Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO: BL-22 NCVC-12-12/2020 ANTARA PREMALA A/P THRIUGNANNASAMBANDHAN (menyaman sebagai ibu dan ‘next of friend’ kepada Ajendran a/l Sundara Rajan) PLAINTIF
BL-22NCVC-12-12/2020
High Court of Malaysia15 Dec 2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO: BL-22 NCVC-12-12/2020 ANTARA PREMALA A/P THRIUGNANNASAMBANDHAN (menyaman sebagai ibu dan ‘next of friend’ kepada Ajendran a/l Sundara Rajan) PLAINTIF
1
1.
2
SIVAKUMAR A/L SHANMUGAM DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] Kes dihadapan Mahkamah ini hanya melibatkan Tuntutan Balas Defendan-defendan kerana tindakan Plaintif telah dibatalkan oleh Mahkamah ini pada 27.5.2021 atas permohonan Defendan-defendan dibawah Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012. [2] Pada tarikh perbicaraan pada 15.11.2021, Peguam Plaintif telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa tindakan ini boleh 2 diputuskan tanpa perlu keterangan saksi-saksi secara lisan di Mahkamah Terbuka kerana apa yang dituntut oleh Defendan-defendan melalui tuntutan balas mereka adalah samada Plaintif adalah “vexatious litigant” boleh diputuskan melalui keterangan affidavit yang akan turut melampirkan penyata saksi pihak-pihak. [3] Tuntutan Balas Defendan-defendan adalah satu deklarasi bahawa Plaintif diisytiharkan sebagai ‘vexatious litigant’. Defendan 2 pula menuntut agar Plaintif dihalang dari memulakan sebarang prosiding terhadap Defendan 2 berkenaan dengan Harta Pesaka simati kecuali dengan perintah Mahkamah selaras dengan Seksyen 25(2) dan Artikel 17 Jadual Mahkamah Kehakiman 1964. B. KEPUTUSAN MAHKAMAH [4] Hanya satu isu sahaja yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah samada Plaintif boleh diisytiharkan sebagai litigant yang menyusahkan (vexatious litigant). Kuasa untuk Mahkamah berbuat demikian adalah dibawah perenggan 17 Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964. [5] Perenggan 17 Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan: “17. Power to restrain any person who has habitually and persistently and without reasonable cause instituted vexatious legal proceedings in any court, whether against the same or different persons, from instituting any legal proceedings in any court save by leave of a Judge. A copy of any such order shall be published in the Gazette”. 3 I. Adakah Plaintif seorang litigan yang menyusahkan (vexatious litigant)? [6] Shanmugam a/l Periannan Pillai, simati meninggalkan 4 orang waris yang sah iaitu:-
i
Sagunthala Devi
II
(ii) Sowpakiavathy
III
(iii) Sundara Rajan (Defendan 1)
IV
(iv) Sivakumar (Defendan 2) [7] Untuk memudahkan pemahaman latarbelakang kepada tuntutan Plaintif (yang telah dibatalkan pada 27.5.2021) dan juga tuntutan balas Defendan; rujukan adalah kepada jadual dibawah: Bil Tarikh Fakta
1
2011 D2 dan Ramakrishnan a/l Muthusamy memfailkan permohonan untuk Geran Probet untuk menguruskan Harta Pesaka simati.
2
2.
15
15.7.2011 D1 dan Sagunthala memasukkan kaveat atas permohonan tersebut. Mereka kemudian memohon tindakan Probet itu ditukar kepada tindakan Writ bagi menentukan keesahan wasiat itu.
3
3.
19
19.3.2013 Permohonan D1 dan Sagunthala dibenarkan oleh MT. Selaras dengan kebenaran ini, D2 dan Ramakrishnan telah memfailkan Writ Saman No. 22NCVC-321-04/2013 antara lain memohon kaveat diketepikan dan satu Geran Probet dikeluarkan. Selain itu antara isu utama dibangkitkan adalah samada wasiat Shanmugam a/l Periannan Pillai bertarikh 19.7.2010 adalah sah.
