Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR RAYUAN SIVIL NO : CA-12ANCC-1-05/2022 ANTARA PLATINUM CENTRE POINT SDN BHD [NO. SYARIKAT : 613418-W] …PERAYU
CA-12ANCC-1-05/2022
High Court of Malaysia25 May 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR RAYUAN SIVIL NO : CA-12ANCC-1-05/2022 ANTARA PLATINUM CENTRE POINT SDN BHD [NO. SYARIKAT : 613418-W] …PERAYU
1
NORAIHAN BINTI MOHD AMIN [NO. K/P : 531115-06-5158] …RESPONDEN-RESPONDEN
2
PATIMAH BT AB. RAHMAN [NO. K/P : 570218-11-5068]
3
MEK @ MEK FAUZIAH BINTI AWANG [NO. K/P : 480423-06-5064] [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN SIVIL NO : CA-B52NCC-5-03/2021 ANTARA 1. NORAIHAN BINTI MOHD AMIN [NO. K/P : 531115-06-5158] …PLAINTIF-PLAINTIF
2
PATIMAH BT AB. RAHMAN [NO. K/P : 570218-11-5068]
3
MEK @ MEK FAUZIAH BINTI AWANG [NO/ K/P : 480423-06-5064] DAN PLATINUM CENTRE POINT SDN BHD [NO. SYARIKAT : 613418-W] …DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Perayu/Defendan telah memfailkan rayuan di atas Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 20 Mei 2022 yang telah membenarkan Permohonan Plaintif-Plaintif (Lampiran 18) yang dibuat menurut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
2
Setelah menelitikan kertas-kertas kausa yang difailkan dan setelah menimbangkan penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen.
3
3.
Lampiran
Lampiran 18 difailkan di atas satu Penghakiman Persetujuan yang telah direkodkan pada 24 November 2021 di mana pihak-pihak telahpun bersetuju bahawa ‘Baki Tuntutan Plaintif-Plaintif Terhadap Defendan Akan Didengar dan Diputuskan Melalui Satu Permohonan Menurut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012’. 4. Baki tuntutan Plaintif-Plaintif yang dipertikaikan oleh Defendan tersebut masih belum diselesaikan semasa Penghakiman Persetujuan tersebut direkodkan. 5. Tuntutan Plaintif-Plaintif sebagaimana di Perenggan 21(v) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif iaitu ‘pembayaran berjumlah RM350,000.00 oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif adalah pembayaran tambahan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak.’ 6. Menurut Plaintif-Plaintif melalui surat-menyurat di antara kedua-dua pihak, telah terbentuk satu persetujuan dan/atau telah mewujudkan satu ikatan kontrak di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan sebagaimana berikut: i. Surat daripada Tetuan Nur Sham Amir Hussin & Partners bertarikh 31 Julai 2018; dan ii. Surat daripada Tetuan Sharif Ridzuan & Co bertarikh 10 Ogos 2018. 7. Menurut Plaintif, melalui surat-surat yang dinyatakan di atas telah mewujudkan satu persetujuan iaitu suatu ikatan kontrak yang sah di antara kedua-dua pihak di mana melalui surat daripada Tetuan Nur Sham Amir Hussin & Partners bertarikh 31 Julai 2018 di mana, Defendan telah mengemukakan satu cadangan penyelesaian khususnya untuk jumlah tambahan sebanyak RM350,000.00 yang akan dibayar dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pindah milik saham didaftarkan. 8. Seterusnya, surat daripada Tetuan Sharif Ridzuan & Co bertarikh 10 Ogos 2018 yang menunjukkan bahawa cadangan tersebut telahpun diterima sepenuhnya oleh Plaintif-Plaintif dan Plaintif-Plaintif hanya memohon supaya Defendan membuat pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 tersebut dipercepatkan. 9. Plaintif-Plaintif dengan itu menyatakan bahawa suatu persetujuan telahpun dicapai mengenai pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 yang akan dibuat dalam tempoh masa 6 bulan daripada tarikh pindah milik saham didaftarkan. Oleh itu, tiada sebarang keraguan yang timbul disini. 10. Oleh itu, hanya terdapat dua isu yang harus diputuskan menurut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 iaitu: i. Sama ada berdasarkan kepada dokumen-dokumen dan surat-menyurat yang telah dikemukakan di dalam Ikatan Dokumen Bersama (Lampiran 10), telah membentuk suatu persetujuan dan/atau telah mewujudkan suatu ikatan kontrak yang sah, di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan untuk pembayaran tambahan oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif selain daripada bayaran jumlah harga belian yang kena dibayar menurut peruntukan Perjanjian Pembelian Saham bertarikh 29 Disember 2017; dan ii. Sekiranya jawapan kepada sub-para. i. di atas adalah YA, berapakah pembayaran tambahan yang kena dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif? (berapakah jumlah pembayaran tambahan yang kena dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif) PERTIMBANGAN DAN PENILAIAN MAHKAMAH 11. Menurut Plaintif-Plaintif, Defendan hanya menimbulkan keraguan terhadap surat-surat yang bertarikh 10 Ogos 2018 daripada Tetuan Sharif Ridzuan & Co yang kononnya tidak dimuktamadkan oleh Plaintif-Plaintif dan apa yang dinyatakan hanyalah ‘Memohon agar bayaran tambahan berjumlah RM350,000.00 dapat dijelaskan oleh anak guam tuan setelah 3 bulan pindah milik saham didaftarkan.’ 