Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-22NCC-53-06/2025 ANTARA POH HENG HAULAGE SDN. BHD. … PLAINTIF [No. Syarikat: 200601029890 (749647- U)]
JA-22NCC-53-06/2025
High Court of Malaysia30 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-22NCC-53-06/2025 ANTARA POH HENG HAULAGE SDN. BHD. … PLAINTIF [No. Syarikat: 200601029890 (749647- U)]
1
PERNIAGAAN USAHASAMA MEMBALAK SDN. BHD. [NO. SYARIKAT: 197901005283 (49565-D)]
2
NG YONG CHEE (KAD PENGENALAN SINGAPURA NO. K1674911H)
3
NG YONG SIONG
4
AZIS SATAR BIN SATARI (NO. KP: . 661127-01-5129) …….. DEFENDAN-DEFENDAN S/N 4DiDbm5emEe8mxpbC0kyHg ALASAN PENGHAKIMAN (Membenarkan Permohonan di bawah Aturan 18 K19(1)(a),(b) dan/ (d) KKM 2012 di Lampiran 18)
1
Permohonan di hadapan Mahkamah ini ialah Notis Permohonan oleh Defendan Kedua dan Defendan Keempat di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) untuk membatalkan tindakan Plaintif terhadap mereka.
2
Permohonan ini dibuat atas alasan bahawa Writ Saman Terpinda dan Pernyataan Tuntutan Terpinda gagal mendedahkan sebarang kausa tindakan munasabah terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat, mengandungi dakwaan penipuan yang tidak diplidkan secara khusus, serta merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
3
Plaintif membantah permohonan ini dan menegaskan bahawa tuntutan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat adalah wajar diteruskan ke perbicaraan penuh, khususnya berasaskan dakwaan penipuan dan penyingkapan tirai korporat di bawah Seksyen 540 Akta Syarikat 2016.
4
Setelah meneliti keseluruhan pliding, afidavit, hujahan bertulis serta autoriti yang dirujuk oleh pihak-pihak, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan Kedua dan Defendan Keempat dan mendapati permohonan ini adalah bermerit S/N 4DiDbm5emEe8mxpbC0kyHg dan wajar dibenarkan. Oleh kerana tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini, Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan pada 19.2.2026. Alasan Penghakiman diperincikan dibawah ini.
5
Plaintif memulakan tindakan ini melalui Writ Saman Terpinda, menamakan Defendan Pertama hingga Defendan Keempat sebagai pihak-pihak yang bertanggungan terhadap tuntutan Plaintif.
6
Teras tuntutan Plaintif adalah bahawa Defendan Pertama telah berhutang kepada Plaintif berhubung urus niaga yang dipertikaikan, dan Plaintif menuntut pembayaran jumlah hutang tersebut berserta faedah.
7
Selain tuntutan terhadap Defendan Pertama, Plaintif turut memplidkan bahawa: i. Defendan Pertama telah berniaga dengan niat untuk menipu Plaintif; dan ii. Defendan Kedua hingga Defendan Keempat hendaklah dipertanggungkan liabiliti peribadi melalui penyingkapan tirai korporat di bawah Seksyen 540 Akta Syarikat 2016.
8
Walau bagaimanapun, Pernyataan Tuntutan tidak menyatakan sebarang kontrak, representasi khusus, atau perbuatan langsung oleh Defendan Kedua atau Defendan Keempat yang boleh menimbulkan liabiliti peribadi terhadap mereka.
