Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: NA-24NCvC-73-02/2024 ANTARA PRAEMA A/P CHINNAYA (NO. K/P: 590107-10-7098) ...PERAYU
NA-24NCvC-73-02/2024
High Court of Malaysia25 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nah No. 2 dan Tanah No. 3 yang dinyatakan tersebut di atas adalah merupakan harta sepencarian (“matrimonial asset”). [29] Merujuk kepada kes Dr. Gurmail Kaur Sadhu Singh v. Dr. Teh Seong Peng & Anor [2014] MLRHU 204 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- [89] In the case of Wong Kim Foong (f) v. Tea”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: NA-24NCvC-73-02/2024 ANTARA PRAEMA A/P CHINNAYA (NO. K/P: 590107-10-7098) ...PERAYU
1
KUNASEGARAN A/L KANDASAMY (NO. K/P: 560927-06-5279)
2
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia (Bahagian Sivil) Saman Pemula No: NA-24NCVC-73-02/2024 Dalam perkara mengenai Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (‘Akta 1960’); Dan Dalam Perkara Hartanah Yang Terletak Di bawah Hakmilik Pajakan Mukim 4170 20/01/2025 12:14:50 NA-24NCvC-73-02/2024 Kand. 31 S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 2 Lot 3800 Mukim Keratong Daerah Rompin Negeri Pahang, Hakmilik Pajakan Mukim 4171 Lot 15750 Mukim Keratong Daerah Rompin Negeri Pahang dan Hakmilik Pajakan Mukim 4172 Lot 15666 Mukim Keratong Daerah Rompin Negeri Pahang; Dan Dalam Perkara mengenai Aturan 15 Kaedah 16 dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Antara Praema a/p Chinnaya (No. K/P: 590107-10-7098) …Pemohon
1
Kunasegeran a/l Kandasamy (No. K/P: 560927-06-5279) …Responden
2
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 3 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan Saman Pemula Pemohon (Lampiran - 1) [1] Di dalam Lampiran - 1, Pemohon memohon untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:-
i
Responden Pertama dan Responden Kedua diarahkan untuk mengemukakan perkiraan keseluruhan jumlah pendapatan hasil ladang yang dibayar oleh Responden Kedua kepada kepada Responden Pertama selama enam (6) tahun kebelakang bermula daripada tahun 2018 hingga 2024 kepada Pemohon dalam bentuk Afidavit untuk hartanah-hartanah seperti berikut:
a
Pajakan Mukim 4170 Lot 3800 Mukim Keratong
b
Pajakan Mukim 4171 Lot 15750 Mukim Keratong
c
Pajakan Mukim 4172 Lot 15666 Mukim Keratong
II
(ii) Responden Pertama perlu memulangkan semula separuh (1/2) daripada jumlah pendapatan hasil ladang yang S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 4 diperolehi oleh beliau selama enam (6) tahun kebelakang bermula daripada tahun perintah bagi tindakan ini diberikan oleh Mahkamah yang Mulia kepada Pemohon untuk hartanah-hartanah yang dinyatakan;
III
(iii) Satu perintah memerintahkan Responden Kedua untuk membayar terus kepada Pemohon separuh (1/2) daripada jumlah pendapatan hasil ladang bermula dari tahun 2024 dan seterusnya bagi hartanah-hartanah yang dinyatakan di dalam perenggan (1)(a) hingga (c);
IV
(iv) Kos permohonan ini ditanggung oleh Responden Pertama; dan
v
Lain-lain relif yang dianggap berpatutan oleh Mahkamah yang Mulia ini. [2] Saman Pemula Pemohon di dalam tindakan ini adalah disokong oleh afidavit yang telah diikrarkan oleh Pemohon (Praema a/p Chinnaya) yang bertarikh pada 6.2.2024 iaitu pada Lampiran - 2. [3] Setelah Mahkamah mendengar, membaca, meneliti dan menilai afidavit-afidavit yang telah difailkan di dalam permohonan Saman Pemula ini berserta hujahan-hujahan bertulis yang telah difailkan S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 5 oleh kedua belah pihak Pemohon dan Responden-Responden kepada Mahkamah, maka pada 25.10.2024, Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak Saman Pemula Pemohon di bawah
Lampiran
