“Wrongful gain” is gain by unlawful means of property to which the person gaining is not legally entitled. “Wrongful loss” is the loss by unlawful means of property to which the person losing it is legally entitled. A person is said to gain wrongfully when such person retains wrongfully, as well as when such person acquires wrongfully. A person is said to lose wrongfully when such person is wrongfully kept out of any property, as well as when such person is wrongfully deprived of property.” Keterangan-keterangan saksi Pendakwaan [18] Keterangan utama bagi kes ini datangnya dari 2 saksi utama iaitu Omar bin Abdullah (SP1) iaitu tuanpunya tanah berdaftar dan bapa SP2, dan SP2 iaitu anak SP1 bernama Sudirman bin Omar yang merupakan mangsa yang telah ditipu oleh Tertuduh. [19] Menurut SP1 beliau berhasrat untuk memindahkan pemilikan tanah terlibat kepada anaknya, SP2. SP2 telah memperolehi Borang 14A yang masih kosong dan diserahkan sebanyak (2) helaian kepada SP1. SP1 seterusnya telah menurunkan cop jari pada muka surat pertama di bahagian bawah & pada muka surat kedua di hadapan SP2 setelah dimaklumkan untuk tujuan pindah milikan dan tukar syarat, sepertimana hajat SP1. 12 [20] SP1 telah memberitahu mahkamah bahawa niatnya adalah supaya tanah itu dikongsi oleh SP2 dan kakaknya. Di muka surat 38, Rekod Rayuan, SP1 berkata: “Niat saya berkait tanah ini adalah nak tukar hak milik pada Sudirman dan berkongsi dengan kakak dia yang sedang buat rumah. Saya tidak suruh jual. Saya bagi nama Sudirman dulu kemudian serah pada kakak dia, sebab tanah kurang satu ekar. Sudirman tak pernah maklum pada saya untuk jual tanah ini. Saya percaya anak saya tak khianati saya kerana saya kenal Sudirman sebagai anak saya sejak kecil lagi. Sebab kes ini, saya dimarahi oleh anak-anak. Saya tak boleh buat apa sebab perkara hendak terjadi kepada saya. Saya ada anak 10 orang, seorang meninggal dunia. Anggaran kerugian saya tak lebih RM500,000.00 termasuk rumah. Saya juga hilang harta pusaka. Lepas itu saya tak terima apa-apa pampasan samada dari OKT atau En. Abdul Mubin.” [21] SP1 juga di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa beliau tidak pergi ke Pejabat Tanah dan tidak kenal dengan Tertuduh. Beliau telah menurunkan tandatangannya di borang 14A yang kosong di hadapan SP2 dan apa-apa urusan seterusnya diserahkan kepada SP2 (anaknya/mangsa). Di muka surat 36, Rekod Rayuan SP1 berkata: “Saya pada bila-bila masa tidak pergi ke Pejabat Tanah Kota Bharu. Pada 30.1.2013 saya juga tidak pergi ke Pejabat Tanah. Masa saya bagi borang 14A pada Sudirman, selain cop jari tiada perkara lain di borang itu. Saya tak isi borang itu sebab apa yang ditandakan di situ 13 hanya untuk cop jari sahaja, yang lain beliau tidak suruh. Sudirman tak paksa saya untuk cop jari.” [22] Menurut SP1, SP2 (Sudirman/mangsa) akan seterusnya serahkan kepada tertuduh. SP1 meneruskan keterangannya: “Sudirman bagitahu saya bahawa kawan dia yang akan isi borang itu. Saya tak kenal siapa kawan dia. Saya boleh membaca tulisan rumi tapi tak jelas sebab mata tak sempurna. Saya tak baca borang 14A ini sebab pada masa itu mata baru lepas operate, mata masih berair. Masa serah borang 14A dan cop jari, saya serah bersama geran tanah Mukim 765. Saya juga ada serahkan IC bersama, IC