Content
JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-A52NCC-19-01/2024 ANTARA PKJUITA SDN BHD (NO. SYARIKAT: 1212760-D) …
JA-A52NCC-19-01/2024
Sessions Court of Malaysia2 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Alasan Penghakiman 10 feel that this course of action is not open to the respondents, as it is clear that under s 92 of the Evidence Act 1950, oral evidence to contradict, vary, add to or subtract from, the terms of any contract, grant or disposition of property which had been reduced in writing is not admissible. The”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-A52NCC-19-01/2024 ANTARA PKJUITA SDN BHD (NO. SYARIKAT: 1212760-D) …
1
DAN AF CENTRIC SOLUTIONS SDN. BHD.
2
ALBERT CHIA KET SHIN
3
JIANG, ZHOU (PASSPORT CHINA NO.: E22932001) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 37)
1
Ini merupakan alasan penghakiman bagi rayuan terhadap keputusan permohonan interlokutori di bawah Aturan 14 kaedah 1 dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM 2012) yang difailkan oleh plaintif melalui Lampiran 37 terhadap defendan pertama (“D1”).
2
Pada 2.1.2025 Mahkamah membenarkan satu penghakiman terus direkodkan terhadap D1 dengan kos RM3,000.00 melalui Lampiran 37 tersebut (“keputusan tersebut”). S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 2
3
D1 tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan tersebut dan kini merayu ke Mahkamah Tinggi. NOTIS PERMOHONAN – LAMPIRAN 37
4
Melalui Lampiran 37 plaintif memohon: a. Plaintif dibenarkan untuk memasukkan Penghakiman Terus dan muktamad terhadap D1 menurut Aturan 14 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah-perintah seperti berikut: i. Wang berjumlah RM 101,989.01; ii. Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga penjelasan sepenuhnya; iii. Kos; iv. Apa-apa relif lain yang dianggap suai-manfaat oleh Mahkamah yang mulia b. Kos permohonan ini sebanyak RM 3,000-00 dibayar oleh D1 kepada Plaintif; dan c. Apa-apa relif lain yang dianggap suai-manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini
5
Kertas-kertas kausa yang berkenaan di dalam permohonan ini ialah seperti berikut: i. Writ Saman Terpinda bertarikh 31.1.2024 (Lamp. 6); ii. Pernyataan Tuntutan bertarikh 15.1.2024 (Lamp. 2); iii. Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 24.6.2024 (Lamp. 16); S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 3 iv. Jawapan kepada Pembelaan terhadap Pembelaan D1 bertarikh 8.7.2024 (Lamp. 20); v. Notis Permohonan yang bermeterai bertarikh 22.10.2024 (Lamp. 37) (“permohonan penghakiman terus tersebut”); vi. Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Mok Cherk Haur pada 22.10.2024 (Lamp. 38); vii. Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Ah Choy Ah Fah pada 14.11.2024 (Lamp. 42); viii. Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Mok Cherk Haur pada 27.11.2024 (Lamp. 47).
6
Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang menjalankan, antara lain, perniagaan pengeluaran, pemasangan, penyelenggaraan, pembaikian, membeli, menjual, mengimport, mengeksport dan menyewa jentera-jentera dan peralatan yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
7
D1 adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang menjalankan perniagaan aktiviti pembinaan, penggalian tanah dan penyewaan kenderaan yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.
8
8.
Preamble
Menurut perjanjian lisan dan/atau bertulis dengan D1, plaintif bersetuju menyewakan kepada kepada D1 jentera-jentera Excavator Long Arm (2 buah), Excavator SK200 SR (1 buah), JCB 580L (1 buah), Lori Tipper (1 buah) dan Excavator Mini (4 buah) (“jentera-jentera S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 4 tersebut”) bersama-sama dengan tenaga buruh (pekerja-pekerja Plaintif) yang mengendalikan jentera-jentera tersebut.
9
Tempoh penyewaan jentera-jentera tersebut telah bermula sejak lebih kurang awal tahun 2020 sehingga bulan Julai 2021. Bagi tempoh sewaan 13.5.2020 sehingga 24.2.2021 D1 telah membayar inbois-inbois yang dikeluarkan oleh plaintif dimana keseluruhannya berjumlah RM 1,175,770.10.
10
Namun D1 telah gagal dan/atau enggan untuk membayar sewaan dari tempoh 28.2.2021 sehingga 31.7.2021 dimana kesemua jentera-jentera tersebut telah dihantar serah kepada D1 di tapak UiTM Solar Park 2 (LSS2 Pasir Gudang) yang berlokasi di Seri Alam, Johor untuk kerja-kerja pembersihan tapak pembinaan dan kerja-kerja tanah (“earth works”).
