Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NO. KES: NA-63ES-17-06/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU LAWAN PK AGRO-INDUSTRIAL PRODUCTS … ORANG KENA
NA-63ES-17-06/2022
Sessions Court of Malaysia7 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ang berikut: "Of particular pertinence to this application is the quote in Re Kwan Wah Yip & Anor from the decision of Wilson J. in Doraisamy s/o Palanimuthu v. PP in reference to section 305 of the Criminal Procedure Code (Cap 21) which is in substance similar to section 311 of our Criminal Procedure Code-Obviously, t”
“32. Hukuman juga perlu berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan seperti yang telah dijelaskan dalam kes Lee Yoke Choong v. PP [1964] MLJ 138 yang menyatakan "sentence must be appropriate to the gravity of the offence".”
“33. Dalam kes PP V Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102, Mahkamah Rayuan menyatakan penghukuman dibuat berdasarkan kepada fakta dan merit kes itu sendiri: "In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can”
“failan rayuan semata-mata tidak menjadikan suatu pelaksanaan hukuman denda boleh digantung bukanlah keadaan yang khas untuk dipertimbangkan seperti dinyatakan dalam kes Sharma Kumari Oam Prakash V PP [2000] CLJU 123, [2000] 1 LNS 123 yang berikut: "Of particular pertinence to this application is the quote in Re Kwan Wa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NO. KES: NA-63ES-17-06/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU LAWAN PK AGRO-INDUSTRIAL PRODUCTS … ORANG KENA
m
(M) SDN. BHD. SAMAN / RESPONDEN [NO. SYARIKAT: 200101023695 /559453-H] ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN
1
PK AGRO INDUSTRIAL PRODUCTS (M) SDN. BHD (OKS) telah dituduh di bawah subperaturan 12(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 seperti yang berikut: Pertuduhan: Bahawa kamu pada 9 Februari 2022 jam lebih kurang 10.30 pagi bertempat di premis PT 98, Kawasan Perindustrian Senawang, Seremban dalam Daerah Seremban di dalam Negeri Sembilan didapati telah membuang efluen perindustrian ke dalam perairan pedalaman di mana kandungannya melebihi had Standard B seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 12(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu kandungan COD yang mempunyai kepekatan sebanyak 580mg/l iaitu melebihi had kepekatan yang ditetapkan iaitu 200 mg/l. Dengan ini kamu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 12(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 32 Peraturan yang sama. Hukuman: Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit (RM 100,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima (5) tahun atau kedua-duanya.”.
2
Pihak Pendakwaan telah mengemukakan seramai 3 orang saksi. Saksi-saksi tersebut adalah seperti yang berikut: Saksi Nama Jawatan SP1 Encik Muhammad Arrazi bin Mohamed Jamil (Pembantu Penyiasat) SP2 Puan Nur Maisarah binti Esa Ahli Kimia SP3 Encik Hisham bin Busin Pegawai Penyiasat
3
Pada 9 Februari 2022 jam lebih kurang 10.25 pagi, satu siasatan yang diketuai oleh Encik Hisham bin Busin, Penolong Pegawai Kawalan selaku Pegawai Penyiasat Bersama Encik Muhammad Arrazi bin Mohamed Jamil, Penolong Pegawai Kawalan selaku Pembantu Pegawai Penyiasat dan Encik Fairul Fakhri bin Faisal, Penolong Jurutera telah membuat pemeriksaan premis PK Agro-Industrial Products (M) Sdn. Bhd di alamat PT 98, Kawasan Perindustrian Senawang, Seremban dalam daerah Seremban di dalam Negeri Sembilan.
4
Lawatan penguatkuasaan mulanya dijalankan pada Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian dan mendapati setiap unit proses berfungsi/beroperasi dan terdapat efluen perindustrian dari takat pelepasan akhir sistem pengolahan efluen.
5
Tiga (3) contoh rasmi efluen perindustrian diambil ditakat pelepasan akhir sistem pengolahan efluen perindustrian dan ditandakan sebagai (A), (B) dan (C) dan diberi nombor rujukan PKA/HB untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia yang mana kerja pensampelan disaksikan oleh wakil kilang iaitu Encik Mohamad Rizal bin Yusof.
