Preamble
Mengikut prosedur pelanggan boleh memilih samada nak memberikan kepada siapa. So, kita hanya menulis mengikut kehendak pelanggan. Kalau mengikut standard bank kita akan bertanya kepada siapa penerima yang pelanggan nak beri so kita hanya mengikuti penerima siapa yang pelanggan nak namakan. Tadi kata mengikut kehendak pelanggan betul? Ya betul. Peguam tadi juga telah merujuk kepada borang di mukasurat 75, dan menanyakan soalan kalau ikut borang ini tiada peruntukan untuk anak. Puan kata nak beri dan kamu setuju.Boleh jelaskan kenapa jawapan ini? Saya hanya mengikuti kehendak Mr.Geevan. Mr.Geevan memang hendak memberikan 100% kepada Puan Perarasy. Tadi peguam juga ada menanyakan saya katakan bahawa Perarasy yang membawa Geevan untuk menyediakan surat wasiat ini. Kamu juga telah menjawab setuju. Boleh jelaskan kepada mahkamah? Puan Perarasy hanya refer kepada saya sahaja dan selebihnya Puan Perarasy tidak tahu apa-apa. Peguam juga telah merujuk kepada dokumen 72 hingga 76 tadi dan juga menanyakan ada tak dalam dokumen ini sebenarnya boleh tanya ada bukti yang kamu sediakan jawapan kamu kata tidak dan dalam dokumen tersebut 73 hingga 76 ada tak dinyatakan disediakan oleh kamu Aini dan kamu juga mengatakan tiada. Boleh jelaskan? Cuma untuk yang standard will ini penulisan ini adalah penulisan saya. Beliau juga telah merujuk kepada soalan dan jawapan no.11 dalam kenyataan kamu tadi kamu kata ada saya sebagai saksi. Dan soalan yang ditujukan mana tandatangan kamu sebagai saksi? Jawapan kamu tiada. Boleh jelaskan kenapa tiada? Sebab selalunya standard prosedur bank hanya akan ada seorang untuk yang menyediakan wasiat dan kena ada 2 orang sebagai saksi. Peguam juga telah tanya kamu ada bukti ke yang Encik Geevan telah tandatangan secara sukarela kamu kata tiada. Boleh jelaskan? Ulang soalan? Tadi peguam juga telah merujuk kepada jawapan kamu dekat soalan 14 tadi kamu telah menjawab bahawa Encik Geevan telah menandatangani wasiat tersebut secara sukarela. Lepas itu peguam plaintiff tanya kamu ada bukti tak? Jawapan kamu tiada. Boleh jelaskan? Tiada bukti sebab Mr.Geevan ada bersama saya ketika itu.” [20] Saksi sepina, Muhammad Adzam Bin Rabaei (SD6) yang merupakan salah seorang saksi kepada tandatangan Si Mati dalam Wasiat Pertama tersebut juga turut memberi keterangan bahawa Wasiat Pertama telah disediakan dan disempurnakan mengikut arahan dan kehendak Si Mati. “PEMERIKSAAN UTAMA Saya pohon saksi untuk merujuk Ikatan B. Mukasurat 72. Boleh beritahu mahkamah apa dokumen ini? Mukasurat 72 hingga 76. Ini adalah the last will and testament Mr.Geevan a/l Kunju Krishnakurup ataupun wasiat dalam bahasa melayu. Siapa yang sediakan dokumen ini? Dokumen ini disediakan oleh pegawai Maybank Puan Aini Nabila. Tadi kata ini adalah wasiat. Adakah wasiat ini telah diterangkan kepada Geevan tersebut? Ya, wasiat ini telah diterangkan kepada Mr.Geevan. Adakah kamu berada dan menyaksikan Encik Geevan menandatangani wasiat tersebut? Pada masa itu saya berada dalam bilik itu bersama dengan encik Nan dan saya menyaksikan proses tandatangan wasiat tersebut bersama dengan Aini Nabila dan juga Encik Nan berserta Mr.Geevan sekali dalam bilik Premium Wealth Maybank Tanjung Malim. Siapa saksi-saksi kepada tandatangan Geevan dalam wasiat tersebut? Saksi adalah saya sendiri Muhammad Adzam bin Rabaie dan seorang lagi staff Maybank Encik Nan bin Mohd Taib. Saya pohon rujuk