4
4.
5
5.9.2014 MTSA telah menolak tuntutan D1 dan Sagunthala selepas perbicaraan penuh dan memerintahkan satu Geran Probet dikeluarkan. D1 dan Sagunthala merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan ini. 4
5
5.
21
21.4.2015 Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan D1 dan Sagunthala dan tidak membenarkan Geran Probet dikeluarkan dan kaveat dikekalkan 6.
15
15.7.2015 Plaintif memfailkan permohonan untuk mencelah dalam permohonan Geran Probet tersebut untuk dijadikan Pempetisyen dan mengeluarkan Geran Probet.
7
7.
19
19.8.2015 D2 memfailkan Notis Pemberhentian atas permohonan Geran Probet tersebut. Ekoran dari itu permohonan Plaintif untuk mencelah dibatalkan dan Plaintif tidak merayu atas keputusan ini 8.
30
30.3.2017 Plaintif dan Ananda Krishna Sithamberam Pillay memfailkan Surat Kuasa Mentadbir beserta wasiat melalui Saman Pemula Ex Parte No. BA-31NCVC-154-03/2017 untuk Geran Probet .
9
9.
29
29.3.2018 MT telah menolak permohonan Plaintif dan Ananda dengan kos sebanyak RM 20,000.00 dibayar kepada Defendan-defendan. Plaintif memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
10
10.
23
23.11.2018 Mahkamah Rayuan menolak rayuan Plaintif dan Ananda dengan kos sebanyak RM 5000 dibayar kepada setiap Defendan. Plaintif memfailkan Notis Usul untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan ini.
11
11.
13
13.1.2020 Mahkamah Persekutuan menolak usul Plaintif dengan kos sebanyak RM 10,000.00 dibayar kepada setiap Defendan.
12
12.
16
16.12.2020 Plaintif memfailkan tindakan ini terhadap Defendan-defendan berasaskan wasiat yang telah diisytiharkan tidak sah.
13
13.
27
27.5.2021 Atas permohonan Defendan-defendan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Defendan-defendan dan tuntutan Plaintif dibatalkan. [8] Berdasarkan jadual diatas, adalah jelas bahawa asas kepada tuntutan Plaintif yang bergantung kepada wasiat terakhir simati 5 bertarikh 19.7.2010 yang mana menjadi asas kepada permohonan Geran Probate yang dimohon oleh D2 dan Ramakrishnan dahulu. [9] Adalah jelas bahawa Geran Probet dan kaveat dikekalkan akibat rayuan oleh D1 dan akibat perintah Mahkamah Rayuan, wasiat simati ini telah diisytiharkan tidak sah dan atas alasan itu Geran Probet tidak dikeluarkan dan kaveat dikekalkan. [10] Namun begitu, Plaintif telah menggunakan wasiat yang sama dengan memfailkan permohonan untuk Surat Kuasa Mentadbir beserta Wasiat di MTSA melalui Saman Pemula No. BA-31NCVC-154- 03/2017 yang mana permohonan ini telah ditolak oleh MTSA. Rayuan Plaintif ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan atas keputusan ini juga ditolak. [11] Pada setiap masa Plaintif diwakili oleh Peguam dan beliau mempunyai pengetahuan terperinci berkenaan fakta-fakta berkaitan Harta Pesaka Simati dan semua perintah berkaitan dengannya yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. [12] Defendan 1 menghujahkan bahawa beliau telah memfailkan permohonan untuk Surat Kuasa Mentadbir melalui Saman Pemula No. BA-31NCVC-35-01/2017 dan MTSA telah membenarkan permohonan Defendan 1 dan Surat Kuasa Mentadbir telah dikeluarkan pada 9.1.2019 selepas keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan Plaintif dan semua asset telah dibahagikan. 