Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR (BIDANG KUASA JENAYAH) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (DALAM KES JENAYAH NO: WA-83D-9955-09/2022) ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-83D-9955-09/2022
Magistrates Court of Malaysia8 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ia eFILING portal 25 pendakwaan seperti mana dalam kes Mohamad Radhi (ibid) putuskan seperti berikut:- “…To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutte”
“ral word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge. This is recognized in the present Drugs Ordinance which provides, by the presumption already cited, that if a man has custody or control of a drug the onu”
“erangannya yang boleh disangkal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 [33] Mahkamah merujuk kepada kes Muthusamy v Public Prosecutor [1948] MLJ 57, di mana Mahkamah telah memutuskan penggunaan seksyen 145 adalah sepertimana yang berikut : The proper way to”
“n satu penangguhan pelaksaan hukuman penjara dan sebat. Peguam merujuk kepada Ganesan v PP [1983] 2 MLJ 369, PP v Muhammad Faris bin Amran [2023] MLJU 2650, PP v Shanthos a/l K Asoghan dan lain-lain [2022] MLJU 587 bagi menyokong permohonan penggantungan. [88] Mahkamah merujuk kepada seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah”
“his document via eFILING portal 38 [87] Peguam bela memohon satu penangguhan pelaksaan hukuman penjara dan sebat. Peguam merujuk kepada Ganesan v PP [1983] 2 MLJ 369, PP v Muhammad Faris bin Amran [2023] MLJU 2650, PP v Shanthos a/l K Asoghan dan lain-lain [2022] MLJU 587 bagi menyokong permohonan penggantungan. [88] M”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR (BIDANG KUASA JENAYAH) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (DALAM KES JENAYAH NO: WA-83D-9955-09/2022) ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Dalam perbicaraan jenayah ini, Tertuduh telah dipertuduhkan menurut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki Heroin seberat 4.06 gram dan Monoacetylmorphine 1.09 gram. Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut: PERTUDUHAN PERTAMA BAHAWA KAMU PADA 27/08/2021 JAM LEBIH KURANG 3.15 PETANG, DI HADAPAN KEDAI PENJUAL BARANG HIASAN DAN PAKAIAN BOLLYWOOD, JALAN TUN SAMBATHAN, DI DALAM DAERAH BRICKFIELDS, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, DIDAPATI DALAM MILIKAN KAMU DADAH BERBAHAYA IAITU HEROIN BERAT BERSIH 4.06 GRAM. OLEH ITU KAMU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12 (2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39A (1) AKTA YANG SAMA. HUKUMAN: JIKA SABIT KESALAHAN DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA BAGI SUATU TEMPOH TIDAK KURANG DARIPADA 2 TAHUN TETAPI TIDAK LEBIH DARIPADA 5 TAHUN, DAN JUGA AKAN DIKENAKAN HUKUMAN SEBAT TIDAK KURANG DARIPADA 3 SEBATAN TETAPI TIDAK LEBIH DARIPADA 9 SEBATAN. PERTUDUHAN KEDUA BAHAWA KAMU PADA 27/08/2021 JAM LEBIH KURANG 3.15 PETANG, DI HADAPAN KEDAI PENJUAL BARANG HIASAN DAN PAKAIAN BOLLYWOOD, JALAN TUN SAMBATHAN, DI DALAM DAERAH BRICKFIELDS, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, DIDAPATI DALAM MILIKAN KAMU DADAH BERBAHAYA IAITU MONOACETYLMORPHINES BERAT BERSIH 1.09 GRAM. OLEH ITU KAMU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12 (2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 12 (3) AKTA YANG SAMA. HUKUMAN: JIKA SABIT KESALAHAN DENDA TIDAK LEBIH DARIPADA RM 100,000 ATAU DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK LEBIH 5 TAHUN ATAU KEDUA DUANYA SEKALI.
2
Dalam perbicaraan peringkat pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi bagi membuktikan tertuduh telah memiliki dadah berbahaya . Saksi-saksi tersebut adalah seperti berikut: SP1. Insp Mohd Izar Hijazz Bin Mohd Hashim-Pengadu/ Pegawai Serbuan SP2. Kpl Yeong Wen Xi-Anggota Serbuan SP3. Puvenes A/P Subramaniam-Pemandu Kenderaan SP4. En. Mohd Najif Bin Ab Rahman-Ahli Kimia SP5. D/Kpl Mohamad Danial Bin Sabri-Jurufoto SP6. Insp Mohd Izar Hijazz Bin Mohd Hashim-Pegawai Penyiasat
3
Di akhir kes pendakwaan, timbalan pendakwa raya tidak menawarkan saksi kepada peguam bela.
4
Saksi pendakwaan telah memberikan keterangan seperti berikut:
a
Pada 27 Ogos 2021 jam lebih kurang 3.15 petang, bertindak atas maklumat dadah, SP1 bersama-sama dengan beberapa orang anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK KL telah menghadang satu kenderaan jenis Chevrolet berwarna merah tua (maroon) bernombor pendaftaran PJY6665 di tepi Jalan Tun Sambanthan, Brickfields KL iaitu di hadapan premis pakaian Bollywood dan barang hiasan;
b
SP1 telah menggunakan tiga (3) kenderaan polis yang tidak berlambang iaitu kenderaan Mitsubishi Triton, Honda Accord dan Proton Inspira di mana Mitsubishi Triton berada di hadapan kereta Chevrolet, di sebelah kiri adalah kenderaan Honda Accord dan di belakang adalah Proton Inspira;
c
SP1 menyatakan kenderaan tersebut berada dalam petak letak kereta dengan enjin masih hidup. Apabila tertuduh menyedari kehadiran kereta-kereta polis yang menghadang kereta Chevrolet yang dinaiki oleh Tertuduh dan SP3, Tertuduh telah membuka pintu penumpang hadapan dan keluar daripada kereta tersebut;
d
SP1 telah membuat tangkapan terhadap Tertuduh yang cuba melarikan diri. Hasil pemeriksaan badan telah menjumpai 1 plastik hitam di tangan kanan Tertuduh. SP1 telah membuka plastik hitam dan telah menjumpai 2 peket lutsinar yang disyaki dadah jenis heroin;
e
SP3 yang berada dalam kereta turut ditangkap oleh anggota serbuan yang lain;
f
Setelah dijumpai dadah berbahaya tersebut, SP1 dan pasukannya telah membawa Tertuduh dan SP3 tersebut ke IPK Kuala Lumpur. Selepas urusan tangkapan dan pemeriksaan dibuat, SP1 telah arahkan anggota menyiapkan borang senarai geladah, setelah meneliti, SP1 telah menurunkan tandatangan. SP1 telah membuat timbangan berat ke atas barang kes, membuat tandaan barang kes, memberikan arahan untuk menyediakan Borang Bongkar (P8) dan menyediakan Borang Serah Menyerah (P9). Kemudian SP1 telah membuat Laporan Polis (P10). Beliau kemudiannya telah menyerahkan kesemua barang-barang kes yang dirampas bersama-sama dengan Tertuduh kepada Pegawai Penyiasat (SP6);
g