sekali lagi mukasurat 73 hingga 76 Ikatan Dokumen Bersama. Di sana ada jika 73 dekat bawah itu ada signature of testator, signature of witnesses, ada 1 dan 2 begitu juga dimukasurat 74 dan 75 dan akhir sekali di 76, setuju dengan saya? Ya, itu adalah tandatangan saya. Soalan saya adakah ini kamu yang bernama tersebut dan tandatangan kamu? Ya, itu adalah tandatangan saya Muhammad Adzam bin Rabaie di bahagian no.2. Adakah Encik Geevan tersebut menandatangani wasiat tersebut secara sukarela? Ya, Encik Geevan menandatangani wasiat tersebut secara sukarela.” [21] Peguam Plaintif telah cuba memeriksa balas saksi SD6 tersebut dengan menyatakan bahawa Wasiat Pertama telah disediakan atas permintaan Defendan dan adanya penglibatan Defendan dalam penyediaan dan pengagihan aset Si Mati, namun SD3 telah menafikan dan mengekalkan segala keterangannya sebagai seorang saksi bebas kepada penyediaan dan penyaksian Wasiat Pertama tersebut. [22] Mahkamah berpendapat kesahihan Wasiat Pertama adalah terbukti dengan keterangan-keterangan Defendan (SD2), Puan Aini Nabila (SD3) dan Muhammad Adzam Bin Rabaei (SD6) yang mana Wasiat Pertama telah disediakan oleh SD3 berdasarkan arahan yang diberikan kepada SD3 secara peribadi oleh Si Mati di billik Premier Wealth, Maybank Tanjung Malim, kandungan Wasiat Pertama diterangkan kepada Si Mati oleh SD3, Si Mati memahami kandungan Wasiat Pertama sebelum menandatanganinya. Ia berlaku pada 23.9.2016 dan pada waktu itu hanya Si Mati, SD3, SD6 dan Encik Nan bin Mohd Taib yang berada dalam bilik Premier Wealth tersebut. Mereka telah menyaksikan Si Mati menandatangani Wasiat Pertama dan kemudian SD6 dan Encik Nan juga telah menandatangani sebagai saksi-saksi. SD3 juga telah mengesahkan dalam keterangannya bahawa Wasiat Pertama tersebut di hantar ke Maybank Trustee untuk diproses dan selepas Maybank Trustee hantar kembali Wasiat Pertama yang asal “Last Will & Testament dated 23/09/2016 GEEVAN A/L KUNJU KRISHNA KURUP (NRIC NO: 750221-10-5221) (EKS D3) telah diserahkan kepada Si Mati. [23] Plaintif telah memplidkan bahawa Si Mati tidak ‘approve’ isi kandungan surat Wasiat Pertama memandangkan surat Wasiat Pertama tersebut tidak membuat apa jua rujukan kepada ahli keluarga yang rapat seperti: i. Kakak (Plaintif) yang mendermakan buah pinggang beliau kepada simati; ii. Anak angkat Briyaa Shankari; dan iii. Ibunya [24] Plaintif memplidkan bahawa adanya keadaan yang mencurigakan mengenai penyediaan surat Wasiat Pertama tersebut memandangkan Si Mati langsung tidak menyebut atau membuat rujukan kepada anak Briyaa Shankari, ibunya dan kepada Plaintif yang mendermakan buah pinggang beliau kepada simati untuk membolehkan Geevan a/l Kunju Krishna Kurup hidup dari 2004 sehingga kematiannya. [25] Walaupun terdapat ketidakpuasan hati terhadap kandungan Wasiat Pertama tersebut adalah jelas Plaintif gagal membuktikan apa-apa keadaan yang mencurigakan mengenai penyediaan dan pelaksanaan surat Wasiat Pertama tersebut. [26] Malahan keterangan saksi SP3, iaitu Plaintif sendiri, juga tidak membuktikan apa-apa “keadaan mencurigakan” terhadap penyediaan Wasiat Pertama. Pohon rujuk keterangan, Plaintif, SP3 seperti berikut: “PEMERIKSAAN BALAS Rujuk kepada Ikatan Pliding Terpinda. Bundle A. paragraph 6 plaintiff selaku kakaknya telah menderma salah satu buah pinggang kepada simati untuk membolehkan simati terus hidup. Dan kamu ulang juga diperenggan 10, tiada