9
Dalam keadaan ini, Defendan Kedua dan Defendan Keempat memfailkan permohonan di bawah Aturan 18 k.19(1) KKM 2012 untuk membatalkan tindakan terhadap mereka pada peringkat awal prosiding. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Defendan Kedua dan Defendan Keempat 10. Defendan Kedua dan Defendan Keempat berhujah bahawa: i. kedudukan mereka sebagai pengarah dan/atau individu yang berkaitan dengan Defendan Pertama tidak secara automatik mewujudkan liabiliti peribadi; ii. Pernyataan Tuntutan tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah terhadap mereka; iii. dakwaan penipuan dan ‘fraudulent trading’ di bawah Seksyen 540 Akta Syarikat 2016 tidak diplidkan secara khusus dan terperinci sebagaimana yang dikehendaki undang-undang; dan iv. penyertaan mereka dalam tindakan ini adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
11
Defendan Kedua dan Defendan Keempat bergantung kepada kes-kes yang dirujuk dalam Ikatan Otoriti mereka, termasuk prinsip entiti perundangan berasingan, standard pleading bagi dakwaan penipuan, serta had penggunaan prosiding untuk menekan pihak yang tidak sepatutnya. Hujahan Plaintif 12. Plaintif berhujah bahawa: i. dakwaan penipuan dan penyingkapan tirai korporat adalah isu fakta yang perlu dibicarakan; ii. adalah pramatang untuk membatalkan tuntutan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat tanpa perbicaraan penuh; dan iii. Mahkamah seharusnya membenarkan Plaintif mengemukakan keterangan bagi membuktikan penglibatan Defendan Kedua dan Defendan Keempat dalam urus niaga yang dipertikaikan.
13
Plaintif bergantung kepada kes-kes yang dirujuk dalam Ikatan Otoriti Plaintif bagi menyokong pendirian bahawa Mahkamah perlu berhati-hati sebelum menggunakan kuasa membatalkan tindakan pada peringkat awal. S/N 4DiDbm5emEe8mxpbC0kyHg
14
Berdasarkan pliding dan hujahan pihak-pihak, isu-isu yang timbul untuk penentuan Mahkamah ini adalah seperti berikut:
i
Sama ada Pernyataan Tuntutan mendedahkan kausa tindakan munasabah terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat. (Aturan 18 k.19(1)(a) KKM 2012);
II
(ii) Sama ada dakwaan penipuan dan ‘fraudulent trading’ terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat adalah cacat, tidak relevan atau tidak boleh dipertahankan. (Aturan 18 k.19(1)(b) KKM 2012); dan
III
(iii) Sama ada penerusan tindakan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. (Aturan 18 k.19(1)(d) KKM 2012). ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada Pernyataan Tuntutan mendedahkan kausa tindakan munasabah terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat. [Aturan 18 k.19(1)(a) KKM 2012]
15
Di bawah Aturan 18 k.19(1)(a) KKM 2012, Mahkamah boleh membatalkan sesuatu tindakan sekiranya, walaupun segala S/N 4DiDbm5emEe8mxpbC0kyHg fakta dalam pliding diterima sebagai benar, tiada kausa tindakan munasabah didedahkan terhadap defendan yang dinamakan.
16
Prinsip asas ini telah ditegaskan bahawa Mahkamah, pada peringkat ini, hanya melihat kepada pliding semata-mata, tanpa menilai keterangan atau merit substantif. Ujian ini adalah ujian undang-undang yang ketat, tetapi bersifat memenuhi kehendak undang-undang yang tinggi.
17
Dalam kes ini, Mahkamah meneliti Writ Saman Terpinda dan Pernyataan Tuntutan, dan mendapati bahawa keseluruhan tuntutan Plaintif berpunca daripada hutang dan urus niaga Defendan Pertama sebagai sebuah entiti korporat.
18
Terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat, Plaintif tidak memplidkan: i. sebarang hubungan kontraktual langsung; ii. sebarang representasi khusus yang dibuat kepada Plaintif; atau iii. sebarang obligasi undang-undang peribadi yang dipikul oleh mereka.
19
Penyertaan Defendan Kedua dan Defendan Keempat adalah semata-mata atas alasan bahawa mereka merupakan pengarah dan/atau individu yang mengawal Defendan Pertama.