Pada hari yang sama, jam lebih kurang 9.00 malam Pegawai Penyiasat (SP6) telah menerima Tertuduh dan SP3 berserta dokumentasi yang lain daripada SP1. Kemudiannnya, SP6 telah menimbang semula barang kes di hadapan SP1 dan Tertuduh. Hasil timbangan barang kes dadah adalah sama dengan timbangan berat dalam laporan polis (P10). Kemudian, SP6 telah menyimpan kesemua barang kes dalam laci berkunci di dalam pejabat SP6 yang hanya SP6 SP6 mempunyai akses terhadap laci berkunci tersebut. Pada 28 Ogos 2021, SP6 bersama SP1 dan jurufoto telah melawat tempat kejadian dan SP6 telah mengarahkan jurufoto untuk mengambil 7 keping gambar tempat kejadian (P1)(A-G). Pada 29 Ogos 2021, SP6 telah mengeluarkan barang kes dan mengarahkan jurufoto untuk merakam dua gambar barang kes selepas tandaan dibuat. Pada 8 September 2021, SP6 telah menyerahkan barang kes kepada Ahli Kimia (SP4) untuk dianalisa. SP4 telah menerima barang kes tersebut dan mengeluarkan Resit Penerimaaan Kimia (P12). Ahli Kimia tersebut telah menjalankan pemeriksaan dan analisa terhadap dadah-dadah tersebut;
h
Setelah dijalankan pemeriksaan dan analisa, SP4 telah menerangkan keseluruhan pemeriksaan dan analisa yang dijalankan semasa di Mahkamah dan mengesahkan bahawa bahan-bahan yang dirujuk tersebut (P6) mengandungi Heroin seberat 4.06 gram dan monoacetylmorphine 1.09 gram. Heroin dan Monoacetylmorphine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952;
i
Semasa pemeriksaan dan analisa yang dijalankan, dadah-dadah yang dirujuk tersebut sentiasa berada dalam kawalan dan jagaan SP4 dan telah menyimpannya dalam kabinet besi berkunci beliau yang mana beliau seorang sahaja mempunyai akses dan kawalan kepada kunci tersebut. Pada 9 Disember 2021, ekshibit-ekshibit tersebut telah diserahkan semula masing-masing oleh bersama-sama dengan Laporan Kimia (P13) kepada yang mana kemudiannnya telah menyerahkan kepada penjaga stor barang kes untuk simpanan selamat. [5] Mahkamah ini berpuashati dengan keterangan Ahli Kimia (SP4) mengenai pemeriksaan dan analisa yang dijalankan. Ahli Kimia mempunyai kelayakan dan pengalaman pengalaman kerja 6 tahun sebagai semasa analisa tersebut dijalankan dan memberikan keterangan-keterangan di Mahkamah mengenai dadah berbahaya, menjadikan keterangannnya kredibel dan diterima oleh Mahkamah ini. Mahkamah ini berpendapat bahawa kesemua ekshibit-ekshibit telah berada di dalam kawalan dan jagaannya dengan baik pada setiap masa. Justeru itu, mahkamah ini menerima keterangan Ahli Kimia tanpa sebarang keraguan jua. C. INTIPATI-INTIPATI PERTUDUHAN [6] Di dalam pembuktian kedua-dua pertuduhan, beban pembuktian adalah terletak di atas pihak pendakwaan untuk membuktikan membuktikan tiga (3) elemen atau intipati utama seperti di bawah berikut:
a
Dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya sepertimana vyang ditakrifkan dalam Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952;
b
Tertuduh mempunyai pemilikan dadah-dadah berbahaya tersebut; dan
c
Bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut. [7] Intipati pertama pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa barang kes yang dirampas dan dijumpai dalam milikan Tertuduh adalah dadah yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 “dangerous drug” means any drug or substance which is for the time being comprised in the First Schedule [8] SP4 mengesahkan bahawa kedua-dua jenis dadah yang diperiksa adalah di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya adalah memadai. Pemilikan: Kawalan dan Jagaan Dadah Berbahaya [8] Prinsip pemilikan dibincangkan dalam kes: Public Prosecutor v. Badrulsham bin Baharom (1987) 2 MLRH 541,; (1988) 2 MLJ 585 mukasurat 588: “...I believe it is well settled at least by our Courts that to establish possession by an accused person of any dangerous drugs or to impute to him possession of the said drugs it mus be first to shown that he had knowledge of the drugs which were found to be in his possession. The earliest authority, which I could find, that expounded this principle is the case of Chiah Tian V Rex (1973) 1 MLRH 455; (1937) 6 MLJ the then Chief Justice of Singapore said at P106: “In my opinion, possession to be an offence must be possession under such circumstances that a court it justified in finding the accused (or the servant in cases of constructive possession). As Pollock C.B. put it The Queen V Wooddrow 16 L.J.M.C 122,’ a man can hardly be said to be in possession of anything without knowing it’ and I think that a person is not guilty of an offence possession if he is not aware of the possession” [9] Prinsip ini turut dapat dilihat dalam kes: Leow Nghee v. Reg (1955) 1 MLRH 614,; (1956) 22 MLJ 28, 29, Taylor J menyatakan bahawa: “………in some of the cases it has been said that without knowledge there can be no possession. In others, “in possession” has been read as “knowingly in possession” by application of the doctrine of mens rea. In some instances either view leads to the same result but not in all.the dicta does not make what degree of knowledge is meant. Also in some of the statutes, “possession” and “knowledge” have been treated separately and much confusion has resulted………. The word “possession” is a vague and general word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge. This is recognized in the present Drugs Ordinance which provides, by the presumption already cited, that if a man has custody or control of a drug the onus of proving, first that he did not have possession, and secondly that he did not know the nature of the drug, shall be shifted to him…… There is no presumption of custody…….. Unless custody was established, the chain of reasoning is broken. Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and the power of control over them, not amounting to possession. The prosecution must therefore prove that the appellant and his wife had custody or control of the drugs. To do this, the presecution must establish a common intention between the appellant and his wife. The case against the appellant cannot succeed unless there is evidence of such common intention or evidence from which such common intention can properly be inferred. [10] Dalam kes kes Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 di ms 402, Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa: Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristic. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him power of disposal over the thing. If these factors are absent, his possession can raise no presumption of mens rea without which (except by statute) possession cannot be criminal … [11] Pihak pendakwaan perlu membuktikan pemilikan bukan hanya setakat fizikal namun juga mens rea. Mahkamah merujuk kepada kes-kes berikut yang menyatakan pemilikan bukan sahaja mempunyai kawalan barangan tersebut tetapi juga mempunyai pengetahuan barangan tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Fun Seong Cheng v Public Prosecutor [1997] 3 SLR 523, Mahkamah Rayuan Singapura: “…Clearly in order to prove that the appellant was in possession, he must have physical control over the drugs. It is a matter of fact whether someone had physical control over an item....Physical control is not enough for the purpose of proving possession. There needs to be mens rea on the part of the accused. [12] Juga merujuk kes Public Prosecutor v Muhammad Nasir bin Shaharuddin & Anor [1994] 2 MLJ 576; [1992] 2 MLRH 390; [1992] 3 CLJ 408, Visu Sinnadurai J memutuskan berkaitan dengan “possession” seperti berikut “ Possession is not defined in the DDA. However it is now firmly established that to constitute possession, it is necessary to establish that; (a) the person had knowledge of the drugs; and (b) that the person had some form of control or custody of drugs. [13] Persoalan mengenai isu pengetahuan tidak boleh dibuktikan secara keterangan terus dan ianya berdasarkan fakta kes atau keadaan sekeliling. D. BEBAN DAN TAHAP PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [14] Pengujian kes secara prima facie telah diputuskan di dalam kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 302 di mana mahkamah memutuskan bahawa: “The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt” “A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3)...” [15] Begitu juga di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 d dinyatakan sebagai; “A judge sitting alone must subject the prosecution evidence to the maximum evaluation and ask himself the question “ if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contain in the prosecution case?” If the answer was in the negative, then no prima facie case had been made out and the accused would be entitled to an acquittal…” E. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [16] Setelah mendengar segala keterangan saksi-saksi pendakwaan, persoalan sama ada Tertuduh mempunyai pengetahuan pemilikan dadah. Pengetahuan merupakan salah satu elemen mengenai pemikiran seseorang. Untuk membuktikan pemilikan elemen pengetahuan perlulah diambil kira melalui perlakuan-perlakuan mahupun ketinggalan-ketinggalan oleh Tertuduh. Pengetahuan itu tidak dapat dibuktikan melalui keterangan langsung. Ianya perlulah diambil kira melalui keadaan persekitaran. Secara ringkasnya, mahkamah perlu membuat inferen melalui semua fakta-fakta dan keadaan persekitaran kes tersebut dengan memberikan penekanan terhadap kredibiliti saksi-saksi. [17] Dadah tersebut tidak dijumpai dalam kereta dan SP3 telah mengesahkan bahawa tiada barang terlarang dalam kereta sebelum menjemput Tertuduh. SP1 mengesahkan bahawa barang kes dijumpai pada tangan kanan Tertuduh dan bukan dalam kereta sepertimana dicadangkan oleh peguam bela. [18] Semasa memberikan keterangan, saksi SP1 telah menyatakan apabila sebuah kereta Chevrolet telah berhenti dengan enjin hidup di hadapan kedai Bollywood, tiga kereta polis telah menghadang kereta Chevrolet. Penumpang depan kereta Chevrolet telah membuka pintu secara tertiba-tiba. SP1 menyatakan bahawa beliau tidak kesempatan menjerit polis atau memperkenalkan diri dan SP1 terus bertindak mengejar tertuduh yang cuba melarikan diri dan terus membuat tangkapan. Hasil pemeriksaaan badan Tertuduh telah menjumpai plastik hitam dan di dalam ada dua lagi peket plastik lutsinar yang mengandungi dadah. [19] SP2 mengesahkan bahawa tindakan tertuduh yang cuba melarikan dan SP2 terus ke arah pemandu kereta dan membuat tangkapan ke atas SP3. [20] Peguam bela telah menimbulkan keraguan bahawa terdapat individu yang ketiga dalam kereta Chevrolet yang telah dikatakan melarikan diri dari pintu belakang dan mencadangkan dadah tersebut adalah milik individu ketiga. Dalam meneliti isu ini, Mahkamah mendapati melalui keterangan pegawai serbuan, SP1 dan anggota serbuan, SP2 adalah konsisten di mana tiada kelihatan individu yang ketiga terlibat. [21] Mahkamah mempercayai keterangan saksi pendakwaan kerana kejadian berlaku dengan pantas dan kereta tersebut telah dikepung dan anggota serbuan terus membuat tangkapan. SP2 telah bergerak ke arah pemandu kereta, SP3 dan tidak melihat mana-mana orang yang keluar daripada pintu belakang sebelah pemandu. Ianya merupakan serbuan serta-merta sejurus B1 buka pintu dan turun daripada kereta. Tindakan pantas oleh pihak polis dapat menangkap kedua-dua Tertuduh dan SP3. [22] Berdasarkan keseluruhan keterangan saksi pendakwaan, Tertuduh mempunyai pemilikan dadah dan bukan seperti dakwaan bahawa dadah dikatakan dijumpai dalam kereta. Saksi pendakwaan kekal dengan versi dan konsisten walaupun diperiksa balas oleh peguam bela. Kredibiliti saksi pendakwaan tidak tergugat. [23] Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah, di mana dadah dijumpai di tangan kanan yang dia mempunyai kuasa untuk melupuskan dadah tersebut atau memindahkan dadah tersebut. Namun persoalan kedua adalah sama ada Tertuduh juga mempunyai pengetahuan dadah? [24] Elemen pengetahuan hanya boleh ditentukan melalui inferen terhadap perbuatan, tindakan ataupun ketinggalan di pihak Tertuduh. Penentuan pengetahuan adalah mengikut fakta kes. Mahkamah Rayuan dalam kes: Surentheran Selvaraju v. Public Prosecutor (2005) 2 CLJ 264 menyatakan: “……….There is, if at all, very seldom available direct proof of the knowledge that is necessary to constitute possession. In almost every case, proof of knowledge has to be by way of inference from the proven circumstances. One set of circumstances different from another. In any given case, whether knowledge is inferable depends on the particular circumstances of the case and a proper appreciation of them. We have to look at the particular circumstances of this case and assess them independently, without being influenced by what may have been decided in some other cases under a different set of circumstances………….” [25] Pengetahuan tentang dadah tidak disekat hanya dadah tersebut tidak dapat dilihat terus. Dalam Zulfikar bin Mustaffah v. Public Prosecutor (2001) 1 SLR 633, Mahkamah Rayuan Singapura telah memberikan pandangan diatas isu yang sama seperti berikut: “………………While the fact that the contents of the bundles were hidden from view may have been relevant in determining whether the requisite knowledge was absent., this factor should still not be given too much weight. Otherwise, drug peddlers could escape liability simply by ensuring that any drugs coming into their possession are first securely sealed in opaque wrappings. Rather the court must appraise the entire facts of the case to see if the accused’s claim ignorance is credible……….” [26] Begitu juga dalam kes: Tong Peng Hong v. Public Prosecutor (1955) MLJ 232 pula diputuskan: “………..if something be found, for example, in a beg which I am carrying or in a box to which I hold the key it is extremely reasonable to suppose, unless I produce some satisfactory evidence to the contrary, that I know all about