apa rujukan atau provisi kepada anak, ibu dan kepada plaintiff yang telah mendermakan salah satu buah pinggang beliau kepada simati untuk membolehkan simati hidup dari 2004 seterusnya perenggan 12. Perenggan 12 juga kamu menekankan plaintiff yang merupakan kakak mendermakan buah pinggang beliau kepada simati. Selepas itu perenggan 19 dimukasurat 11 pun plaintiff mengatakan adanya keadaan yang mencurigakan mengenai bedah siasat memandangkan langsung tidak membuat rujukan kepada anak, ibu dan kepada plaintiff yang mendermakan buah pinggang beliau kepada simati untuk membolehkan Geevan hidup dari 2004 sehingga kematiannya. Jadi kalau kamu tidak mengharapkan apa-apa daripada Geevan atau tidak terasa terhutang budi, terhutang nyawa mengapa kamu membuat begitu banyak penegasan dalam tuntutan kamu? Sebab bukan saya yang minta sebab jiran-jiran orang yang sekeliling dengan kita selalu tanya kenapa ya you punya adik tidak bagi apa-apa dengan you ke. You dah bagi buah pinggang macam itu, apa saya nak jawab dengan diaorang. Saya nak jawab adik saya tidak kenang budi ke? Nak jawab macamana dengan diaorang. Jadi saya terpaksa saya tanya jugalah. Rujuk saksi kepada soalan dan jawapan no.16, WSP3A. Soalan disana adalah kamu sedar pertikaian diantara kamu dan defendan adalah berkaitan harta pusaka? Dan kamu kata ya saya tahu. Boleh jelaskan apa maksud pertikaian yang kamu katakan disitu? Apa yang kamu pertikaikan? Pasal harta adik saya. Jadi setuju dengan saya kamu sebenarnya tidak mahu isteri sah Geevan iaitu defendan menjadi waris dan beneficiary harta pusakan Geevan setuju? Tidak setuju. Jadi apa pertikaian kamu? Saya nak hak untuk mak saya itu sahaja. Apa yang kamu tahu mengenai kandungan wasiat 2016? Semua harta diberikan kepada Perarasy. Jadi yang ini yang puan tahu bila Perarasy beritahu kamu betul? Jadi bila kamu dapat tahu mengenai kandungan wasiat 2016 tersebut setuju dengan saya sebenarnya kamu tidak akur tidak dapat terima hakikat bahawa wasiat itu menunjukkan defendan sebagai wasi dan beneficiary tunggal setuju? Kamu tidak dapat menerima hakikat kandungan wasiat itu? Tidak setuju. Jadi kamu terimalah dia jadi wasi? Saya tidak faham soalan. Maksud saya bila kamu dapat tahu sebab kamu beritahu saya kan kandungan wasiat 2016 kata Perarasy adalah semua harta ditinggalkan untuk Perarasy betul? Jadi saya tanya kalau kamu setuju cuma saya tanya bila kamu dapat tahu yang Perarasy adalah wasi dan juga beneficiary tunggal wasiat 2016 sebenarnya kamu tidak dapat terima fakta itu ataupun hakikat itu bahawa Perarasy yang akan mendapat semua betul? Betul. Saya rujuk saksi kepada soalan no.35, WSP3A. Soalan disana adakah kamu tahu keadaan semasa Geevan menyediakan surat wasiat pertama? Sini kamu jawab apa yang saya dapat tahu daripada dokumen itu ialah Geevan dibawa ke Maybank oleh Defendan. Apa maksud kamu apa yang saya dapat tahu daripada dokumen itu? Apa dokumen itu? Apa maksud kamu? Mana kamu tahu yang Geevan dibawa ke Maybank oleh Defendan? Mana dokumen yang kamu tahu? Sebab dia kerja dekat Maybank. Surat itu pun ada tandatangan dekat Maybank. Dia kerja di Maybank. Itu saya yang maksudkan. Mah Dia soalan macam ini. Soalan itu cara you jawab menunjukkan benda-benda ini berlaku kamu dapat tahu benda-benda ini berlaku dibawa ke Maybank semua itu daripada dokumen? Adakah itu maksud kamu? Ya, daripada dokumen-dokumen yang wasiat, surat Wasiat itu diakan ada Maybank