20
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan Kedua dan Defendan Keempat bahawa prinsip entiti perundangan berasingan adalah asas undang-undang syarikat, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 20 Akta Syarikat 2016, dan telah ditegaskan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Gurbachan Singh Bagawan Singh v Vellasamy Pennusamy [2015] 1 MLRA 107, bahawa pengarah tidak boleh dipertanggungkan liabiliti peribadi semata-mata kerana kedudukan mereka sebagai pengarah.
21
Mahkamah ini juga mengambil kira prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Ong Leong Chiou & Anor v Keller (M) Sdn Bhd [2021] 4 MLRA 2141, bahawa liabiliti peribadi pengarah mestilah berasaskan fakta khusus yang menunjukkan penglibatan langsung dalam salah laku yang dipertikaikan.
22
Dalam ketiadaan sebarang fakta material sedemikian, Mahkamah mendapati bahawa tuntutan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat gagal mendedahkan kausa tindakan munasabah.
23
Oleh itu, tuntutan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat adalah wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 k.19(1)(a) KKM 2012. Isu 2: Sama ada pliding Plaintif adalah skandal, remeh atau tidak relevan berhubung dakwaan penipuan dan Seksyen 540 Akta Syarikat 2016 [Aturan 18 k.19(1)(b) KKM 2012]
24
Mahkamah seterusnya meneliti dakwaan Plaintif bahawa Defendan Kedua dan Defendan Keempat telah terlibat dalam perniagaan dengan niat untuk menipu, dan oleh itu boleh dipertanggungkan liabiliti di bawah Seksyen 540 Akta Syarikat
2016
2016.
25
Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa dakwaan penipuan hendaklah diplidkan secara khusus dan terperinci, termasuk butiran fakta yang menunjukkan niat, pengetahuan dan peranan setiap Defendan. Mahkamah mendapati bahawa dakwaan-dakwaan ini tidak disokong dengan fakta material yang khusus, sebaliknya hanya dinyatakan dalam bentuk kesimpulan undang-undang.
26
Prinsip ini telah ditegaskan dalam kes ARL Associates Sdn Bhd & Ors v Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd [2013] 3 MLRA 370, bahawa dakwaan yang serius tidak boleh disandarkan kepada generalisasi atau kesimpulan undang-undang semata-mata.
27
Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Pernyataan Tuntutan Plaintif: i. tidak menyatakan masa, tempat dan cara penipuan; ii. tidak memperincikan representasi palsu yang dibuat oleh Defendan Kedua atau Defendan Keempat; iii. tidak menunjukkan bagaimana Plaintif bergantung kepada representasi tersebut; dan iv. tidak menunjukkan hubungan kausal antara tindakan Defendan Kedua dan/atau Defendan Keempat dengan kerugian Plaintif.
28
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan Kedua dan Defendan Keempat bahawa dakwaan sedemikian adalah berbentuk kesimpulan kosong, dan gagal memenuhi piawaian pliding yang diperlukan bagi dakwaan penipuan dan ‘fraudulent trading’.
29
Mahkamah ini turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Tradewinds Properties Sdn Bhd v Zulhkiple A Bakar & Ors [2019] 1 MLRA 238, yang menegaskan bahawa penyingkapan tirai korporat hanya boleh dipertimbangkan dalam keadaan luar biasa yang disokong oleh fakta yang kukuh.
30
Dalam ketiadaan fakta-fakta khusus tersebut, Mahkamah mendapati bahawa bahagian pliding berkaitan penipuan dan Seksyen 540 Akta Syarikat 2016 adalah tidak relevan dan tidak boleh dipertahankan, serta bersifat menekan.
31
Oleh itu, tuntutan terhadap Defendan kedua dan Defendan Keempat juga wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 k.19(1)(b) KKM 2012. Isu 3: Sama ada tindakan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [Aturan 18 k.19(1)(d) KKM 2012]
32
Mahkamah seterusnya menilai sama ada penyertaan Defendan Kedua dan Defendan Keempat dalam tindakan ini merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
33
Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif mempunyai tuntutan kontraktual yang jelas terhadap Defendan Pertama, namun telah memilih untuk menarik masuk Defendan Kedua dan Defendan Keempat tanpa asas fakta yang memadai.