it…………….” [27] Dengan meneliti keterangan saksi SP1 dan SP2, secara jelas menyatakan Tertuduh cuba melarikan setelah menyedari terdapat kereta yang menghadang kereta Chevrolet. Sebelum polis sempat bertindak, Tertuduh cuba melarikan diri dan bergelut dengan pihak polis. [28] Semasa penghujahan, pihak peguam telah mencabar hebat mengenai kebenaran borang bongkar (P8). Peguam bela menghujahkan bahawa keterangan tersebut tidak wajar diterima memandangkan SP1 tidak menyediakan dokumen tersebut. SP1 mengarahkan salah seorang anggota serbuan untuk mengisi butiran dalam P8. SP1 telah menjelaskan bahawa SP1 yang menandatangani borang tersebut selepas meneliti borang tersebut. [29] Peguam bela mempersoalkan ketepatan bahawa barang kes dijumpai di tangan Tertuduh memandangkan butiran bukan diisikan oleh SP1. Mahkamah mendapati bahawa ketepatan maklumat telah dipastikan oleh SP1 dan SP1 menurunkan tandatangan untuk mengesahkan butiran tersebut. SP1 mempunyai pengetahuan tentang butiran di P8 memandangkan beliau yang memberikan arahan kepada anggota untuk membantunya mengisi dan setelah butiran diisikan, beliau telah meneliti dokumen tersebut. Adalah jelas, kandungan P8 adalah sama seperti laporan polis [P10] yang mana peguam bela tidak mencabar ketepatan laporan polis. Rampasan yang dinyatakan dalam laporan polis [P10] adalah konsisten dengan butiran dalam borang P8. [30] Dalam meneliti isu terdapat keraguan pemilikan dadah, Peguam bela telah menyatakan terdapat keraguan memandangkan terdapat individu yang ketiga terlepas daripada tangkapan. SP3 menyatakan terdapat seorang kawan yang bernama Dinesh berada dalam kereta sebelum serbuan. Selain itu, SP3 memberikan keterangannya di Mahkamah pada 8 September 2023 apabila ditanya oleh pihak pendakwaan iaitu: Soalan: semasa OKT duduk dalam kereta sehingga dia turun dari kereta, dan sehingga dia ditangkap sama ada OKT ada memegang plastik hitam?” Jawapan: tiada [31] Pihak pendakwaan menyatakan keterangan SP3 bercanggah dengan rakaman percakapan dan telah memohon kredibiliti SP3 dicabar. pihak pendakwaan telah memohon kepada Mahkamah ini agar prosiding untuk mencabar kredibiliti SP3 (impeachment proceeding) dimulakan ke atas SP3 di bawah seksyen 155 (c) Akta Keterangan 1950. Pihak pendakwaan untuk menghujahkan bahawa keterangan SP3 wajar dipadamkan dari rekod Mahkamah ini. [32] seksyen 155 (c) Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan bahawa:
155
Mencabar kebolehpercayaan saksi Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara yang berikut oleh pihak menentang atau, dengan izin mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya:
a
dengan keterangan yang diberikan oleh orang yang menyatakan bahawa mengikut pengetahuan mereka tentang saksi itu mereka percaya saksi itu tidak boleh dipercayai;
b
dengan membuktikan bahawa saksi itu telah disogok, atau telah menerima tawaran sogokan, atau telah menerima apa-apa dorongan rasuah yang lain untuk memberikan keterangannya;
c
dengan membuktikan pernyataan dahulu yang tidak selaras dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh disangkal [33] Mahkamah merujuk kepada kes Muthusamy v Public Prosecutor [1948] MLJ 57, di mana Mahkamah telah memutuskan penggunaan seksyen 145 adalah sepertimana yang berikut : The proper way to apply the sections is this. On the request of either side, the court reads the former statement. If there is noserious discrepancy the court so rules and no time is wasted. The first necessity is to read it with the confident expectation that it will be different from the evidence but looking judicially to see whether the difference really is so serious as to suggest that the witness is unreliable. Differences may be divided into four classes:
a
Minor differences, not amounting to discrepancies;
b
Apparent discrepancies;
c
Serious discrepancies
d
Material contradictions. Minor differences are attributable mainly to differences in interpretation and the way in which the statement was taken and sometimes to differences in recollection. A perfectly truthful witness may mention a detail on one occasion and not remember it on another. A mere omission is hardly ever a discrepancy. The police statement is usually much briefer than the evidence. Both the statement and the evidence are usually narratives reduced from question and answer. The witness is not responsible for the actual expressions used in either, and all the less so where he does not speak English. If the police statement gives an outline of substantially the same story there being no apparently irreconcilable conflict between the two on any point material to the issue, the magistrate should say at once: “The difference is not such as to affect his credit an hand the statement back. If, however, the difference is so material as probably to amount to a discrepancy affecting the credit of the witness, the court may permit the witness to be asked whether he made the alleged statement. If he denies having made it, then either the matter must be dropped or the document must be formally proved, by calling the writer or, if he is not available, by proving in some other way that the witness did make the statement. If the witness admits making the former statement, or is proved to have made it, then the two conflicting versions must be carefully explained to him, preferably by the court, and he must have a fair and full opportunity to explain the difference. If he can, then his credit is saved, though there may still be doubt as to the accuracy of his memory. This procedure is cumbersome and slow and therefore should not be used unless the apparent discrepancy is material to the issue. [34] Pihak pendakwaan telah menunjukkan percanggahan kepada Mahkamah. Pihak pendakwaan merujuk kepada rakaman percakapan SP3 yang telah ditandakan sebagai P17, SP3 telah menyatakan “kemudian Premanaathan telah membuka pintu kereta dan melarikan diri dengan membawa bungkusan plastik hitam bersamanya”. Mahkamah berpuas hati bahawa percanggahan keterangan SP3 di Mahkamah dan rakaman percakapan beliau adalah material kerana melibatkan pemilikan dadah oleh Tertuduh. [35] Pihak pendakwaan telah memanggil pegawai perakam Insp Nur Ismail Bin Misnan (SP7) yang merekodkan percakapan P17. Keterangan SP7 boleh dirumuskan seperti berikut a. SP7 telah mengesahkan SP3 yang memberikan pernyataan sepertimana dalam P17; b. SP7 menyatakan SP3 faham soalan-soalan yang ditanya; c. SP7 mengesahkan SP3 telah diberi amaran di bawah seksyen 37B(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952; dan d. SP7 telah mengesahkan pernyataan telah dibacakan semula kepada SP3 selepas rakaman dan SP3 telah sahkan kandungan adalah