6
Keputusan analisis dari makmal Jabatan Kimia Malaysia, Melaka yang diterima melalui laporan no. makmal: M(AS)00054/22 bertarikh 11 Mac 2022 mendapati mengandungi kandungan Oksigen Kimia Yang Diperlukan (COD) yang mempunyai kepekatan sebanyak 580 mg/l iaitu melebihi had kepekatan yang dibenarkan iaitu 200mg/l.
7
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah yang mulia ini mempunyai tugas untuk menimbangkan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan untuk memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS.
8
Ini selaras dengan peruntukan di bawah perenggan 173(f) dan
h
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] yang menyatakan seperti berikut: “(f) (i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
II
(ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
h
(i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defense.
II
(ii) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on an offence other than the offence charged which the Court is competent to try and which in the opinion of the Court it ought to try, the Court shall amend the charge.
III
(iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
9
Maka, menurut subperenggan 173(h)(iii) Akta 593, untuk membuktikan satu kes prima facie, pihak pendakwaan perlulah mengemukakan bukti yang kredibel yang membuktikan kesemua intipati-intipati pertuduhan, di mana jika tidak disangkal, membolehkan Mahkamah menyabitkan tertuduh.
10
Ujian prima facie telah dihuraikan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 MLJ 301, yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “The test at the close of the prosecution case would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative, then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case of the prosecution. If there is any such doubt, there can be no prima facie case”.
11
Begitu juga dalam kes Arulpragasan a/l Sandaraju v Public Prosecutor [1997] 1 MLJ 1 yang mana Mohd Azmi HMP (seperti dikenali pada masa itu), telah menyatakan bahawa “if the evidence on the essential ingredients of the charge are lacking or not credible, either by themselves or as a result of cross-examination, there can be no prima facie case”.
12
Oleh itu, di akhir kes Pendakwaan, tugas Mahkamah adalah untuk mempertimbangkan dan menilai secara maksimum keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan bagi menentukan sama ada satu kes prima facie telah dikemukakan terhadap OKS dengan menilai keterangan saksi pihak Pendakwaan yang kredibel yang telah membuktikan segala intipati pertuduhan. Ini adalah seperti yang dinyatakan dalam seksyen 180 Akta 593.
13
Justeru, bagi mengemukakan satu kes prima facie, pihak Pendakwaan perlu membuktikan 3 intipati kesalahan di bawah Peraturan 12(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Efluen Perindustrian) 2009 iaitu:
a
OKS telah membuang efluen perindustrian;
b
Efluen perindustrian mengandungi COD dengan kepekatan sebanyak 580 mg/l melebihi had Standard B sebagaimana yang ditunjukkan dalam ruang keempat Jadual Ketujuh Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekelling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu sebanyak 200mg/l; dan
c
Efluen perindustrian yang mengandungi COD melebihi kepekatan Standard B dibuang ke dalam mana-mana perairan pedalaman yang lain atau perairan Malaysia.
a
OKS telah membuang efluen perindustrian
14
Bagi intipati pertama, saya berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh saksi Pendakwaan yang terdiri daripada SP1 dan SP3 yang disokong dengan pengemukaan eksibit P15 jelas dan mencukupi untuk membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa OKS telah melepaskan efluen perindustrian. Pembuktian Intipati (b)
b
Efluen perindustrian mengandungi COD dengan kepekatan sebanyak 580 mg/l melebihi had Standard B sebagaimana yang ditunjukkan dalam ruang keempat Jadual Ketujuh Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekelling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu sebanyak 200mg/l
15
Bagi intipati kedua, saya berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh saksi Pendakwaan yang terdiri daripada SP2 dan SP2 yang disokong dengan pengemukaan eksibit P10 iaitu keputusan analisis kimia jelas dan mencukupi untuk membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa efluen perindustrian mengandungi COD dengan kepekatan sebanyak 580 mg/l. Pembuktian Initipati (c)
c
Efleun perindustrian yang mengandungi COD melebihi kepekatan Standard B dibuang ke dalam mana-mana perairan pendalaman yang lain atau perairan Malaysia.