yang saya gunakan sekarang. Lepas serah, saya tak dapat semula geran tanah saya itu. Saya serahkan geran tanah asal. Sebenarnya geran asal saya serah bersama borang 14A ke Pejabat Tanah. Pada masa serah borang 14A, rumah yang dibina hampir siap, cuma elektrik yang belum ada lagi. Sudirman bagitahu akan serah pada kawan dia dan kawan dia yang akan proses. Kawan dia itu saya tak kenal. Apabila Sudirman cakap nak serah pada kawan dia, saya hanya terima sahaja. Selepas sebulan dua, saya tanya Sudirman berkenaan tanah itu, Sudirman menyatakan masih lagi dalam proses. Sudirman bagitahu bahawa kawan dia itu baik dengan orang Pejabat Tanah, maka ia boleh diproses dengan cepat.” 14 [23] SP1 berasa was-was dan telah pergi ke Pejabat Tanah untuk buat semakan: “Setelah beberapa bulan iaitu 9.5.2013, saya rasa was-was dan saya ke Pejabat Tanah. Saya pergi dengan cucu saya. Saya minta beli cabutan. Seingat saya pada 9.5.2013. Pada masa itu naik nama orang lain. Masa itu lah yang saya tahu pertukaran kepada nama orang lain. Salinan cabutan ada dengan saya di rumah.” [24] SP2 pula di dalam keterangannya menyatakan dia telah kenal tertuduh selama 7 tahun dan dia panggil tertuduh Riduan atau Dato’ Wan. SP2 telah memberitahu Mahkamah bagaimana dia terpengaruh dengan kata-kata tertuduh. Di muka surat 66 Rekod Rayuan, SP2 berkata: “Saya minta tolong Riduan kerana saya tak tahu proses tanah. Saya zero knowledge. Saya tak pernah terlibat dalam hal tanah. Saya pernah beli rumah Cuma itu lawyer yang buat. Saya sign sahaja. Saya tahu pekerjaan Riduan ialah buat bisnes, macam saya juga. Saya kenal dia buat perniagaan sendiri. Saya kenal melalui isteri dia iaitu kawan sekolah saya dulu. Sepanjang (7) tahun lepas saya tak ada masalah dengan dia. Tak close tapi selalu berhubung, buat open house pun dia ada panggil saya. Selalu saya nampak dia banyak buat bisnes hal tanah, dia yang selalu cerita. Dia ada kenal orang kementerian, dia kenal DO. Dia bisnes dalam hartanah. Selain dia, saya tak rujuk orang lain lagi. Ayah saya tahu saya berurusan dengan Riduan, saya pernah cakap nama Dato’ Wan. Orang lain panggil dia sebagai Dato’ Riduan atau Dato’ Wan. Pada masa itu, 15 saya dapati dia orang yang berpengaruh. Dia duduk di apartment, beli rumah teres corner lot di Ampang, kereta mewah. Saya nampak ada kemajuan. Dia juga ada pakai lawyer. Saya sebagai orang bisnes rasa macam boleh belajar dari dia. Jadi saya percaya ke dia. Ayah saya setuju saya yang uruskan hal tanah ini. Dia tak membantah. Saya percaya kepada Riduan kerana saya tak ada masalah dengan dia, dengan reputasi dia. Saya percaya dia boleh tolong saya.” [25] Semasa disoal balas, Peguam tertuduh mencadangkan bahawa SP2 yang mencari Tertuduh kerana masalah kewangan. Di muka surat 86, Rekod Rayuan, SP2 ditanya: Arahan pada saya, kamu cari OKT untuk selesaikan masalah kewangan kamu. Tak setuju. Arahan juga, kamu jumpa OKT sebab kamu dikacau oleh along. Tak setuju. Arahan juga, kamu jumpa dia sebab kamu buat repot polis tentang along? Ya, saya ada cerita pada dia sebab saya juga ada mengaku terlibat dengan along, saya jumpa dia untuk minta pendapat dia, saya nak ambil pandangan dia sahaja. 