Lampiran - 1 dengan kos. Mahkamah juga memutuskan bahawa kos untuk tindakan Saman Pemula ini adalah sebanyak RM3,000.00 dan jumlah kos ini mesti dibayar oleh Pemohon kepada Responden Pertama tertakluk kepada bayaran fi alokatur. [4] Pihak Pemohon berasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia bertarikh pada 22.11.2024 (Lampiran - 25) terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini yang bertarikh pada 25.10.2024 tersebut di mana Mahkamah ini telah menolak Saman Pemula Pemohon di bawah Lampiran - 1 dengan kos sebanyak RM3,000.00 dan jumlah kos ini mesti dibayar oleh Pemohon kepada Responden Pertama. [5] Oleh itu, Notis Rayuan yang difailkan oleh pihak Pemohon dalam kes ini adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini bertarikh pada 25.10.2024 tersebut. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 6 Latar Belakang Kes [6] Pemohon dan Responden Pertama pada semua masa material adalah suami isteri yang telah berkahwin pada tarikh 13.11.1980. Fakta ini jelas dibuktikan melalui Salinan Chatitan Dalam Daftar Perkahwinan (Ekshibit ”P-1”) sebagaimana yang terdapat di dalam Afidavit Sokongan pihak Pemohon di bawah Lampiran - 2. [7] Pemohon dan Responden Pertama telah dikurniakan dengan (4) empat orang anak iaitu:- (i) Vijaya Letchumy a/ p Kunasegeran (ii) Sittra Devi a/ p Kunasegeran (iii) Sharinya a/ p Kunasegeran (iv) Prabhu a/ I Kunasegeran [8] Pada tahun 2001, Pemohon dan Responden Pertama telah berpisah dan telah tinggal secara berasingan. Pemohon telah tinggal di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, manakala Responden Pertama tinggal berasingan di Mentakab, Pahang. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 7 [9] Responden Pertama kemudiannya telah berkahwin secara adat dengan adik Pemohon dan telah dikurniakan dengan (2) dua orang anak lelaki. Fakta ini telah diketahui penuh oleh Pemohon. [10] Di dalam tindakan ini, Responden Pertama adalah merupakan seorang peneroka di dalam Rancangan FELDA Keratong 8, Rompin, Pahang Darul Makmur. Responden Pertama mula menyertai Rancangan FELDA Keratong 8 di Rompin, Pahang Darul Makmur sebagai seorang peneroka mulai pada tahun 1982. [11] Pada sekitar tahun 1996, Felda telah memberikan kepada Pemohon dan Responden Pertama tiga (3) bidang tanah yang dikenali seperti berikut:- (i) Pajakan Mukim 4170 Lot 3800 Mukim Keratong Daerah Rompin, Negeri Pahang (Bangunan); (“selepas ini dikenali sebagai Tanah No. 1”) (ii) Pąjakan Mukim 4171 Lot 15750 Mukim Keratong Daerah Rompin, Negeri Pahang (Pertanian) (“selepas ini dikenali sebagai Tanah No. 2”); dan S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 8 (iii) Pajakan Mukim 4172 Lot 15666 Mukim Keratong Daerah Rompin Negeri Pahang (Pertanian) (“selepas ini dikenali sebagai Tanah No. 3”) [12] Ketiga-tiga Tanah tersebut telah diletakkan di atas nama pihak Pemohon sebanyak setengah (1/2) bahagian dan nama Responden Pertama sebanyak setengah (1/2) bahagian. Fakta ini jelas dibuktikan melalui Ekshibit ”P-2” sebagaimana terdapat di dalam Afidavit Sokongan pihak Pemohon (Praema a/p Chinnaya) yang menunjukkan geran ketiga-tiga Tanah tersebut. [13] Di dalam tindakan ini, Responden Pertama menegaskan walaupun kedua-dua pihak telah tinggal secara berasingan, di mana Responden Pertama telah keluar dari Tanah Rancangan Felda tersebut pada tahun 2001 dan Pemohon telah keluar dari tahun 2005, Responden Pertama masih menerima pendapatan dari hasil tanaman daripada Tanah No.2 dan Tanah No.3 tersebut. [14] Seterusnya, Responden Pertama telah memajakkan Tanah No. 1, Tanah No. 2 dan juga Tanah No. 3 tersebut kepada pihak ketiga. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 9 [15] Pejabat Rancangan FELDA Keratong 8 telah merujuk masalah rumah tangga yang dihadapi oleh Pemohon dan Responden Pertama kepada Pengurus Besar Wilayah FELDA Kuantan melalui surat bertarikh 27.3.2002 sebagaimana di Ekshibit “F-9” dalam Afidavit Jawapan Responden Kedua dibawah Lampiran 10. [16] Pemohon telah mengeluarkan surat-surat bertarikh 29.3.2002 dan 6.12.2004 kepada Responden Kedua melalui Pejabat Rancangan FELDA Keratong 8 dan / atau Pejabat Pengurus Besar Wilayah Kuantan dan merayu agar Hartanah No. 2 dan Hartanah No. 3 tersebut yang dipajakkan kepada pihak ketiga dikembalikan kepada Pemohon. Fakta ini jelas telah dibuktikan melalui Ekshibit “F-1” sebagaimana yang terdapat di dalam Afidavit Jawapan Responden Kedua di dalam kes ini iaitu di bawah Lampiran - 10. [17] Pada 4.7.2002, Responden Kedua telah bertindak sebagai pemudahcara untuk suatu perbincangan melibatkan Pemohon dan Responden Pertama di mana selepas perbincangan tersebut, Responden Pertama telah bersetuju untuk berjumpa dengan Pemohon dan anak-anak setiap minggu dan membantu dalam hal kewangan dan pembelajaran anak-anak. Fakta ini jelas dibuktikan S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 10 melalui Ekshibit “F-1” sebagaimana terdapat di dalam Afidavit Jawapan Responden Kedua dalam kes ini dibawah Lampiran 10. [18] Seterusnya, pada 4.2.2005, suatu lagi perbincangan antara Pemohon dengan Responden Pertama telah diadakan di Bilik Gerakan FELDA Keratong 8. Selepas perbincangan tersebut beberapa perkara telah dipersetujui seperti berikut:- (a) Responden Pertama telah bersetuju untuk memberi RM300.00 sebulan kepada Pemohon sebagai ganti hasil kebun mulai Mac 2005; dan (b) Pemohon dan Responden Pertama berjanji akan membaiki hubungan suami isteri dan tidak akan menimbulkan apa-apa masalah kepada pihak pentadbiran FELDA. [19] Pada 23.11.2007, hakmilik Tanah No. 1, Tanah No. 2 dan Tanah No. 3 tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Rompin di mana Pemohon dan Responden Pertama masing-masing memegang 50% kepentingan berdaftar ke atas Tanah No. 1, Tanah No. 2 dan juga Tanah No. 3 tersebut secara sama rata. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 11 [20] Pada 24.7.2014, Pemohon telah memohon maklumat mengenai bayaran pendapatan bulanan Hartanah No. 2 dan Hartanah No. 3 daripada Responden Kedua atas dakwaan kegagalan, kecuaian dan / atau keengganan Responden Pertama untuk membayar pendapatan dari Tanah No. 2 dan Tanah No.3 secara sama rata. [21] Selanjutnya, pada 13.11.2014, Responden Kedua sekali lagi telah bertindak sebagai pemudahcara untuk suatu perbincangan yang melibatkan Pemohon dan juga Responden Pertama. Hasil perbincangan tersebut, Pemohon dan Responden Pertama telah bersetuju dengan perkara-perkara berikut:- (a) bersetuju agar semua pendapatan hasil ladang dibahagi dua setelah ditolak potongan ladang / persendirian; (b) bersetuju agar pembahagian hasil sewa rumah diuruskan oleh keluarga; (c) bersetuju agar Tangayah a/l Kathamuthu dilantik sebagai wakil untuk urusan pembahagian pendapatan hasil ladang; dan (d) semua keputusan yang dicapai semasa perbincangan-perbincangan yang telah diadakan sebelum ini dibatalkan S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 12 dan keputusan yang dicapai menerusi perbincangan pada 13.11.2014 berkuatkuasa bagi pendapatan bulanan November 2014. [22] Pada 28.12.2022, Pemohon telah membuat aduan kepada Jabatan Pengurusan Tanah Responden Kedua agar:- (a) Pembayaran pendapatan bulanan dari Tanah No. 2 dan Tanah No. 3 kepada Responden Pertama diberhentikan buat sementara atas dakwaan kegagalan, kecuaian dan / atau keengganan Responden Pertama untuk membayar pendapatan Tanah No. 2 dan Tanah No. 3 tersebut secara sama rata; dan (b) Pemohon ingin mengeluarkan surat yang berkenaan untuk mendapatkan penyelesaian berkenaan isu pembahagian / pembayaran pendapatan bulanan Tanah No. 2 dan Tanah No. 3 antara Pemohon dan Responden