11
Plaintif telah melakukan segala kerja-kerja menggunakan jentera-jentera tersebut dengan sempurna tanpa apa-apa aduan daripada D1 dan D1 telah mengakui penerimaan jentera-jentera yang telah dihantar serah tersebut dan kerja-kerja yang telah dilakukan dengan menandatangani sebut harga-sebut harga dan arahan kerja (“work order”).
12
D1 membuat bayaran untuk sebahagian inbois-inbois dari tarikh 28.2.2021 sehingga 31.7.2021 tersebut dan telah enggan dan/atau gagal untuk membuat bayaran bakinya yang masih tertunggak berjumlah RM 101,989.01 termasuk faedah lewat bayar berjumlah RM 4,856.60. S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 5
13
Butiran inbois yang bayarannya masih belum sempurna boleh dilihat di eksibit “MK-3” Afidavit Sokongan plaintif.
14
Defendan tidak mempunyai apa-apa pembelaan bermerit di dalam tuntutan ini dan tindakan ini adalah sesuai untuk satu penghakiman terus dimasukkan tanpa perlunya perbicaraan.
15
Perjanjian yang dimasuki oleh Plaintif dan D1 tersebut adalah dalam bentuk, antara lain, sebut harga, pesanan kerja, inbois dan/atau pesanan penghantaran. D1 telahpun mengakui terima dengan meletakkan tandatangan pada segala dokumen yang membentuk perjanjian antara Plaintif dan D1 tersebut (rujuk Caltex Oil Malaysia Ltd v Classic Best Sdn Bhd & Ors [2007] 4 MLJ 7723).
16
Inbois-inbois bertarikh 28/2/2021 hingga 31.7.2021 telah diserahkan kepada D1 dan terdapat tandatangan wakil D1 yang menerima inbois-inbois tersebut seperti di eksibit MK-3 termasuk inbois bagi faedah lewat bayar sebanyak 5%.
17
Plaintif telah menghantar jentera-jentera yang disewa oleh D1 dan telah melaksanakan kerja-kerja dengan sempurna dan tiada apa-apa bantahan atau aduan diterima daripada D1 mengenainya.
18
Malahan D1 telah membuat sebahagian bayaran bagi sebahagian inbois tersebut meninggalkan baki RM101,989.01 seperti yang dituntut oleh plaintif. S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 6
19
Perjanjian sewaan di antara plaintif dan D1 yang didakwa oleh plaintif tidak pernah dikemukakan kepada D1. D1 tiada pengetahuan tentang butiran perjanjian sewaan tersebut. Tanpa butiran terperinci perjanjian sewaan tersebut, D1 tidak dapat mempertahankan kesnya dengan sempurna. Saksi-saksi perlu dipanggil untuk mengesahkan kewujudan perjanjian sewaan dan butiran perjanjian tersebut.
20
Tandatangan pada inbois-inbois plaintif mengandungi tandatangan yang berbeza berbanding tandatangan pengarah plaintif Mok Cherk Haur. Mok Cherk Haur bukan orang yang sepatutnya boleh memberi keterangan tentang kandungan inbois-inbois dan arahan kerja. Hanya individu yang menandatangan inbois-inbois dan arahan kerja sahaja yang mempunyai pengetahuan tentang dokumen-dokumen tersebut.
21
Plaintif lewat memfailkan permohonan ini di mana permohonan difailkan selepas arahan PTCM diberikan pada 11.9.2024. Plaintif hanya memfailkan permohonan ini (tanpa mendapat kebenaran Mahkamah) pada 22.10.2024 sahaja. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKENAAN PERMOHONAN PENGHAKIMAN TERUS DI BAWAH ATURAN 14 KKM 2012 22. Aturan 14(1) KKM 2012 memperuntukkan: Application by plaintiff for summary judgment
1
Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 7 an appearance in the action, the plaintiff may on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgement against that defendant.”
23
Mahkamah merujuk kepada kes National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn. Bhd. [1984] 2 CLJ 220 di mana Mahkamah Persekutuan melalui YA George Seah MHP menerangkan prinsip Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (in pari materia dengan A14 KKM 2012) seperti berikut: “For the purposes of an application under O. 14 the preliminary requirements are:
i
the defendant must have entered an appearance;
II
(ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and
III
(iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14. … If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him [see O. 14 r. 3 and 4(1)].” S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 8
24
Mahkamah juga merujuk kepada kes Malayan Insurance (M) Sdn. Bhd. v. Asia Hotel Sdn. Bhd. [1987] 1 CLJ 246 di mana Mahkamah Agung memutuskan: “The underlying philosophy in the O. 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.”