12. Menurut Plaintif-Plaintif, tidak ada sebarang tawaran balas terhadap persetujuan ataupun kontrak yang telah dimuktamadkan kecuali Plaintif-Plaintif memohon jasa baik Defendan untuk mempercepatkan pembayaran sebanyak RM350,000.00 yang telah dipersetujui. 13. Ini juga boleh dirujuk kepada Surat daripada Tetuan Nur Sham Amir Hussin & Partners bertarikh 20 Ogos 2018 yang menyatakan seperti berikut: i. Mengekalkan persetujuan pihak-pihak untuk pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 supaya dibayar dalam tempoh 6 bulan; ii. Penambahan terma yang dicadangkan oleh Defendan iaitu pembayaran tambahan tersebut dibayar dalam tempoh 3 bulan, Defendan akan hanya perlu membayar sebanyak RM200,000.00 sahaja iaitu diskaun sebanyak RM150,000.00 daripada jumlah RM350,000.00. 14. Plaintif-Plaintif dengan itu menyatakan bahawa jika wujud satu persetujuan dan/atau telah mewujudkan satu ikatan kontrak yang sah di antara kedua-dua pihak di mana Defendan akan membuat pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 dalam tempoh 6 bulan selepas pindah milik saham-saham Syarikat Laksana Matang Sdn Bhd didaftarkan kepada pihak Defendan atau nomininya. 15. Menurut Plaintif, Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa telah wujud satu persetujuan atau kontrak di antara kedua-dua pihak melalui surat peguam yang mana surat-menyurat adalah konsisten dengan persetujuan yang telah dicapai di antara kedua-dua pihak. 16. Plaintif-Plaintif khususnya merujuk kepada surat-surat daripada Tetuan Sharif Ridzuan & Co bertarikh 10 Mei 2019 dan juga 05 Ogos 2019 di mana kandungan kedua-dua surat tersebut adalah untuk menuntut pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 seperti mana yang telah dipersetujui iaitu: i. Pindah milik saham telah sempurna dilakukan pada 18 Disember 2018; ii. Setakat tarikh surat-menyurat di atas, masih belum ada pembayaran untuk jumlah pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 tersebut. iii. Menuntut pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 dibayar serta merta; dan iv. Membuat tuntutan pembayaran untuk bayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 tersebut. 17. Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah memberi pelbagai alasan akuan bayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 di mana Defendan menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif telah bersetuju dengan pengurangan jumlah bayaran tambahan tersebut daripada RM350,000.00 kepada RM200,000.00 sahaja. 18. Menurut Plaintif, dengan merujuk kepada surat daripada Tetuan Sharif Ridzuan & Co bertarikh 11 Disember 2019, persetujuan pengurangan daripada RM350,000.00 kepada RM200,000.00 adalah bersyarat iaitu ianya hendaklah dijelaskan dalam tempoh 7 hari daripada kelulusan rayuan Defendan oleh pihak Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang. 19. Plaintif menyatakan bahawa jumlah bayaran tambahan yang dipersetujui adalah sebanyak RM350,000.00 dan pengurangan kepada RM200,000.00 turut dipersetujui jika ianya dibayar dalam tempoh 7 hari daripada kelulusan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang. 20. Menurut Plaintif lagi, Defendan masih cuba untuk mendapatkan pengurangan jumlah bayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 yang telah dipersetujui kepada RM200,000.00 melalui surat daripada Tetuan Nur Sham Amir Hussin & Partners bertarikh 18 Disember 2019 di mana Defendan dengan sendirinya telah bersetuju untuk membayar jumlah pengurangan tersebut seperti mana berikut : i. Di dalam tempoh 14 hari selepas kelulusan rayuan oleh pihak Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang, Defendan akan membayar sebanyak RM405,000.00 iaitu baki pembayaran harga jual beli kepada Plaintif-Plaintif. ii. Di dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh di atas, Defendan akan membayar sebanyak RM200,000.00 kepada Plaintif-Plaintif. 21. Ini menurut Plaintif jelas menunjukkan bahawa jumlah bayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah tidak terjejas dan Defendan berjanji untuk membayar RM200,000.00 sekiranya ianya dibayar dalam tempoh masa 6 bulan oleh Defendan. 22. Dengan itu, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa kesangsian terhadap persoalan-persoalan yang diajukan melalui permohonan ini dan juga tiada merit terhadap rayuan ini. 23. Plaintif juga menyatakan bahawa surat-menyuarat di antara kedua-dua pihak telah membentuk satu persetujuan ataupun kontrak di antara kedua-dua pihak. 