16
Saya mendapati berdasarkan keterangan SP1 dan SP3 yang menyatakan efluen diambil dari takat pelepasan terakhir Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian yang kemudiaannya efluen akan memasuki longkang awam di luar kilang jelas menunjukkan efluen dialirkan perairan pedalaman yang lain atau perairan Malaysia. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH
17
Setelah Mahkamah meneliti keterangan melalui saksi-saksi Pendakwaan bersama ekshibit yang dikemukakan dalam kes ini, hujahan kedua-dua pihak serta setelah diaplikasikan prinsip penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan berjaya membuktikan bahawa wujudnya suatu kes prima facie terhadap OKS.
18
Di peringkat Pembelaan, OKS memilih untuk memberi keterangan dan memanggil 2 orang saksi yang berikut:
a
SD1- Encik Mohamad Rizal bin Yusof; dan
b
SD2-Encik Muhammad Nur Faazi bin Badaruddin NARATIF KES PEMBELAAN
19
OKS mendakwa efluen perindustrian yang dibuang ke perairan pedalaman dari takat pelepasan akhir sistem pengolahan efluen tidak tercemar kerana berwarna jernih.
20
Dakwaan OKS turut disokong oleh keterangan SD1 yang memaklumkan SD1 membuat ujian COD setiap hari dan mendakwa efluen yang dilepaskan kelihatan jernih. SD2 turut mendakwa sekiranya efluen keruh baharulah bacaan COD tinggi. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
21
Beban pembuktian pihak Pembelaan di akhir kes Pembelaan adalah dengan menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan. Manakala beban ke atas pihak Pendakwaan pula adalah untuk membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Ini seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 182A Akta 593.
22
Berdasarkan seksyen 182A Akta 593, jika Pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan yang munasabah, OKS hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan tertuduh. (Rujuk kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301; [2005] 1 CLJ 85 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 3 MLJ 169. Kes Public Prosecutor v Mohd Amin bin Mohd Razali & Ors [2002] 5 MLJ 406 Persekutuan juga telah menjelaskan tentang maksud seksyen 182A Akta 593.
23
Dalam kes ini, pemerhatian mengenai sample efluen hanyalah melalui pandangan mata kasar dan tiada ujian kimia dibuat bagi menyangkal tahap kandungan COD tersebut. Saya mendapati ujian yang dikatakan dibuat oleh OKS bukan pada hari efluen itu diambil tetapi sehari sebelum dan sehari selepas siasatan dilakukan. Setelah menilai keterangan OKS dan saksi pihak Pendakwaan, Mahkamah mendapati naratif pembelaan OKS tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan yang telah berjaya dibuktikan kesnya. Maka, saya mendapati OKS bersalah dan disabitkan kesalahannya sepertimana pertuduhan.
24
Budi bicara menentukan hukuman terletak kepada Mahkamah yang membicarakan. Sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 183 Akta 593, apabila seseorang OKS itu disabitkan dengan kesalahan, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang. Di dalam kes Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 telah diputuskan bahawa: “A sentence according to law” means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.”.
25
Berpandukan kepada kes Jafa bin Daud (supra), budi bicara tersebut hendaklah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKS bagi pertuduhan terhadapnya, Mahkamah ini telah turut mempertimbangkan kesemua faktor-faktor peringanan hukuman yang dihujahkan oleh Peguambela OKS.
26
Dalam rayuan mitigasi, Peguambela telah merujuk dan memohon Mahkamah melepaskan OKS dengan amaran atau jaminan bond dan jika dikenakan hukuman, OKS memohon hukuman denda yang minimum kepada pihak orang kena saman dengan mempertimbangkan perkara yang berikut:
a
kesalahan pertama terhadap OKS;
b
OKS telah membuat analisis efluen sebelum dan selepas tarikh siasatan;
c
OKS mempunyai ramai pekerja dan jika hukuman denda yagn tinggi akan memberi impak kepada kedudukan kewangan syarikat;
d
OKS berjanji tidak akan mengulangi kesalahan dan berjanji akan mematuhi undang-undang semasa yang berkuat kuasa; dan
e
pihak syarikat pada setiap masa telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Jabatan Alam Sekitar dalam menjalankan siasatan. HUJAHAN PEMBERAT
27
Pihak pendakwaan memohon satu hukuman denda yang maksimum dikenakan terhadap OKS kerana kesan yang diakibatkan oleh perbuatan OKS memberi impak kepada alam sekeliling yang menjejaskan hidupan akuatik.
