1
Ini adalah Rayuan terhadap keputusan HMS YB pada 16.6.2022 selepas satu perbicaraan penuh menolak tuntutan Plaintif.
JB-12BNCvC-7-06/2022
High Court of Malaysia2 Apr 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“telah merujuk kepada kes Fenton V. J Thorley & Co. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal April 2, 2023 14 Ltd [1903] AC 443 di mana House of Lords telah memutuskan dalam mukasurat 453 dan 456 oleh Lindley LJ: “The word ‘accident’ is n”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini adalah Rayuan terhadap keputusan HMS YB pada 16.6.2022 selepas satu perbicaraan penuh menolak tuntutan Plaintif.
2
Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan dalam Penghakiman ini.
3
Penama, Mahalingam a/l Palani Velu (selepas ini dirujuk sebagai ‘Si Mati’) telah meninggal dunia akibat satu kemalangan jalan raya pada 14.11.2017 di KM 19.5 Jalan Benut – Simpang Renggam melibatkan motorsikal yang ditunggang oleh beliau dan sebuah motorlori.
4
Simati telah membeli perlindungan insuran daripada Defendan dikenali “Flexiinvest Plus Assurance” untuk jumlah perlindungan RM100,000.00 bagi nyawanya dan perlindungan insuran ini mempunyai faedah tambahan dikenali “I-Linked PA Plus Rider” untuk perlindungan sebanyak RM50,000.00.
5
Selepas kematian simati, isteri simati telah menuntut daripada Defendan sebagai nomini bagi semua faedah di bawah polisi insuran tersebut. Defendan hanya meluluskan jumlah tuntutan S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal April 2, 2023 3 sebanyak RM100,023.43 di bawah “Flexiinvest Plus Assurance” tersebut iaitu RM100,000.00 termasuk pemulangan jumlah premium yang terlebih bayar sebanyak RM23.43 dan menolak tuntutan sebanyak RM50,000.00 di bawah Perlindungan Tambahan “I-Linked PA Plus Rider” atas dasar bahawa Laporan Kimia menunjukkan bacaan 193 miligram etil alkohol per 100 mililiter darah dalam darah simati iaitu melebihi had yang dibenarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
6
Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Defendan menolak Perlindungan Tambahan berjumlah RM50,000.00 dan memfailkan tuntutan di Mahkamah Sesyen untuk satu deklarasi bahawa Perlindungan di bawah “I-Linked PA Plus Rider” tersebut adalah berkuatkuasa dan Defendan harus membayar perlindungan tambahan RM50,000.00 tersebut kepada Plaintif.
7
Selepas tuntutan Plaintif dibicarakan dengan saksi-saksi yang dipanggil, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen YB telah menolak tuntutan Plaintif.
8
Setelah meneliti Rekod Rayuan, alasan penghakiman serta hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah berpendapat bahawa isu yang harus diputuskan dalam tuntutan Plaintif ini adalah seperti berikut :- i. Samada Plaintif berjaya membuktikan yang beliau layak untuk tuntutan perlindungan tambahan sebanyak RM50,000.00 di bawah polisi insuran Defendan tersebut. ii. Sekiranya Plaintif berjaya membuktikan yang beliau layak untuk tuntutan perlindungan tambahan tersebut, samada S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal April 2, 2023 4 Defendan berjaya membuktikan di bawah pengecualian (“exception”) mana polisi insuran tersebut, Defendan berhak menolak tuntutan Plaintif untuk perlindungan tambahan sebanyak RM50,000.00.
9
Mahkamah yang mendengar Rayuan ini dalam melaksanakan bidangkuasa Rayuan berpandukan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes S Quarry Sdn Bhd v. Desaru Development Corporation Sdn Bhd & Ors [2019] 6 MLRA 350 seperti berikut:- “[13] Accordingly, it falls upon this court to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, this court was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. The requirement for the trial judge to have made a decision which was ‘plainly wrong’ before an appellate court may intervene is well settled in our appellate jurisprudence and practice. This strict requirement underscores the rationale that the appellate court should not reverse or disturb the trial judge’s finding even if the appellate court is of the view that it would not have arrived at the same conclusion as the trial judge did on the evidence on the record before it. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal April 2, 2023 5
14
A plainly wrong decision happens when it can be shown that there is insufficient judicial appreciation of evidence by the trial court. The requisite or correct standard to be applied is that no reasonable judge, on the evidence on record, could have reached the conclusion of the trial judge. The adverb ‘plainly’ does not refer to the degree of confidence felt by the appellate court that it would have reached the same conclusion as the trial judge. It does not matter, with whatever degree of certainty that the appellate court considered that it would have reached a different conclusion. What matters is whether the decision under appeal is one that no reasonable judge could have reached.