25
Berdasarkan nas undang-undang di atas adalah jelas sekiranya keperluan awal dibawah Aturan 14(1) KKM 2012 dipatuhi dan tuntutan plaintif adalah jelas dan tiada pertikaian fakta maka Mahkamah berhak menggunakan kuasanya di bawah Aturan tersebut untuk membenarkan tuntutan plaintif melalui Penghakiman Terus tanpa perlu perbicaraan penuh. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada terdapat perjanjian di antara plaintif dan D1
26
Plaintif di dalam affidavit sokongannya telah mengemukakan sebut harga dan arahan kerja (work order) melalui eksibit “MK-2”. Sebut harga mengandungi terma-terma sewaan seperti tarikh sewaan, harga dan terma kredit yang dibenarkan. Setiap sebut harga tersebut dicop terima dan ditandatangani oleh D1 dan/atau wakilnya selain tandatangan plaintif dan/atau wakil plaintif. S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 9
27
Arahan kerja (work order) juga mengandungi butiran nama defendan, jentera, dan tempat di mana kerja dilakukan.
28
Selain itu, inbois-inbois dieksibit MK-3 juga mengandungi butiran bayaran, tempoh kredit dan tandatangan wakil plaintif serta dicop terima oleh D1 dan ditandantangan oleh wakil D1.
29
Mahkamah merujuk kepada kes Caltex Oil Malaysia Ltd v Classic Best Sdn Bhd & Ors [2007] 4 MLJ 772 yang mana menerangkan prinsip-prinsip berkenaan urusan perdagangan seperti yang melibatkan barangan yang dijual dan diserah seperti di dalam kes ini.
30
Di dalam kes Caltex Oil Malaysia Ltd supra, tuntutan plaintif (Caltex Oil) adalah untuk bayaran bagi barangan yang dihantar dan diterima oleh defendan (Classic Best). Barang-barang diterima oleh defendan dengan cop akuan penerimaan. Nota penghantaran dihantar kepada defendan dan ditandatangani oleh defendan. Begitu juga dengan invois dan penyata akaun juga diserahkan kepada defendan.
31
Di dalam membenarkan rayuan untuk penghakiman terus dimasukkan terhadap defendan, Mahkamah Tinggi memutuskan: In coming to a decision in cases involving goods sold and delivered such as in this case, I would place due emphasis on the written documents, namely the statement of accounts, invoices, delivery orders, delivery notes and the debit notes. These documents would collectively constitute a contract reduced into writing. This principle had been laid down in the case of Pernas Trading Sdn Bhd v Persatuan Peladang Bakti Melaka [1979] 2 MLJ 124 where Salleh Abas FJ (as he then was), delivering the judgment of the Federal Court said, ‘We S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 10 feel that this course of action is not open to the respondents, as it is clear that under s 92 of the Evidence Act 1950, oral evidence to contradict, vary, add to or subtract from, the terms of any contract, grant or disposition of property which had been reduced in writing is not admissible. The sales invoice and the delivery note being the contract reduced in writing between the appellants and the respondents s 92 therefore applies.’ See also YK Fung Securities Sdn Bhd v Ronald Yeoh Kheng Hian [1989] 3 MLJ 490 where the High Court had decided that ‘he was subsequently furnished with the relevant monthly statement of accounts to which he had no objections, protest or queries.’ … In the present case, the plaintiff had sent statement of accounts and invoices to the first defendant. The fact is undisputed. Letters of demand were sent by the plaintiff to the defendant and the defendant had neither protested nor questioned the plaintiff on the statements of accounts, Invoices, delivery notes, debit notes and the letter of demand. Furthermore, the first defendant had stopped payment of its two cheques issued to the plaintiff without giving any reasons. In the case of Emperee Industries Sdn Bhd v Renecgo Sdn Bhd [1987] 1 CLJ 477, also a case on goods sold and delivered, the High Court allowed the plaintiffs application for summary judgment since the delivery orders had shown that the defendant had acknowledged receipt of each delivery and the plaintiff had issued detailed invoices followed by statements of accounts. The defendant had not attempted to explain away these documents and had in addition to that, not been able to show why he had not protested if indeed he had been invoiced for someone else’s goods. In the case of Syarikat Tan Thiam Siong Sdn Bhd [1983] 1 CLJ 256, also a case on goods sold and delivered, the High Court, granting the plaintiffs application for summary judgment, held that: ‘The law is that in the event of non-query an account-stated came into existence which created an estoppel S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 11 against the defendant from querying the accounts thereafter. There are situations for example if there was fraud, when a query may be permitted but on the facts of the case, no such situation existed.’ Applying the above principles to the present case, it is an undisputed fact that the plaintiff had sent statements of accounts to the first defendant and the first defendant had not questioned the plaintiff on the said accounts. This means that a situation of ‘account-stated’ had arisen and the defendants are thereby estopped from now questioning the statement of accounts.”
