan, iktibar dan penuh teliti dalam menjalankan kewajiban untuk masa-masa yang akan datang. Bertarikh 30 Mei 2018. (DATO’ HJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH) Pesuruhjaya Kehakiman (NCVC 6) Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 62 Pihak-pihak Kaunsel: Bagi pihak Plaintiff: Karthi Kanthabalan dan Ashwin Kumar (Tetuan PS Ranjan & Co.) Bagi pihak Defendan - Puan Mariam Hasanan binti Othman, Defendan : Peguam Kanan Persekutuan Puan Siti Asmath binti Che Man, Peguam Persekutuan (Jabatan Peguam Negara, Putrajaya) 63 TABLE OF DAMAGES Plaintiff Court Item RWI RlVt A Special Damages 1, Loss of earnings 36,250-00 2. Hospital and medical expenses 3,400-00 3, Travelling and accommodation 13,750-00 4. Medicines, nutrition and supplements 13,625-00 5, Diapers, cream and etc. 4,495-00 6, Equipment and assistive devices 800-00 7. Therapies 1,200-00 8, Home renovation 3,000-00 9. Syringes, gauze and tape 3,875-00 10. Traditional medicine 5,100-00 11. Value of care 25,000-00 12. Surgical supplies 12,575-00 13, Pre-action discovery 10,000,00 Subtotal 133,070-00 64 Item Plaintiff Court Pre-Trial Damages 1, Loss of earnings 27,500-00 2. Travelling and accomodation 8,900-00 3. Nutrition and supplements 18,051-00 4, Diapers, cream and etc 5,500-00 5, Equipment and assistive devices 1,000-00 6. Syringes, gauze and tape 3,410-00 7, Traditional medicine 6,600-00 8, Surgical supplies 11,066-00 9. Value of care 22,000-00 Subtotal 104,027-00 C Life Expectancy 16 years Multiplier 11 years . 65 Item Plaintiff Court D Future General Damages 1. Equipment and assistive devices 699,140-00 2. Medical and therapy needs 399,350-00 3, Medication 228,973-36 4, Maids 607,200-00 5. Home nursing care 52,800-00 6. Value of care by family 52,800-00 7, Nutrition and supplements 216,612-00 8' Home renovation 20,000-00 9. Loss of earnings 330,000-00 10, Travelling 33,000-00 11, Living and accomodation 264,000-00 12. Respite care 77,000-00 . Subtotal 2,920,875-36 E General Damages for Pain and Suffering and Loss of Amenities of Life 500,000-00 F Aggravated Damages 1,000,000-00 Grand total 4,657,972-36 G Costs G,1 getting up fee 300,000-00 G.2 out of pocket expenses 16,711-20 66