15
Whilst the aforesaid principles are well-settled, it may be appropriate to set out some instances where a decision may be described as perverse such that the judgment cannot be explained or justified by the special advantage enjoyed by the trial judge by reason of having seen and heard the witnesses testify and being tested before him. Some instances demonstrative of such occasions on the part of the trial judge include the following. It should be noted, however, that the instances are not meant to be exhaustive: - Misdirected itself on the evidence; - Failed to judicially appreciate the evidence; - Failed to consider any material evidence; - Acted on some irrelevant evidence so as to render the decision wholly erroneous; S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal April 2, 2023 6 - Made wrong inference from facts; - Misapprehended the facts; or - Gave reasons which are unsatisfactory or contradictory of each other.”
10
Berdasarkan panduan dalam kes Mahkamah Persekutuan ini, saya akan menimbangkan di bawah ini samada HMS YB telah melakukan kesilapan untuk Mahkamah ini campur tangan dalam keputusan beliau.
11
Menurut Borang Tuntutan Kematian yang dikemukakan oleh Plaintif kepada Defendan pada 27.12.2017 (ekshibit D18), Plaintiff harus mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti laporan polis, sijil kematian, laporan bedah siasat dan lain-lain dokumen yang relevan.
12
Walaupun tiada keterangan menunjukkan apakah dokumen yang telah dilampirkan bersama Borang Tuntutan Kematian tersebut, namun Mahkamah percaya bahawa secara lazimnya segala dokumen-dokumen yang dikemukakan dan ditanda sebagai Ekshibit P1 hingga P12 pasti telah dimajukan kepada Defendan sebelum Defendan memproses tuntutan Plaintif.
13
Dokumen-dokumen ini membuktikan bahawa simati telah sah meninggal dunia akibat terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan tuntutan dibuat oleh isterinya sebagai nomini. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal April 2, 2023 7
14
Klausa C 1 Polisi Insuran “Flexiinvest Plus Assurance” memperuntukkan seperti berikut :- C. POLICY BENEFITS
1
1.
1
1.1 Death Benefit On death of the Life Assured while the Policy is in-force, the Company, subject to the General Provision and the Juvenile Lien will pay a Death Benefit as stated below:-
1
1.1.1 One hundred percent (100%) of Basic Sum Assured; and Basic Sum Assured yang dinyatakan dalam Jadual Polisi (ekshibit D13) adalah RM100,000.00. [15] Manakala menurut klausa 2 “I-Linked PA Plus Rider” iaitu Annexure kepada Polisi Insuran memperuntukkan seperti berikut :-
2
BENEFITS In consideration of the Monthly Insurance Charge payable by You under this Annexure, the Life Assured will be provided the following Benefits subject to the terms and conditions of this Annexure. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 8
2
2.1 Accidental Death and/or Total and Permanent
2
2.1.1 The Company shall pay You or Your executors, administrators or assignees, any of the following Benefit upon receipt of satisfactory proof that the cause of Death or Total Permanent Disability was due to Injury to the Life Assured. The Scale of Benefit is as follows:- No. Insured Event Percentage of Sum Assured a. Death 100% I-Linked PA Plus Rider yang dinyatakan dalam Jadual Polisi (ekshibit D13) adalah RM50,000.00. [16] Defendan telah memproses tuntutan Plaintif bersama-sama dokumen-dokumen sokongan tersebut dan meluluskan tuntutan Plaintif di bawah “Flexiinvest Plus Assurance” sebanyak RM100,000.00 dengan mengakui liabiliti. Ini boleh dilihat dalam surat Defendan kepada Plaintif yang dikemukakan sebagai Ekshibit D15 di mana Defendan menyatakan kepada Plaintif bahawa Defendan “decided to admit liability on the above claim submitted” dan “amount payable, sum assured – RM100,000.00”. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 9 [17] Ini bermakna bahawa Defendan telah berpuashati dengan dokumen-dokumen yang dimajukan oleh Plaintif sebelum meluluskan tuntutannya untuk jumlah perlindungan sebanyak RM100,000.00. [18] Dalam surat yang sama, Defendan juga maklumkan kepada Plaintif bahawa Defendan menolak tuntutan untuk perlindungan tambahan di bawah “I-Linked PA Plus Rider” di atas alasan Laporan Kimia menunjukkan kadar alkohol dalam darah simati melebihi had yang dibenarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tuntutan ditolak memandangkan ianya jatuh di bawah “exception” dalam klausa 6.4.5 perlindungan tambahan tersebut. [19] Klausa 6.4.5 “I-Linked PA Plus Rider” tersebut dikemukakan di bawah ini :-
6
EXCLUSIONS This Benefit under this Annexure shall not payable if the death or disability result, either directly or indirectly, from
6
6.4. any injuries sustained
6
6.4.1 ………….
6
6.4.2 ………….
6
6.4.3 ………….
6
6.4.4 ………….
6
6.4.5 while under the influence of alcohol, drugs or narcotic. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 10 [20] Peguam Defendan berhujah bahawa klausa 6.4.5 ini terpakai khususnya kepada seseorang seperti simati kerana sebelum simati meninggal dunia, simati sedang menunggang motorsikal dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol. Menurut peguam Defendan, maksud “rider” dalam polis “I-Linked PA Plus Rider” merujuk kepada seseorang yang menunggang motorsikal seperti simati. [21] Hujahan peguam Defendan adalah bahawa persoalan samada simati telah pun cuai sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan dan kemudiannya meninggal dunia tidak terpakai Asalkan simati didapati menunggang motorsikal (“rider”) dan berada di bawah pengaruh alkohol, maka klausa 6.4.5 terpakai. [22] Mahakamah mendapati peguam Defendan telah salah tafsir maksud “rider” dalam polisi insuran tersebut. Maksud “rider” dalam konteks sesuatu polisi insuran adalah untuk memberi perlindungan tambahan dan perlindungan tambahan terhadap risiko dan bukannya sebagaimana yang diinterpretasikan oleh peguam Defendan. [23] Selanjutnya Mahkamah ingin merujuk kepada otoriti Mahkamah Agung dalam kes American Home Assurance Co. V Nalin Industries Sdn Bhd [1993] 3 CLJ 319, di mana Mohd Eusoff bin Chin SCJ (pada ketika itu) telah memutuskan:- “It is of course incumbent on the respondent as the plaintiff to establish that the loss it suffered arose out of an accident to an object covered by the policy. In Regina Fur Co. Ltd. v. Bossam [1958] 2 Lloyd's Rep. 425, Evershed MR held that the S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 11 onus of proving that its case fell within the policy, remained at all times with the insured. While this case serves only to reaffirm the trite position that the onus is on the plaintiff to establish that it comes under the peril insured against, the burden is not on the respondent (plaintiff) to establish that the event which took place, namely the rupture of the coil, falls within any of the exceptions to the definition of ‘accident’ in the policy. That onus is on the appellant to prove that the rupture falls under the exception and was therefore not an accident.” (penekanan ditegaskan) Otoriti American Home Assurance Co. (supra) ini juga telah diikuti dalam kes Eaga Logistics Sdn Bhd v. Nicholas Fung Tokuzip & CO & Anor; Mohd Daud Tampakong & Ors (Third Party) [2011] 1 LNS 741. [24] Mahkamah juga ingin merujuk kepada atoriti Manoharan Ramalingam V. Liberty Insurance Bhd [2017] 9 CLJ 468 di mana Mohd Nazlan Ghazali J (pada ketika itu) telah memutuskan seperti berikut :- “The respondent had not successfully demonstrated the relevance of para. 1 of the general exceptions to the facts of the claim of the appellant for coverage under the policy by reason of the loss of the lorry due to theft. The respondent was therefore not justified in its reliance on para. 1 of the general exceptions to repudiate the claim made by the appellant. The decision of the Sessions S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 