betul dan benar dengan mengangguk. [36] Semasa disoal balas oleh pihak pendakwaan semasa prosiding impeachment: a. SP3 hanya menyatakan SP3 tidak tahu kandungan P17; b. SP3 menafikan kandungan P17; dan c. SP3 tidak dapat menjelaskan bagaimana ayat yang begitu spesifik “kemudian Premanaathan telah membuka pintu kereta dan melarikan diri dengan membawa bungkusan plastik hitam bersamanya” boleh berada dalam P17 jika tidak dinyatakan olehnya semasa rakaman percakapan diambil. [37] Peguam bela turut memeriksa SP7 dan mencadangkan terdapat kesilapan bangsa cina dinyatakan dalam P17. SP7 mengakui terdapat kesilapan memandangkan SP3 mempunyai ibu berbangsa Cina dan bapa berbangsa India. Turut dinyatakan bahawa SP3 dalam keadaan bergari apabila dibawa ke SP7. Peguam bela mencadangkan bahawa P17 adalah tidak tepat apabila SP3 tidak boleh membaca dan hanya menurunkan tandatangan. [38] Mahkamah mendapati penerangan SP3 bahawa beliau tidak mengetahui apa yang diberikan dan keterangan P17 adalah tidak betul hanya bersifat penafian semata-mata. Apabila SP3 memberikan keterangan di Mahkamah, SP3 telah memberikan versi yang berbeza dan menyatakan Tertuduh tidak ada bawa beg plastik hitam apabila turun daripada kereta dan menyatakan bahawa beg plastik wujud selepas Tertuduh ditangkap. Apabila pemeriksaan balas, pihak pendakwaan mendapati jawapan yang diberikan SP3 bercanggah dengan rakaman percakapan SP3, pihak pendakwaan tidak meneruskan pemeriksaan semula dan memohon penangguhan. Pihak pendakwaan memohon saksi tersebut tidak dilepas dan pohon dipanggil semula pada tarikh akan datang. [39] Mahkamah telah membenarkan penangguhan mengambil kira terdapat perubahan keterangan SP3 dan ingin mencabar kredibiliti SP3. Pada 27 Oktober 2023, pihak pendakwaan menyatakan SP3 tidak dapat dihubungi dan memohon waran tangkap ke atas saksi dikeluarkan. Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas SP3. Waran tangkap gagal dilaksanakan pada 31 Oktober 2024 dan waran tangkap dilanjutkan sehingga 6 Disember 2024. SP3 akhirnya hadir dan menjelaskan beliau tidak hadir kerana beranggapan kes selesai. Namun, keterangan SP3 adalah tidak boleh dipercayai memandangkan Mahkamah dengan jelas menyatakan SP3 tidak dilepaskan dan SP3 tidak dapat dihubungi sehingga waran tangkap dikeluarkan dan hebahan melalui sosial media dilakukan. [40] Walaupun SP3 tidak boleh membaca namun SP3 fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia dan memberikan keterangan yang Bahasa Malaysia di Mahkamah. Mahkamah mendapati bahawa rakaman percakapan SP3 telah diterangkan SP7 dan juga tiada elemen ugutan atau dorongan. Amaran turut diberikan dan rakaman tersebut diulangi dan SP3 tiada pindaan terhadap keterangan yang direkodkan. SP3 juga memberikan keterangan dalam keadaan selesa dan selamat di mana SP3 dibuka gari semasa rakaman percakapan diambil. [41] Setelah mendengar penjelasan SP3, Mahkamah mendapati SP3 hanya memberikan alasan berunsur penafian menyatakan bahawa SP3 tidak mengetahui rakaman percakapannya. Mahkamah mendapat kredibilti SP3 dicabar dan keterangannya SP3 tidak wajar diterima oleh Mahkamah kerana SP3 mempunyai pengetahuan rakaman percakapan dan mampu memahami keterangan yang telah dibacakan semula. Hal ini kerana pegawai perakam hanya dapat merekodkan keterangan yang terperinci berdasarkan keterangan SP3 memandangkan tiada apa-apa bukti dikemukakan bahawa SP7 mempunyai pengetahuan insiden sebelum rakaman percakapan dilakukan. SP3 merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai. [42] Oleh itu, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, Mahkamah membuat inferens bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan dengan tindakan cuba melarikan apabila melihat kehadiran kereta polis. [43] Sungguhpun begitu, sekiranya benar ada wujud individu ketiga yang pernah hadir di dalam kereta tersebut, namun keterangan saksi pendakwaan adalah kukuh bahawa dadah dijumpai pada tangan kanan Tertuduh. [44] Dalam kes ini, saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah Heroin dan Monoacetylmorphines yang menjadi hal perkara asas dalam pertuduhan. Tertuduh juga didapati mempunyai pengetahuan “Mens Rea” terhadap dadah tersebut. Mahkamah ini telah membuat penilaian secara maksima terhadap semua keterangan-keterangan termasuk kredibiliti saksi-saksi, dan Mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan membuktikan suatu kes “Prima Facie” terhadap Tertuduh dengan memanggil Tertuduh untuk membela diri ke atas kedua-dua pertuduhan. [45] Tiga pilihan membela diri telah diterangkan kepada Tertuduh dan setelah berunding dengan peguam bela, Tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. F. KES PEMBELAAN Beban Pembuktian di Akhir Kes Pembelaan [55] Di akhir kes pembelaan, mahkamah ini telah merujuk kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073 mengenal pasti tugas-tugas mahkamah sebelum keputusan akhir dibuat. Tugas pembelaan adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan seperti mana dalam kes Mohamad Radhi (ibid) putuskan seperti berikut:- “…To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP). If the defence is called, the duty of the accused is only to case a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established ‘reasonable doubt’ test, rather than delve in the ‘believe and convincing’ test before applying the ‘reasonable doubt’ test..” [56] Mahkamah ini telah merujuk kepada kes Arulpragasan a/l Sandaraju v. Public Prosecutor (1997) 1 MLRA 588,; (1997) 1 MLJ at. 76 (FC), Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: “.........the second stage comes after the defence has been called. The defence can either rebut the prosecution evidence or raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case. At the end of the defence case, it is the duty of court to consider the defence evidence in the light of the prosecution evidence. The Court considers the case as a whole. Then and only then, the court will make a finding on the guilt of the accussed. This is pursuant to section 183 of the Code.......” [57] Justeru itu, di akhir kes pembelaan, mahkamah ini perlu menimbangkan sama ada dalam keterangan-keterangan kes pembelaan telah mewujudkan apa-apa jua keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [58] Dalam kes pembelaan, Tertuduh telah dipanggil untuk memberikan keterangan membela diri secara bersumpah. Tertuduh turut memanggil satu saksi pembelaan yang dikatakan individu yang bersama dengan Tertuduh dalam kereta. [59] Pembelaan Tertuduh bolehlah dinyatakan seperti berikut:
a
Pada hari kejadian, SP3 merupakan teman wanita Tertuduh telah meminta Tertuduh untuk menemannya untuk membeli kipas.
