5 CLJ 669, dimana mahkamah telah memutuskan: “[5] In light of Al Rashidy's case the courts will not ordinarily grant locus unless it can be shown that it was necessary and expedient to protect and preserve the interest of the deceased's estate. In view of the statute which deals with probate and administration of estates, the threshold for the purported administrator is very high to swish the locus standi test. It all depends on the facts, circumstances, urgency of the matter, etc. The reason why letters of administration must be obtained before commencement of the action for the benefit of estate ....now the Rules of Court provides limited orders to be granted for the estate to be represented in an action or pending action as the court may think fit.” [23] Berdasarkan nas-nas di atas, mahkamah berpendapat Plaintif adalah seorang yang mempunyai kepentingan dan seterusnya mempunyai locus 11 untuk mengambil tindakan bagi pihak dirinya dan juga semua ‘beneficiary’ bagi pesaka Haji Mat Jusoh. II. Samada pemindahan tanah-tanah tersebut daripada Mat Jusoh kepada Ghazali dibuat tanpa pengetahuan dan izin Mat Jusoh dan secara penipuan/salah kenyataan/frod. [24] Dari keterangan saksi-saksi Plaintif, keterangan adalah jelas bahawa sejak awal lagi Mat Jusoh berhasrat membahagikan semua harta-hartanya kepada semua anak-anaknya. Ini disahkan oleh saksi-saksi Plaintif yang telah memberi keterangan dengan yakinnya. Adalah menjadi teras kes Plaintif bahawa dengan hasrat dan keinginan Mat Jusoh sedemikian, tidak mungkin beliau ingin memindahkan kesemua 14 lot tanah-tanah tersebut kepada Ghazali. Di akhir kes, setelah membuat segala pertimbangan berdasarkan keprobabelan, mahkamah mendapati bahawa versi Plaintif bahawa Mat Jusoh tidak membuat pemindahan kesemua lot-lot tersebut kepada Ghazali seorang sahaja dengan keizinan dan pengetahuannya, adalah lebih probabel dari versi Defendan yang telah mengemukakan keterangan-keterangan sebaliknya. [25] Mahkamah telah membuat dapatan sedemikian setelah meneliti segala keterangan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan mengimbangkan keprobabelannya (probability of the case) dan telah juga mengambil kira demeanour saksi-saksi. Keterangan-keretangan mengikut keadaan (circumstancial evidence) adalah kukuh untuk mahkamah membuat dapatan sedemikian. 12 [26] Asas kenapa mahkamah membuat dapatan sedemikian adalah kerana mahkamah percaya bahawa walaupun proses pindah milik mungkin telah berlaku dimana arwah Mat Jusoh kononnya telah memberikan persetujuannya melalui cop jarinya ke atas kesemua borang 14A, namun, ianya dilakukan secara tidak betul i.e. samada melalui salah kenyataan (misrepresentation) atau dorongan atau penipuan/frod yang dilakukan Ghazali yang menyebabkan pemindahan milik tersebut bukan dengan izin Mat Jusoh dan bukan di dalam pengetahuannya. Ini adalah berlandaskan kepada faktor-faktor dan insiden-insiden seperti dinyatakan di bawah. [27] Adalah tidak dinafikan, malahan saksi-saksi Defendan telah menegaskan bahawa Ghazali, anak sulong Mat Jusoh adalah anak yang paling rapat sekali dengan Mat Jusoh. Malahan jika hendak membuat apa-apa urusan, Ghazali lah yang akan bersama Mat Jusoh dan Mat Jusoh telah memberi penuh kepercayaan kepada Ghazali untuk membuat tindakan bagi pihaknya. [28] Adalah juga menjadi kes Plaintif bahawa Mat Jusoh adalah seorang yang boleh dikatakan buta huruf. Di dalam erti kata lain beliau tidak boleh membaca dan menulis tulisan rumi namun boleh membaca jawi sahaja. Dari keterangan-keterangan sekeliling, mahkamah mendapati