Content
JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCC – 19 – 01 / 2024 Antara PK JUITA SDN BHD (No. Syarikat: 1212760-D) … PLAINTIF Dan
JA-A52NCC-19-01/2024
Sessions Court of Malaysia22 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pa frod sebenar atapun frod di dalam ekuiti bagi membolehkan plaintif menyingkap tabir perbadanan dan mengheret D2 di dalam tindakan ini (rujuk kes Tenaga Nasional Berhad v Irham Niaga Sdn Bhd & Anor [2015] MLJU 2165). Butiran-butiran tersebut paling tinggi hanya merupakan tuduhan plainitf terhadap D2 bersifat andaian”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCC – 19 – 01 / 2024 Antara PK JUITA SDN BHD (No. Syarikat: 1212760-D) … PLAINTIF Dan
1
AF CENTRIC SOLUTIONS SDN BHD (No. Syarikat: 1258443-V)
2
ALBERT CHIA KET SHIN (No. K/P: 821208-12-5629)
3
JIANG, ZHOU (No. Passport China: E22932001) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 15)
1
Defendan kedua (“D2”) telah memfailkan satu permohonan di bawah Aturan 18 kaedah 19(a) dan/atau (b) dan /atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) melalui Lampiran 15 bagi satu perintah membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan plaintif terhadap D2.
2
Pada 11.9.2024 Mahkamah telah membenarkan Lampiran 15 dengan kos dan membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan plaintif terhadap D2 dengan kos RM2,000.00 dibayar dalam masa 14 hari dari Tarikh tersebut (“keputusan tersebut”). S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 2
3
Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, plaintif merayu ke Mahkamah Tinggi.
4
Mahkamah kini memberikan alasan-alasannya seperti berikut.
5
Perintah-perintah yang dipohon oleh D2 melalui Lampiran 15 ialah seperti berikut: i. Bahawa tuntutan plaintif terhadap D2 melalui Writ dan/atau Penyata Tuntutan bertarikh 15.1.2024 dibatalkan; ii. Bahawa kos permohonan dan tindakan ini dibayar oleh plaintif kepada D2 dengan serta merta; iii. Sebarang arahan lanjut dan/atau relif lain diberikan sebagaimana yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah yang mulia ini.
6
Kertas-kertas kausa yang dirujuk di dalam permohonan ini ialah: i. Writ Saman Terpinda bertarikh 31.1.2024; ii. Penyata Tuntutan bertarikh 15.1.2024; iii. Pembelaan D2 bertarikh 24.6.2024; iv. Jawapan kepada Pembelaan D2 bertarikh 10.7.2024; v. Notis Permohonan bertarikh 20.6.2024 (Lampiran 15); vi. Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Albert Chia Ket Sin pada 2.7.2024; vii. Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Mok Cherk Haur pada 23.7.2024; viii. Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Albert Chia Ket Sin pada 14.8.2024. S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 3
7
Plaintif telah memasuki satu perjanjian sewaan dengan defendan pertama (“D1”) bagi sewaan beberapa jentera berat bersama-sama tenaga buruh daripada syarikat plaintif bagi tempoh mulai awal tahun 2020 sehingga Julai 2021.
8
Plaintif telah mengeluarkan invois-invois bagi sewaan yang diberikan dan D1 telah membuat sebahagian bayaran seperti yang dituntut. Namun D1 telah gagal membayar sewaan mulai 28.2.2021 sehinga 31.7.2021 berjumlah RM101,989.01 termasuk faedah lewat bayar RM4,856.60.
9
Pada 10.10.2023 kedua-dua D2 dan defendan ketiga (“D3”) telah meletakkan jawatan sebagai pengarah-pengarah D1. Seorang Ah Cho Ah Fah telah dilantik sebagai pengarah D1.
10
Plaintif membawa D2 dan D3 sebagai defendan-defendan di dalam kes ini atas alasan perletakan jawatan D2 dan D3 adalah disengajakan untuk mengelak liability terhadap D1. HUJAHAN D2 11. Bagi menyokong permohonan ini, D2 berhujah seperti berikut: i. Keseluruhan kes plaintif terhadap D2 adalah berdasarkan Perjanjian Sewaan antara plaintif dan D1; ii. D2 bukanlah pihak yang memasuki perjanjian sewaan dengan plaintif dan oleh yang demikian tiada apa-apa priviti kontrak antara plaintif dan D2; S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 4 iii. D2 merupakan pengarah D1 pada masa yang material dan adalah entity yang berasingan D1; iv. Tiada apa-apa butiran khas yang diplidkan oleh plaintif terhadap D2 khususnya berkenaan dengan perjanjian sewaan tersebut. v. Plaintif gagal memberikan apa-apa alasan untuk menyingkap tabir perbadanan D1 dimana tiada apa-apa bukti kukuh adanya frod atau apa-apa tindakan terjumlah kepada frod ekuiti yang menunjukkan D2 menggunakan D1 bagi tujuan frod. vi. Tiada apa-apa keterangan dikemukakan menunjukkan D2 memberikan apa-apa gerenti peribadi / indemnity berkenaan hutang dibawah Perjanjian Sewaan itu.