Pertama. [23] Seterusnya, mulai 1.6.2023, bayaran pendapatan bulanan dari Tanah No. 2 dan Tanah No. 3 adalah dibayar secara cashless di mana bayaran akan dimasukkan terus ke akaun penama dalam S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 13 sistem paysheet Responden Kedua. Berdasarkan rekod Responden Kedua, penama di dalam sistem paysheet Responden Kedua adalah di atas nama Responden Pertama di dalam tindakan ini. Analisis dan Penemuan Mahkamah Isu Pertama Sama ada tuntutan Pemohon ini harus difailkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 [24] Di dalam tindakan Saman Pemula Pemohon (Lampiran - 1) dan juga Afidavit Sokongan Pemohon yang diikrarkan pada 6.2.2024 (Lampiran - 2) ini, Pemohon hanya menyatakan bahawa beliau adalah berhak untuk mendapatkan ½ bahagian pendapatan dari Tanah (2) dan juga Tanah (3) tanpa merujuk kepada peruntukkan undang-undang yang membolehkannya berhak untuk mendapat ½ bahagian pendapatan daripada hasil tanaman ladang tersebut. [25] Di dalam tindakan ini, undang-undang yang terpakai adalah Seksyen 76 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 14 dan Penceraian)1976 (Akta 164) yang jelas memperuntukkan seperti berikut:- Power for court to order division of matrimonial assets 76 (1) The court shall have power, when granting a decree of divorce or judicial separation, to order the division between the parties of any assets acquired by them during the marriage or the sale of any such assets and the division between the parties of the proceeds of sale. (2) In exercising the power conferred by subsection (1) the court shall have regard to: (a) the extent of the contributions made by each party in money, property, or work towards the acquiring of the assets or payment of expenses for the benefit of the family; (b) the extent of the contributions made by the other party who did not acquire the assets to the welfare of the family by looking after the home or caring for the family; (c) any debts owing by either party which were contracted for their joint benefit; (d) the needs of the minor children, if any, of the marriage; (e) the duration of the marriage, and subject to those considerations, the court shall incline towards equality of division. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 15 [26] Di dalam kes ini, adalah merupakan fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Pemohon dan Responden Pertama pada semua masa yang material adalah dan masih lagi suami isteri, walaupun mereka berdua duduk secara berasingan antara satu sama lain selama lebih kurang 20 tahun lamanya, iaitu sejak tahun 2001. [27] Pemohon tidak pada bila-bila memfailkan sebarang permohonan di mana-mana Mahkamah di negara ini untuk membatalkan perkahwinan dengan Responden Pertama, walaupun Pemohon mempunyai pengetahuan bahawa Responden Pertama telah berkahwin dengan adiknya (Pushpa a/p Chinnaya) secara adat. [28] Begitu juga, Pemohon tidak boleh menafikan fakta bahawa Tanah No. 1, Tanah No. 2 dan Tanah No. 3 yang dinyatakan tersebut di atas adalah merupakan harta sepencarian (“matrimonial asset”). [29] Merujuk kepada kes Dr. Gurmail Kaur Sadhu Singh v. Dr. Teh Seong Peng & Anor [2014] MLRHU 204 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- [89] In the case of Wong Kim Foong (f) v. Teau Ah Kau @ Chong Kwong Fatt [1997] 3 MLRH 782; [1998] 1 MLJ 359; [1998] 1 CLJ 358 His S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 16 Lordship Abdul Malik Ishak J (as he then was) at p 376 (MLJ); p 374 (CLJ: The expression 'matrimonial assets' is not a term of art. Lord Denning in Wachtel v. Wachtel [1973] 1 All ER 829 (CA) explained the phrase 'family assets' in this way: The phrase ‘family assets' is a convenient short way of expressing an important concept. It refers