punya letterhead itu yang saya maksudkan. Sebab dia tidak bawa dia pergi lawyer punya office. Dia bawa dia pergi Maybank, dia pakai letterhead Maybank dia buat surat wasiat dekat Maybank, itu yang saya maksudkan. Jadi dokumen yang kamu rujuk itu dokumen apa? Surat wasiat. Surat Wasiat 2016? Jadi setuju dengan saya itu adalah satu tanggapan kamu bila kamu lihat wasiat ini kamu beri jawapan dengan melihat wasiat ini kamu telah membuat tanggapan defendan telah membawa beliau ke Maybank untuk membuat wasiat betul? Jadi arahan saya ialah Geevan tidak dibawa ke Maybank, Geevan sendiri yang pergi ke Maybank sebab kamu punya soalan ini seolah-olah kamu membuat satu tanggapan bahawa Geevan telah dibawa ke Maybank oleh defendan tapi arahan anakguam ialah Geevan sendiri yang telah pergi ke Maybank dan bukan atas paksaan ataupun dibawa oleh defendan, setuju dengan saya? Setuju.” [27] Malahan, soalan-soalan peguam Plaintif juga ketika memeriksa balas saksi-saksi Defendan juga berkali-kali menjurus kepada ketiadaan provisi/peruntukkan kepada Plaintif dan emak Plaintif di dalam Wasiat Pertama tersebut iaitu hanya tentang ketidakadilan kepada Plaintif dalam provisi Wasiat tersebut. [28] Nas LEE ING CHIN @ LEE TECK SENG & ORS v GAN YOOK CHIN & ANOR [2003] 2 MLJ 97 di mana diputuskan bahawa Mahkamah probate harus mengenepikan perasaan semula jadi untuk mengetepikan wasiat atas alasan ia kelihatan tidak adil atau saksama. “(13) It was submitted for the plaintiffs in this appeal that since the deceased had loved his daughters much more than his sons, it was surprising that he should leave only a small bequest to each of the plaintiffs. A court of probate must first be satisfied that a testator understood the dispositions of a will, and that it was duly executed by him as his will. Once so satisfied, it was not concerned with the fairness of the will. A court must resist the natural temptation to set aside a will on the ground that it did not appear to be fair, equitable or just.” [29] Juga rujukan kepada kes HON SOCK FAN v HON KONG SENG & Ors [2020] MLJU 2360 diputuskan seperti berikut: “[24] I am not concerned with the fairness of the Will, whether it was equitable for Mother to cut off P from her Will. From the evidence adduced, I accept the following. (i) Mother intended to make the Will and gave instructions to DW1 and DW2 regarding preparation of the same. (ii) The reason for the making of the Will was to exclude P as a beneficiary. (iii) Mother’s motive for doing so was due to the dispute she had with P regarding the division of Houses, and in particular arising from the 1st and 2nd Incidents. Mother could not forgive P’s disobedience, so she excluded P as a beneficiary to her estate under the Will. It seems to me that Mother’s motive and action is entirely consistent with ordinary human nature.” [30] Plaintif juga telah memplidkan dan memberi keterangan dan membuat alegasi-alegasi yang mencemarkan dan memburukkan peribadi Defendan iaitu Defendan hanya berkahwin dengan Geevan untuk hartanya, Defendan membawa teman lelakinya untuk tinggal bersama dengannya sebelum 30 hari dari hari pengkebumian si mati, Defendan dengan serta merta mengeluarkan kesemua wang dalam akaun simati di Maybank selepas kematian si Mati dan beberapa alegasi lain namun tiada keterangan telah dikemukakan sebagai sokongan di Mahkamah. [31] Berdasarkan kepada pliding dan keterangan saksi