12 Court affirming the repudiation on the same basis could not be sustained.” (penekanan ditegaskan) [25] Menurut prinsip undang-undang yang diputuskan dalam otoriti-atoriti ini, beban untuk membuktikan suatu tuntutan adalah layak untuk perlindungan di bawah objek polisi insuran adalah pada bahu pihak “insured”. [26] Manakala beban untuk membuktikan di bawah pengecualian mana dalam polisi insuran sesuatu tuntutan ditolak adalah terletak pada bahu pihak “insurers”. [27] Maka berdasarkan prinsip ini, beban untuk membuktikan bahawa kematian simati dari kecederaan yang dialami akibat kemalangan jalanraya tersebut dilindungi di bawah polisi insuran tersebut adalah terletak di bahu Plaintif. [28] Manakala beban untuk membuktikan pengecualian (“exception”) di bawah klausa 6.4.5. iaitu kematian simati berpunca secara langsung atau tidak langsung dari kecederaan yang dialami oleh simati akibat di bawah pengaruh alkohol adalah terletak di bahu Defendan. [29] Hakim Mahkamah Sesyen YB telah salah arah dari segi undang-undang (“misdirected in law”) apabila gagal menimbangkan prinsip undang-undang ini dan meletakkan beban pembuktian pengecualian (“exception”) di bawah klausa 6.4.5. di bahu Plaintif. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 13 [30] Mahkamah mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan kematian simati adalah dari kecederaan yang dialami akibat kemalangan jalanraya dengan memajukan segala dokumen-dokumen sokongan kepada Defendan. Laporan-laporan polis (ekshibit-ekshibit P2, P4, P5, P6, P7) Rajah Kasar dan Kunci (ekshibit P8 & P8K), Keputusan Kes (ekshibit P9), Gambar-Gambar Kemalangan (ekshibit P10 (a)-
k
(k)) secara kolektifnya mengesahkan bahawa simati yang menunggang motorsikalnya nombor pendaftaran JSF 1602 terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 14.11.2017 bersama motorlori nombor pendaftaran JHB 6319 di KM19.5 Jalan Benut-Simpang Renggam. Manakala Sijil Kematian (ekshibit P11) dan Laporan Bedah Siasat (ekshibit P3) mengesahkan bahawa simati telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan jalanraya tersebut. [31] Selain daripada keterangan dokumen-dokumen ini, keterangan lisan pegawai Penyiasat (SP2) juga menyokong fakta bahawa simati yang menunggang motorsikalnya nombor pendaftaran JSF 1602 terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 14.11.2017 bersama motorlori nombor pendaftaran JHB 6319 di KM19.5 Jalan Benut-Simpang Renggam. [32] Maka Plaintif berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa kematian simati adalah dari kecederaan yang dialami akibat kemalangan jalanraya tersebut dan tuntutannya dilindungi di bawah polisi insuran tersebut. [33] Dalam atoriti American Home Assurance Co. (supra), Mahkamah Agung juga telah merujuk kepada kes Fenton V. J Thorley & Co. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 14 Ltd [1903] AC 443 di mana House of Lords telah memutuskan dalam mukasurat 453 dan 456 oleh Lindley LJ: “The word ‘accident’ is not a technical legal term with a clearly defined meaning. Speaking generally, but with reference to legal liabilities, an accident means any unintended and unexpected occurrence which produces hurt or loss. But it is often used to denote any unintended and unexpected loss or hurt apart from its cause; and if the cause is not known the loss or hurt itself would certainly be called an accident. The word “accident” is also often used to denote both the cause and the effect, no attempt being made to discriminate between them. But if personal injury is caused to a workman, and it arises out of and in the course of an employment to which the Act applies, it appears to me that prima facie the act entitles him to compensation, but that this inference may be displaced by proof that the injury is attributable to his own serious and wilful conduct or to some other cause which shows that the injury was not accidental. (emphasis added)” [34] Setelah merujuk kepada otoriti Fenton V. J Thorley & Co. Ltd (supra) ini, Mahkamah Agung dalam kes American Home (supra) telah menyatakan bahawa “The word ‘accident’ therefore does not include any damage which is caused deliberately or intentionally”. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 15 [35] Selanjutnya Mahkamah Agung juga dalam kes American Home Assurance Co. (supra), menyatakan bahawa:- “In Gray v. Barr [1971] 2 All ER 949, at 955 Lord Denning M.R stated that it had been settled in insurance law that the ‘cause’ is that which is the effective or dominant cause, of the occurance, or as it is sometimes put, what is in substance the cause, even though it is more remote in point of time, such cause to be determined by common sense.” [36] Maka berdasarkan prinsip-prinsip yang diputuskan dalam oleh Mahkamah Agung dalam kes American Home Assurance Co. (supra), Defendan yang perlu membuktikan bahawa kematian simati adalah berpunca secara langsung atau tidak langsung dari kecederaan yang dialami oleh simati akibat di bawah pengaruh alkohol. [37] Menurut fakta kes yang tidak dipertikaikan, kemalangan tersebut berpunca dari pemandu motorlori nombor pendaftaran JHB 6319 yang memberhentikan motorlori tersebut di tengan jalanraya akibat tayar depan meletup dan gagal untuk meletakkan kon di belakang motorlori tersebut. Ini mengakibatkan simati yang menunggang motorsikal nombor pendaftaran JSF 1602 melanggar bahagian belakang motorlori tersebut. [38] Adalah fakta yang tidak dipertikaikan dalam kes ini bahawa tidak ada saksi (“eye witness”) yang telah melihat bagaimana kemalangan tersebut sebenarnya berlaku. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 16 [39] Menurut keputusan penyiasatan kes (Ekshibit P9) yang dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasat (SP2), kemalangan tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. [40] Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terpakai kepada peruntukkan kesalahan terhadap seseorang pemandu kenderaan yang menyebabkan kematian. Memandangkan simati yang menunggang motorsikal telah meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, maka siasatan adalah terhadap pemandu motorlori dan bukan terhadap simati. [41] Pihak Defendan juga langsung tidak melantik penyelaras yang bertauliah untuk menyiasat bagaimana kemalangan tersebut sebenarnya berlaku atau pun punca kemalangan tersebut dan mengemukakan sebagai keterangan di Mahkamah. [42] Pihak Defendan juga tidak membuat sebarang susulan bersama Pegawai Penyiasat (SP2) mengenai status penyiasatannya untuk mengetahui bagaimana kemalangan tersebut berlaku. [43] Pihak Defendan hanya bergantung kepada Laporan Kimia (ekshibit P1) yang diperolehi oleh Plaintif dari pihak polis dan yang dimajukan kepada Defendan. [44] Laporan Kimia ini menunjukkan bahawa darah simati mengandungi 193 miligram alkohol per 100 mililiter darah iaitu melebihi 80 miligram alkohol per 100 mililiter darah yang dibenarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 17 [45] Hanya berdasarkan kepada kandungan Laporan Kimia ini, Defendan telah menolak tuntutan Plaintif untuk perlindungan tambahan sebanyak RM50,000.00. [46] Mahkamah mendapati selain daripada kewujudan Laporan Kimia ini, Defendan gagal membuktikan bahawa kematian simati adalah berpunca secara langsung atau tidak langsung dari kecederaan yang dialami oleh simati akibat di bawah pengaruh alkohol. [47] Dalam erti kata yang lain, Defendan gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa pengaruh alkohol yang telah menyebabkan (“caused”) si mati mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut dan meninggal dunia akibat kecederaan tersebut. Defendan gagal membuktikan “causation”. Beban pembuktian ini tidak dilepaskan oleh Defendan. [48] Keterangan yang ada di hadapan Mahkamah hanya menunjukkan simati yang menunggang motorsikal nombor pendaftaran JSF 1602 telah melanggar motorlori nombor pendaftaran JHB 6319, mengalami kecederaan dan telah meninggal dunia. Tiada keterangan untuk menunjukkan bagaimana kemalangan tersebut sebenarnya berlaku atau punca kemalangan tersebut. [49] Tiada keterangan di hadapan Mahkamah menunjukkan bahawa simati yang menunggang motorsikalnya telah cuai akibat berada di bawah pengaruh alkohol dan melanggar motorlori tersebut, mengalami kecederaan dan kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan tersebut. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 18 [50] Selain daripada ini, juga timbul keraguan samada bakteria dalam sampel darah simati telah menghasilkan alkohol akibat kegagalan meletakkan bahan pengawet. SP1 iaitu ahli kimia dalam keterangannya telah menerangkan fungsi bahan pengawet darah iaitu untuk mencegah penghasilan etil alkohol yang terhasil dari bakteria dalam darah. Menurut SP1 lagi, darah yang tidak diletakkan bahan pengawet, berkemungkinan akan menghasilkan alkohol melalui bakteria dalam darah simati. [51] SP1 dalam soal balas memberi keterangan bahawa beliau tidak pasti samada darah simati mengandungi bakteria kerana tiada ujian dijalankan ke atas sampel darah tersebut bagi menentukan samada ianya mengandungi bakteria. [52] Fakta ini juga menimbulkan keraguan samada simati sebenarnya berada di bawah pengaruh alkohol sewaktu menunggang motorsikalnya. [53] Mahkamah berpendapat bahawa beban untuk memastikan kandungan Laporan Kimia (ekshibit P1) tersebut adalah tepat, tiada keraguan dan boleh diterima adalah terletak pada bahu Defendan yang bergantung kepada Laporan Kimia tersebut untuk menolak tuntutan Plaintif bagi perlindungan tambahan RM50,000.00. [54] Defendan gagal memastikan bahawa kandungan Laporan Kimia tersebut adalah tepat dan tidak boleh diragui dengan mengemukakan keterangan untuk menyangkal sebarang kemusykilan yang timbul. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 19 [55] Hakim Mahkamah Sesyen YB telah salah arah apabila memutuskan bahawa beban ini terletak pada bahu Plaintif kerana sebagaimana menurut prinsip undang-undang dalam kes American Home Assurance Co. (supra), beban untuk membuktikan bahawa pengecualian (“exception”) terpakai untuk menolak sebarang tuntutan terletak di atas bahu Defendan. [56] Memandangkan Defendan yang bergantung kepada Laporan Kimia untuk menolak tuntutan Plaintif, maka beban adalah pada bahu Defendan dan Defendan gagal melepaskan beban pembuktian ini. KESIMPULAN [57] Maka, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah mendapati HMS YB tersilap apabila menolak tuntutan Plaintif. [58] Keputusan HMS YB bertarikh 16.06.2020 diketepikan dan Rayuan Plaintif dibenarkan dengan kos. [59] Mahkamah membenarkan Penghakiman dicatatkan memihak kepada Plaintif sebagaimana dalam perenggan 27(a),(b) Pernyataan Tuntutan Plaintif dan faedah sebanyak 5% setahun di atas jumlah RM50,000.00 dari tarikh pemfailan Writ sehingga ke tarikh penyelesaian sepenuhnya bersama-sama kos di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi. S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 20 Bertarikh pada 2 April 2023 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR A/L DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel : Bagi pihak Perayu : Chong Pei Yen Bagi pihak Responden : Mariammah a/p Bharathan Peguamcara : Bagi pihak Perayu Tetuan B. Mariammah & Co. Peguambela dan Peguamcara No. 23, First Floor Jalan Station 86000 Kluang Johor. [No. Ruj.: MB/053/2022/Appeal/Poovanes-m] S/N B2Thc1iXkCwOlLdw3lkbA April 2, 2023 21 Bagi pihak Responden Tetuan Othman Hashim & Co. Peguambela dan Peguamcara 6th Floor, Wisma Kah Motor No. 566, Batu 3½ Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur. [No. Ruj.: LT/MCIS-61822/OHC/2019/EMILY/NISHA] Tarikh Pendengaran : 20 Oktober 2022, 14 Disember 2022, 19 Februari 2023 Tarikh Keputusan : 2 April 2023
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.