For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. [9] Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 [2003] 2 MLJ 65; [2003] 2 AMR 89 berkenaan prima facie telah menyatakan seperti yang berikut: "In our respectful view, the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the CPC (and this would apply to a trial under s. 173 of the CPC) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] CLJ Rep 101: [1983] 2 CLJ 10: [1983] 2 MLJ 232 at p 270: To summarize, it would therefore appear that having regard to the prosecution evidence adduced so far, a prima facie case has not been established against Nordin Johan and Aziz Abdullah, the second accused and the fourth accused which, failing their rebuttal, would warrant their conviction. In other words if they elect to remain silent now (which I hold they are perfectly entitled to do even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of section 302 read with section 34 of the Penal Code ? My answer to the question is in the negative.' We are confident in the view we have just expressed because we find nothing in the amended s. 180(1) of the CPC that has taken away the right of an accused person to remain silent at the close of the prosecution case. Further we find nothing in the legislative intention of Parliament as expressed in the language employed by it to show that there should be a dual exercise by a judge under s. when an accused elects to remain silent as happened in Pavone v. Public Prosecutor [1985] 1 LNS 99: [1984] 1 MLJ 77. In other words, we are unable to discover anything in the language of the recently formulated s. 180 that requires a judge sitting alone first to make a minimum evaluation and then when the accused elects to remain silent to make a maximum evaluation in deciding whether to convict or not at the close of the prosecution case.” It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal." [10] Kes Public Prosecutor v Poh Ah Kwang [2003] 3 AMR 670 dirujuk berkenaan maksud prima facie ini: “Since the standard of proof at this stage is prima facie proof, which means a maximum evaluation of the evidence on the basis of proof beyond reasonable doubt, the evidence of SP2 is therefore for all intends and purposes uncorroborated in so far as the answers given by the accused were concerned..” [11] Kes Public Prosecutor v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ turut dirujuk; “After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended section is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter his or her defence. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN: [12] Merujuk kepada kes Sawarn Singh Mehar lwn. PP [2013] CLJU 35; [2013] 1 LNS 35 dan s. 415 Kanun Keseksaan, elemen perdayaan dan elemen secara fraud atau secara tidak jujur (dengan curang) mendorong orang yang diperdayakan untuk menyerahkan harta telah dibuktikan dalam kes ini. Mahkamah ini berpendapat wujudnya pemerdayaan yang telah dilakukan oleh tertuduh untuk mendorong mangsa untuk membuat pembayaran sebanyak RM4500.00 dan RM2000.00 bagi kelulusan pencen ILAT dari PERKESO yang mana permohonan ini sememangnya tidak dibuat oleh tertuduh dan tiada keperluan untuk membuat bayran bertubi-tubi. [13] Berdasarkan kepada kes Loh Liang Gun v. PP [2007] 4 CLJ 467, akibat dorongan serta pemerdayaan oleh tertuduh, MANGSA telah menyerahkan wang kepada tertuduh bagi permohonan dan seterusnya kelulusan pencen ILAT dari PERKESO. Bukti penyerahan harta kepada tertuduh adalah sebagaimana gambar transaksi di P2 dan P3, seterusnya pengesahan kemasukkan duit sepertimana di P9(A&B) serta keteranya SP4 yang mengesahkan kemasukkan duit pada tarikh-tarikh pertuduhan dan satu dapatan boleh dibuat yang mana kemasukkan duit-duit tersebut adalah dari mangsa sendiri berdasarkan atrikh dan amaun duit yang sama. Oleh itu, MANGSA mengalami kerugian kerana permohonan ke PERKESO bagi epncen ILAT tidak pernah dibuat oleh Tertuduh. [14] Seterusnya, adalah dapatan Mahkamah ini, sekiranya tertuduh tidak mendorong mangsa dengan cara membawa mangsa ke Pejabat PERKESO setiap kali dengan kereta tertuduh sendiri untuk menolong mangsa mendapatkan kelulusan pencen ILAT dari PERKESO dimana permohonan mangsa sendiri sebelum ini telah gagal, dan tertuduh pernah menolong suami kepada adik mangsa dan berjaya mendapatkan pencen yang sama dari PERKESO, mangsa