Ghazali telah mengambil kesempatan ini iaitu Mat Jusoh rapat dengannya dan Mat Jusoh adalah seorang buta huruf untuk mendorong Mat Jusoh membuat pemindahan milik tanah-tanah tersebut dengan menurunkan cop jarinya di borang-borang 14A berkenaan. Mahkamah merujuk kepada borang-borang 14A bagi pemindahan tanah di Kota Bharu (P2, P3 dan P4) yang melibatkan 11 lot. Borang-borang 14A ini adalah di dalam tulisan rumi. Mat 13 Jusoh telah menurunkan cop jarinya manakala Ghazali menurunkan tandatangannya. Ini menunjukkan dan mengesahkan bahawa Mat Jusoh adalah seorang yang buta huruf. Inferens yang boleh dibuat ialah Mat Jusoh tanpa memahami apa yang terkandung di dalam borang-borang tersebut dan seterusnya tanpa pengetahuan penuhnya telah menurunkan cap jari tanpa menyedari ianya adalah Borang-Borang 14A untuk pindah milik tanah-tanahnya kepada Ghazali. [29] Ironinya mahkamah mendapati, daripada keterangan-keterangan saksi, pindah milik kesemua 14 lot tanah kepunyaan Mat Jusoh telah dibuat tanpa dikemukakan Hak milik (Geran) Asal dan 11 daripada lot-lot tanah tersebut adalah di Kota Bharu (P2, P3 dan P4). Persoalannya, adakah Mat Jusoh benar-benar faham dan mengetahui pindahan hak milik tersebut? Mahkamah berpendapat pindah milik tersebut dibuat tanpa pengetahuan dan izin Mat Jusoh kerana jika benar Mat Jusoh hendak membuat pindah milik tersebut, mahkamah berpendapat sudah pasti dia akan mengemukakan Hak milik (Geran) Asal yang tersedia ada dalam simpanannya. Ada baiknya mahkamah memperincikan pemindahan tanah-tanah tersebut seperti di bawah. [30] 11 lot tanah terletak di Jajahan Kota Bharu dipindah milik dari Mat Jusoh kepada Ghazali pada 15/2/1993 dengan hanya menggunakan 3 Borang 14A iaitu (P2, P3, P4). SP1 (Penolong Pegawai Daerah Kota Bharu) di dalam keterangannya menegaskan bahawa tidak ada Geran Hakmilik Asal diserahkan semasa urusan pindah milik. Dinyatakan di Borang-Borang 14A tersebut, pindah milik dilakukan daripada tuan punya asal iaitu Mat Jusoh @ Jusoh bin Abdullah kepada penerima pindah milik 14 iaitu Ghazali bin Yusof pada 15/2/1993 dan didaftarkan pada hari yang sama iaitu pada 15/2/1993. Kesemua Borang 14A tersebut mempunyai cop jari Mat Jusoh dan tandatangan Ghazali dan disaksikan oleh Ahmed Bin Mukhter (SD4/Defendan 6). Taksiran bagi setiap borang 14A (3 semuanya i.e. P2, P3 dan P4) adalah kurang daripada RM50,000.00. SP1 mengesahkan semua penilaian/taksiran di dalam P2, P3 dan P4 dibuat oleh Defendan 6/SD4 di Pejabat Tanah Kota Bharu dan disetemkan di Pejabat Duti Setem Tumpat. [31] 2 lot tanah yang terletak di Jajahan Kuala Krai dipindah milik dari Mat Jusoh kepada Ghazali pada 17/8/2000 menggunakan satu Borang 14A (P5). SP2, (Penolong Pegawai Daerah Kuala Krai) telah mengesahkan terdapat rekod permohonan hak milik sambungan dibuat pada bulan Februari 1993 dengan alasan ‘Geran Lama Hilang’ (hak milik disambung pada 18/9/1995). SP2 telah mengesahkan bahawa Pindah milik ini dibuat dengan menggunakan geran baru. [32] 1 lot tanah yang terletak di Jajahan Machang dipindah milik dari Mat Jusoh kepada Ghazali pada 8/2/1993 menggunakan satu Borang 14A (D24). SP5 (Penolong Pegawai Daerah Machang) telah mengesahkan berdasarkan satu permohonan, satu geran baru dikeluarkan pada 28/12/1993. [33] Kesimpulan daripada tindakan-tindakan di atas, mahkamah berpendapat bahawa adalah tidak munasabah Mat Jusoh telah membuat pindah milik kesemua 14 lot ini kepada Ghazali seorang sahaja. Anehnya untuk tanah di Kota Bharu yang berjumlah 11 lot, ianya dilaksanakan 15 secara serentak dengan