b
SP3 telah membawa kereta Chevrolet PJY6665 dan menjemput Tertuduh dan bergerak ke Brickfields. SP3 telah meletakkan kereta di hadapan kereta Bollywood.
c
Kawan Tertuduh, nama gelaran Dinesh, telah menelefon Tertuduh untuk pinjam wang ke Penang.
d
Apabila Tertuduh telah sampai, Tertuduh telah menelefon Dinesh, dan beritahu bahawa Tertuduh telah sampai.
e
Dinesh telah datang dan masuk kereta, dan selepas itu, dia duduk dan bercakap dengan Tertuduh yang dia hendak pergi ke kuil di Penang.
f
Selepas itu, kereta yang dinaiki Tertuduh telah dikepung, dan Tertuduh menyatakan dia tidak mengenal siapa yang kepung kerana dalam keadaan kabur.
g
Tertuduh cuba membuka pintu tetapi tidak boleh buka dan Dinesh telah keluar dari pintu belakang.
h
Kemudian, pihak polis telah tangkap dan gari Tertuduh.
i
Tertuduh menyatakan tiada apa-apa barang dijumpai bersama Tertuduh. [60] Keterangan Haritharan a/l Ellammaran SD2, yang mempunyai nama panggilan Dinesh adalah seperti berikut: a) SD2 pinjam duit daripada Tertuduh dan berjumpa Tertuduh di Brickfields. b) Selepas Tertuduh sampai, SD2 ke kereta Chevrolet dan masuk ke dalam kereta. c) Lebih kurang 5-10 minit, terdapat 2 atau 3 kereta yang halang kereta Chevrolet. d) SD2 takut dan terus keluar daripada kereta dan tidak toleh belakang dan terus lari. e) SD2 tidak melihat Tertuduh memegang plastik hitam. [61] Dalam meneliti keterangan-keterangan kes pembelaan, adalah menjadi kewajiban kepada mahkamah ini untuk menguji keterangan tersebut dengan keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan. Berdasarkan kepada keterangan tertuduh, mahkamah kini mempunyai 2 versi mengenai sama ada barang kes tersebut ditemui pada Tertuduh. [62] Berdasarkan SD2 dan Tertuduh, barang Dadah hanya wujud selepas tangkapan dilakukan. Sekiranya dilihat, keterangan SD2 seakan menyokong keterangan Tertuduh dan jalan cerita mereka seakan konsisten. [63] Tertuduh telah memberikan keterangan yang jelas berkenaan cara polis hadir. Tertuduh menyataan kereta yang dinaikinya telah dikepung dan tidak mengetahui kehadiran polis sehingga ditunjukkan pistol dan polis menarik pintu. Jarak antara pintu kereta polis dengan pintu sebelah Tertuduh adalah lebih kurang 1 meter. Tertuduh telah digari di luar kereta dan menafikan terdapat apa-apa barang salah. Kemudian Tertuduh telah menukarkan cara pembukaan pintu sekali lagi dengan menyatakan bahawa pintu tidak dapat buka kerana sempit dan selepas kereta dialih baru kereta pintu belah Tertuduh dapat dibuka sepenuhnya. Tertuduh kemudian menyatakan Dinesh telah keluar dari pintu belakang apabila polis turun dan kepung. Tertuduh menafikan kaitan Dinesh dalam kes ini memandangkan terdapat 3 orang dalam kereta tetapi hanya dua yang kena tangkap iaitu Tertuduh dan SP3. Tertuduh turut menyatakan tidak memberikan maklumat berkenaan SD2 kepada polis memandangkan hanya berkenalan 5 hingga 6 bulan sahaja. Tertuduh juga menyatakan polis telah kejar Dinesh dan kemudian menyatakan tidak mengetahui polis kejar Dinesh. Barang kes hanya ditunjukkan di balai polis. [64] Melalui cara Tertuduh memberikan keterangan dan menjawab persoalan, Tertuduh dilihat menukarkan keterangan dan menambahkan keterangan sewaktu pemeriksaan balas. Sewaktu pemeriksaan semula, Tertuduh telah menyatakan jarak adalah satu pembaris pendek. [65] SD2 telah memberikan keterangan yang hampir sama namun sekiranya dinilai secara teliti, terdapat percanggahan keterangan antara mereka. SD2 pula menyatakan bahawa SD2 telah melarikan diri sebelum ada orang turun daripada kereta yang mengepung. Jarak antara kereta tepi dengan kereta dinaiki Tertuduh adalah satu pembaris panjang. Kemudian SD2 menyatakan orang daripada kereta depan turun, SD2 telah membuka pintu dan lari. [66] Dalam penelitian saya terhadap keterangan saksi pembelaan mengenai isu ini, saya mendapati kewujudan dan kehadiran Dinesh yang dikatakan merupakan suatu keterangan yang penting dalam pembelaan Tertuduh. Sekiranya begitu, Tertuduh ingin menunjukkan bahawa Tertuduh tidak memegang apa-apa plastik dalam kereta. [67] Keterangan saksi pendakwaan bahawa SP1 tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela mengenai jarak dan kehadiran Dinesh. SP1 menyatakan jarak antara dua kereta adalah lebih kurang 1 meter atau 1 tangan. Alasan yang munasabah telah diberikan berkenaan jarak memandangkan pihak polis mempunyai pengalaman yang melakukan penghadangan, maka memerlukan ruang mencukupi bagi pasukan untuk keluar dan bertindak. [68] Saksi pendakwaan menafikan dakwaan kewujudan SD2. Melalui hasil siasatan dan juga dipersetujui bahawa rakaman percakapan saksi pendakwaan hanya dua orang berada dalam kereta apabila kehadiran pihak polis. Sewaktu kes pendakwaan, peguam bela mencadangkan sebenarnya barang dadah adalah di dalam kereta dan kepunyaan Dinesh. Namun cadangan tersebut ditolak oleh SP1. Jarak kereta telah diperkukuhkan oleh keterangan SP2 yang berada dalam kereta sebelah kereta Chevrolet dan menyatakan ada ruang untuk buka pintu. [69] Tertuduh memberikan keterangan sebegini bagi menerangkan kebarangkalian dadah-dadah yang ditemui di dalam kereta tersebut kepunyaan Dinesh di peringkat pendakwaan. Namun, pembelaan telah berubah apabila individu yang dikatakan Dinesh hadir dan menyatakan bahawa tiada barang salah bersama dia mahupun Tertuduh dan Tertuduh menyatakan barang salah ditunjukkan di balai polis. [70] Sungguhpun begitu, keterangan ini merupakan suatu perkara yang baru ditimbulkan dalam kes pembelaan dan justeru itu merupakan suatu keterangan yang terkemudian (afterthought) dan Mahkamah tidak menerimanya sebagai kes pembelaan Tertuduh. [71] Dalam menimbangkan keterangan yang terkemudian ini, saya merujuk kepada kes Public Prosecutor v Lin Lian Chen (1992) 4 CLJ 2086 SC;
1992