SP3 tersebut pliding dan keterangan tersebut adalah kenyataan-kenyataan yang bersifat untuk memburukkan Defendan dan bukannya merupakan “keadaan mencurigakan”. Malahan, keterangan-keterangan tersebut adalah tidak relevan sama sekali. Maka, dakwaan Plaintif bahawa Si Mati tidak approve Wasiat Pertama langsung tidak dibuktikan oleh Plaintif. [32] Nas SIM KOOI CHUAN & ORS v NELSON SIM PING HUN (Sebagai Wasi Harta Pusaka Sim Ban Hong, Simati) [2024] MLJU 2535 yang memutuskan seperti berikut: “[24] In order to succeed in their claim, the Plaintiffs have to prove that the deceased made the Will under D’s coercion or undue influence. Or that the deceased did not know and approve the contents of the Will, when signing the same. Further, any suspicious circumstances must be those attending to the making of the Will. Such that it cast doubts on the deceased’s knowledge and approval of the contents of the Will. [25] Irrelevant evidence is not admissible. The Federal Court in Malaysia National Insurance Sdn Bhd v Malaysia Rubber Development Corporation [1986] 2 MLJ 124 at 127 said: “The authorities are clear on this. Perhaps, it is only necessary to cite Sarkar, Laws of Evidence, 13th Edition, page 51 which reads:- “An erroneous omission to object to evidence not admissible or relevant under the Act does not make it admissible. It is the duty of the court to exclude all irrelevant or inadmissible evidence even if no objection is taken to its admissibility by the parties ...”” [26] The Plaintiffs’ aforementioned allegations have no relevance to the issues in this action. Most of them are regarding incidents that happened years before and after the making of the Will. The evidence in relation thereto is irrelevant and inadmissible. [33] Dengan itu Mahkamah berpendapat Wasiat Pertama iaitu wasiat yang ditandatangani oleh Si Mati pada 23.9.2016 seperti DI MUKA SURAT 72-76 IKATAN B yang telah ditandakan sebagai EKS D3 adalah surat wasiat yang sah dan terakhir SiMati. B. Sama ada Si Mati telah membuat Wasiat Kedua pada 21.6.2017 (EKS PI) [34] Teras utama kes Plaintif terletak pada kewujudan Wasiat Kedua (EKS P1). Wasiat Kedua tersebut bertarikh 21.6.2017 dan jika Wasiat Kedua terbukti sah serta berkuat kuasa, kerana ianya didakwa dibuat selepas tarikh Wasiat Pertama, maka Wasiat Kedua tersebut secara semula jadi akan menggantikan Wasiat Pertama sebagai wasiat terakhir Si Mati. [35] Namun, Defendan mencabar Wasiat Kedua tersebut dengan memplidkan bahawa Wasiat Kedua tersebut bukan Wasiat Si Mati, bahawa Wasiat Kedua tersebut diperolehi secara “fraud” yang mana tandatangan Si Mati pada Wasiat Kedua tersebut adalah palsu dan/atau dipalsukan (‘forgery”) tanpa pengetahuan Si Mati. Defendan juga telah memplidkan “keadaan mencurigakan” dalam kewujudan dan/atau penyediaan Wasiat Kedua tersebut. [36] SD2, telah memberi keterangan seperti berikut: S50: Adakah Puan mengetahui tentang kewujudan Wasiat 2017, seperti dalam tindakan ini? J50: Saya sebenarnya tiada pengetahuan langsung tentang kewujudan Wasiat 2017 tersebut. Geevan tidak pernah memberitau saya bahawa Geevan telah membatalkan Wasiat 2016 dan/atau telah membuat apa – apa wasiat baru. S51: Jadi, bagaimana anda mengetahui tentang kewujudan Wasiat 2017 tersebut? J51: Setelah kematian Geevan, saya telah mendapatkan nasihat guaman sekitar tahun Oktober 2019 tentang prosedur yang harus dibuat berkenaan dengan Wasiat