16 Arahan juga, isu tanah timbul sebagai satu penyelesaian kepada hutang along? Tak setuju.” [26] Keterangan SP1 dan SP2 disokong oleh SP3. SP3 adalah orang yang tertuduh bergantung untuk menguruskan urusan pindah milik (Borang 14A) dan seterusnya penjualan tanah tersebut kepada SP5, pembeli. Di muka surat 100, Rekod Rayuan, SP3 berkata: “Saya kenal OKT lebih kurang 3 tahun lebih. Dalam kes ini pada 21.3.2013, OKT minta tolong saya isi borang 14A. Dia maklum saya bahawa tuan tanah nak jual tanah di Mukim Tokku. Saya cakap pada OKT bawa bersama geran asal dan salinan IC tuan tanah, geran asal mesti yang asal bukan salinan.” [27] Niat jahat tertuduh untuk menipu bermula dari sini dimana tertuduh tidak bercakap benar kepada SP3. SP3 telah memberitahu Mahkamah seperti berikut, di muka surat yang sama di Rekod Rayuan: “OKT kata telah ambil dari tuan tanah nama Sudirman. Dia tak bawa saya jumpa Sudirman. OKT bawa geran tanah dan Borang 14A borang penolakan tanah yang kosong bersama salinan IC Omar Abdullah dan geran asal....,Saya maklum pada OKT pada hari yang sama mana tuan tanah. OKT maklum tuan tanah uzur, sakit dan tak boleh bangun. Semua dokumen ambil dari Sudirman anak tuan tanah. Saya ada cakap nak jumpa Sudirman tapi OKT cakap Sudirman sibuk nak ambil anak sekolah, OKT serahkan satu set 17 borang kosong. la borang kosong tak tulis apa-apa. OKT arahkan saya tulis.” [28] Dalam keterangan seterusnya SP3 mengesahkan butir-butir dalam Borang 14A diisi oleh beliau atas arahan Tertuduh dan SP3 mengecam tulisan tangannya. Di muka surat 101 Rekod Rayuan, SP3 berkata: “OKT minta tolong saya penyaksian di hadapan Pentadbir Tanah Kota Bharu. Saya tanya dia balik di mana tuan tanah dan dia cakap tuan tanah sakit dan tak boleh datang ke pejabat tanah. OKT minta saya maklum kepada pegawai tanah KB bahawa tuan tanah tidak boleh hadir kerana sakit. Saya tanya dia ini betul ke tak cop ibu jari tuan tanah. Dia kata betul. Saya tanya dia mana dia tahu, dia cakap sebab anak tuan tanah bagitau.” [29] SP5 (Cikgu Mubing) merupakan pembeli tanah yang mengenali Tertuduh/Perayu setelah diperkenalkan oleh SP8 - Siti Mahani Bt Mohd Ali. SP5 tidak pernah bertemu dengan SP1 atau SP2 tetapi berurusan dengan Tertuduh sahaja. SP5 telah mengesahkan bahawa beliau telah membayar RM70,000 untuk transaksi ini kepada Tertuduh. Di dalam keterangannya di muka surat 126 Rekod Rayuan, SP5 memberitahu mahkamah: “Saya boleh beli tanah ini apabila Siti Mahani maklum pada saya ada tanah hendak dijual. Saya cakap kita pergi tengok. Apabila pergi tengok tanah dengan Siti Mahani, Siti Mahani bagitau penjual tanah ialah Riduan. Masa ini saya tak kenal Riduan. 18 Siti Mahani maklumkan tanah ini nak jual. Dia bagitahu saya bahawa tanah ini hak Riduan, pemiliknya tak beritahu siapa. Dia bagitau untuk jumpa tuan tanah. Dia kata tanah lapang saja. Berkenaan rumah saya tak terfikir.... Selepas waktu sekolah ada pergi jumpa Riduan...Perjumpaan untuk tahu hal sebenar... Yang ada geran asal dan borang 14A, itu yang saya tengok. Dokumen lain saya tak ingat. Dokumen-dokumen ini dalam milikan Riduan. Riduan kata tanah ini dia beli daripada tuan tanah, saya pun tak tahu siapa. Riduan tak maklum siapa,,,” [30] Berhubung dengan Borang 14A yang ditunjukkan oleh Tertuduh sebagai tanahnya yang hendak dijualnya, SP5 menyatakan seperti berikut: “...la adalah borang yang sama, pada masa itu saya rasa