12
Hujahan plaintif bagi menentang permohonan D2 adalah seperti berikut: i. D2 sengaja meletak jawatan pada 10.10.2023 tidak lama selepas plaintif menyerahkan invois no. IV-202107/0205 bertarikh 31.7.2021 berjumlah RM1,659.46; ii. D2 melantik Ah Cho Ah Fah sebagai boneka sebagai pengarah baru D1 namun D2 masih kekal sebagai pemegang saham D1 bersama-sama D3; iii. D2 merupakan alter ego D1 yang mengawal D1; iv. Semua komunikasi berkenaan perjanjian sewaan adalah dengan D2; v. D2 merupakan pihak yang berkaitan dengan perjanjian sewaan oleh yang demikian tabir perbadanan D1 wajar disingkap S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 5 supaya D2 bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap hutang-hutang D1 kepada plaintif; vi. D2 adalah privy kepada perjanjian sewaan tersebut dimana D2 telah menggunakan D1 untuk mendapatkan perkhidmatan plaintif secara percuma tanpa niat untuk membayar demi keuntungan diri sendiri. vii. Plaintif telah memplidkan fakta-fakta berkenaan tabir perbadanan terhadap D2.
13
Mahkamah merujuk kepada prinsip undang-undang bagi membatalkan sesuatu tindakan di bawah A18 k 19 KKM 2012 yang telah diputuskan di dalam locus classicus Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation [1993] 3 MLJ 36 (SC) yang diikuti di dalam kes Tan Wei Hong & Ors v Malaysia Airlines Bhd and Other Appeals [2019] 1 MLJ 59 dimana kuasa ini hanya akan digunakan oleh Mahkamah di dalam kes jelas dan nyata sahaja bila mana sesuatu tindakan pada wajahnya ‘obviously unsustainable’ tanpa pemeriksaan rapi dokumen-dokumen bagi mengesahkan sama ada plaintif mempunyai kausa tindakan atau defendan mempunyai pembelaan.
14
D2 memohon tindakan ini dibatalkan dibawah A18 k 19 (1):
a
It discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
b
It is scandalous, frivolous or vexatious; …
d
it is otherwise an abuse process of the Court. S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 6 Tindakan plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah terhadap D2 15. Dibawah kaedah ini, Mahkamah hanya perlu meneliti pliding yang difailkan oleh pihak-pihak tanpa perlu meneliti keterangan affidavit yang digunakan di dalam permohonan tersebut (rujuk Yeoh Kim Leng v Kelapa Sawit (Teluk Anson) Sdn Bhd [2008] 8 MLJ 142.)
16
Di dalam Penyata Tuntutan dan Jawapan kepada Pembelaan yang difailkan Mahkamah mendapati: i. Plaintif menyatakan Perjanjian Sewaan dilaksanakan di antara D1 dan plaintif sahaja; ii. Tiada dakwaan menyatakan D2 merupakan salah satu daripada pihak di dalam Perjanjian Sewaan tersebut; iii. Tiada apa-apa butiran-butiran khusus terhadap D2 yang diplidkan oleh plaintif; iv. Plaintif hanya memplidkan D2 sebagai pengarah di dalam D1 semasa Perjanjian Sewaan dilaksanakan; v. Plaintif mendakwa D2 sengaja meletak jawatan sebagai pengarah D1 untuk mengelak liability sedangkan D2 merupakan “alter ego” dan “controlling mind” di sebalik D1.
17
Mahkamah mendapati tiada apa-apa butiran khusus terhadap D2 diplidkan oleh plaintif mengaitkan D2 dengan Perjanjian Sewaan tersebut di dalam kapasiti peribadinya sendiri. Ini menunjukkan D2 tidak privy kepada Perjanjian Sewaan tersebut. Sekiranya D2 tidak privy kepada perjanjian sewaan tersebut maka plaintif tidak mempunyai locus standi untuk membawa D2 di dalam kaspiti S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 7 peribadinya (rujuk Metrod (M) Bhd v MGS Transport Sdn Bhd [2011]
18
Undang-undang matan juga menyatakan bahawa tindakan seseorang pengarah syarikat sebagai pekerja / ejen syarikat tersebut melaksanakan sesuatu perjanjian bagi pihak syarikat tersebut tidak membuat pengarah tersebut secara peribadi bertanggungjawab ke atas kemungkiran atau tindakan syarikat tersebut melainkan terdapat peruntukan zahir yang jelas atau dokumen-dokumen yang lain menunjukkan niat sedemikian (rujuk Abdul Manaf Mohd Ghows & Ord v Nusantara Timur Sdn Bhd & Ors [1997] 3 MLJ 661). Tiada diplidkan mana-mana peruntukan Perjanjian Sewaan tersebut yang menunjukkan D2 secara peribadi akan bertanggungjawab ke atas hutang-hutang D1 ataupun mana-mana dokumen lain yang menunjukkan sedemikian.