32
Nas undang-undang di atas menggariskan prinsip-prinsip matan seperti berikut: i. Dokumen-dokumen bertulis di antara plaintif dan D1 sebut harga, arahan kerja (work sheet) dan inbois membentuk satu kontrak bertulis di antara pihak-pihak; ii. Jika defendan gagal mengemukakan apa-apa bantahan terhadap dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh plaintif pada peringkat awalnya, maka defendan diestop untuk membantahnya semasa perbicaraan dan menafikan liabilitnya.
33
Hujahan D1 bahawa tiada kontrak di antara plaintif dan D1 dan oleh yang demikian D1 tidak berhutang dengan plaintif adalah tidak tepat. Dokumen-dokumen sebut harga, arahan kerja dan inbois yang diterima secara berkala oleh D1 daripada plaintif dan tanpa bantahan dalam sepanjang urusan perniagaan di antara kedua-dua pihak merupakan bukti kontrak antara mereka. S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 12
34
Kewujudan obligasi kontrak juga dapat dilihat melakukan tindakan D1 yang membuat bayaran bagi sebahagian daripada inbois-inbois di eksibit MK-3 tersebut.
35
Tindakan sedemikian oleh D1 hanya menguatkan lagi kes plaintif bahawa sememangnya D1 berhutang dengan plaintif di dalam jumlah yang dinyatakan di dalam inbois-inbois tersebut berdasarkan perjanjian di antara kedua-dua belah pihak. Sama ada D1 mempunyai pembelaan bermerit 36. Pembelaan D1 ialah: i. Plaintif gagal mengemukakan perjanjian bertulis / lisan dan terma-terma penjanjiian di antara pihak-pihak; ii. Tandatangan wakil plaintif di atas sebut harga, arahan kerja dan inbois tidak dapat dikenalpasti; iii. Permohonan ini difailkan lewat selepas arahan PTCM.
37
Mengenai isu (i), dapatan Mahkamah telah diterangkan di dalam perenggan terdahulu dan Mahkamah menolak hujahan D1 ini.
38
Mengenai isu (ii), Mahkamah berpendapat tandatangan wakil plaintif adalah tidak relevan untuk menentusahkan tuntutan plaintif. Apa yang pasti kesemua inbois-inbois dicop terima dan ditandatangan oleh D1 tanpa apa-apa bantahan.
39
Mengenai isu (iii), permohonan ini difailkan oleh plaintif pada 22.10.2024. Mahkamah memberikan arahan PTCM pada 9.10.2024 S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 13 untuk pihak-pihak melengkapkan dokumen-dokumen bicara. Mahkamah berpendapat tidak kelewatan melampau plaintif memfailkan permohonan ini. Dokumen-dokumen bicara masih belum dilengkapkan dan tarikh bicara masih belum ditetapkan.
40
Permohonan ini diberi pertimbangan oleh Mahkamah berdasarkan merit dan bukannya ditolak mentah-mentah atas alasan teknikal semata-mata seperti isu kelewatan pemfailan.
41
Dalam kes ini, kelewatan pemfailan pun bukanlah satu isu kerana Mahkamah berpendapat tiada kelewatan di dalam memfailkan permohonan ini.
42
Berdasarkan di atas, Mahkamah berpendapat D1 gagal mengemukakan apa-apa pembelaan yang bermerit untuk dibicarakan. Pembelaan D1 adalah penafian semata-mata ditimbulkan bagi mengelak daripada membayar hutang-hutang tertunggak kepada plaintif.
43
Kes ini merupakan satu kes yang sesuai untuk satu penghakiman terus dimasukkan dan perbicaraan penuh hanya sekadar menafikan hak plaintif untuk mendapatkan semula bayaran yang tertunggak daripada D1.
44
Di atas alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati terdapat merit di dalam permohonan di Lampiran 37. Lampiran 37 dibenarkan dengan kos RM3,000.00 dibayar oleh D1 kepada plaintif. S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ JA-A52NCC-19-01/2024 Alasan Penghakiman 14 Bertarikh pada 10 Mac 2025 ………………………………….. LAILAWATI BINTI ALI HAKIM Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu Bagi pihak plaintif: Bagi pihak defendan: Sritharan a/l k Govindan Amer Hazem bin Haron T/n G.K. Sritharan & co. T/n Ramesh Dipendra Jeremiah Law S/N s8WdzdHoQ0OnGf/lmG48nQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.