6 [13] Selain itu Plaintif juga gagal membayar kos-kos yang telah diawadkan kepada Defendan-defendan oleh MTSA, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. [14] Plaintif meneruskan dengan memfailkan Saman Pemula Ex parte No. BA-31NCVC-154-03/2017 yang menggunakan wasiat yang telah diisytiharkan tidak sah dan MTSA telah menolak permohonan Plaintif ini. [15] Plaintif meneruskan dakwaan yang tidak berasas terhadap Defendan-defendan dan mendakwa D2 sebagai tidak jujur dan amanah, menggunakan pengaruh tidak wajar terhadap Plaintif. [16] Ketika permohonan oleh Defendan-defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif disini, alasan sama dikemukakan oleh mereka bahawa asas tindakan Plaintif tidak lagi wujud kerana wasiat simati yang disandarkan oleh Plaintif telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan melalui Rayuan Sivil B-02(NCVC)(A)-781-04/2018 dan 08(F)-630-12/2018 masing-masing. Oleh itu Mahkamah ini pada 27.5.2021 telah membenarkan permohonan Defendan-defendan dan tindakan Plaintif dibatalkan. [17] Mahkamah juga telah meneliti Penyata Saksi Plaintif dimana soalan-soalan di perenggan 1-26, 42 dan 43 tidak diplidkan didalam penyataan tuntutan Plaintif. 7 [18] Selain itu Plaintif didalam penyata saksinya iaitu di Jawapan untuk Soalan No. 36 - 55 telah menyebut nama-nama beberapa orang berdasarkan perbualan beliau dengan mereka, namun ini terjumlah kepada satu keterangan dengar cakap kerana mereka ini seperti peguam-peguam terdahulu iaitu Nadarajah, Thyageswaran, Manoharan dan Selvaraj Proctor. [19] Plaintif mempunyai pengetahuan berkenaan dengan kedudukan wasiat simati yang telah diisytiharkan tidak sah tetapi masih menggunakanya untuk kepentingan dirinya dengan memfailkan pelbagai tindakan di mahkamah. [20] Keesahan wasiat simati telah pun dicabar, didengar dan dibicarakan dengan sepenuhnya dan permohonan untuk Geran Probet tidak dibenarkan kerana wasiat itu didapati tidak lagi sah kerana Defendan 1 berjaya menimbulkan isu-isu yang meragukan ketika penyediaan wasiat simati dan Mahkamah Rayuan telah memutuskan untuk mengekalkan kaveat dan tidak membenarkan Geran Probet dikeluarkan. [21] Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan ini, Plaintif tidak seharusnya memfailkan apa-apa jua tindakan bersandarkan kepada wasiat simati tersebut kerana ianya tidak lagi efektif dan tidak boleh digunakan namun Plaintif masih meneruskan dengan memfailkan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di MTSA melalui Saman Pemula BA-31NCVC-154-03/2017 yang mana akhirnya ditolak oleh Mahkamah. 8 [22] Plaintif jelas didalam Penyata Tuntutannya dahulu telah dengan jelas menyatakan bahawa beliau diwakili peguam dan menerima segala suratcara dan alasan penghakiman YA Hakim yang menjelaskan sebab kepada keputusan yang diberi namun Plaintif masih enggan berhenti dari memfailkan tindakan terhadap Defendan-defendan dan memplidkan fakta-fakta yang tidak berasas dan tidak disokong oleh bukti-bukti yang kukuh. [23] Setelah Mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi dan affidavit yang difailkan oleh pihak-pihak, maka atas beban bukti imbangan kebarangkalian mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan balas Defendan-defendan dan Plaintif diisytiharkan sebagai litigant yang menyusahkan (vexatious litigant); Plaintif tidak dibenarkan untuk mengambil apa jua tindakan undang-undang atas Defendan-defendan berpremiskan wasiat simati ini tanpa kebenaran Mahkamah terlebih dahulu dan perintah ini hendaklah digazetkan. Kos tindakan adalah sebanyak RM 10,000 untuk dibayar oleh Plaintif kepada setiap Defendan. Bertarikh 15 Disember 2021 t.t (NORLIZA BINTI OTHMAN) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.