19
Mahkamah juga mendapati butiran yang diplidkan oleh plaintif di perenggan 14-22 Penyata Tuntutan plaintif tidak menunjukkan apa-apa frod sebenar atapun frod di dalam ekuiti bagi membolehkan plaintif menyingkap tabir perbadanan dan mengheret D2 di dalam tindakan ini (rujuk kes Tenaga Nasional Berhad v Irham Niaga Sdn Bhd & Anor [2015] MLJU 2165). Butiran-butiran tersebut paling tinggi hanya merupakan tuduhan plainitf terhadap D2 bersifat andaian dan / atau spekulasi tanpa apa-apa fakta material menyokongnya. S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 8
20
Oleh yang demikian Mahkamah berpuas hati bahawa berdasarkan pliding-pliding yang difailkan, pada permukaan wajahnya, tuntutan plaintif terhadap D2 jelas tidak dapat dipertahankan (“obviously unsustainable”) dan wajar dibatalkan kerana gagal mendedahkan kuasa tindakan yang munasabah. Tuntutan plaintif adalah memalukan, sia-sia atau menyusahkan dan menyalahgunakan proses Mahkamah 21. Mahkamah merujuk kepada kes Middy Industries Sdn Bhd & Ors v Arensi Marley (M) Sdn Bhd [2013] 3 MLJ 511 yang menjelaskan sesuatu tindakan adalah sia-sia dan menyusahkan seperti berikut: “The words ‘frivolous or vexatious’ generally refer to a groundless action or statement with no prospect of success, often raised to embarrass or annoy the other party to the action.”
22
Plaintif mendakwa tindakan D2 meletakkan jawatan sebagai pengarah D1 dan melantik Ah Cho Ah Fa sebagai pengarah boneka bertujuan untuk mengelak liability ke atas hutang-hutang D1.
23
Plaintif turut mengemukakan perbualan melalui aplikasi Whatsapp di dalam afidavitnya untuk menunjukkan janji-janji D2 membayar hutang-hutang D1.
24
Mahkamah bersetuju dengan hujahan D2 bahawa plaintif gagal mengemukakan apa-apa keterangan bahawa perletakan jawatan D2 sebagai pengarah D1 ada kaitannya dengan Perjanjian Sewaan tersebut. Sebagai pengarah D2 tidak disekat dari sisi undang-undang S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 9 untuk menjawat dan melepaskan jawatannya di dalam syarikat D1 pada bila-bila masa (rujuk seksyen 208 Akta Syarikat 2016).
25
Plaintif juga gagal mengemukakan apa-apa keterangan menunjukkan Ah Cho Ah Fa merupakan pengarah boneka D1 dilantik sekadar mengikut arahan D2.
26
Selain itu, perbualan D2 melalui Whatsapp dengan wakil plaintif atas kapasiti D2 sebagai wakil / ejen D1. D1 merupakan satu entity korporat yang mana sudah tentu bertindak melalui wakil / ejennya iaitu D2 di dalam kes ini.
27
Alasan-alasan yang dikemukakan oleh plaintif untuk menarik D2 di dalam tindakan ini berasaskan kepada spekulasi dan andaian semata-mata dan sudah pasti tidak mencukupi untuk menyingkap tabir perbadanan yang mana memerlukan pembuktian frod sebenar atau tindakan yang terjumlah kepada frod perlu diplid dan dibuktikan di dalam keterangan (rujuk Tenaga Nasional Berhad v Irham Niaga Sdn Bhd, supra).
28
Mahkamah berpuas hati bahawa tindakan plaintif mengheret D2 d di dalam kes ini adalah satu perkara yang sia-sia, menyusahkan dan juga satu penyalahgunaan proses Mahkamah terhadap D2 secara peribadi.
29
Atas alasan-alasan yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat merit di dalam permohonan D2 ini. Permohonan D2 S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 10 di Lampiran 15 dibenarkan. Tindakan terhadap D2 dibatalkan di bawah A18 k 19(a), (b) dan (d) KKM2012.
30
Kos permohonan dibenarkan sebanyak RM2,000.00 dibayar oleh plaintif kepada D2 dalam tempoh 14 hari dari Tarikh keputusan. Bertarikh pada 10 November 2024 ………………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu, JOHOR Bagi pihak plaintif: Bagi pihak D1/D2: GK Sritharan Amer Hazem T/n GK Sritharan & Co T/n Ramesh, Dipendra Jeremiah Law S/N dO06gHv1DkGxkIF4kahmA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.