28
Setiap orang yang disabitkan dengan kesalahan hendaklah dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatan dan tindakannya. Dalam kes PP V Ramakrishnan Subramanian & Ors [2021] 9 CLJ 443 yang menyatakan: "[17] Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukannya. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu.".
29
Hukuman yang hendak dikenakan juga hendaklah dalam lingkungan peruntukan undang-undang sedia ada dan tidak boleh melebihi had yang dibenarkan seperti dinyatakan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315, ‘"If the court finds the accused guilty or if a plea of guilty has been recorded and accepted the court shall pass sentence according to law. A 'sentence according to law' means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles".
30
Hukuman perlu selaras dengan niat Parlimen untuk membendung mana mana orang daripada melakukan jenayah serius tersebut dan mencegahnya terus berleluasa.
31
Kepentingan awam juga merupakan antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam mengenakan hukuman yang setimpal telah diterangkan dengan jelas dalam kes R v. Ball [1951] 35 Cr. App.R.164 .
32
Hukuman juga perlu berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan seperti yang telah dijelaskan dalam kes Lee Yoke Choong v. PP [1964] MLJ 138 yang menyatakan "sentence must be appropriate to the gravity of the offence".
33
Dalam kes PP V Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102, Mahkamah Rayuan menyatakan penghukuman dibuat berdasarkan kepada fakta dan merit kes itu sendiri: "In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do differ from case to case and ultimately each case has to be decided on its own merits. In practice sentences do differ not only from case to case but also from court to court. All things being equal these variations are inevitable if only because of the human element involved. But, of course, there must be limits to permissible variations.".
34
Setelah mendengar hujahan mitigasi dari kedua-dua pihak, Mahkamah menjatuhi hukuman denda sebanyak RM 20,000.00. Pada hemat saya hukuman ini wajar, setimpal dan menepati prinsip undang-undang yang termaktub.
35
Peguambela mengemukakan permohonan secara lisan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaik sahaja selepas keputusan dibacakan atas alasan akan mengemukakan rayuan.
36
Bidang kuasa mahkamah dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan untuk penggantungan pelaksanaan hukuman merupakan budi bicara yang perlu dilaksanakan secara berhemah dan hanya jika fakta-fakta atau alasan yang dikemukakan oleh OKS mewajarkan mahkamah ini berbuat demikian. Oleh itu, merujuk seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah alasan pemfailan rayuan semata-mata tidak menjadikan suatu pelaksanaan hukuman denda boleh digantung bukanlah keadaan yang khas untuk dipertimbangkan seperti dinyatakan dalam kes Sharma Kumari Oam Prakash V PP [2000] CLJU 123, [2000] 1 LNS 123 yang berikut: "Of particular pertinence to this application is the quote in Re Kwan Wah Yip & Anor from the decision of Wilson J. in Doraisamy s/o Palanimuthu v. PP in reference to section 305 of the Criminal Procedure Code (Cap 21) which is in substance similar to section 311 of our Criminal Procedure Code-Obviously, the Court or the Judge has a discretion. In my view a stay of execution should not be granted and will not be granted by me unless there are special reasons for so doing, and the mere fact that a notice of appeal has been given is no sufficient reason. The only other reason given in this case is that the applicant who has been advised verily believes he has good reasons for appeal. That, also in my view does not constitute grounds for releasing an appellant pending appeal."
37
Alasan yang dikemukakan oleh OKS tidak mempunyai asas kukuh, maka permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman ditolak. Bertarikh 22hb Julai 2025 (MAZNI BINTI NAWI) HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 KOMPLEKS MAHKAMAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Pegawai Pendakwa : Zainoorliza binti Zainal Abidin, Muhammad Fitri bin Soroni dan Mohd Shafiq Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Peguam bagi pihak : T Manoharan, Mathan dan Braba
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.