menggunakan 3 borang 14A sahaja dan dengan sekelip mata sahaja Mat Jusoh telah menurunkan cap jarinya. Yang lebih menghairankan lagi ialah kesemuanya dilakukan tanpa memaklumkan anak-anak lain termasuk Plaintif (SP11, SP7 dan SP10). [34] Daripada keterangan-keterangan yang ada, mahkamah mendapati Mat Jusoh adalah seorang yang suka berterus terang, telus dan suka bercerita segala perkara berkaitan anak-anaknya bersama anak-anaknya yang lain sebagai bapa dan anak. Jika benar tanah-tanah berkaitan dipindah milik kepada Ghazali seorang, mahkamah berpendapat sudah pastinya Mat Jusoh akan beritahu perkara ini kepada anak-anaknya yang lain iaitu SP7, SP10 & SP11ataupun kepada orang-orang lain yang rapat dengannya seperti SP4, SP6, SP8 & lbu SP8. Sebagai seorang bapa yang waras dan munasabah, seorang yang warak dan juga menjadi AJK dan imam masjid, mahkamah berpendapat Mat Jusoh akan bertindak mengikut sunnah, iaitu tidak tergopoh-gopoh di dalam membuat keputusan, tidak mempunyai sifat marah, bersifat adil dan pemurah. Dapatan mahkamah ini juga dikuatkan lagi dengan tiadanya keterangan daripada Defendan 1 hingga Defendan 5 khususnya, bahawa Mat Jusoh bersifat pemarah, berdendam, tidak mempunyai sifat adil, malahan keterangan-keterangan yang ada adalah sebaliknya. [35] Tindakan Mat Jusoh yang terus mengambil berat dan seperti biasa mengutip hasil seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku walaupun selepas tarikh pindah milik 14 lot tanah-tanah tersebut pada 15/2/1993 kepada Ghazali menguatkan dapatan mahkamah ini bahawa transaksi pindah milik di antara Mat Jusoh kepada Ghazali adalah bukan dengan izin dan 16 pengetahuan Mat Jusoh. Dari keterangan-keterangan yang ada, Mat Jusoh berterusan menjaga, dan mengutip hasil daripada tanah-tanah berkenaan serta masih berulang alik ke Machang dan Kuala Krai untuk menguruskan tanah-tanah di Machang dan Kuala Krai. Ini disahkan oleh keterangan saksi-saksi Plaintif iaitu SP7, SP10 dan SP11 sendiri. Justeru, mahkamah telah menyimpulkan bahawa dari tindak tanduk atau ‘conduct’ Mat Jusoh ini, Mat Jusoh tidak faham dan/tidak mengetahui bahawa tanah-tanah tersebut telah dipindah milik kepada Ghazali apabila Mat Jusoh menurunkan ‘cap jari’ nya di atas Borang-borang 14A bagi maksud pindah milik tanah-tanah tersebut. Justeru mahkamah membuat dapatan fakta bahawa Ghazali sendiri telah mengatur dan menguruskan pindah milik ini tanpa kebenaran, izin dan pengetahuan arwah Mat Jusoh, iaitu dengan cara yang salah. Mahkamah juga mendapati bahawa tidak ada keterangan yang kukuh yang menunjukkan sebaliknya daripada pihak Defendan iaitu Ghazali mengambil berat tentang tanah-tanah tersebut selepas pemindahan tersebut berlaku. [36] Mahkamah juga mendapati bahawa tidak terdapat keterangan bahawa Ghazali meminta Mat Jusoh memaklumkan tentang kedudukan tanah-tanah tersebut yang telah dipindah milik kepadanya kepada mana-mana orang khususnya kepada anak-anaknya yang lain iaitu SP7, SP10 dan SP11 (Plaintif) supaya tanah-tanah ini tidak dipertikaikan di masa hadapan. [37] Juga tindakan pasif Ghazali dimana selepas Mat Jusoh meninggal dunia, Ghazali tidak pula mengambil alih mengusahakan tanah-tanah berkenaan seolah-olah tanah-tanah berkenaan masih lagi di atas nama 17 arwah Mat Jusoh, menguatkan lagi dapatan mahkamah ini. ‘Conduct’ atau perlakuan atau tindakan Mat Jusoh dan Ghazali sebelum dan selepas pemindahan tanah-tanah tersebut adalah relevan di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan yang berbunyi: “8 Motive, preparation and previous or subsequent conduct