2 MLJ 561 SC dimana Hakim Mahkamah Agung Edgar Joseph menyatakan begini: “………….The trial judge appreciated correct law when he held, as he did in fact hold, that the defence is entitled, through cross-examination of prosecution witnesses, to put its case at the earliest possible stage. Indeed, it behoves the defence to do so, for we need hardly say that if a defence is sprung in court for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock so that the prosecution is taken by surprise, the accused runs the risk of being criticized for having kept his defence ‘up his sleeve’, so to speak, and it being branded as a recent Invention……………”. [72] Dalam kes Tan Kim Ho & Anor v PP (2009) 3 CLJ 236 FC, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: “…………….This is however not to say that there is any burden placedon the accused to disprove any guilt or to proveinnocence. It is only assessing the credibility of a witnesses in this case the 2nd appellant’s credibility. In order to determine whether an accused was telling the truth, one of the considerations is whether he had indicated his defence during the prosecution’s case………………………” [73] Dalam soal ini juga saya merujuk kepada kes: Wong Swee Chin v. Public Prosecutor (1981) 1 MLJ 212 (FC), Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: “……………….A correct statement of the law is that failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of their testimony, to wit, the fact that they found the ammunition in the appellant’s trouser pockets remains unshaken. On this point we need only say there is a general rule that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness’s testimony………..” [74] Dalam pembelaan Tertuduh, beliau menafikan mengetahui tentang kehadiran dadah-dadah berbahaya semasa tangkapan. Berkenaan dengan penafian Tertuduh, mahkamah ini ingin merujuk kepada kes Public Prosecutor v Ling Tee Huah (1980) 1 MLRA 416, ; (1982) 2 MLJ 324 di muka surat 326, “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient”. [75] Keterangan Tertuduh mengenai kewujudan Dinesh adalah amat diragui. Semasa pemeriksaan utama menimbulkan fakta bahawa terdapat individu ketiga yang berada di kereta apabila serbuan dilakukan dan dadah ditemui dan keterangan-keterangan ini jelas bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan. [76] Tertuduh menyatakan bahawa beliau memaklumkan ada tiga orang dalam rakaman percakapan tetapi hanya direkodkan dua orang. Perkara ini tidak ditimbulkan kepada pengawai penyiasat. [77] Tertuduh telah membangkitkan isu CCTV dan Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat lawatan tempat kejadian dan tiada CCTV yang dalam merakam dengan jelas insiden serbuan. [76] Tertuduh mempunyai maklumat mengenai Dinesh sekiranya benar memandangkan Tertuduh berhubung dengan Dinesh melalui telefon. Namun tiada apa-apa butiran diberikan kepada pihak polis yang mana turut diakui oleh Tertuduh. [77] Dalam meneliti alegasi dan pembelaan yang dikemukakan oleh peguam bela, Mahkamah mendapati cerita SD2 bersamaan dengan keterangan Tertuduh. Walaubagaimanapun, keterangan Tertuduh dan SD2 adalah tidak kredibel dan bercanggahan dengan keterangan saksi SP1 dan SP2. SP2 yang bertanggungjwab terus menahan pemandu bergerak ke arah sebelah kanan kereta tidak melihat mana-mana individu lain. Tugas SP2 adalah untuk terus bergerak ke sebelah kanan untuk menahan pemandu dalam kereta. Adalah mustahil sekiranya wujudnya Dinesh adalah lansung tidak kelihatan oleh satu anggota polis. [77] Berdasarkan kepada penilaian keterangan Tertuduh dan keterangan SD2, saya mendapati cerita tertuduh ini adalah tidak benar dan tidak membangkitkan apa-apa keraguan yang munasabah. Cerita Tertuduh ini seolah-olah ingin menunjukkan bahawa dadah berkemungkinan Dinesh atau diletakkan kepada Tertuduh oleh pihak polis. Mahkamah tidak mempercayai alasan Tertuduh bahawa beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai dadah-dadah yang ditunjukkan di balai polis dan Mahkamah tidak mempercayai pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh bahawa beliau menjadi mangsa penganiayaan dan rancangan perangkap oleh pihak polis dan dadah-dadah dikatakan di dalam kereta Chevrolet berkemungkinan milik Dinesh. Kes pada awalnya disiasat bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya memandangkan anggaran berat kasar adalah 112.10 gram Heroin dan tiada sebab pihak polis mewujudkan dadah di balai polis untuk satu pertuduhan yang boleh membawa hukuman mati. [78] Oleh yang demikian, Mahkamah berpuashati bahawa pembelaan tertuduh adalah tidak munasabah langsung dan tidak membangkitkan sebarang keraguan munasabah atas imbangan kebarangkalian dalam kes pendakwaan dan mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan yang munasabah (beyond all reasonable doubt). Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan kesalahan menurut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum menurut Seksyen 39A(1) akta yang sama bagi pertuduhan pertama dan Tertuduh bersalah dan disabitkan kesalahan menurut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum dibawah Seksyen 12(3) akta yang sama bagi pertuduhan kedua. G. HUKUMAN [79] Berkenaan dengan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan, Tertuduh telah merayu agar hukuman ringan dikenakan. Tertuduh bekerja sebagai seorang pengurus pub dan mempunyai tanggungan adik yang masih belajar. [80] Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam dan jumlah berat dadah yang terlibat dalam kes ini. [81] Prinsip undang-undang bagi mahkamah yang mendengar rayuan hukuman untuk dijelaskan di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 seperti berikut: The principles to be applied in imposing sentence however are the same in every case. The High Court sitting in exercise of its revisionary powers will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence of the lower court is either manifestly inadequate or grossly excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed on the record or to all the facts which the court ought to take judicial notice of, that is to say, that the lower court clearly has erred in applying the correct principles in the assessment of the sentence. It is a firmly established practice that the court will not after a sentence merely because it might have passed a different sentence. [82] Sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman, Mahkamah telah mempertimbangkan tujuan hukuman yang dikenakan ke atas Tertuduh. Mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Mohammad Zulhiznie bin Zaini [2021] 12 MLJ 780 di Mahkamah Tinggi menjelaskan tujuan hukuman dikenakan seperti berikut: “…On the other hand, purposes of sentencing are the aims or the outcomes wished to be achieved and realised by the courts in line with the law. A sentence may have a sole or multiple purpose it wishes to achieve based on the circumstances of each case in particular. A magistrate whe determining this must ask oneself: ‘by imposing this sentence, what will the punishment achieve (within the ambits of the law)?’