sememangnya tidak akan memberikan duit-duit tersebut. Fakta-fakta ini jelas membuktikan terdapat elemen pemerdayaan dalam kes ini berikutan penyataan MANGSA, SP2, SP3 dan SP4. Mahkamah juga mendapati MANGSA tidak akan menyerahkan wang kepada tertuduh jika tidak diperdayakan oleh tertuduh berkaitan keterangan ini. Selain itu, ketiadaan penjelasan munasabah diberikan tertuduh membuktikan terdapat pemerdayaan bagi menarik minat atau mendorong MANGSA supaya membuat bayaran tersebut. KES PEMBELAAN: [15] Berikutan perintah Mahkamah untuk tertuduh membela diri, tiga pilihan diberikan kepada tertuduh: (i) memberi keterangan bersumpah daripada kandang saksi; (ii) memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh; (iii) berdiam diri. [16] Selepas tiga pilihan diberikan kepada tertuduh berikutan arahan membela diri, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. Pihak pembelaan mengemukakan keterangan tertuduh seorang sahaja dalam kes pembelaan. [17] Asas pembelaannya, tertuduh menafikan memperdayakan MANGSA berkaitan urusan permohonan pencen ILAT dari PERKESO dan mengulangi penyataan yang sama diberikan semasa kes di peringkat pendakwaan. Menurut tertuduh, pertuduhan terhadapnya adalah melulu dan tidak berasas kerana saksi-saksi pendakwaan SP2, SP3 dan SP4 tidak mengesahkan bahawa duit yang masuk dalam akaun Tertuduh sebanyak RM4500.00 dan RM2000.00 adalah daripada mangsa sendiri malah keterangan MANGSA dan SP3 adalah bercanggah. [18] Disini, dapatan Mahkamah adalah pembelaan langsung tidak menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. Pihak pembelaan telah mencuba untuk mengelirukan Mahkamah dengan menimbulkan isu-isu yang tidak berkaitan seperti dari mana mangsa mendapat duit RM23,100.00 didalam mukasurat 12 Hujahan Bertulis Pembelaan. Persoalan disini adalah bukan darimana mangsa mendapat duit beliau, malah duit tersebut telah diserahkan kepada Tertuduh. Pembelaan juga telah mendakwa mangsa adalah sebenarnya seorang peminjam duit (money lender) dan duit-duit tersebut telah diserahkan kepada tertuduh untuk tertuduh memulakan perniagaan bunga. Namun sehingga ke akhir kes pembelaan, pembelaan gagal membuktikan perkara itu. [19] Pembelaan juga telah menimbulkan isu percanggahan dimana laporan polis mangsa adalah menunjukkan penyerahan wang sebanyak RM3200.00 dan juga penyerahan wang sehingga RM60,000.00 kepada tertuduh dan perkara ini bercanggah dengan pertuduhan kerana amaun yang dinyatakan adalah tidak sama seperti pertuduhan-pertuduhan. Mahkamah ini merujuk kepada kes Herchun Singh & Ors v. Public Prosecutor [1969] CLJU 52 yang mana Mahkamah Persekutuan membuat dapatan bahawa: "....Further, the information required need not contain the circumstances of the commission of the offence, nor the names of the offenders or the witnesses, for the main purpose of investigation is to ascertain these matters.... The first information report is not an Encyclopedia. It is not the beginning and ending of every case. It is only a complaint to set the affairs of law and order in motion. It is only at the investigation stage that all the details can be gathered and filled up..." [20] Kes Herchun Singh (supra) ini turut dirujuk oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Timhar Jimdani Ong & Anor v. PP [2010] 3 CLJ 938 yang mana terdapat ketinggalan fakta di dalam laporan polis P12 yang dibuat oleh Insp Willie namun Mahkamah Rayuan membuat dapatan bahawa maklumat yang dinyatakan di dalam laporan polis hanyalah butiran asas tentang masa dan tempat kejadian dan butiran penuh akan dirakamkan oleh Pegawai Penyiasat. [21] Oleh itu, ketinggalan fakta berkenaan RM4500.00 mahupun RM2000.00 adalah bukan fatal kepada kes ini. Malah, laporan itu dibuat hanya untuk memulakan siasatan terhadap Tertuduh. Mahkamah ini bergantung kepada kesemua keterangan yang diberikan oleh semua saksi dan kesemua eksibit yang telah ditender di Mahkamah secara holistic. [22] Pembelaan juga telah menimbulkan seksyen 114(g) AAkta Keterangan 1950 kerana kegagalan pihak pendakwaan membawa anak lelaki mangsa penama bernama Kartik sebagai seorang saksi. Ini adalah berdasarkan keterangan SP3 yang menyatakan anak lelaki mangsa iaitu Kartik pernah membawa ibunya iaitu mangsa ke Pejabat PERKESO. Mahkamah merujuk kepada Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dan dikemukakan untuk rujukan mudah;