to those things which are acquired by one or other or both of the parties, with the intention that there should be continuing provision for them and their children during their joint lives, and used for the benefit of the family as a whole. It is a phrase, for want of a better, used by the Law Commission, and is well understood. The family assets can be divided into two parts: (i) those which are of a capital nature, such as the matrimonial home and the furniture in it; (ii) those which are of a revenue - producing nature, such as the earning power of husband and wife. When the marriage comes to an end, the capital assets have to be divided: the earning power of each has to be allocated. In defining the term 'family assets’, Lord Denning in Wachtel v. Wachtel was not referring to s 76 of the 1976 Act but nevertheless one can easily appreciate the broadness that can be attached to the expression 'matrimonial assets'. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 17 [30] Seterusnya, merujuk kes Yap Pen Piow v. Hee Wee Eng [2017] 1 MLRA 380 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut:- [11] Section 76 of LRA 1976 is the key statutory provision to deal with the division of the property. In principle, it differentiates assets acquired during the subsistence of marriage into three types. They are as follows: (i) Any assets acquired by joint efforts which we have classified as matrimonial property. In this category, the court has an obligation to divide the assets (see s 76(1) LRA 1976); (ii) Any assets acquired by one party by sole effort which we classify as non-matrimonial property. In this category, the court is not obliged to divide but may do so, (See s 76(3) LRA 1976); (iii) Assets which were acquired before the marriage, but has been substantially improved by the other party or by their joint efforts. In this category, if there is no substantial improvement, the property is not subjected to division at all. In addition, if the property has been acquired before the marriage and subjected to a loan, the said property may not fall in that category. (See s 76(5) LRA 1976). S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 18 [31] Ketiga-tiga Tanah tersebut telah kurniakan kepada Pemohon dan Responden Pertama pada Februari 1996 oleh pihak FELDA dan ketiga-tiga Tanah tersebut telah didaftarkan di atas nama Pemohon ½ bahagian dan juga Responden Pertama ½ bahagian. [32] Oleh itu, tidak dapat dinaflkan bahawa kedua-dua pihak di dalam tindakan ini iaitu Pemohon dan Responden Pertama adalah berhak mendapatkan ½ bahagian hasil daripada tanaman dari hartanah yang dinyatakan pada perenggan [11] tersebut di atas. [33] Justeru itu, Pemohon mesti memfailkan permohonan untuk membubarkan perkahwinannya dengan Responden Pertama terlebih dahulu, maka barulah Mahkamah ini boleh memberikan perintah berkenaan dengan pembahagian harta sepencarian yang telah diperolehi di sepanjang tempoh perkahwinan tersebut. [34] Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Pemohon adalah untuk membuat Permohonan di bawah Seksyen 76, 77 dan 78 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 dan bukannya memohon di bawah Aturan 15 Kaedah 16 dan / atau di bawah Aturan 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 19 [35] Dalam erti kata lain, tindakan Pemohon memfailkan tuntutan ini melalui tindakan Saman Pemula yang menuntut agar Responden Pertama memulangkan hasil tanaman yang telah dibayar oleh Responden Kedua kepada Responden Pertama daripada Tanah No. 2 dan Tanah No. 3 tersebut tanpa terlebih dahulu membubarkan perkahwinan mereka adalah pra-matang (“pre-mature) sama sekali dan seharusnya ditolak oleh Mahkamah ini. Isu Kedua Sama ada Responden Pertama telah membuat bayaran hasil jualan ladang