Pertuduhan sepertimana dalam P2(A-C) seperti berikut: Pertuduhan Pertama (P2(A) Bahawa kamu pada 22.4.2021, jam lebih kurang, 5.45 petang, bertempat di alamat nombor B-204, Apartment D’sara, Jalan Margosa SD 10/1, Bandar Sri Damansara di dalam Daerah Petaling di Negeri Selangor Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis cannabis seberat 24,588.5-gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama. Hukuman: jika disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan jika tidak dikenakan gantung hendaklah dipenjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan. Pertuduhan Kedua(P2(B) Bahawa kamu pada 22.4.2021, jam lebih kurang, 5.45 petang, bertempat di alamat nombor B-204, Apartment D’sara, Jalan Margosa SD 10/1, Bandar Sri Damansara Di Dalam Daerah Petaling Di Negeri Selangor Ehsan telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis monoacetylmorphines seberat 6.4-gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (2) Akta yang sama. Hukuman: jika disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan juga hendaklah disebat tidak kurang 10 sebatan. Pertuduhan Ketiga (P2 (C) Bahawa kamu pada 22.4.2021, jam lebih kurang, 5.45 petang, bertempat di alamat nombor B-204, Apartment D’sara, Jalan Margosa Sd 10/1, Bandar Sri Damansara di dalam Daerah Petaling di Negeri Selangor Ehsan telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis seberat 4.0 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. Hukuman: jika disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun dan sebatan tidak kurang 3 tetapi tidak melebihi 9 sebatan.