dah ada tulisan dan telah diisi. Saya tak tanya nama dalam geran. Riduan maklum pada saya dia ahli perniagaan dan kesuntukan duit untuk bisness, sebab itu nak jual. Sebab ada borang 14A dan ada tandatangan saya percaya nak jual. Riduan cakap itu saya percaya apa yang dicakapkan. (Penekanan oleh mahkamah) Masa jumpa Riduan, borang 14A dilihat ada cop ibu jari dan ada tulisan, saya tengok roughly,.saya tak perhati tarikh ..." [31] Tertuduh selanjutnya telah membawa SP5 ke Pejabat Tanah untuk urusan penolakan tanah tersebut kepada SP5 di hadapan Penolong 19 Pentadbir Tanah (SP7). Di dalam keterangannya SP5 menyatakan seperti berikut, di muka surat 130 Rekod Rayuan: “Pada masa itu saya diminta cop ibu jari di tempat tandatangan. Dianggap saya terima tanah ini....Masa cop semua dah ditulis. Ruang atas juga dah diisi. Selain cop jari, tiada yang lain yang saya isi dan tulis. Riduan bagitau semua dah siap diuruskan. Tulisan bukan tulisan saya. Nama dan IC bukan tulisan saya. Siapa yang isi saya tak tahu. Cuma saya tanya lepas ini sah nama saya dan dijawab ya oleh orang di Pejabat Tanah. Riduan juga bagitau perkara yang sama. la dah jadi nama saya, saya nak sahkan sebab nak bagi lagi RM30K untuk bakinya....Sampai sekarang saya tak pernah kenal dengan Omar Abdullah.... Selepas itu serahan dokumen diserahkan pada saya. Cuma saya tak ingat bila. Yang pasti masa duit bagi RM30K, semua dokumen ada pada saya. Saya serah duit selepas proses tandatangan tadi. Baki serah pada Riduan pada hari yang sama. Bayaran tunai saya buat di hadapan Maybank Cawangan Perbankan Islam di Jalan Sultan Yahya Petra. Pada masa itu hanya saya dan Riduan sahaja.” [32] SP6 dan SP7 adalah Penolong-Penolong Pentadbir Tanah yang masing-masing telah menyaksikan penolakan tuan tanah asal tanpa kehadiran tuan asal, dan bagi SP7 pula adalah saksi penyaksian penerimaan pindah milik tanah tersebut tanpa kehadiran tuan asal (SP1). 20 [33] Di atas rayuan Pendakwa Raya, dari keterangan-keterangan yang terkumpul seperti di atas, Mahkamah ini telah mendapati bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan Pendakwa Raya terhadap Tertuduh. Justeru mahkamah ini telah memutuskan bahawa tertuduh diperintahkan untuk membela diri. Kes dikembalikan semula kepada Tuan Majistret asal untuk disambung dengar. Kes Pembelaan [34] Tuan Majistret yang sama telah sambung mendengar kes di peringkat Pembelaan. Diakhir kes pihak Pembelaan Tuan Majistret telah mendapati Tertuduh bersalah dan mensabitkannya atas alasan Pembelaan tertuduh gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata. Di muka surat 17 dan 18 Rekod Rayuan. Tuan Majistret memutuskan: “Keterangan SD1 iaitu Perayu sendiri banyak berkisar kepada duit yang diperolehi dari penjualan tanah yang merupakan barang kes di dalam kes ini yang dibuat atas arahan SP1 adalah digunakan untuk bayaran kepada along atas hutang yang dibuat oleh SP1 sendiri. Penjualan tanah dan pembayaran kepada along adalah atas arahan SP1. Begitu juga, SD1 juga menyatakan bahawa beliau dipaksa membuat pengakuan bahawa duit itu digunakan untuk kegunaan sendiri ketika diperingkat siasatan oleh pegawai penyiasat kerana beliau diugut dan dipukul oleh pegawai penyiasat. Beliau takut dan terpaksa membuat 21 pengakuan tersebut. Atas sebab itu keterangan beliau di dalam penyatan beramaran ketika disiasat berkenaan duit hasil jualan tersebut berbeza dengan keterangan beliau yang diberikan di mahkamah ini. SD1 bertegas bahawa beliau diugut dan dipaksa dan menyatakan bahawa keterangan di mahkamah in yang sebetulnya. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa beliau berbuat demikian bagi menolong SP1 kerana SP1 adalah kawan kepada beliau.” [35] Mengenai keterangan sokongan dari SD2 (isteri), Tuan Majistret menyatakan bahawa ianya hanya berkisar kepada keakraban SD2 dengan SP2 yang merupakan rakan sekolah beliau. Keterangan ini tidak membantu pembelaan tertuduh. [36] Di atas dapatan bersalah inilah tertuduh telah memfailkan rayuan kepada mahkamah ini. F. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [37] Mahkamah telah meneliti pembelaan Tertuduh. Mahkamah bersetuju bahawa pembelaannya adalah penafian semata-mata. Penafiannya ialah dia tidak melakukan jenayah penipuan sebagaimana yang dipertuduhkan ke atasnya. Penafian tertuduh itu juga bercanggah dengan keterangan bersumpahnya yang diberikan di Mahkamah. Perlu ditekankan disini bahawa Mahkamah tidak mengambil kira keterangan di dalam P1 (Rakaman percakapan dibawah Sek. 112 KAJ kepunyaan Tertuduh). 22 Mahkamah mendapati aIasan yang diberikan oleh tertuduh mengenai sebab mengapa Tertuduh menjualkan tanah yang diamanahkan kepadanya oleh SP1 dan SP2 kepada SP5 adalah tidak berasas. [38] Setelah membuat penelitian maksima dan membandingkan kes Pendakwaan dengan kes Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh bukan sahaja membuat pembelaan penafian dan pembelaan “afterthought” sahaja malah Tertuduh telah mengaku banyak fakta-fakta yang telah dibuktikan oleh Pendakwaan semasa disoal balas terhadapnya khususnya seperti berikut. [39] Tertuduh mengakui mengenali SP2 melalui isterinya SD2. Tertuduh mengakui bahawa SP2 ada menemui Tertuduh untuk meminta bantuan menukar syarat dan nama tanah GM 765 daripada SP1 kepada SP2 tanpa sebarang balasan daripada SP2 kepada SP1. [40] Tertuduh akui Tertuduh meminta dan menerima wang RM5,000.00 daripada SP2 bagi tujuan menyelesaikan urusan pindah milik tanah antara SP1 dan SP2. Tertuduh mengakui SP2 tidak pernah berhutang duit dengan SD1. Yang pentingnya ialah tertuduh mengakui tidak pernah menerima apa-apa arahan atau permintaan bantuan daripada SP2 untuk tertuduh selesaikan masalah hutang SP2 dengan cara Tertuduh menjualkan tanah SP1 kepada pembeli dan menggunakan hasil jualan tersebut untuk melangsaikan hutang SP2 dengan pihak ketiga. [41] Tertuduh akui ada menyarankan SP2 untuk mengisi borang 14A yang mempunyai cap jari SP1 kerana ianya lebih baik berbanding 23 tandatangan SP1. Tertuduh akui ada menerima salinan IC SP1 dan SP2, serta geran GM 765 yang asal daripada SP2. Tertuduh akui segala tindakan SP3 (orang tengah) adalah berdasarkan arahan Tertuduh. [42] Tertuduh akui bahawa SP1 tidak pernah hadir ke Pejabat Tanah/ADO untuk proses penolakan dan pemindahan.Tertuduh akui Tertuduh sememangnya ada berurusan dengan SP5 dan SP8 dengan menunjukkan geran GM 765 dan borang 14A (P2) yang diserahkan oleh SP2 kepada SP5 dan SP8. Tertuduh akui turut berada bersama SP5 semasa proses penerimaan tanah di Pejabat Tanah Kota Bharu. [43] Keterangan yang amat penting bagi pertuduhan