tersebut kepada Pemohon [36] Di dalam kes ini, berdasarkan minit Mesyuarat Khas - Tuntutan Pembahagian Pendapatan yang bertarikh 13.11.2014 (Ekshibit “P-3”) dalam Afidavit Sokongan Pemohon (Lampiran - 2) di mana Responden Pertama telah bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM500.00 sebulan kepada Pemohon untuk tuntutan pembahagian pendapatan hasil tanaman tersebut. [37] Responden Pertama telah mengemukakan Penyata Akaun Responden Pertama (Ekshibit “KK-1”) dalam Afidavit Jawapan Responden Pertama (Lampiran - 7) dari tahun 2019 hinggalah S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 20 bulan Februari tahun 2024 yang jelas menunjukkan Responden Pertama telah membuat pembayaran bulanan sebanyak RM500.00 tersebut kepada Pemohon sebagai sumbangan dari hasil jualan tanaman dan hasil sewa ketiga-tiga Tanah tersebut. [38] Oleh itu, jika jumlah tersebut tidak diterima oleh Pemohon seperti mana yang didakwa oleh Pemohon, Pemohon sepatutnya memaklumkan perkara tersebut kepada Responden Pertama. Namun begitu, ini tidak pernah dilakukan oleh pihak Pemohon. Tambahan juga, Pemohon telah gagal untuk mengemukakan Penyata Bank Pemohon bagi membuktikan sama ada beliau telah menerima atau tidak menerima hasil jualan ladang tersebut. [39] Seterusnya, merujuk kepada ekshibit yang sama iaitu pada "Ekshibit P-3" di mana ia jelas menunjukkan pada tarikh 28.12.2022, Pemohon telah meminta Felda ataupun Responden Pertama untuk memberhentikan bayaran RM500.00 dari hasil jualan tanaman tersebut. Oleh itu, apa yang jelas disini, bukan Responden Pertama yang telah memberhentikan pembayaran RM500.00 tersebut tetapi ia adalah perbuatan Pemohon sendiri. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 21 [40] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah mendapati bahawa permohonan yang dibuat oleh pihak Pemohon ini adalah tidak bonafide dan ia bersifat 'mala fide' semata-mata dan seharusnya ditolak oleh Mahkamah. [41] Selanjutnya, Mahkamah juga mendapati Saman Pemula yang telah difailkan oleh Pemohon hanya melibatkan kausa tindakan pertikaian antara Pemohon dan Responden Pertama sahaja dan ia sama sekali tidak melibatkan Responden Kedua dalam kes ini. [42] Responden Kedua hanya menjalankan tanggungjawabnya dengan membuat bayaran-bayaran pendapatan bulanan bagi Tanah No. 2 dan Tanah No. 3 kepada Responden Pertama dan Responden Kedua sahaja. Dalam lain perkataan, Responden Kedua tidak bertanggungjawab untuk memastikan agar Responden Pertama di dalam kes ini membuat bayaran bulanan secara sama rata di antara Pemohon dan Responden Pertama. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 22 Kesimpulan [43] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Saman Pemula Pemohon yang telah difailkan di bawah Aturan 15 Kaedah 16 dan / atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Lampiran - 1) dengan kos sebanyak RM3,000.00 dan jumlah kos ini mesti dibayar oleh Pemohon kepada pihak Responden Pertama tertakluk kepada fi alokatur. Disediakan oleh: t.t (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 18 haribulan Januari 2025. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw ALASAN PENGHAKIMAN NA-24NCVC-73-02/2024 23 PEGUAMCARA PERAYU / PEMOHON: TETUAN R.J. MALAR, BHAMA & PARTNERS No. 121-1F, Jalan S2 F2 Garden Homes Seremban 2 70300 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. PEGUAMCARA RESPONDEN PERTAMA: TETUAN MATHEWS & ASSOCIATES No. 27, Jalan S2 D39 Magistrate’s Square Seremban 2 70300 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. PEGUAMCARA RESPONDEN KEDUA: TETUAN HISHAM SOBRI & KADIR Wisma HSK 48G, Jalan PJU 5/22 Encorp Strand, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. S/N yDabsPzMT0mCj6vYZlhvVw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.