24. Di dalam kes Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Bhd v Y C Chin Enterprises Sdn Bhd [1994] 3 CLJ 133 di mana, Mahkamah Agung telah berpendapat bahawa: “The approach of the English law to questions of the true construction of contracts of this kind is to seek objectively to ascertain the intentions of the parties from the words which they have chosen to use. If those words are clear and admit of only one sensible meaning, then that is the meaning to be ascribed to them - and that meaning is taken to represent what the parties intended. If the words are not so clear and admit of more than one sensible meaning, then the ambiguity may be resolved by looking at the aim and genesis of the agreement, choosing the meaning which seems to make the most sense in the context of the contract and its surrounding circumstances as a whole. In some cases, of course, having attempted this exercise, it may simply remain impossible to give the words any sensible meaning at all in which case they (or some of them) are either ignored, that is to say, treated as not forming part of the contract at all, or (if of apparent central importance) treated as demonstrating that the parties never made an agreement at all, that is to say, had never truly agreed upon the vital terms of their bargain.” 25. Dengan merujuk kepada surat daripada Tetuan Nur Sham Amir Hussin & Partners bertarikh 31 Julai 2018 dan surat daripada Tetuan Sharif Ridzuan & Co bertarikh 10 Ogos 2018 di mana telah wujudnya persetujuan bagi Defendan untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 pada masa yang dijanjikan oleh Defendan sendiri. 26. Plaintif juga merujuk kepada kes Emas Kiara Sdn Bhd v Michael Joseph Monteiro & Ors; Farcoll Estate Sdn Bhd & Ors (Interveners) [2018] 8 CLJ 17 di mana, Mahkamah Rayuan Putrajaya menyatakan bahawa: “[61] In our further view, the answer to the central question of whether there is a concluded contract in existence must be in the affirmative due to the presence of the "three Cs" required for the formation of contract. [62] First, there is certainty of subject matter - the subject properties etc. are well identified in the IM. There is also certainty in who the contracting parties are - the third respondent represented by the respondents who are the R&M appointed by the debenture holder RHB Bank pursuant to a debenture; and the appellant who expressed interest in buying the subject properties as identified in the IM. There is also consideration in the price offered by the appellant - RM83.8 million to which earnest deposit has been duly paid, followed by the payment of the 10% deposit. Finally, from the documents exchanged between the parties and the actions taken by them; there is consensus ad idem. It is evident that both parties had every intention to create a legal relationship with the R&M evidencing its intention in the letter under scrutiny. [63] Insofar as this third "C" is concerned, there is a clear and distinct acceptance by the R&M by the use of the term "accept". By this letter of 17 October 2011, the R&M had every intention to accept the appellant's offer of 17 June 2011. In fact, from the contents of the letter read against the backdrop of the earlier letters and meetings, this letter serves to confirm an even earlier agreement between the parties and it is the R&M reminding the appellant of its own agreement and of the salient conditions.” KEPUTUSAN 27. Dengan merujuk kepada surat-menyurat di antara kedua-dua peguam, telah jelas akan pembentukan persetujuan untuk Defendan membayar pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 kepada Plaintif-Plaintif. 28. Pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 tidak pernah berubah walaupun terdapat perbincangan mengenai pengurangan sebanyak RM200,000.00 selepas itu di dalam tempoh 6 bulan selepas mendapat kelulusan rayuan daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang. Oleh itu, adalah jelas dan nyata bahawa tempoh pembayaran tidak pernah dipatuhi oleh Defendan. 29. Justeru, apa-apa yang telah dipersetujui mengenai pembayaran tambahan sebanyak RM350,000.00 harus dipatuhi oleh Defendan. 30. Oleh itu, permohonan Plaintif-Plaintif di Lampiran 18 bagi kedua-dua isu tersebut adalah bermerit seperti mana yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan dengan itu rayuan Defendan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut adalah ditolak dengan kos. t.t. ZAINAL AZMAN BIN AB. AZIZ HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR BERTARIKH : 16 OGOS 2023 PEGUAM PERAYU : Encik Ong Siew Wan bersama Puan Nurul Fatin Syazwani Tetuan Andrew David Wong & Ong Room 102-103, 1st Floor, No. 34-40 Bangunan Tokio Marine Life Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang Email : adwo@davong.com.my Ruj Tuan : OSW-6529-01-CL(S) PEGUAM RESPONDEN : Encik Mohammed Hissham bin Ramdzan Tetuan Abdul Malik Zamri & Co. A23, Tingkat 2, Lorong Tun Ismail 9 Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang Email : amzc_legal@yahoo.com
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.