34
Pendekatan ini, pada pandangan Mahkamah, selari dengan keadaan yang digariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Zung Zang Wood Products Sdn Bhd & Ors v Kwan Chee Hang Sdn Bhd & Ors [2014] 5 MLRA 85, di mana tindakan yang memanjangkan prosiding dan menekan pihak yang tidak S/N 4DiDbm5emEe8mxpbC0kyHg sepatutnya dipertanggungkan liabiliti dianggap sebagai penyalahgunaan proses.
35
Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa dakwaan penipuan dan penyingkapan tirai korporat digunakan oleh Plaintif sebagai asas untuk mengekalkan Defendan Kedua dan Defendan Keempat dalam prosiding, walaupun tanpa fakta sokongan yang mencukupi.
36
Dalam keadaan ini, Mahkamah berpuas hati bahawa penerusan tindakan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat akan: i. memanjangkan litigasi secara tidak perlu; ii. meningkatkan kos kepada pihak-pihak; dan iii. menjejaskan prinsip keadilan dan kecekapan prosiding.
37
Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa tuntutan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dan wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 k.19(1)(d) KKM 2012.
38
Berdasarkan analisis di atas, Mahkamah ini membuat dapatan khusus bahawa tuntutan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat: S/N 4DiDbm5emEe8mxpbC0kyHg a) gagal mendedahkan kausa tindakan munasabah-Aturan 18 k.19(1)(a) KKM 2012; b) mengandungi dakwaan penipuan yang cacat dan tidak relevan - Aturan 18 k.19(1)(b) KKM 2012; dan c) merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah-Aturan 18 k.19(1)(d) KKM 2012.
39
Oleh itu, permohonan Defendan Kedua dan Defendan Keempat di bawah Aturan 18 k.19(1)(a), (b) dan (d) KKM 2012 adalah bermerit dan hendaklah dibenarkan.
40
Berdasarkan keseluruhan analisis Mahkamah ini di bawah Aturan 18 k.19(1)(a), (b) dan (d) KKM 2012, Mahkamah mendapati bahawa Pernyataan Tuntutan Terpinda terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat adalah cacat dari segi prinsip dan tidak wajar dibenarkan untuk diteruskan ke perbicaraan.
41
Mahkamah ini berpuas hati bahawa Plaintif telah gagal mendedahkan sebarang kausa tindakan munasabah terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat, dan dakwaan penipuan serta penyingkapan tirai korporat yang diplidkan adalah bersifat umum, tidak terperinci dan tidak memenuhi piawaian pliding yang ditetapkan undang-undang.
42
Mahkamah ini seterusnya mendapati bahawa penyertaan Defendan Kedua dan Defendan Keempat dalam tindakan ini, dalam ketiadaan fakta khusus yang menyokong liabiliti peribadi mereka, merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
43
Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah adil dan wajar untuk membenarkan permohonan Defendan Kedua dan Defendan Keempat bagi membatalkan tindakan terhadap mereka pada peringkat ini.
44
Permohonan Defendan Kedua dan Defendan Keempat di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan ini dibenarkan.
45
Tindakan Plaintif terhadap Defendan Kedua dan Defendan Keempat dengan ini dibatalkan.
46
Kos permohonan ini diperintahkan sebagai kos dalam kausa. BERTARIKH: 24 FEBRUARI 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU S/N 4DiDbm5emEe8mxpbC0kyHg Peguam Bagi Pihak Plaintif Lim Pang Kiat Tetuan Pang Kiat, Yu Qi Law Chamber, Batu Pahat Peguam Bagi Pihak Defendan Tetuan Aizalian Asmadi & Co. Pertama, Kedua dan Keempat
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.