ini ialah Tertuduh mengakui telah menjual tanah tersebut kepada SP5 dan telah menerima hasil jualan sebanyak RM70,000 dan tidak pernah menyerahkan wang RM70,000.00 hasil jualan tanah tersebut kepada SP1 dan SP2. [44] Antara keterangan-keterangan Tertuduh yang menunjukkan bahawa Tertuduh tidak menolak fakta-fakta yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan ialah seperti para-para di bawah: [45] Di muka surat 246 Rekod Rayuan, semasa disoal balas, Tertuduh disoal dan menjawab: Kenapa kamu sibuk tentang hal hutang Sudirman. Sebab dia minta tolong. 24 Dia tidak pernah cakap pada kamu? Isteri yang minta saya tolong. Tindakan bayar Along sebanyak RM70,000 adalah tindakan valuntory kamu tanpa arahan Sudirman. A: Ya setuju.” [46] Di muka surat 249 Rekod Rayuan, semasa disoal balas, Tertuduh disoal dan menjawab: Kamu tidak ada kena mengena secara direct dengan hutang Sudirman. Kamu hanya saksi sahaja subject to be proved. Setakat hari ini tidak selesai juga. Isu itu antara mereka sahaja. Tidak setuju.” [47] Di muka surat 251 Rekod Rayuan, semasa disoal balas, Tertuduh disoal dan menjawab: 25 Saya katakan kepada kamu, tidak pernah kamu nafikan kamu bukan pemilik tanah pada saksi-saksi pendakwa? Setuju.” [48] Di muka surat 259 Rekod Rayuan, semasa disoal balas, Tertuduh disoal dan menjawab: Setuju kamu tidak pernah jumpa Omar Abdullah? Setuju. Dia sakit atau tidak berupaya kamu tidak tahu. Tidak tahu.” [49] Di muka surat 260 Rekod Rayuan, semasa disoal balas, Tertuduh disoal dan menjawab: Apa yang Nazri buat itu pindah milik atas arahan kamu. Ya. Setuju. Samada Omar ada pergi atau tidak, kamu tidak ada ditempat kejadian. Ya.” [50] Di muka surat 261 Rekod Rayuan, semasa disoal balas, Tertuduh disoal dan menjawab: 26 “Q: Sudirman bukan client dalam kes ini. Bukan.” [51] Di muka surat 262 Rekod Rayuan, semasa disoal balas, Tertuduh disoal dan menjawab: Kamu bayar bukan arahan Sudirman. Kamu serah tanpa kebenaran Sudirman. Sepatutnya hak Sudirman. Ya, setuju. [52] Justeru itu, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan Tertuduh adalah tidak bermerit malahan menyokong kes Pendakwaan. Tertuduh mengaku dan bertanggungjawab mengenai penjualan tanah tersebut dan akhirnya tanah tersebut berpindah ke tangan SP5 akibat penipuan tersebut dan Tertuduh telah menerima RM70,000 hasil jualan tersebut tanpa diserahkan kepada SP1 atau SP2. Tertuduh telah memperdayakan SP2 (dan juga SP1) menyebabkan penjualan tanah ini berlaku tanpa pengetahuan dan persetujuan SP1 dan SP2. Tertuduh telah mendapat ‘wrongful gain’ sebaliknya SP1 dan SP2 dalam kerugian. [53] Di akhir kes pembelaan, setelah membuat penilaian maksima terhadap kes pembelaan dan dibandingkan dengan kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan pihak 27 Pembelaan gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan. Isu-isu utama lain yang dibangkitkan [54] Untuk melengkapkan Alasan Penghakiman ini Mahkamah akan menjawab mengenai 3 isu utama yang juga dibangkitkan tertuduh. Pertamanya mengenai laporan polis tidak dibuat oleh SP2. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa laporan polis hanya merupakan suatu prosedur untuk memulakan siasatan (to propel an investigation). Lihat kes Lee Ah Seng Vs PP (2007) 6 MLJ 1 dan Herchun Singh & Ors Vs PP