. [26] As it is well known the four classical purposes to be applied when considering the appropriate sentence are retribution, deterrence, prevention and rehabilitation. Some heinous offences such as murder, culpable homicide, rape, robbery and those which involve violence etribution, deterrence and prevention would be the main focus of the punishment and not rehabilitation. [27] As for rehabilitation, which is often seen solely as a way to aid an accused in becoming an efficacious member of society but it is also aimed benefiting society. By rehabilitating offenders, it is hoped that offenders will be equipped with the right mind set and skills to live a life by making choices that are well reasoned and grounded. Thus, by achieving this, the criminal tendency of that person will be suppressed and society will be safeguarded against crimes as the said person would no longer be bent on committing crimes. [28] In addition, reparation which is a form of restorative justice is also a purpose of sentencing which has shown much emergence recently particularly in the criminal justice systems of western nations. Reparation is based on the notion demanding that a criminal make amends to victims by countervailing the wrong that they have committed in order to correct their crimes. [82] Walapun hukuman merupakan budi bicara mahkamah, Mahkamah perlu mempertimbangkan kesemua faktor dan kepentingan awam untuk mencapai kesimbangan dalam kepentingan awam dan kepentingan tertuduh. Kes dirujuk adalah seperti PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256, Mohamed Jusoh bin Abdullah and another v Public Prosecutor [1947] 1 MLJ 130. [83] Dalam kes ini, jumlah dadah adalah terlibat bukannya sedikit. Tertuduh memiliki Heroin seberat 4.06 gram dan Monoacetylmorphine 1.09 gram. [84] Mahkamah merujuk kes seperti PP v Yeoh Eng Khuan [1976] 1 MLJ 238 dan PP v Tan Eng hock [1970] 2 MLJ 15 di mana Mahkamah mengambil kira “rampancy’ atau kesalahan yang dilakukan adalah terlalu kerap, maka Mahkamah telah mengenakan hukuman lebih berat. [85] Kesalahan yang melibatkan dadah adalah tinggi di negara kita dan hukuman dikenakan seharusnya berbentuk pencegahan bagi menghalang penyalahgunaan dadah. [86] Mahkamah telah mempertimbangkan faktor mitigasi seperti kesalahan pertama dan kepentingan awam dan Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan 6 bulan dari tarikh jatuh hukum dan 3 sebatan bagi pertuduhan pertama dan 8 bulan penjara daripada tarikh jatuh hukum bagi pertuduhan kedua. Kedua-dua hukuman berjalan serentak memandangkan melibatkan barang kes yang sama. [87] Peguam bela memohon satu penangguhan pelaksaan hukuman penjara dan sebat. Peguam merujuk kepada Ganesan v PP [1983] 2 MLJ 369, PP v Muhammad Faris bin Amran [2023] MLJU 2650, PP v Shanthos a/l K Asoghan dan lain-lain [2022] MLJU 587 bagi menyokong permohonan penggantungan. [88] Mahkamah merujuk kepada seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan bahawa:- “Except in the case of a sentence of whipping (the execution of which shall be stayed pending appeal), no appeal shall operate as a stay of execution, but the Court below or a Judge may stay execution on any judgment, order, conviction or sentence pending appeal, on such terms as to security for the payment of any money or the performance or non-performance of any act or the suffering of any punishment ordered by or in the judgment, order, conviction or sentence as to the Court below or to the Judge may seem reasonable.” [89] Ini bermaksud penggantungan bukan automatik apabila rayuan difailkan tetapi Pemohon perlu menunjukkan keadaan khas. faktor-faktor yang dipertimbangkan Mahkamah dalam membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman adalah diputuskan dalam kes Rohadi Sabtu v PP [2007] 10 CLJ 733; [2006] 3 MLRH 666:- “[5] It is clear from the decided cases cited to this court by both parties that the grant of a stay of execution of a sentence pending appeal is an exception to the general rule and in every application there must be shown some special or exceptional circumstances before the discretion of the court can be exercised in favour of an applicant. The factors that may constitute special circumstances to justify the grant of a stay of execution of a sentence after conviction are well settled and as enumerated in Re Kwan Wah Yip & Anor [1954] 1 LNS 78; [1954] 20 MLJ 146, at p. 148 and re-iterated in the decision of the Court of Appeal in KWK (A child) v. PP [2003] 4 CLJ 51. These factors are as follows:
a
(a)the gravity or otherwise of the offence;
b
(b)the length of the term of imprisonment; in comparison with the length of time which is likely to take for the appeal to be heard;
c
(c)whether there are difficult points of law involved;
d
(d)whether the accused is a first offender or has previous convictions;
e
(e)whether the accused would become involved again in another offence whilst at liberty;
f
(f)whether the security imposed will ensure the attendance of the appellant before the appellate court. [6] It was held that the list enumerated above is not exhaustive and not one single factor can have a determinative effect on the decision to be made. It is the cumulative effect of all the factors that matters. However, in considering an application for stay the court must also bear in mind the strong social reasons why an applicant’s hopes should not be raised by the grant of bail for, if unsuccessful in his appeal, he will suffer all the more when those hopes are dashed and he is returned to custody to serve the sentence previously imposed on him.” [90] Pihak pendakwaan membantah permohona peguam bela atas alasan tiada keadaan khas. Berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan di atas, dan setelah mempertimbangkan hujahan pihak-pihak dalam kes ini, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan peguam bela untuk penggantungan perlaksanaan hukuman atas alasan-alasan berikut:- a) Tertuduh Pertama tidak mempunyai rekod kesalahan lampau; b) Tertuduh tidak pernah gagal menghadirkan diri tanpa alasan munasabah bagi setiap tarikh sebutan atau perbicaraan; c) Tempoh hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh adalah 30 bulan penjara dan pada kebiasaan, selepas potongan 1/3, Tertuduh hanya perlu menjalani lebih kurang 20 bulan penjara. Terdapat kemungkinan untuk pendengaran dan pelupusan rayuan Tertuduh mengambil masa yang lebih panjang dan sekiranya rayuan berpihak kepada Tertuduh-tertuduh kelak dan tiada penggantungan diperintahkan, rayuan Tertuduh akan menjadi sia-sia memandangkan Tertuduh sudah selesai menjalani hukuman atau telah menamatkan sebahagian besar hukuman yang dikenakan. [91] Oleh itu Mahkamah membenarkan penggantungan pelaksaanaan hukuman dengan syarat jaminan seperti berikut: a) bon jaminan RM15000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan penjamin adalah terdiri ahli keluarga bersama bil elektrik atau air untuk alamat tetap penjamin b) syarat melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga rayuan selesai c) sekiranya Tertuduh mempunyai passport, Tertuduh perlu serah passport dan ditahan sehingga kes selesai rayuan. WONG CHAI SIA MAJISTRET MAHKAMAH KUALA LUMPUR TPR : Sareeka a/p Balakrishnan PB : Mathavan A/L Manikam
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.